2016-08-11

Sentiasa nak menang


Status and entry blog aku pasal kulit hitam tu banyak dapat respond kat email.
Rupanya boleh tahan ramai jugak yang terima nasib yang sama.
Ada yang boleh move on, ada yang sampai sekarang rendah diri.

Yang boleh move on tu, tahniah.
Yang masih rasa rendah diri, aku nasihatkan cuba ambil masa muhasabah diri.
Sometimes, kita tak boleh move on dalam banyak perkara (bukan kerana warna kulit je) adalah sebab diri kita sendiri yang tak boleh terima kekurangan diri dan kelebihan orang lain.
Atas sebab nak bersaing tu lah maka kita rasa stress. Kadang-kadang tu stress pada benda yang tak datangkan manfaat.
Nak stress sebab kulit tak putih?
Nak stress sebab muka tak cantik?
Nak stress sebab dilahirkan katik?
Tak berbaloi nak hidup dalam stress dan kemurungan disebabkan benda-benda remeh macam ni.

Kadang-kadang tu bukannya kita gelap sangat, tapi kita tak seputih orang yang kita nak saingi.
Kadang-kadang bukannya kita tak cantik, tapi tak cukup cantik untuk menyaingi orang lain.

Sebab tu sometimes, kita kena muhasabah.
Tanya diri kita sendiri, betul ke kita ni serba kekurangan, atau kita yang tak reti bersyukur?

Yang menambahkan lagi tekanan adalah apabila semua benda kita nak bagitau orang.
Dan semua benda yang ada kat kita, kita nak orang nampak.
Bila kita hidup bersandarkan approval orang lain, itulah yang buat hidup tertekan.
Apetah lagi bila kita tak ada apa-apa yang dibanggakan yang nak ditunjuk kat orang lain, itu laaaaaaaaaaagi buatkan kita tertekan.
Lepas tu datang sifat hasad.
Pusing-pusing balik benda yang sama.

Aku rasa, dalam banyakkkkkkkkkkkkkkkk perkara yang orang dok 'trending' buat, aku tak buat.

Aku lahirkan dua-dua anak aku cara czer, tak beranak normal.
Tak merasa kesakitan wanita sebenar katanya. Fine. I dont care.

Redza dari umur 40 hari sampai umur 2 tahun tidor dengan bibik.
2 tahun aku tidur dengan tenang tak bangun malam menyusukan anak.

Anak-anak aku paling lama menyusu badan 2 bulan lepas tu susu aku tak keluar.
Aku sumbat susu formula.

Anak-anak aku pi skolah tak bawak bekal, aku bagi duit je.

Aku masak sehari sekali je. Itu pun waktu malam.
Masak sekali banyak so that esok tengahari Redza and Rayyan balik rumah makan lauk perangat malam tadi. Aku tak bangun awal pagi macam mak-mak orang lain masak untuk anak.

Aku tak buat breakfast. Makan kat mamak je.
Sebulan 2 kali je kot buat btreakfast.

Aku tak basuh baju, lipat baju, gosok baju.

Aku tak cuci bilik air, mop lantai, sapu lama, basuh porch longkang, lap tingkap kipas.
Sebab weekly bibik buat.

Kalau korang rasa rendah diri, mungkin boleh consider bandingkan semua benda kat atas ni dengan life korang. Mesti korang datang yakin sikit and realize korang takde la seteruk mana, kan?

Aku sendiri tau aku memang bukanlah tergolong dalam kelompok ibu-ibu atau wife-wife yang gred A. Tapi alhamdulillah, aku masih lagi boleh teruskan hidup walaupun cara aku tak sama macam orang lain.

Kita hidup kat dunia ni bukan untuk membuat perbandingan DAN bersaing, tapi buat perbandingan DAN perbaiki. Cara nak perbaiki tu pun bukan terletak pada satu jalan je.

Masalah : Baju bertimbun tak basuh.
Jalan 1 : Basuh sendiri secara berperingkat kat rumah.
Jalan 2 : Mintak bibik basuhkan.
Jalan 3 : Hantar dobi.

Apa bezanya kat sini?

Masalah pokoknya cuma nak pastikan baju kotor berbasuh, kan?
Bukan nak pastikan siapa yang lebih rajin basuh baju.

Problemnya pada manusia, kita suka saling nak tunjuk sape lagi best. Saling nak mengalahkan.
Kalau dapat bunuh lagi bagus.

Orang yang suka membandingkan diri dengan orang lain adalah kerana nak menjaga atau menaikkan harga diri. Dorang ni rasa puas kalau dapat tau yang dorang pun sama sukses macam orang lain. Dalam ertikata lain, perbandingan tu adalah untuk mengurangkan keraguan tentang diri sendiri, untuk mengetahui apa yang mampu atau tak mampu dia lakukan. Kalau kita dan orang lain ada banyak persamaan, terasa lega. Terasa yang kita dah mencapai target yang sama. Dan selalunya yang suka dibuat perbandingan ni adalah perkara-perkara yang kita suka like kepandaian, kecantikan, ke-hense-man, kemithalian, kekayaan, pakaian. Benda-benda yang kita sendiri suka. Kalau kita tak suka perkara tu, mesti kita tak kisah, kan?

Bukan tak boleh contohi teladan yang bagus, tapi tengoklah pada situasi diri kita.
Hidup orang lain tak sama dengan hidup kita.
Kau nak follow macamana seorang surirumah dapat siapkan segalanya sedangkan kau balik keje pun pukul 8 malam.
Lepas tu kau bukak FB tengok orang viral kisah "Saya uli gandum sendiri untuk buat roti bekal anak saya ke sekolah".
Dan-dan kau stress, nak buat benda yang sama.
Pastu kau gi hamun laki kau tak nak tolong kau kemas rumah sampaikan kau tak boleh nak uli gandum macam orang tu.
Kau tulis pulak confession kat IIUM "Suami sekarang balik keje goyang telur je taknak tolong bini".
Alahaiiii...jangan buat lawak, plis?

Bersaing tu bagus, tapi kalau sampai diri kau tertekan, apa gunanya?
Mana nak datang persaingan sihat kalau kau sendiri dalam keadaan tertekan.