2015-03-27

Kenapa aku tak pilih mamat Kuching tu.


Stress kan aku tak cerita kisah semalam sampai habis?
Kalau aku cerita, akan ambik masa sampai 2 bulan, terus pastu jadi novel.
Tak sangka pulak  ramai yang berminat nak tau kesudahan aku dengan mamat tu and apa yang buatkan aku tak pilih mamat tu Kuching tu.
Ada yang ingat mamat tu gay, mamat tu penipu, mamat tu laki orang.
Takde maknanya. Mamat tu ok. Jangan nak speku.

Ok, cerita dia macam ni.

Aku sempat berkawan dengan mamat tu lebih kurang 2 bulan je.
Happy gila sebab akhirnya jumpa juga lelaki yang ada kriteria yang aku imaginekan selama ni.
Mamat tu macam jelmaan karakter dalam novel sampai aku terkejut lelaki macam ni rupanya wujud!

Masa tu aku dah konfius samada nak continue ngan En Wan atau tak [sampai confuse kauuu].
Ni lah yang orang katakan dugaan semasa bertunang.
Masa tu macam-macam benda aku terfikir.
Aku kan kenal En Wan online [chat]. Jumpa pun 3 kali je. Selebihnya masa dihabiskan berkenalan masa chatting.
Pulak tu, aku bertunang dalam keadaan tergesa-gesa sebab nak larikan diri dari exbf.
Jadi bila aku terjumpa mamat Kuching ni, aku jadi konfius.
Masa tu aku start quenstion diri sendiri betul ke keputusan aku bertunang dengan En Wan ni?
Apa sebenarnya Tuhan nak tunjuk tiba-tiba dia hadirkan mamat Kuching ni depan mata?
Haaa...nampak tak ujian dia macamana?

Kebetulan waktu ni pulak En Wan buat perangai.
Bukan perangai apa, dia kan final year, pulak tu dia aim balik nanti nak kawen terus, jadi En Wan betul-betul cut budget.
Kalau dulu every nite call, setiap kali bersembang kadang-kadang sampai 3-4 jam.
Bila dah bertunang, seminggu sekali je dia call tu pun tak lebih 3 minit. Kadang-kadang 2 minggu sekali.
Email pun dah tak hantar. Surat apetah lagi.
Aku stress sangat time ni.
Ya lah, mau tak stress.
Kau dah lah bertunang express, balik Malaysia pertama kali, berkenalan.
Balik Malaysia kali kedua terus bertunang.
Bila dia dah jarang call, aku jadi tak tentu arah.
Serius nak kat aku ke tak. Kalau tak nak, cakap je. Tak payah la sampai buat dek macam ni.
Sampai Mak Aji pernah email En Wan senyap-senyap [yang akhirnya aku tau dari En Wan], Mak Aji tanya kenapa buat aku macam ni tak call tak email tak hantar berita sampai aku menangis terus-menerus dalam bilik tak nak makan semua.
Aku rasa ni lah punca kenapa masa nikah berat badan aku hanya 41kg. Kurus sebab makan hati namanya ni.

Semua benda ni happened serentak, membuatkan aku fikir, adekah Tuhan nak tunjuk sesuatu pada aku?
Kalau yes nak tunjuk, apa yang Kau nak tunjuk?
Aku keep questioned benda ni.

Setiap kali mamat ni ajak aku lunch, aku keluar je lunch ngan dia.
Pedulik apa aku dah jadi tunang orang ke tak.
Masa ni aku nekad.
Aku cakap daripada aku buat keje ni lepas aku kawen, better aku buat sekarang.
Maybe ada something yang aku akan belajar dari semua ni.
Maybe this is another way Tuhan nak tunjuk mungkin En Wan bukan jodoh aku.
Try kenal orang lain dulu.

However everytime aku keluar ngan mamat ni aku jadi sengkak dan sebu.
Tau sebab apa?
Sebab mamat ni sebjik macam apa yang aku baca dalam novel.
You know, all the sweet sweet things.
Benda yang kecil pun dia boleh jadikan sangat sweet di mata.

Contoh, kalau today dia nampak aku batuk-batuk, esok kat stesen bila nampak muka aku je, dia terus keluarkan strepsil sekotak.

Aku suka baca buku dalam train, dan aku suka lipat muka surat sebab takde penanda buku.
Nanti besok bila aku baca buku, dia terus selitkan penanda buku kat buku yang aku baca tu.

Dia tak tanya kenapa aku batuk, atau kenapa aku tak beli penanda buku.
Dia just tau apa yang aku perlu ada dan dia sediakan.
Jenis yang observe.

Karakter macam ni memang wujud dalam setiap novel, kan?

Ada banyak lagi benda yang dia buat. Malas cerita.
Tapi yang buat aku jauhkan diri bukan sebab dia, tapi aku sendiri yang ada masalah.
Bukan kerana aku tunang orang.
Aku tak berapa kisah pun dengan tittle 'tunangan orang' ni.
Aku lagi takut kalau dah kawen esok baru tersedar aku salah pilih suami. Haaa...yang ni lagi aku takut. Tapi waktu tu tak terfikir lansung nak solat istikharah ke apa.

Mamat ni orang kaya. Run family bisnes. Money is not a problem.
Dari gaya dia pun aku boleh syak dia memang dah biasa dengan duit.
Ini memang karakter yang kita semua suka.
You know, karakter hero novel - hensem bergaya, anak orang kaya, orang kaya, ada bisnes sendiri romantik, etc.

But then aku realized sebenarnya aku yang ada masalah.
Bila aku keluar dengan mamat ni pi KLCC, dia selalu nak belikan aku barang-barang yang mahal.
Dulu aku gi keje je pakai tudung, bila keluar jalan tudung cabut. Rambut aku panjang.
Pi KLCC, mamat ni bawak aku masuk Evita Peroni.
Evita Peroni punya getah rambut RM80/pc. Cekak sampai beratus ringgit.
Perlu ke aku nak pakai semua benda ni?
Aku jadi rendah diri sangat.
Masa tu getah rambut aku beli kat Watson je. Tu pun bangsa yang sepaket 5 pieces.
Aku tau dia bukan nak ubah penampilan aku, tapi nak belikan something yang aku akan pakai.

Aku masuk kedai buku nak beli pen.
Mamat ni bawak aku pilih pen yang dalam lemari kaca siap ada casing tu, harga sampai RM200.

Ajak aku masuk Swatch.
Nak belikan aku jam so that aku tak lambat every time dia ajak jumpa sebab dia perasan aku takde jam.
Aku mula dah tak selesa.

Memang sweet mamat ni tapi benda ni la yang jadi masalah kat aku.
Aku tak selesa orang buat macam ni.
Bukan aku sombong tapi aku just tak berapa suka.
Akhirnya aku realized, mamat ni bukan selera aku.
Aku suka lelaki macam ni dalam khayalan je.
Hakikatnya bila jumpa lelaki macam ni kat realiti, aku tak boleh terima.

Another thing yang buatkan aku pilih En Wan dari mamat tu adelah En Wan sayang aku lebih.
Aku rasa kalaulah aku pilih mamat Kuching tu, aku yang akan sayang dia lebih.
Sebab selama ni aku suka sangat dengan karakter macam tu, of cos aku akan cinta mati macam nak rak. Nanti aku jadi possesive pulak. Dah takde keje asyik nak spy laki sendiri.
Kejap-kejap stalk laki buat apa kat opis buat apa, keluar lunch dengan siapa, meeting ke dating, etc.
Benda ni akan menyusahkan hidup aku. Hati pun tak tenang asyik memikirkan laki 24/7.
So daripada aku sayang lelaki lebih, baik aku pilih lelaki yang sayang aku lebih.

Mesti ada yang cakap "Mana Kak Di tau dia tak sayang Kak Di lebih? Entah-entah dia sayang akak lebih lagi".

Takpelah, aku taknak pikir. Dah lama pun cerita ni berlalu.

En Wan memang bukan lelaki romantik. Jauh beza kalau nak bandingkan dengan mamat Kuching tu.
En Wan bagitau punca dia jarang tulis surat and email kerana nak fokus blaja supaya lulus cemerlang and grad on time.
Dia kata dia perlu pastikan dia lulus supaya dia boleh balik and tak duduk jauh lagi dari aku.
Dia jarang call sebab nak jimat duit, supaya boleh buat persediaan kawen.
Dia ambil banyak job sebab nak kumpul duit - tanam padi, keje kilang, susun kotak - supaya balik je Malaysia terus kawen.
Kesiankan aku sanggup tunggu dia katanya [dia tak tau aku siap ada skandal lagi kat Malaysia. Mbahahaha].

En Wan berani bertunang dengan aku semata-mata nak selamatkan aku dari exbf, sedangkan masa tu kitorang baru jumpa sekali je, jadi aku yakin dengan petunjuk Allah.
Bukan maksudnya aku tak sayang En Wan.
Of cos la sayang, tapi aku tau aku akan lebih sayang mamat tu sebab mamat tu ada semua kriteria yang aku nak.
Jadi sebelum sayang menjadi gila bayang tak tentu arah yang akhirnya akan menjadi kebencian, baik aku jauhkan diri.