2017-05-26

Redha pun ada cara.



Rasulullah saw bersabda "Siapa yang Allah kehendaki kepadanya kebaikan, nescaya Dia mengujinya." (Bukhari).

Kalau nak mintak aku cakap pasal redha ni, aku pun masih blaja nak redha kat banyak benda. Jadi, aku bukan orang yang tepat untuk tanya pasal redha. Kalau nak share pengalaman aku handle stress, insyallah boleh. Mungkin ada sangkut-paut dengan redha kat situ.

Redha memang susah nak buat, tapi kalau banding redha dengan syukur, syukur lagi susah.
Manusia boleh redha dengan nasib buruk, tapi payah nak bersyukur dengan nasib buruk, kan?

Benda paling basic kalau nak tau samada kita redha atau tak - kita takkan bertanya.
Maksudnya, kalau kita redha, kita takkan question apa-apa. That is redha.

Tak senang nak redha, sebab ia melibatkan hati.
Hati kita ada ego. Nak didik ego ni ada sikit payah.
Tapi boleh cuba and latih hari-hari.

Aku pernah cerita masa aku ke umrah, aku berdoa setiap kali lepas solat supaya aku dibukakan hijab hati untuk nampak hikmah di sebalik setiap kejadian - tanpa aku tau apesal balik-balik itu yang aku doakan. Dan doa tu pun tak pernah aku baca selama ni, alih-alih kat Mekah balik-balik itu yang aku sebut.

Aku anggap itu cara Allah nak ajar aku redha.
Sebab untuk redha, kita kena percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Kalau kita tak nampak hikmah, kita takkan boleh redha.

Memang payah sikit nak redha kalau malang datang bertimpa-timpa.
Celah mana nak bersangka baik kalau lepas satu, satu bala sampai.
Tapi, kalau nak marah pun, nak marah kat sape?
Kadang-kadang malang yang datang tu bukan disebabkan oleh orang lain tapi keadaan yang buatkan semua benda serba tak kena.
Jadi, nak salahkan siapa?
Nak salahkan Tuhan, macam tak kena je.
Nak taknak kena redha je lah.

Tapi nak redha pun ada syaratnya.
Kalau dalam keadaan kecewa kita sebut "Saya redha. Saya pasrah" - hati-hati.
Jangan sampai kata-kata tu membawa maksud putus asa.
Tak tepat kalau kita kata kita redha dan pasrah tapi dalam kepasrahan tu tak membuatkan kita mendekatkan diri padaNya. Kalau kita redha dan pasrah, maknanya kita semakin mencari Dia.

Aku pun pernah berdepan dengan zaman-zaman 'malang' ni. Boleh tahan banyak jugak.
In fact every one of us pernah atau akan lalui zaman-zaman susah - left alone, tak dapat bayar bil, sangkut bayar loan kereta, takde keje atau hilang pekerjaan, lost loved ones.
Masa tu kita rasa macam "...macamana la aku nak hidup. Nak hidup sampai besok pun rasa tak larat dah". But somehow kita dapat jugak melepasi waktu-waktu kritikal tu, betul tak?

Selalunya, bila berdepan dengan kesusahan, kita magnify things out of proportion. Always membayangkan teruk-teruk. Well, kalau betul pun teruk, maybe inconvenient je tapi takde la sampai hidup ni dah berakhir.

Aku pun pernah struggle macam ni.
Zaman kecik aku tak mewah. Jadi aku tak mahu hidup aku patah balik ke zaman tu.
Jadi aku usaha untuk kawal keadaan supaya semuanya jadi lebih baik.
Duit MARA aku gunakan belanja adik-adik aku makan. Belikan exbf aku hadiah. Aku suka tengok orang yang aku sayang happy.
Aku try elakkan buat this and that, aku try kontrol dari buat salah.
But semakin aku nak perfection, semakin banyak benda yang buat aku kecewa.
Sebenarnya benda yang mengecewakan tu pun dah sangat baik, tapi sebab expectation aku tinggi, jadi banyak benda aku nampak macam tak menjadi.
Lama-lama aku realized, hidup kita memang tak perfect.
Kalau nak hidup perfect, you are not belong to this planet.

Aku start faham semua ni masa zaman matrik, dalam lab Biology, kalau tak salah cikgu tu nama Hasnita. Masa tu eksperimen aku hasilnya negatif. Aku buat 2 kali, negatif jugak.
Pastu dia tanya "Siapa sini dapat result negatif?".
Aku angkat tangan (ada la beberapa orang dapat negatif jugak).
Pastu dia cakap "Jangan risau. Dalam mana-mana eksperimen, result negatif tetap namanya result".

Hidup kita ni macam eksperimen.
Apa yang kita buat, samada hasilnya perfect atau tak, tetap dikira sebagai sebuah keputusan.
Kalau keputusannya bagus, boleh dijadikan panduan.
Kalau keputusannya tak bagus, mesti ada jalan lain supaya keputusannya jadi bagus. Kena usaha lagi.

Ni aku share tips aku hadapi tekanan. Kalau nak buat, buatlah.
Everytime aku rasa macam tak leh pegi dah, down sangat, aku akan slowkan pace aku.
Aku akan try 'hidup' dalam masa 5 minit-5 minit je. Maknanya, 5 minit pertama aku gi basuh pinggan. Once aku dah melepasi 5 minit tadi, aku 'hidup' untuk 5 minit seterusnya pulak.
5 minit yang ni maybe aku lap pinggan pulak.
Aku aim hanya untuk get thorugh the next 5, the next 5, the next 5.
Bite off one small chunk at a time omputih kata.
Kiranya aku hanya bagi diri aku 5 minit-5 minit untuk fokus kat satu-satu kerja.
Objektifnya adalah untuk naikkan balik semangat aku.
Bila aku berjaya siapkan small-small task dalam masa 5 minit 5 minit, aku akan lebih bersemangat sebab dalam 1 jam aku dapat siapkan 12 task. Rasa achievement sangat-sangat ni.

Task yang mudah-mudah je.
Kadang tu kalau aku lipat baju, aku cakap dalam hati "Ok dalam masa 5 minit, kena siap lipat semua spender". So 5 minit tu aku pulun lipat spender je. Bila siap, phewww puas!
Lepas tu another 5 minit aku cakap "Ok, lipat semua baju and seluar yang warna hitam". 5 minit aku pulun lipat semua warna hitam,
Enjoy tau buat ni. Because we always feel so much better when we are busy.
So keep yourself busy lah walaupun buat task-task kecik macam ni.
Tak caya, kau try sekarang. Seronok. Dalam tak sedar nanti semangat kau datang balik.

Hidup ni mudah je kalau kita nak mudahkan. Bukan ambil mudah tapi mudahkan hidup.
Hidup jadi susah dan perit bila hati dan akal saling nak menang.
Dan akan bertambah pedih lagi bila kehendak hati dan akal dan takdir Allah sama-sama bersaing.

Benda paling senang untuk bagi faham tentang redha ni adalah, kita kena percaya setiap benda yang berlaku yang tak seiring dengan kehendak kita adalah satu bentuk 'komunikasi' dari Allah.

Kan selama ni kita berdoa mintak Allah macam-macam.
Mintak dibagi pentunjuk, mintak diberikan hidayah, ditunjukkan jalan yang betul, dikekalkan di jalan yang benar, dijauhkan dari bahaya.
Jadi, cara Dia menjawab doa kita adalah dengan menunjukkan sesuatu.
Sebab tu penting untuk kita jangan tinggal doa "Ya Allah, bukakan hijab hatiku agar aku nampak hikmah di sebalik setiap perkara".

Contoh, kita mintak nak kaya.
Macam-macam kita buat, tapi tetap tak kaya-kaya jugak.
Kalau semua usaha dah dibuat tapi tetap tak menjadi, anggap sajelah DIA tak bagi.
Kita kan hari-hari doa supaya dijauhkan dari musibah. Boleh jadi kalau kita kaya, kekayaan itulah yang bawa musibah dalam hidup kita. Jadi sebab tu DIA tak bagi kita kaya. DIA bagi kita cukup je.

Nak nangis, nangislah.
Aku pun pernah menangis kalau tengah down. Tak salah pun.
Tapi dalam pada nangis tu cuba muhasabah diri juga. Mana tau ada halangan lain yang membuatkan kita tak dapat apa yang kita nak. Tanya diri apa sebenarnya yang kita dah buat sehingga Allah tegur macam ni.

Allah uji manusia, tapi Allah dah siapkan segala-galanya.
Diibaratkan Allah lepaskan kita atas dunia dengan bekalan, dan kemudian Dia uji.
Dia nak tengok kita pandai ke tak gunakan bekalan yang Dia dah bagi tu.

Nah, ambiklah doa ni, aku share. Kalau baca doa ni, doakan lah aku sekali ya :

"Ya Allah, berilah aku petunjuk agar aku dapat mensyukuri nikmatMu yang telah Kau limpahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku, dan agar aku dapat berbuat kebajikan yang Kau redhai. Berilah aku kebaikan yang akan mengalir sampai ke anak cucuku. Sungguh, aku bertaubat kepadaMu dan sungguh aku termasuk orang Muslim."




Orang Ipoh jangan lupa ok, esok datang Mood Republik. Aku gerak jap lagi.

1. Kalau nak beli Cleansing Gel harga promosi, refresh page ni, pastu isi form kat pop out window.
2. Kalau nak beli pre-order shawl KLIK SINI.
3. Kalau nek tengok aku demo lipstik Ephyra, KLIK SINI.
4. Kalau nak tengok aku demo Makeup Remover, KLIK SINI.