2014-06-28

Kes En W


Ni entry susulan dari status FB aku siang tadi.
Kisah sedih En W yang hidupnya bergelandangan 5 beranak with isteri and adik ipar yang buta.
Ingat lagi aku pernah up kat both FB status and blog pasal ni?

Yang dijumpai di tepi masjid.
Yang dihalau keluar oleh penyewa.
Yang anak-anak kelaparan.
Yang akhirnya menyebabkan kita persoalkan di mana bantuan zakat. Apa role Pusat Zakat.
Memang patut pun kalau pusat zakat susah nak bagi bantuan, kena buat saringan demi saringan, sebabnya orang-orang macam ni la. Yang menipu.

Ceritanya gini.
Lepas aku share the story, ada sorang reader call. Dia bagitau dia ada rumah kosong untuk bagi En W ni tumpang. Rumah tu somewhere kat Bangi. So dia mintak aku cara untuk contact En W. Memandangkan aku cuma tolong share the story jadi aku mintak dia contact Dalina (orang yang jumpa En W ni kat tengah jalan).

Jumaat lepas, this reader bagitau aku yang dia dah pegi jumpa En W kat hotel murah area Chow Kit. Mula-mula En W tu taknak terima visitor. Katanya kecik ati dengan sesetengah orang yang questioned kenapa dia badan sihat, tegap tapi taknak bekerja. Sebab orang perli-perli, jadi dia taknak terima visitor. Tapi agaknya bila nampak reader aku tu ikhlas, dia pun willing to share kisah dia.

Cara dia cerita tu memang sedih la, dengan kisah dia dibuang keje, motor rosak, kena halau pulak dari rumah sewa, time kena halau tu bini tengah mengandung, pastu anak-anak ramai, ada sorang anak OKU, bela pulak sorang adik ipar buta - sedih tak? Harus sedih okeh.
Tapi, orang kalau saiko memang pandai reka cerita sedih. Aku paham sangat.

Reader ni rajin update aku pasal En W.
By the way, ada 2 reader yang involved dalam kes En W ni. Dorang rajin pi tengok anak-anak En W kat hotel, balik sampai 2-3 pagi. Dorang betul- betul nak bantu. Asalnya aku dah nak naikkan status untuk dapatkan bantuan pampers, beras, tong gas, etc sebab plannya Ahad ni (esok) En W and family akan move ke Bangi. Tapi bila dah hari-hari dorang jumpa En W, macam dapat rasakan ada benda yang pelik dengan En W. Adakalanya cerita dia tu tak masuk akal. Setelah diselidik, rupanya dah lama dah dorang hidup bergelandangan macam ni. Berbulan-bulan dah. Hidup atas cerita tipu.

Kisah sedih ni menjadi semakin pelik bilamana En W kata dia ada rumah di kampung.
Ohh, ada rumah kat kampung rupanya.
Tak kira la rumah mak ke, rumah adik-beradik ke, tapi yang pasti kau ada tempat tinggal di sana. Patutnya kau dah tau kat KL ni kau takde keje, anak-anak berderet, wife tengah mengandung, kau balik je la kampung. Yang kau nak torture diri kau hidup merempat kat KL berbulan-bulan kejadahnya?
Alasan yang En W bagi kenapa dia tak bekerja adelah sebab dorang takde rumah untuk tinggal kat KL ni. Bila takde rumah, camana nak keje sebab anak-anak nak letak mana.
Ok, ada logiknya kat situ.
But again, bukan seminggu dua kot kau bergelandangan. Dah berbulan kau and anak-anak hidup bersepah, apesal tak balik je Kuantan. Kata ada rumah kat sana.
Start kat sini semua dah terasa pelik.

Until last week, dia balik Kuantan. Plan asalnya En W sorang je yang balik. Katanya nak uruskan surat nikah. Alih-alih bila reader aku datang hotel, rupanya dia balik ngan isteri and 3 org anak dia (kalau tak salah aku, dia bawak anak-anak sekali). Dia cuma tinggalkan anak dia yang sulung (OKU) and anak bongsu (baby) with adik ipar dia yang buta tu di hotel.

Masa reader ni cerita kat aku, aku tanya apa fungsi dia angkut anak-anak sekali ke kampung?
Reader ni bagitau maybe dah lama tak balik kot.
Ok lah, bersangka baik.
Maybe dah lama tak balik, alang-alang balik nak urus surat nikah bawak anak-anak jumpa nenek atuk sekali.

But kalau ikut lojik akal, kau kan dalam kesusahan.
Hidup pun atas bantuan duit orang ramai (masa ni aku rasa dah kaya dah dia, ramai gila orang derma kot), patutnya kau berjimat la. Takyah la berondoh-randah kau anak beranak balik Kuantan. Dah la balik sampai seminggu! Yang bestnya ingatkan dia balik Kuantan duduk kampung, rupanya duduk hotel kauuuuuuu.
Ok la, maybe hotel murah-murah je.
Maybe dia cuma ada kampung, tapi rumah takde.
Maybe ada rumah sedara-mara tapi segan nak tumpang.
Maybe..maybe...maybe...

Reader ni cakap masa dorang datang hotel, baby menangis. Rupanya adik ipar bagi baby susu basi sebab maknya tak tinggalkan makanan untuk anak-anak kat hotel. 2 hari anak-anak menangis kelaparan sampai hotel halau keluar. Memekak je menangis siang malam agaknya kan, mana la hotel tu tahan. Orang tu berbisnes. Nak jaga periuk nasi dia jugak.
So reader aku ni bawak balik anak-anak and adik buta ni ke rumah dorang. Masa kat rumah tu la dorang tau hal sebenar sebab dorang ugut adik ipar buta ni untuk cerita hal sebenar.

Rupanya En W and bini dia tu berdadah!
Mastermind cerita ni adelah bini dia.
Check badan anak ada kesan lebam-lebam.
Adik ipar ni bagitau anak-anak tu selalu kena pukul everytine dorang laki bini tak dapat dadah.
Anak dia bagitau 'Papa tak sayang'. Ishh, sedih pulak aku.
Yang best tu kemain lagi En W bagitau dia tak tau macamana cara nak mohon bantuan zakat.
Reader-reader ni check rupanya dah lamaaaaaaa En W ni dapat bantuan zakat. Cam haram kan perangai? Entah apa la dia kencing pusat zakat nak dapatkan bantuan.

Patutnya aku naikkan status untuk stop bantuan ni lebih awal sebab dah terasa ada benda pelik dengan kisah En W ni. Tapi reader-reader ni suruh aku hold dulu sebab bini En W ni jenis yang check FB. Kita taknak dia dapat tau yang kita semua dah tau kisah sebenar.
Semalam reader-reader ni dah plan lepas En W balik dari Kuantan, dorang nak bawak polis rush hotel. Tapi nak ke JPN dulu daftarkan anak-anak dia. Anak-anak ni takde surat beranak.

So this morning dorang update aku nak ke Putrajaya. Lepas settle JPN, plannya polis akan datang. Dorang ada mintak aku ask around sesape dari JKM boleh datang kesana. Rancangannya lepas settle JPN, polis pun dah rush, nak mintak JKM ambik alih anak-anak ni pulak.
Baik reader ni, dia plan nak ambik 2 orang anak-anak En W untuk dijaga.

Aku dengan berdebar tunggu update dari dia.
Akhirnya dia call bagitau semua dah selamat.
Selamat larikan diri!!

Kan aku dah cakap, orang kalau spesis saiko ni memang licik.
Dia boleh hidu apa kita nak buat.
Pagi ni reader-reader pi hotel nak fetch dorang ke JPN tengok bilik dah clear. Kosong.
Agaknya malam semalam lagi dorang dah cabut.

So now, En W tu tak dapat dipastikan mana dia meruyup.
Yang kita concern now anak-anak dia. Sebab kita tau dia selalu pukul anak-anak bila ketagih. Tak mustahil one day anak-anak dia akan dijadikan peminta sedekah. Bayangkan dia boleh hidup 'bergelandangan' dengan agak mewah, duduk hotel bagai. No wonder la kau kena halau, kena benti keje. Perangai cam tutttttttttttt.

Tadi petang reader ni dah buat laporan polis, aku harap polis dapat cari En W ni sampai dapat.
Aku rasa dia dah sangat kaya now.
Aku percaya ramai yang terpedaya and dah bagi sumbangan kat dia.
Now tolong stop masukkan sumbangan.
Aku dah up kat FB status pasal ni. Harap boleh share this artikel atau share status FB aku tentang penipuan En W ni sebab aku yakin En W ni akan muncul balik dengan kisah sedih dia (mungkin kisah lain pulak) bila dia dah takde duit nanti. Kita nak orang ramai hati-hati. Kalau rasa-rasa pasni jumpa kisah-kisah sedih macam ni, kena siasat, ada kemungkinan En W muncul balik.

Rakyat Malaysia ni baik hati, asal ada orang susah je terus tolong.
Tak ditolong terasa diri kejam.
Dah ditolong rupanya kita kena kencing.
Memang sekarang nak membantu pun harus ada rasa was-was agaknya.