2013-08-26

Makan je la keje


Raya 2013 ni macam buat sejarah untuk diri sendiri sebab tahun ni paling banyak aku beraya.
Beraya kat rumah orang yang aku tak kenal. Gitu.
But it was fun.
Terasa macam aku ramai kawan baru.

Tahun ni open house jemput orang yang aku belum pernah kenal in real life.
Pastu pi beraya pun kat rumah orang yang aku tak kenal.
Seb baik ada gamba kat FB tau, kalau tak ntah sape-sape la yang aku tegur. Aku kan blur all the time.

Thank you so much reader yang jemput aku.
Terasa rendah hati bila ada reader yang invite kat message "Kalau saya jemput Kak Di datang rumah saya, nak tak?"

Hoiiii...apa pulak taknakkkkk.
Aku ni kalau bab makan jarang tolak.
Dah sendawa 3 kali pun aku leh sempat sumbat 3 keping tempeyek lagi.

Rasa macam menyusahkan pulak bila aku datang and some melayan aku beria-ia.
Takyah susah-susah. Aku bukan Rihanna (eceh..perumpamaan tak agak-agak).
Kau tinggalkan je la aku depan makanan, insyallah pandailah aku "membawa diri".
Ko pergilah settlekan apa-apa yang patut kat dapur ke, melayan orang lain ke. Takpe. Aku no hal.
Nanti kalau aku nak mintak nasik tambah aku panggil ko ye. Hahaha.



Sabtu...berdua lebih baik.
Anak-anak sila duduk kat rumah saje.
Tolonglah bagi ruang kat mak bapak korang ni nak makan dengan tenang ya.

En Wan kan selalu kalau keluar dengan aku mesti nak pakai kaler sedondon.
Pastu hari tu aku pakai purple, dia sauk shirt pink.
Aku diamkan je.
Bila dalam kereta aku tanya "Nape pakai baju ni?"

"La, pakai sama kaler la. Di pakai pink, abang pakai pink la"

Baju aku PINK?????

La haiii...Aku ingat selama ni aku la yang paling kesian sebab rabun.
Rupanya laki aku lagi teruk. 
Buta warna terus.



Rumah Miza - CEO Ephyra.
Kebetulan aku pakai mengikut tema - purple :)

Parents Miza ni both pegawai polis.
Jangan berani-berani pedajal Ephyra...bapak dia Ketua Polis Ampang, mak dia next year Timbalan Ketua Polis Kedah ya. Ke dalam kau nanti. Hahaha.

Memang masa sampai tu ramai la pegawai-pegawai polis tengah makan.
Eventho dorang datang dengan berbaju batik and kemeja, tapi boleh bajet dah gaya seorang polis camana kan. Miza suruh kitorang masuk dalam rumah, tapi aku malas la, lagi selesa kat luar. Senang aku nak tambah 5-6 kali. Kitorang duduk kat satu meja ni. Pastu ada 2 orang lelaki baju kemeja and batik duduk sama. Bersalam dengan En Wan. Pastu yang sorang tu tanya En Wan "Cawangan mana?"

Wakakakkaka.
Tersedak cendol aku.
Seb baik tak bersembur kot hidung.

Badan suami saya sekeping melempai-lempai macam ni ada gaya polis ke, pakcik?
Oii tak tahannn.


Disebabkan aku blom makan nasik, jadi aku pekena nasik beriyani dulu apa-apa hal pun.
Lauk beriyani dia kambing ada, ayam ada, daging ada.
Tapi aku ambik ayam je la.


...sebab pastu aku nak bedal kambing bako!

Mak oiii, seriesly kambing ni sedap.
Patut la si Miza beria-ia suruh aku try kambing. Memang sedap wehh.
Gravy dia best.
Tapi Miza tak berapa tau sangat sape tokei kambing ni sebab everything parents dia uruskan.
Tapi Miza kata brader kambing ni ada steak house somewhere in Ampang.
Maybe orang Ampang tau la kot.


Polis lokap cawangan Manir


Stall kambing


Stall cendol


Tercapai gak hasrat nak pekena cendol.

Masa nak buat open house hari tu kitorang puas mencari stall-stall ABC and Cendol yang boleh datang open stall kat rumah. Tapi semua tak available, semua dah ada orang book. Rupanya orang dah book before raya lagi. Kitorang je yang terhegeh-hegeh lagi 2 hari before open house baru nak carik stall. Memang hampeh la jawabnya.


Satey pulak.

On the same day kebetulan aku teringin nak makan satey.
Tapi satey Hj Samuri kat RnR Awan Besar tu gila panjangggggggggggggg orang queue.
Tu semua stok-stok nak buat open house la kot.
Seb baik rumah Miza ada satey.
Tercapai lagi hasrat.

Mudah kan hasrat aku?
Takyah takut dengan aku punya hasrat.
Aku takde hasrat nak Habib Jewal punya.
Hasrat nak mentekedarah je.


Muka biar series.
Baru la nampak macam discuss projek besar.


Terasa aman je, makan dengan tenang je aku kat sini.
Gila tak tenang??
Bersepah polis kat dalam ni.
Jangan buat pasal.


Gamba before balik, cilok kat FB Miza.



*aku tak paham kamera Samsung ni. Sebenarnya kalau ambik gambo, kita nak pandang kat mana? Aku rasa macam dah pandang kamera tapi bila tengok gamba mesti mata aku ke lain. Juling je hape aku ni*

Ok, iklan jap.
Aku nak jual tudung ni.
Ni aku beli kat Ariani Jemahat baru ni.
Ingat nak beli inner hitam.
Sekali tersauk pulak tudung ni.
Pada pandangan mata aku macam cantik je kaler ni.
Memandangkan aku takde tudung instant yang printed, so nak try la beli satu.
Senang sikit kot nak pakai, main sarung je. Takat nak pi Giant ke, mamak ke, takyah la nak bershawl bagai kan. Pakai tudung macam ni je senang.

Tapi, En Wan kata aku nampak selebet pakai tudung instant printed.
Dia lagi prefer aku pakai shawl.
Maka dengan ini, aku nak me-let go tudung ni.
Aku beli RM79. Size S.
Sila nyatakan harga anda.



Ni pun macam nak jual tapi aku tak rasa ada orang nak beli.
Sebab tak cantik kan? Hahaha.
Ni pun aku beli Jemahat lepas.
Sebab tu aku kata aku malas nak melintas depan Ariani.
Plan asal nak beli inner je.
Last-last aku beli merepek-repek.

Patutnya aku beli 2 shawl, tapi masa nak bayar, lagi satu shawl tu takde yang baru. Ada yang display je. Pulak tu yang display macam tertarik sikit benang dia. Selamattt satu shawl.
Kalau tak, besar sikit la rabak purse aku hari tu.

Shawl ni actually sweet tau kaler dia.
Background putih, ada epal-epal blue and green. Macam tenang je kaler dia.
Tapi aku itam so bila pakai shawl putih nampak lebam.
Tapi yang aku tak paham, shawl cenggini RM195!
Mujur Ariani yang jual. Kalau Fleur Closet jual shawl cenggini harga nak sampai dua ratus, mau setahun aku kena maki.

Tapi kalau ada sesape nak beli bagitau la aku.
Kalau takde, aku blasah pakai je.



Lepas breakfast semalam, En Wan nak basuh keta aku.
Dia kata dia nak ajak aku try basuh kat tempat basuh kereta ni. Apa ntah nama menatang ni tak reti aku.

Caya tak, aku nangis masa kerata ni kena basuh kat dalam tu??

Takut gila!
Aku memang tak boleh la dengan benda-benda yang melibatkan instrument gabak-gabak like ship, plane, pastu tempat basuh kereta macam ni. Aku terbayang masa kereta ni masuk kat dalam ni, tiba-tiba mesin ni punya sensor jem. Nanti dia himpit kereta sampai remuk terpenyek aku kat dalam tu memancut-mancut darah kat cermin. Gitu..Final Destination sangat imaginasi.
Dah la bunyik mesin tu gong gong gong gong gong. Ngeri siall.




Ni semalam, nak gi beraya.
Shawl ni aku beli kat Ariani gak, before raya.
Pun mahal gak, RM175 design camni je. Sabit kau letak batu sikit macam tu terus jadi beratus. Tapi tahan la lagi kan banding ngan shawl putih bodo kat atas tu.

Aku masih lagi tercarik-carik kenapa Ariani punya shawl mahal.
Tapi tak semahal Fareeda la kot kan.
Aku penah jumpa 2 design shawl Ariani and berjaya jual more than 200pcs (yang design 2 tone tu).
Aku can jual less than RM70 tapi Ariani jual RM159!
Material sama okeh! Pelik.

Aku kalau jumpa mana Ariani ambik stok shawl dia memang siap la.

Aku beli shawl ni minggu akhir before aku balik raya, untuk pakai dengan baju ni la.

Pastu masa raya ketiga, aku pakai dah baju ni beraya kat Bangi.
Tapi aku boleh terlupa aku ada shawl ni. Masa aku beraya kat Bangi tu aku pakai tudung instant je sebab konon takde shawl merah.

Semalam masa kemas-kemas tempat tudung, cantik elokkkk je shawl ni tersidai dengan harga belum tanggal. Terus la En Wan bising "Beli beli beli. Pastu tak pakai. Beli je keje"

Tapi memang tebiat aku macam tu.
Kadang-kadang aku bukan nak pakai sangat pun tapi aku suka "biar ada".
Time nak pakai sok dah ada. Senang keje. Takde la jam tu nak pakai, jam tu baru nak carik.
Konsep tu la yang aku gunapakai kat perfume-perfume aku yang dah nak setahun beli tak pakai-pakai ni. Aku harap takde la perfume aku yang basi. 


Beraya kat rumah reader, at Rawang.
Punyala banyak dia masak, seperiuk besar macam nak kawenkan anak. 
Tapi gila sedap mee hun sup dia.
Sambal kicap dia umangaiiii, nasib tak melecet bontot ai.


En Wan terperanjat aku boleh habiskan mee ni.
Aku jarang boleh habiskan mee, tapi maybe sebab lapar pastu kuah ni bila dah campur sambal kicap tu sedap, terus licinnnn. Seb baik rumah orang tau. Kalau rumah sendiri memang aku hirup kuah terus kat mangkuk.

En Wan kata "Boleh ambik budak ni tahun depan catering open house kita"


Hidangan kedua.

Kan aku dah kata, takyah susah-susah layan aku.
Aku memang pakar bab-bab melayan diri ni.


With, Norlida. Tuan rumah.


Rumah ketiga, another reader, Asiah at Sungai Buloh.

Tetiba terasa betapa tak malunya aku beraya kat rumah orang yang tak belum kenal.
Gila berani redah rumah orang kan.
Tapi seronok la beraya macam ni. 
Jumpa new frens, new environment, pastu boleh marayap jauh-jauh.
Rumah keempat adelah rumah kawan En Wan masa sama-sama kat Jepun dulu.
Dia kata tak pernah jumpa dah sejak grad.
Padahal kawan dia duduk Puchong je.
Tima kasih la pada wechat/whatsapp yang benar-benar connecting people.
Sebab laki aku ni jenis tak bersosial. Ada akaun FB tapi sabit ada akaun je la, updatenya haram.

Masa sampai rumah kawan dia, kawan dia cam pelik je tengok aku.
Aku dapat mendetect dia macam terperanjat tengok aku.

Aku : Bang, kawan abang macam terperanjat je nampak Di, nape?

En Wan : Dia pelik kot sebab bini abang lain. Dulu kan awek abang lain.

Aku : Buaya memang cam tu kan?

En Wan : Abang tak buaya la, abang dulu set-set pendiam.

Aku : Dia? (kawan En Wan)

En Wan : Dia geng-geng yang aktif and nakal.

Aku : Abis abang tak nakal la? Abang baik la ni?

En Wan : Takde la baik. Cuma abang dulu grup lain. Grup-grup yang tak berapa nakal. Grup yang bergaya-bergaya.

*puiiiiii*

Aku : Bergaya???

En Wan : Ye la, jenis yang pakai kemeja cantu.

Aku : Tu bukan bergaya. Tu namanya nerd!


PUAS HATI!!!
PUAS HATI dapat silambam dia sekali.





Ephyra Promo NEW : Click here and fill up the form