2018-06-02

Malu dengan kerjaya.


Ada sorang ibu (blog reader) tanya aku, pernah tak anak-anak tanya apa pekerjaan aku, and aku jawab apa?

Dulu, kalau Redza tanya aku kerja apa, aku cakap aku "kerja ofis".
Waktu tu dia kecik lagi untuk faham mak dia keje sales & marketing.
Tau je la budak-budak kan, selagi dia tak paham and tak puas hati, selagi tu dia bertanya.
Eh rimas aku nak jawab, that's why aku cakap "keje opis". Done.

Bila dia dah membesar, dia nampak aku selalu keluar dengan bawak cool box (isi DNA), dia tanya lagi aku kerja apa.
Masa tu aku dah start bagitau dia "mama jual barang-barang untuk saintis".

Nasib baik dia faham.

Yang si Rayyan lebih mudah.
Sebab dia lahir-lahir je aku dah run own bisnes.
Ofis pun dekat.
Dia selalu follow aku pi opis.
Jadi dia tau aku kerja apa.
Aku pernah dengar dia bersembang dengan Jannah, "Mak kita kerja GreenAard. GreenAard tu ubat".

Same goes to En Wan.
Dulu senang, kalau anak-anak tanya dia kerja apa, dia jawab engineer.
Now, "ayah saya kerja GreenAard. GreenAard tu ubat".

Redza sekarang dah 14 tahun, semakin faham mak bapak dia kerja apa.
Kadang-kadang kalau ada setup booth kitorang bawak dia sekali.
Biar dia lebih jelas apa kerja mak bapak dia.

Blog reader yang tanya aku ni, dia ada masalah sikit dengan kerja dia.
Dia surirumah sepenuh masa, memang dari kawen tak pernah kerja, tapi masa anak dara pernah bekerja.
Berhenti kerja sebab suami suruh.

Tahun ni anak dah start sekolah.
Anak dah pandai bertanya mak kerja apa.
Boleh jadi kat skolah dah masuk bab "Ayah saya kerja apa? Mak saya keja apa?"

The thing is, this reader rasa rendah diri.
Dia taknak anak jadi malu bila dia hanya surirumah.

NEVER RASA MALU DENGAN KERJA KITA.

Aku rasa tau mana asal rasa malu ni.
Kalau aku, asalnya adalah dari mak bapak aku sendiri (maybe mak bapak korang jugak).
Mak bapak aku dulu, kalau nak suruh aku blaja, ayat dia mesti "Blaja rajin-rajin, esok boleh jadi dokter, lawyer, engineer, akauntan, arkitek".
Tapi tak salah kat dorang pun.
Mak bapak aku buakn golongan profesional, dah tentu pada waktu tu dorang dah merasa betapa susahnya membesarkan anak-anak denagn gaji yang tak seberapa.
Jadi dorang taknak anak-anak ulangi sejarah ni in future, that's why dia nak anak-anak kerja besar.

Mana-mana mak bapak pun akan berharap anak-anak dia jadi salah satu dari 5 profession tu.
Jarang nak jumpa mak yang cakap "Blaja rajin-rajin, esok dah besar boleh jadi askar".
Atau "Blaja rajin-rajin, esok besar boleh jadi bisnesman".

Tak pernah hayat aku dengar.

Zaman aku skolah dulu tahun 1980-an, semua mak bapak nak anak-anak pasang cita-cita yang best.
Maka anak-anak pun isi borang cita-cita jenis taknak kalah.

1. Doktor.
2. Lawyer.
3. Arkitek.

Padahal yang aku tau dokter je.
Tu pun sebab selalu keluar masuk klinik Dr Sockalingam kat Kajang tu.
Macam best pulak kerja Dr Socka ni, tanya 2-3 soalan, letak stetoskop kat dada, bagi gula-gula, done.
Lawyer and arkitek haramjadah aku tak tau apa keje dia, tapi sebab mak bapak aku selalu sebut, jadi aku letak la cita-cita tu.

Bila dah disogokkan dengan kerja-kerja profesional macam ni, minda bawah sedar dah create satu pemahaman bahawa aku takkan jadi best selagi tak menjawat 5 profession ni.
Perasaan rendah diri tu sentiasa ada dalam diri selagi aku bukan di kalangan yang 5 ni tadi.

Dulu aku ada perasaan macam tu.
Masa En Wan bagitau dia student Jepun, blaja engineering, aku dah letak gap siap-siap.
Cukup berkawan je lah. Taknak lebih dari tu.
Sebab aku taknak ada perasaan rendah diri sampai mati kalau ditakdirkan hidup bersama.
Tapi dah jodoh kan, kawen jugak.
Boleh jadi itulah sebenarnya jalan keluar yang Allah bagi kat aku supaya aku keluar dari perasaan rendah diri.
Dia letakkan aku serumah dengan engineer supaya aku self torture hari-hari.

Aku struggle dengan diri sendiri untuk buktikan aku boleh berdiri sama tinggi dengan suami sendiri.
Padahal En Wan tak merendahkan aku lansung.
Masa tu aku aim nak jadi saintis.
Walaupun kerjaya tu tak se-profesional engineer but at least nampaklah bijak sikit.
Nampak la berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.

"Kau kerja apa?"
"Saintis"

Pehhhh, tak ke bijak bunyiknya tu?

Tapi tak dapat jadi saintis.

Aku cuba cari kerja yang ada sangkut paut dengan sains.
Kalau boleh nama jawatan tu biar ada hawa-hawa saintis jugak barulah nampak bijak.

Dapat offer dari Prudential jadi Medical Underwriter.
Haaa, ada perkataan "medical".
Barulah nampak pandai sikit, ye tak?
Aku ambik offer tu.
Kemain konfiden lagi aku gi keje dalam dada ada perasaan bangga sebab aku kerja MEDICAL underwriter.
Masa tu aku alu-alukan orang tanya aku kerja apa.
Dengan sepantas kilat dan penuh rasa bangga aku sebut "Medical Underwriter".
Kembang kempis hidung aku bernafas riak.

After a while, aku quit sebab nak cari kerja dekat sikit.
Dapat kerja sales.
Masa ni down sikit.
Aku rasa macam kerja ni macam jual barang kat pasar malam.
Takde beza aku dengan yang kerja jual jam dari satu orang ke satu orang lain.
Takde beza dengan yang kerja jual buku keluar masuk kedai makan kacau orang tengah makan.
Tapi aku takde pilihan, sebab aku nak kerja dekat dengan rumah, so aku ambik jugak keje tu.

Aku malu.
Dan marah.
Aku sakit hati!
Blaja dapat pointer tinggi, ini je ke jawatan yang aku boleh dapat?
Jual barang?
Kalau aku tau dah besar esok aku keje jual barang, baik aku terus keje je lepas abis SPM hari tu.

Aku berperang dengan diri sendiri.
Takde sape hina aku pun.
Aku je yang terasa terhina bila jawatan aku tak profesional.
Aku marah dengan diri sendiri sebab aku memalukan En Wan.
Aku tak suka bila En Wan ajak ikut pi gathering kawan-kawan Jepun dia.
Aku bukan tak suka dia gi gathering, tapi aku taknak memalukan dia.
Mesti kawan-kawan akan tanya "Awak kerja apa?"
Aku malu nak cakap "Saya kerja sales, jual barang biotek".
Aku tak kisah orang merendahkan aku, tapi aku taknak disebabkan aku, En Wan rasa malu.
Padahal laki aku tak rasa apa lansung pun, aku je yang over.

I tell you, this struggle is REAL.
Semuanya berpunca bila kita dah di-programmed untuk pilih certain kerjaya.
Dan bila kita gagal dapat kerjaya tu, sampai mati kita rasa rendah diri padahal we are doing way better than some of them.

Aku rasa Allah memang betul-betul uji aku bab ni.
Benda yang buat aku rasa 'terhina' tu lah yang Dia bagi kat aku.
Seriously, JUAL BARANG??
Pastu Dia pairkan aku pulak dengan suami yang kerja engineer. Ko rasa?

Bertahun jugaklah aku hidup dalam kebodohan, masih tak nampak hikmah yang Dia nak tunjuk.
Padahal setiap kali aku dapat komisyen, gaji aku jadi lebih dari gaji En Wan.
Tapi masih aku rasa rendah diri dan tak pernah rasa kerja aku bagus.

Kemuncak kesedaran datang bila aku start bagi talk pada student universiti.
Then aku start organize workshop untuk private lab.
Organize halal workshop untuk pegawai kerajaan.
Aku sendiri ajar pegawai-pegawai ni cara untuk extract DNA.
Dan pernah dipanggil untuk menyuarat di Jakim discuss tentang analisis halal (masa tu ada outbreak kolam ikan tercemar dengan tulang babi).
Milestone demi milestone ni akhirnya buat aku sedar, it is not about apa kerjaya kita, tapi bagaimana kita carry kerjaya kita.

Aku taknak perkara ni berulang pada anak-anak aku.
Sebab aku tau bukan mudah nak keluar dari perasaan rendah diri ni.
Aku ni kira bernasib baik.
Ada yang tak bernasib baik, sampai ke sudah rendah diri.
Tu yang jenis-jenis menjaki kat orang 24 jam tu semua pesen rendah diri la tu, tu yang saiko tak abis-abis bercakap pasal orang je keje.

Aku cakap kat En Wan, kita jangna paksa anak-anak supaya jadi dokter, engineer atau apa-apa kerjaya profesional.
Kalau dorang nak, biar itu atas pilihan sendiri. Kita support.
Tapi kalau bukan kerjaya profesional, itu pun kita support.

Kau nak jadi fashion designer? Silakan.
Tapi be a respected fashion designer.

Nak jadi baker? Buat.
Tapi biar baker yang benar-benar bagus.

Nak jadi kartunis? Go ahead.
Make it profesional, bukan lukis-lukis takde tujuan pastu jual syok sendiri.

Yang penting, skolah kena habiskan.
Apa ko ingat nak jadi kartunis tak payah skolah?
Aku pijak ko karang.

Biar kita bisnes online kecil-kecilan.
Be an honest online seller.

Biar kita jual kuih kat pasar malam je.
Be the best kuih maker in town.

Biar kita kerja jual barang ketuk satu pintu makmal ke satu pintu makmal lain.
Be a knowledgable seller.

Biar kita surirumah.
Be the best homemaker for our family.

Jangan malu bagitau anak-anak kita kerja apa.
Tunjuk kat dorang kerja apa pun bagus, sebab yang bagus bukanlah kerja tapi siapa yang mengerjakannya.
So that bila dorang besar, dorang faham apa pun kerjanya, mesti dibuat dengan sungguh-sungguh tanpa rasa terasing. Tanpa rasa beza-membezakan.

Whatever our career is, just be the best that we can afford.
Kita dihormati bukan kerana apa yang kita ada, tetapi siapa diri kita.




Yang mintak tutorial bawal, ni ha.

Warna Sapphire Blue ni paling hot.
Printed Moroccan shawl warna ni pun sold out dulu.
Tapi takpe, bawal Sapphire Blue insyallah masih ada.
Kena whatsapp dulu tanya, sebab aku tak jaga stok.
Entah-entah dah sold out jugak.