2016-12-28

Asalkan namanya celebrate.


Settle dah KL YES FEST PWTC 2016.
Rasa lega betul semua event sepanjang tahun nu akhirnya habis dah.
Barulah terasa penatnya. Insyallah kita start balik bulan 4 tahun depan, kita mula dengan Penang ðŸŽŠðŸŽŠ.

23 haribulan KL YES FEST start.
23 haribulan tu jugaklah anniversary aku and En Wan.
Thank you yang wish kat FB and IG.
Sebenarnya itu bukan wedding anniversary. Wedding aku bulan May.
Tapi aniversary Dec ni wajib celebrate sebab 23 Disember tarikh pertama kali aku jumpa En Wan.
Dan on the same day En Wan jumpa Mak Aji and Pak Aji dengan macho-nya bagitau nak ambik aku as special partner. Konfiden je aku nak kat dia, kan?

Jadi, every 23 Dis ni memang always aku ingat.
Dan selalunya kitorang akan celebrate 23 Dis ni lebih dari wedding anniversary.
Tai tu lah kan, tahun ni member kena keje kat PWTC pulak.
Disebabkan kebizian beliau, tahun ni dia lupa nak wish aku.
Bila aku ingatkan baru dia. "Haah la!".
Tak dan lah nak celebrate segala sebab dia sibuk. Aku 2 jam je kat booth, En Wan lepas hantar aku balik rumah nnati malam dia patah balik booth.

Tapi esoknya Sabtu, dia bawak aku pi makan.
Plan tu nak makan kat tempat yang sama yang kitorang makan sama for the first time.
Masa tu bulan puasa, disebabkan takleh nak makan siang, jadi aku mintak kat Mak Aji nak balik malam sebab nak buka puasa ngan En Wan.
Tempat pertama kitorang makan sama was The Mall, sekarang Sunway Mall kot. Kat depan PWTC tu. Dulu, makan Kenny Rogers. Tapi hari tu tak nampak pulak mana Kenny Rogers, so kitorang lepak kat kedai apa ntah, lupa nak tengok. Main masuk je.



Kesian En Wan, muka keletihan. Sebab malam sebelumnya tu balik kul 1 pagi.
Selalunya camnilah. Everytime join mana-mana event, muka mesti barai.
Tapi makan tetap laju.



First class wehh ABC ni.
Dia pakai gula melaka, jadi rasa dia ala-ala cendol sikit.



Membalun ABC aku.



Happy anniversary Diana, yang ke 18.
Aku kenal En Wan tahun 1998, awal tahun. 
Tapi sebab duduk di benua berbeza, maka bulan Dec baru berjumpa.
Muka tak banyak berubah, yang berubah saiz.

21 Dec sebenarnya wedding anniversary Mak Aji and Pak Aji, tapi hari tu hari kerja.
Jadi, kita postpone ke Senin. Sebab weekend pun aku and En Wan ada kat PWTC. 
Tapi planning nak buat party liar ni dah dibuat seminggu sebelumnya, Mak Aji ngan Pak Aji je yang tak tau. Cuma aku pesan kat Ima mintak Mak Aji buat keria gula melaka untuk kunyah-kunyah bila aku balik Isnin tu. 



Aku sampai Bangi time Zohor tengok Mak Aji tengah menggodeh keria ni dalam gula Melaka.
Kan best camni. Main order je kat Whatsapp, takyah beratur 2 jam. Sementara kau beratur 2 jam aku dah settle 2 piring.



Masing-masing malas nak masak dan malas nak tolong masak, jadi semua pakat-pakat order je makanan. Yang ni mini cheese tart.



Yang ni khas untuk Mak Aji and Pak Aji potong.
Pulut berhias sekali dengan rendang tok setengah kilo (asing), RM120.
Gila best rendang tok dia wehhhhh!



Ni namanya penyakit.
Penyakit akak-akak ipar menurun ke adik ipar.



Main menu on that day - Laksa Johor.
Kuah dia pekat gila!
Condiments semua lengkap - timun, bawang, jeruk, daun bawang, limau, sambal belacan pedas nak mampus. Lengkap.

Orang ni memang kepakaran dia kat Laksa Johor aku rasa sebab nama bisnes dia IG @laksajohordelivery. Aku tak kenal dia, tapi adik ipar aku Siti yang tolong orderkan. Puas hati.
Si Ima bedal 3 mangkuk. Siti 2 mangkuk. Pak Aji 2 mangkuk. Aku semangkuk sebab aku dah bedal kuih keria kaw-kaw sebelum tu. Semua cheese tart, rendang and pulut kuning order kat @laksajohordelivery. Whatsapp 0132991181 kalau nak order. Selain dari laksa johor, orang ni boleh buat soto Johor jugak and mee kari. No minimum order. Kalau nak makan-makan setakat 1-2 orang pun dia accept.

Aku suka kalau orang boleh baut banyak benda macam ni. Sebab senang sekali jalan order. Lagipun dia ni duduk area Putrajaya, jadi dekat dengan rumah Mak Aji.



Budak-budak ni muskil kenapa anak itik ni 3 je.
Dorang ingat yang anak-anak tu adalah cucu-cucu Pak Aji lah. Patutnya empat, kenapa ada tiga je?
Aku cakap yang tiga tu Mak Long (aku), Mak Ngah and Acu. Cuma patutnya satu anak itik tu kalerkan hitam. Mbahahahah. 

Rayyan lagi kesian.
Tanya aku "Ma, apesal snowman ni salah?"
Kesian anak aku. Snowman kekdahnya.



Inilah pesta perut Isnin lepas.

🎈 Laksa Johor
🎈 Pulur berhias
🎈 Rendang tok
🎈 Cheese tart
🎈 Kek pandan gula melaka
🎈 Keria gula melaka
🎈 Puding jagung (ada dalam fridge)

Alhamdulillah, puas hati.



Wedding anniversary yang ke 42 tahun.
3 tahun kawen baru dapat aku.
Sama macam aku ngan En Wan, 3 tahun kawen baru dapat Redza.

Mak Aji and Pak Aji terperanjat bila tetiba orang datang hantar makanan.
Pulak tu penuh satu meja.
Dia ingatkan nak makan kuih keria je petang tu.
Apa dia ingat anak menantu dia kenyang setakat kuih keria? NEHI!!
Ima ngan Siti punya saka je dah 6 ekor. Mana cukup setakat keria.



Kek ni sempena besday Mirza.
Tapi biasalah kan, mak dia beli kek ikut tekak dia.
Sikit pun takde corak ke, binatang ke, tulisan Happy Birthday pun takde! Kuang hasam. Seb baik anak dia cool tak kisah pun ada lilin ke tak, ada tulisan ke tak, Nak panggil potong kek pun bersilat sampai kena peluk ketat-ketat macam ni.



Hari ni Ima dah balik JB semula, after sebulan melepak Bangi.
Sunyila tu rumah nenek dia.
Kolam pun mesti dah bungkus masuk balik dalam kotak.
Kita tunggu bil air je bulan ni sampai ya, tengok berapa kena bayor. ðŸ˜†ðŸ˜†



Ok, aku nak ucapkan terima kasih yang datang ke booth. Walaupun aku tak dapat jumpa some of you. Terharu je bila budak-budak kat booth Whatsapp gambar-gambar with caption "Ni reader" "Ni datang nak jumpa tadi". Aku memang 2 jam je kat booth. And sesiapa yang datang ke booth sempena YES ni, point kita akan bagi double. Berbeza dengan yang beli secara online sepanjang YES, kita hanya akan bagi single point saja. Tapi selepas tempoh YES nanti point akan kembali ke double. 

Jadi, semua yang datang hari tu kita akan minta isikan form ni untuk kita tambahkan point kemudian.
Tapi sampai sekarang belum sempat tambah lagi sebab budak-budak ni masih settlekan pending delivery kelmarin. Kan cuti panjang, dari hari Jumaat tak buat delivery sampai Isnin, jadi melambak la nak kena pack. Insyallah malam esok settle key in semua point ni. Sorry ya. 

Yang best tu, ramai yang first time beli. Tu yang happy gila bos ai. Tapi takde cakap timackasih pun kat tukang buat marketing ni. Sampai krem otak aku buat marketing. Dah la wish anniversary pun lambat. Bonus mana, bonus? Haihh.



Lagi satu nak say sorry, kad 10 Days Weight Loss Program ni pun habis hari ni.
Tapi sebab order tak boleh pending, kita print atas paper biasa.
So so sorry, tak sangka sangat boleh habis.
Insyallah esok lusa kita start bagi semula kad. Sorry again.