2014-01-06

Mr Mama


Selain dari azam-azam 6 ketul yang aku listkan hari tu (setakat ni masih berjaya membendung diri walau satu dua orang kawan aku cilkabanat dengan constant-nya hantar promo-promo perfume. Lanch!), aku telah mencipta satu lagi azam baru iaitu 1 bulan = 1 benda baru dalam rumah.
En Wan kata azam ni dia gerenti aku boleh buat dengan jayanya. Hahahah.
Perli nampak bangggg.

Bulan ni, kita mulakan dengan ini :



Tak banyak mana pun buku-buku aku sebab kebanyakkannya aku dah buang masa aku pindah rumah. Tak larat nak mengangkut. So, bulan ni aku plan nak setup satu built in cabinet untuk buat mini library la kononnnn. Takat ada 3-4 shelf buku dah nak buat mini library kauuuuu. Gasakkk.

Sebenarnya nak buat built in cabinet ni pun berdebat-debat aku ngan En Wan berbulan-bulan.
En Wan ni jenis tak baca buku sebab tu dia tak nampak kepentingannya buat mini library ni.
Memang la tak penting mana pun. Tapi dari kecik lagi aku always berangan nak ada satu library kat rumah walaupun akulah orang yang paling tak suka study kat library dan lagi seronok baca buku sambil meniarap, tapi rasa seronok je tengok rumah buku-buku tersusun and ada ruang khas untuk membaca.

Yang si En Wan ni pulak dok fight ngan aku nak buat walk-in wardrobe.

Padahal aku yang melayan si Kimora tu tapi dia yang gelabah nak berwalk-in wardrobe segala. Over gila orang tua ni. Kau nak buat apa pun ngan walk in wardrobe kan. Bila aku tanya nak buat apa walk in wardrobe. Kita bukannya jenis yang simpan baju banyak kasut banyak beg banyak tie banyak sampai payah nak pilih. Alasannya baju keje and baju melayu dia banyak. Alahaiiiiii. Takat 15 helai baju melayu. Ada yang yang makan siku aku kang.

Nanti, kalau cabinet living hall ni dah siap, aku let go rak-rak buku ni pulak ok?



Panglima today.

Aku and En Wan half day morning today sebab Rayyan 1st day skool.
Yang tu bukan menangis sebab taknak pi skolah tapi menangis sebab selipar dia masuk pasir. Anak aku ni bangsa penggeli sikit. Konon macam pembersih nau. 

This week skolah from 8.30-10.30am only.
Tu pun dah dup dap dup dap dada aku tak tenang memikir apa kisah la dia ni kat skolah.
Pagi tadi time hantar dia, alhamdulillah tak nangis.
Tapi bila dia nampak ramai budak pakai baju macam dia, dia takut. 
Aku wat bodoh je, naik kat atas, masukkan dia dalam kelas dia. Pastu cikgu dia pun tarik tangan dia tunjuk mana tempat letak beg semua, kitorang terus cabut. Tak toleh belakang dah. Aku siap tutup telinga sebab taknak dengar suara dia. Kot-kot la time aku cabut tu tetiba dia menangis. Aku ni bukan boleh. Kang ada yang aku patah balik angkut anak aku balik. 

Teacher dia kata dia ok tapi memang nampak dia manja.
Tak boleh blah, dia panggil teacher dia Mama. Kemain suka En Wan. Tersenyum simpul dengar. Aku lempang kang saje je.

Tak kisah la ko nak panggil cikgu ko apa pun. Jangan panggil Bik sudah.
Janji esok kau tak buat hal. Esok En Wan tak half day dah. Maknanya aku la yang kena settlekan Rayyan. Aku harap dia tak nangis. Sebab kalau dia nangis, aku jamin aku tak hantar Rayyan gi skolah esok. Maka berbulu la En Wan dengan aku. Dan semakin bersemangatlah beliau nak jadi Mr Mama.

En Wan dah berapa kali dah tanya aku ok ke tak kalau dia nak jadi Mr Mama or tolong bisnes aku. Dia makin tensen dengan management kilang dia.
Biasa la kan, makan gaji. Terpaksa la mengikut arahan. Nak wat camno.
Sebenarnya kan, En Wan ni lagi cekap jadi Mr Mama berbanding aku.
Dia rajin ke pasar, dia rajin beli groceries kat Giant, dia rajin peratikan and gantikan apa yang tak betul dalam rumah ni, dia rajin bersihkan laman, and dia sangat superb bab jaga anak. Kalau bab anak, memang takyah disuruh. Dia tau semua benda pasal keperluan anak dia. Padahal aku bangun awal kadang-kadang pukul 4.30am dah terpacak depan komputer buat keje, tapi En Wan jugak yang siapkan Redza nak ke sekolah. Dia memang takkan ganggu aku buat keje sebab dia kata kalau aku siapkan Redza, anak dia jadi macam nerd.

Aku jenis yang sikatkan rambut Redza belah tengah. 
Sorry la aku nak buatkan jambul-jambul ni semua. 
Aku bedakkan Redza guna compact powder aku. 
Berbulu je En Wan tengok. 
Tu yang aku malas terus nak campur. Biar dia buat sendiri. 
Aku just tau check expenses apa yang nak beli, bayar and done.
Memang selayaknya En Wan ni jadi Mr Mama dari jadi Mr Engineer.

Secara jujurnya, kalau En Wan nak benti keje, aku no hal.
Aku lagi suka kot. 
At least aku boleh try offer high-end instrument pulak kat customer sebab ada sorang engineer berpengalaman. 
Aku leh offer khidmat engineer to companies yang takde engineer tapi nak buat installation and commisionin.
Dan juga secara tak lansung ada driver. Keh keh keh.
Takde la aku go outstation sorang-sorang pasni. Keselamatan terjamin jugak.
Jimat pun jimat, gi ofis pakai satu kereta. 

Kan? 


KLIK HERE : ORDER EPHYRA
KLIK HERE : WOMEN SKINNY JEANS
KLIK HERE : SUPERDRY HOODIE JACKET