2016-12-17

Setahun dah



17 Disember 2015.
Status setahun yang lepas.
Nasib baik Facebook ingatkan. Kalau harap aku ingat, memang konfem tak.

Dah setahun rupanya aku dengan imej abaya.
Tapi tak all black sangat. Kadang-kadang pakai gak kaler-kaler.
95% je lah ber-abaya sepanjang tahun ni.
Alhamdulillah, good start mudah-mudahan tahun depan lebih patuh syari'i.

Aku ingat lagi bulan-bulan pertama aku pakai macam ni ada reader tanya ada tak any challenges?

Ada.
Of course apa-apa benda baik yang kita nak buat akan datang dengan cabaran.
Dulu aku ingatkan cabaran berhijrah dari togel ke bertudung dah habis tercabar dah.
Rupanya tak.
Cabaran nak berpakaian patuh syari'i lagi kuat challenges-nya.

Orang berhijrah dari tak bertudung ke bertudung kita dah selalu nampak.
Benda tu benda biasa dah.
Cabarannya cuma pada kepala je - dari free hair ke bertudung.
Tapi bila nak cuba perbaiki cara berpakaian kepada lebih syari'i haaa kau.
Kat situ rupanya cabaran lagi kuat.
Apetah lagi bila pilih untuk pakai all black. Secara otomatik kau jadi golongan minoriti.

Alhamdulillah, berpakaian abaya hitam all black dari atas ke bawah dah tak jadi satu benda yang pelik sangat kat Malaysia ni. At least kuranglah sikit yang buat muka pelik pandang aku.
Tapi cabarannya adalah pada si pemakai tu sendiri.
Time kita decide nak berpakaian patuh syari'i ni lah melambak-lambak keluar macam-macam fesyen. Cantik-cantik pulak tu. Kuang aja betul.
Kalau hati ni jangan cakap la, kadang-kadang terdetik juga nak 'menghalalkan' baju tu, baju ni, sebab kita terasa nak pakai.

Baju tu tak salah pun. Bak kata sorang guru agama yang aku penah hadir kelasnya, "yang pakai blouse, pakai jeans ketat tapi bertudung tu semua tak salah, cuma kurang tepat".

Disebabkan perkataan 'TAK SALAH' tu, wahhh, kemain suka lagi aku.
Terasa lega ada ahli agama yang kata baju-baju tu semua tak salah dipakai. Biasalahkan, manusia.
Tapi everytime aku cuba justify perkataan 'tak salah' tu, aku akan ulang balik ayat tu. Ulang banyak kali.

Ustaz kata memang tak salah. Tapi kurang tepat.
Pastu aku fikir balik. Betul juga. Apesal aku fokus kat perkataan 'tak salah'? Apesal aku taknak fokus kat perkataan 'kurang tepat'?

Tricky kan?

Same goes to ayat "Solat malam tu sunat je, Tak buat pun takpe. Bukannya dosa".

Dan kita suka berpegang pada statement tu.
Sedangkan patutnya kita pegang pada "Tak buat pun takpe, bukannya dosa. Tapi kalau buat dapat pahala".

Tricky betul statement tu.
Pandai gila setan buat kona lipat, kan?

Kiranya di awal-awal bulan dulu aku ni banyak memujuk hati sendiri.
Takde manusia hasut pun, tapi nafsu and setan memang sentiasa je bagi pendapat dorang.
Tiap kali masuk mall nampak baju-baju baru, time tu lah aku cuba berjustifikasi.
Mujur jugak la dah biasakan diri sebelum beli apa-apa tanya En Wan dulu.
Kadang tu En Wan tak approve. Bukan sebab baju tu tak sesuai, tapi aku rasa dia malas nak suruh aku shopping. So, terselamatlah kat situ.
Tapi bila dia approve je, tak tentu arah jugak aku membeli.
Tapi pastu ada yang tak berpakai.
Ada 5-6 helai kot blouse aku beli yang masih ada price tag. Bila nak pakai terasa macam takde hati pulak. Kadang-kadang kalau En Wan suruh aku pakai seluar, baru aku pakai. Tapi most of the time dia tak kisah aku nak ber-abaya.

Tak senang sebenarnya kita nak berpakaian syari'i.
Banyak cabarannya.
Baju patuh syari'i ni besar, takde potongan pinggang dan longgar, membuatkan kau nampak gemuk.
Biasanya design tak menonjol, warna tak menyerlah. Kau takkan nampak outstanding.
Masa tu lah macam-macam fesyen muncul.
Masa tu la macam-macam benda nak trending.

Tapi macam marriage, dugaan hebat cuma di awal-awal saja.
Kalau kau berjaya lalui tempoh cabaran tu, insyallah laluan seterusnya ok.
Bukan kata dah takde cabaran lansung. Ada tetap ada cuma insyallah kau pun dah kuat sikit time tu.
Support dari family and orang terdekat mainkan peranan.
Nasib baik lah family aku takde yang sound "Ko apesal pakai macam ni?"
Maybe ada, tapi aku tak tau. Hahaha.
Kawan-kawan aku pun ok je.
En Wan yang paling ok. Sebab dulu zaman muda dia memang suka yang sexy-sexy saja. Hahaha.
Mungkin faktor usia.

Insyallah, doakanlah aku semakin perbaiki diri luar dan dalam.
Ini something yang aku submit di Mekah.
Memang aku mintak bagi aku kekuatan untuk perbaiki cara berpakaian.
Sebab aku percaya, bila kita ubah cara berpakaian, slowly akhlak kita akan berubah sama.
Nak ubah serentak susah. Kita pilih yang senang dulu.
Aku pilih ubah cara berpakaian dulu.
Itu pun sebenarnya tak berapa senang.
Tapi tolong doakan lah ya.



Gambaq pagi tadi. Jubah ni kawan aku hadiahkan. Dia kata kawan dia yang pakai jubah hitam aku sorang je. Sebab tu aku dapat abaya ni. Aku berharap dia akan terus hadiahkan lagi dan lagi dan lagi lepas ni. Kawan-kawan aku yang lain kalau nak hadiah kan, aku pakai abaya size S bahu 15 inci ya. Haha.

Gambar ni sekali jalan nak ingatkan YES 2016 GREENAARD start hari Senin ni ok?