2017-05-12

Tadah muka sendiri je lah apa susah.


Hari ni aku tepek sini demo Makeup Remover.
Hari tu aku janji nak buatkan demo cara nak guna makeup remover GreenAard ni terus kat muka (tak payah guna kapas).
Ada yang bagi feedback lagi suka guna kapas, ada yang kata lagi suka guna basuh terus kat muka.
Tak kisah lah mana-mana, yang penting makeup remover ni awesome, kan? 😁.

Masa mula-mula aku launch Makeup Remover ni, masalah besar aku adalah tak ramai orang yang willing nak buat demo ni. Alasannya, taknak tunjuk muka without makeup. Aku macam laaaaaaa. Dah kenapa kau. Aku bayar kot. Dia punya nisbah tu 1:50. Setiap 50 orang yang aku approach, sorang je willing, itupun buat dengan tak bersungguh lansung. Ada sorang tu lagi la dia bagi quotation video demo RM3000. Aku pun nak setuju la. Masa tu dia tak tau lagi video yang dia kena buat ni remove makeup. Bila dia tau aku mintak dia buat demo remove mekap, eh boleh pulak dia sound aku "I don't do bisnes with haters. Try harder". Aku macam, dah kenapa kau. Dia ingat aku nak pedajal dia tunjuk muka tanpa mekap kot. Hahahaha. Adoi lah macam-macam.

Tapi tu lah kan, rezeki tak pernah salah alamat.
Berkat demo muka sendiri dan some video dari agents, alhamdulillah dah ramai yang beli makeup remover ni.
Tadah je la muka sendiri apa susah, kan 😁.



Klik subtitle.

So far the response from pengguna GreenAard Makeup Remover memang beyond expectations.
Seronok rupanya ramai yang ada masalah macam aku.

Dulu aku pengguna tegar makeup remover Shu Uemura.
Bertahun aku guna makeup remover dia.
Untuk 150ml harga dia RM145.
Aku suka makeup remover dia sebab sangat efisien tanggalkan mekap CUMA, dia oil based, jadi muka jadi berminyak. Aku kena bilas muka dengan cleanser setiap kali guna.
Kalau pakai kat rumah, tahanlah lagi.
Tapi bila bawak pi travel dah jadi masalah sebab aku kena angkut makeup remover dengan pencuci muka sekali, kalau tak muka mesti berminyak lepas basuh mekap.

Aku tak suka pakai wet wipes.
Sebab sometimes 3 kali lap pun masih ada kesan foundation kat tisu.
Dan muka pun jadi merah-merah sebab kau kesat dengan kuat especially kat bahagian mata.

Dah lama dah aku memikir camne cara aku nak dapatkan formula makeup remover Shu Uemura ni tapi ubah supaya jangan berminyak.
Alhamdulillah, GreenAard Makeup Remover memang solution untuk masalah aku.
Now memang aku guna makeup remover sendiri je la.
Tapi Shu Uemura ada lagi kat rumah, tinggal sikit je.
Nak guna balik kat muka, macam malas dah. Tapi kadang-kadang guna la jugak nak abiskan.
So far produk yang aku buat, semua memang untuk menyelesaikan masalah sendiri.

GC Plus - berjaya kurangkan berta badan sendiri.
Nutrijuice - berjaya kurangkan kolesterol sendiri dari 8+ ke 5.6 (belum normal tapi ok lah dah turun).
Cleansing Bar - untuk ekzema Rayyan.
Makeup Remover - untuk gantikan Shue Uemura sendiri.

Ada yang mintak aku keluarkan kosmetik.
So far aku takde masalah dengan krim-krim Clinique, so rasanya tak buat kot kosmetik. Hehe.

Now aku tengah jadi guinea pig untuk dark circle sendiri.
Rasa macam dah kurang sikit, tapi belum puas hati lagi. Selagi aku tak puas hati, selagi tu aku tadah muka sendiri sampai eyebag hilang.

Apa? Pemutih kulit?
Sorry, aku takde masalah dengan kulit aku.
I love my color. Auwww!

Oh sebenarnya aku nak bagitau yang insyallah new Makeup Remover akan release next week.
Formula yang sama, cuma kali ni buat packaging besar, itupun atas permintaan ramai.
Korang kata kalau boleh nak yang besar kan, so aku buat yang besar.

Tapi kita masih akan kekalkan small volume sebab tujuan asal memang nak memudahkan ia dibawa ke mana-mana.
Volume yang besar ni boleh la letak kat rumah.

So, now cerita dia gini.

Kitorang punya production asal untuk new makeup remover ni akan dapat June. Tak tau mid ke, hujung ke.
Tapi memandangkan 27-28 May ni kitorang ada di Mood Republik Ipoh, jadi kita dah secure 500 botol dulu untuk di bawa ke sana.
Memandangkan hanya 500 botol saja yang akan masuk next week, aku takut stok tak cukup sementara nak tunggu actual stok masuk in June. Nak kena share between direct customer, agent and dropshipper ni.

Size sekarang 50ml = RM39. (Semenanjung)
Size baru 125ml = RM65. (Semenanjung)

Memang jimat kaw-kaw la beli yang besar, 125ml baru RM65.

Tapi aku nak bukak PRE-ORDER supaya korang boleh secure dulu stok korang sebelum yang 500 botol ni habis.

So, aku buka PRE-ORDER now untuk new Makeup Remover.
Harga yang aku offer untuk pre-order ni adalah harga yang sama dengan harga Mood Republik Ipoh nanti.

Harga di Mood Republik nanti RM55/botol! (Semenanjung)
Jimat RM10.
Postage bos aku belanja. Mbahahhaa.

Tapi pre-order ni aku bukak 7 hari je tau.
Dari esok sampai Jumaat depan. Sebab aku takut stok habis lagi, karang takde apa aku nak bawak ke Ipoh. Paling awal kita pos Jumaat depan.



 Isi form di bawah kalau nak order. Yang beli pre-order saja dapat diskaun ni.


Name:
Email Address:
Quantity:
Address:
Phone No:

This HTML form was created by Freedback.