2015-07-07

Perlu faham konsep Ihsan.


Entah bila dan apa lah puncanya, menjak dua menjak ni ada aje orang share artikel yang boleh menjurus kepada ketidakpuashatian suami isteri.

Ya, aku faham, kita semua nak share sesuatu yang baik, sesuatu yang dahulunya tak pernah diwar-warkan kepada umum, dan apabila kita mendapat ilmu baru, pulak tu ilmu yang bagi kelebihan pada diri sendiri, maka kita share.

Bagus.

Yang tak bagusnya bila kita tak benar-benar memahami apa yang dimaksudkan tapi ambik surface je. Yang surface ni je pulak yang dok dicanang-canangkan.
Intipati sebenar tak pulak dikupas dan cuba difahami.
Dan akhirnya, lately ni ramai isteri-isteri dah mula pertikaikan tugas yang dahulunya dibuat dengan rela hati, now dah dipersoalkan pulak.
Seronok rasanya hati bila masing-masing BARU TAHU yang tugas-tugas isteri selama ni rupanya tanggungjawab suami.

Suami yang sepatutnya kemas rumah.
Suami yang patutnya jaga anak.
Suami yang patutnya masak.

Gila tak seronok dengar??

Nafkah cuma ada 2.
Zahir dan batin.

Tugas suami yang disepakati dalam Al-Quran ialah memberi nafkah zahir kepada isteri mengikut kemampuan dan nafkah batin.
Ulama bersepakat nafkah zahir melibatkan makanan, pakaian dan tempat tinggal.
Nafkah zahir mengikut konsep kontemporari pulak menyediakan perubatan isteri dan anak-anak. Nafkah batin pulak bukan hanya seksual tetapi emosi dan kerohanian.

Tapi kebanyakkan isteri lebih berminat nak bincang pasal nafkah zahir.
At least itulah yang obvious di sosial media.
Jarang nampak orang share artikel or buat status tentang keluhan isteri yang mempersoalkan tentang nafkah kerohanian.

Nafkah ni luas.

Betul, kalau kita dilahirkan dari keluarga yang senang, mak bapak pun senang, maka suami mesti sediakan sekurang-kurangnya sama seperti apa yang makbapak isteri ni bagi.
Itu benchmark-nya.

Kalau boleh, suami bagilah lebih tinggi.
Kalau tak mampu, dan terpaksa bagi lebih rendah dari apa yang makbapak isteri pernah sediakan, maka harus dengan persetujuan isteri.
Bahasa paling mudah, macamana yang makbapak isteri sediakan kat anak perempuan dia, macam tu la suami kena bagi sekurang-kurangnya.
Kalau suami tak dapat sampai ke tahap tu, suami tolong terus-terang bagitau diri tak mampu, mintak isteri tolong halalkan.
Yang suami pun dah tau tak mampu, biarlah ada budi bahasa.
Bagitau la kat isteri baik-baik yang diri tak mampu nak bagi macam makpak dia bagi.

Itu bukan manusia punya undang-undang ya, ini dalam Islam dah cakap.
Tujuannya adalah supaya kehidupan isteri itu tak teraniaya selepas berkahwin.

Masalahnya sekarang, yang kecoh-kecoh pertikaikan kenapa suami tak sediakan rumah 3 tingkat, tak pernah bawak pi makan hotel 5 star segala - cuba tanya diri balik. Dulu mak bapak korang sediakan ke semua ni?
Kalau diri sendiri pun asalnya duduk rumah kampung jamban kat luar, tolong ada rasa segan sikit nak mintak suami sediakan banglo.
Suami bagi rumah kampung upgrade jamban kat dalam rumah pun masih dikira patuhi benchmark tau tak.

Mintak la yang patut padan sikit.
Jangan ikut orang sangat.
Ukur baju kat padan sendiri.
Kalau minta yang bukan-bukan sangat pun salah. Tak patut.

Dah sebut dah dalam Islam nafkah zahir mengikut kemampuan suami.
Bukan mengikut kehendak isteri.

Pakaian, makanan dan tempat tinggal.
Ni je nafkah zahir yang dituntut.
Mana ada sebut nafkah aksesori?
Henbeg bukan pakaian ya. Sebab takde henbeg pun boleh hidup, boleh berjalan. Sebab tu letaknya under aksesori.
Mekap pun bukan pakaian, itu aksesori. Takde mekap pun boleh hidup.
Barang kemas sah-sah lah aksesori.

Nafkah zahir pertama, pakaian.
Pakaian yang dimaksudkan adalah sepersalinan - baju, tudung, kasut.
Ada ulama' cakap setahun suami patut belikan 2-4 pasang.
Kalau mak bapak biasa belikan anak perempuan dia baju raya setahun 2 pasang, suami kena bagi yang sama. Tu benchmark.
Tapi semua tu ada toleransi.
Baju raya pun ada yang RM100, ada yang RM1000.
Murah pun baju baru, mahal pun namanya tetap baju baru. Nak baju Rizalman, belilah sendiri.
Dah kalau suami mampu bagi sepasang je, beli pun kat bazaar Ramadhan, maka berundinglah dengan isteri.
Suami pun jangan konfiden je isteri accept kau belikan sehelai.
Tanya, bincang, runding.

Yang kedua, makanan.
Makanan kena cukup makan.
Jangan sampai anak isteri berlapar.
Tak mewah takpe, janji makan.

Yang ketiga, tempat tinggal.
Tempat tinggal yang selamat. Bukan bawah kolong.
Komuniti baik, jiran baik. Itu baseline.

Kalau tiga-tiga ni boleh comply, patutnya takde timbul isu dah.

Dalam hidup sekarang, perubatan dah dikira accessories berat.
Sebab tu ulama' klasifikasikan perubatan sebagai nafkah kontemporari.

Mana ada nafkah barang perhiasan?
Mana ada nafkah barang mekap?
Mana ada nafkah henbeg?
Itu semua aksesori.
Aksesori ni bukan keperluan asas. Kalau takde pun boleh hidup.
Tapi kalau mak bapak pernah bagi, suami kena bagi juga. Itu baseline-nya.
Contohnya kereta. Kalau zaman anak dara dulu mak bapak bagi, maka suami kena sambung bagi.

Tapi tak menjadi kewajipan untuk suami belikan aksesori (henbeg, mekap, perfume, jewellary) melainkan dia nak tengok isteri dia pakai.
Tapi suami juga harus ada perasaan segan bila melihat isteri keluar rumah dalam keadaan kurang cantik. Belikan lah setakat yang termampu.
Yang isteri pun jangan la mengarut sangat mintak tak sepadan ngan diri.

Kalau suami tak bagi duit untuk beli mekap, tapi isteri nak beli jugak, maka isteri kena beli pakai duit sendiri.
Kalau yang bekerja legalah, boleh guna duit gaji beli barang mekap.
Yang tak bekerja camne?

Sebab tu lah suami kena bagi duit pada isteri.
Makan, pakai and tempat tinggal tu lain.
Duit bagi kat tangan isteri lain.

Yang isteri pun, top up-top up lah duit yang suami bagi tu kot ye pun nak beli Prada.
Takkan semua nak harap laki bayar.
Lain la kalau laki kau memang mampu.

Heran juga kenapa selama ni semua ikhlas jalankan tanggungjawab mengemas, memasak, jaga anak, tup tup now sibuk nak pertikaikan tugas and tanggungjawab.
Adekah dulu kita tak ikhlas?
Buat hanya kerana nak pikat suami, bukan kerana mencari redha Allah?
Sebab tu la, ujung-ujung terserlah ketidakikhlasan tadi. Akhirnya mengungkit, berkira.

Dan suami-suami pun kena consider, isteri penat bekerja, balik rumah terus bersilat dengan anak, dengan memasak dengan membasuh.
Kalau tak mampu sediakan maid, ringankanlah tulang tolong apa yang boleh.

Stigma kerja rumah adalah tugas mutlak isteri dah tak relevan.
Apetah lagi sekarang susah nak dapat maid.
Ada isteri yang keluar rumah pukul 6.30 pagi, balik rumah dah nak pukul 7 malam.
Balik rumah bukan boleh duduk sesaje, terus sambung buat keje-keje kat rumah santak ke 12 malam.

Memang penat,
Boleh terkehel tulang belikat kalau camni keje hari-hari.
Kalau dah terlampau penat pun boleh menyumbang kepada faktor kesihatan.
Dah la pujian tak pernah ada, tambah sakit badan pulak.

Isteri pun, janganlah pendam.
Melainkan kau bercita-cita nak jadi isteri mithali.
Tapi kalau rasa-rasa diri tu belum mampu jadi ikhlas, maka isteri perlu ringan mulut untuk mintak suami tolong. Ada suami yang jenis ringan tulang, tapi ada juga yang ego yang merasakan tugas kat rumah ni tugas isteri.
Sebab tu isteri perlu bercakap lebih-lebih lagi isteri yang sama-sama bekerja.
Ni tak.
Beria semua benda nak buat sendiri. Nak mithali sangat.
Ujung-ujung mengungkit. Dah kau yang nak sangat buat sorang sape suruh.

Janganlah ikut sangat orang.
Orang kata tugas mengemas tugas suami, kita pun kalau boleh taknak buat.
Orang kata bangun malam, bancuh susu, mandikan anak, basuk berak anak, semua tu keje suami, kita pun taknak ambik tau dah semua tu lagi.
Nak dilayan macam princess kekdahnya.

Jangan berkira sangatlah dengan suami,
Kalau suami tak mampu nak beli itu ini, kita ada duit sikit, kita gunalah duit kita.
Ni kang, suami tak belikan susu anak, dia punya bising mengunkit sampai satu row rumah boleh dengar.
Padahal sendiri ada duit tapi kemut. Kononnya nak ajar suami biar bertanggungjawab.

Aku tak tau la orang lain punya pendirian macamana.
Setiap orang ada penerimaan berbeza.
Tapi aku selalu ingat kisah perempuan yang bagi anjing minum.
Dan Tuhan ganjarkan pahala buat dia.

Alangkan buat baik dengan anjing lagikan Tuhan ganjarkan pahala.
Takkan la seorang isteri (ibu) yang keluarkan duit sendiri untuk belikan anak makanan Allah tak kira?

Tuhan ni sifatnya tak kejam.
DIA bukan nak pekena orang.
Jangan tanya apesal Tuhan buat aku macam ni, suami ada pun takleh pakai, balik-balik aku jugak kena keluar duit belanja.

Ada sebab kenapa kita diuji macam tu.

Perumpamaannya macam kita ada 2-3 orang anak.
Tapi balik-balik yang satu tu la yang kita asik mintak dia ulang-alik pi kedai, tolong basuh periuk, tolong angkat kain, tolong siram pokok.
Yang anak ni pulak mengeluh "Apesal balik-balik aku?"
Padahal ibu pilih anak ini kerana dia tau anak ni saje yang boleh diharap.
Dan dalam tak sedar selalunya anak ni la yang ibu paling sayang, tapi ibu tak tunjuk dia sayang.

Begitu la jugak bagaimana Allah tunjuk sayang DIA pada kita.
DIA uji kita.
Walaupun pada kita nampak semua ni macam menyusahkan.
Tapi cara Allah menilai tu halus.
Kita orang biasa-biasa ni susah nak paham dan selalunya takkan nampak.



Ini aku snap dari buku Shahih Muslim.
Bagaimana Rasulullah saw juga pernah alami perkara yang sama, dimana isteri-isterinya minta wang belanja sedangkan Rasulullah tak punya apa-apa waktu tu.

Masalah isteri mintak sesuatu yang suami tak mampu bukan masalah baru.
Masalah sejak zaman Rasullulah saw lagi.
Memang orang perempuan ni banyak sangat kehendaknya.

Suami-suami jangan kecik ati kalau dapat isteri yang perangai macam-macam.
Tapi jangan pulak buat tak reti, buta kayu sampai taknak perbaiki keadaan.
Isteri tu kadang-kadang bukannya nak sangat henbeg Prada, tapi sebab bengkek yang disimpan bertahun-tahun menyebabkan dia cari jalan nak sakitkan hati suami.
Isteri nakkan perhatian, nakkan bantuan. Bukan dia nak kau tolong from A to Z pun sebab dia tau kalau harapkan laki buat semua benda mau kang rumah tu macam nak terbalik suami kejekan.
Takat buangkan sampah, tengokkan anak main sementara isteri masak, dah kira ok dah ni.

Cuba suami pi duduk sebelah, usap-usap sikit belakang isteri tanya "Cuba cakap kat abang, kenapa marah-marah ni. Abang ada buat salah ya? Kalau ada, abang minta maaf".

Kalau camni gayanya suami cakap, isteri mana yang tak lembut hati, cakap! Isteri mana?
Cair terus okeh.
Takyah beli henbeg Prada la bang.
Abang belikan henbeg jenama Brada kat pasar malam pun ai pakai.