2016-05-28

Berpantang sulung memang sensitif





Panjang email ni.
Jenuh aku nak menghabiskan. Nasib baik aku suka membaca isi cerita bukan baca tajuk je. Eh.
Kisah rumahtangga orang ni aku malas nak campur sangat. Sentap-menyentap lebih kurang tu biasa la tu. Adat. Benda-benda normal je ni. Antara nak perbesarkan atau tak je.

Orang pompuan ni, jangankan kata bersalin, time dia datang period pun macam-macam perangai dia buat. Aku tau lah, sebab aku pompuan. Kadang-kadang benda yang pelik dan tak masuk akal pun aku buat bila datang period. Inikan pulak bila tengah berpantang. Berpantang anak sulung pulak tu.

Masa aku bersalin Rayyan, aku less stress berbanding masa aku bersalin Redza dulu.
Walaupun pada hakikatnya masa bersalin Rayyan macam-macam dugaan aku lalu.
Kena warded sebulan kat hospital.
Hari-hari ambik darah sampai lebam-lebam tangan kiri kanan asik tadah jarum je keje.
Hari-hari breakfast dengan 7 biji ubat sepanjang sebulan dalam wad.
Tu belum lagi sebulan makan tanpa garam.
Orang sebelah makan lauk special pun tak habis.
Aku makan lauk takde garam licin tray aku kejekan.

Tapi masa bersalin Redza, aku stress extra sikit.
Biasa lah, first time mengandung, first time beranak, first time ada anak kecik, first time tidu tak cukup, of course mood tu kelaut.
Masa tu la kita mudah nak merengek, nak sentap, nak bergaduh ngan laki tak tau hujung pangkal.
Sebab tiba-tiba je keadaan tu berubah 360 darjah.
Kalau sebelum ni tido malam kau takde gangguan, tetiba setiap sejam setengah kau kena bangun menyusukan anak. Mau tak stress tengok pakwe sebelah terbongkang berdengkur macam takde apa-apa?
Badan letih, tido tak cukup, makan pulak kena berpantang, tu tak boleh, ni tak boleh. Ko tak sakit hati?
Baru nak nap kejap anak dah ngok ngek ngok ngek, eiiii rasa nak tampa je budak ni.

Aku percaya, kisah reader ni, akak ipar dia tu sebenarnya stress saja.
Alasan abang ipar tak pernah jaga semasa berpantang tu adalah alasan untuk dia bermanja saja.
Itu normal untuk orang yang baru lepas bersalin.

Sebenarnya orang pompuan baru lepas bersalin ni, dia nak perhatian je.
Bukan dia nak ko jaga dia 24 jam pun.
Just balik keje tu, duduk sebelah, urut tangan dia sikit lebih kurang, tanya nak minum apa, nak urut kepala ke tak. Itu je.
Sebab masa aku bersalinkan Redza pun aku merempan jugak.
Kadang-kadang aku tak tau apa yang aku mengamukkan, tapi aku nak mengamuk.
Padahal En Wan balik keje siap bawak makanan untuk makan sendiri, taknak menyusahkan aku. Pun aku mengamuk gak. Aku marah dia balik lambat lah apa la....bila dia bagitau dia beli mee goreng mamak untuk aku, baru aku diam.

Dulu, En Wan tak reti gosok baju.
Bila aku berpantang, En Wan terpaksa gosok baju sendiri. Dan hasilnya sangatlah menyakitkan mata aku. Itupun aku boleh jadi mengamuk. Aku marahkan "Gosok baju pun tak reti. Semua benda nak harap Di buat!". Padahal dia tak suruh aku gosokkan pun. Tapi mata aku sakit tengok baju tu tak semenggah jadi aku bangun jugak untuk gosok. Sebab taknak laki sendiri pi keje baju renyuk seribu. Bila aku terpaksa buat tu lah menyebabkan aku hangin. Sebab takde sape lagi aku nak harapkan. Tengah-tengah menggosok, Redza terbangun pulak sebab aku bising bertekak tadi. Terus bertambah stress.

Sebenarnya memang penyakit orang pompuan ni pelbagai.
Nak lagi kalau tengah berpantang anak sulung. Memang moody gila.
Cuma level mood tu aje berbeza.

Masa aku bersalin Rayyan, lagi banyak dugaannya, tapi masa tu aku lebih relax.
Dah anak kedua kan. Dah tau apa yang kau kena gelabahkan dan apa benda yang kau tak payah nak gelabah sangat.
Padahal waktu berpantang Rayyan, takde lansung istilah berpantang.
Hari-hari aku ulang-alik ke hospital hantar susu badan sebab Rayyan kat NICU for 29 days.

Masa bersalin Redza aku jadi stress bila takde orang jaga aku berpantang.
Sebab first timer, so kita tak tau apa yang perlu kita expect.
Kita expect segalanya mesti kena buat.
Kalau tak bubuh pilis, tak boleh.
Tak berurut, tak boleh.
Jangan laju, tak boleh.
Makan itu, tak boleh.
Lambat mandi, tak boleh.
Hidup tu penuh dengan 'undang-undang' yang men-stresskan untuk first timer.

Bila dah masuk anak kedua, pantang-pantang ni kendian pikir.
Sarung stokin, sarung kain, jalan lah jugak pi hospital dalam keadaan terbongkok-bongkok pegang perut yang macam nak terburai (aku czer), nak pi hantar susu kat anak.
Masa tu aku dah tak kuasa layan orang cakap "Kau tak berpantang?? Kau berani jalan jauh-jauh time berpantang? Kau berani naik turun tangga nanti terbukak jahitan kau!"
TAK KUASA AKU NAK LAYAN!
Kendian-kendian nanti aku pantang, kendian-kendian nanti aku berurut.
Aku nak settlekan hal anak aku dulu.

Lepas Rayyan keluar hospital, dah sebulan baru aku berurut, baru lah aku start makan segala tok nenek jamu.
Masa dengan Rayyan, aku lebih relax.
Dah tau bila masa kau kena mandi, bila masa kau kena makan, bila masa kau nak baca buku.

Tak dinafikan artikel-artikel panduan cara suami melayan isteri, cara isteri melayan suami tu memang antara faktor kenapa ada suami/isteri berangan lebih.
Of cos siapa yang taknak dilayan macam raja/permaisuri?
Tapi artikel tu nama pun untuk dijadikan panduan. Bukan suruh ikut sebijik sebijon.
Terpulanglah cara kita olahkannya ikut acuan kita sendiri, ikut kesesuaian dan kemampuan kita ketika tu.
Masalahnya kita ni bila baca artikel-artikel macam tu, kita yang jadi berangan lebih. Berangan taknak sikit-sikit pulak tu. Kalau boleh nak suami/isteri buat sebijik macam dalam artikel tu. Taknak kurang sikit pun. Lebih takpe. Itu yang membuatkan ko stress. Kau sendiri yang torture diri kau.

Beranak sulung ni, memang sensitif sikit.
Suami kena faham, mak-mak pun kena faham. Sama-sama lah pegang peranan.
Kalau tak boleh tolong banyak, tolong yang sikit.
Kalau takleh mendamaikan, jangan mengapikan.
Janganlah memperbesarkan masalah. Jangan mengada-adakan masalah yang sepatutnya takde.
Kadang tu masalah dorang tak seberapa tapi bila kita sendiri sebagai orang luar ada sifat menyebelahkan ahli keluarga kita tanpa fikir rasional dan lojiknya di mana, itu yang buat masalah kecik jadi besar.



Hari ni sampai 4 Jun, booth GreenAard ada di Ekspo Usahawan Bumiputra, Penang ya.
Agen Penang akan ada di sana.
Harga sebotol RM82/botol.
Tapi kalau beli 2 botol atau lebih, kita bagi RM76/botol.
Harga ni valid di booth Penang saja.
Boleh contact agen Penang, Azizah 013-4412324.