2013-05-03

Mesej


Semalam ada reader email aku bagitau yang masih ada lagi gamba-gamba aku dulu-dulu kat gugel search.

Yes, memang betul ada.
Aku lom sempat nak mosaic semua gamba-gamba aku dalam blog ni sebab tu masih ada yang keluar kat gugel search. Thank you pada yang perihatin. Sangat appreciate your concern. Tima kasih.

Memang terkesima kejap tengok gamba sendiri. Gamba dulu-dulu la.
Dengan nighty segala. Wah wah wahhhhh kemain lagi aku dulu. Gila daring. Tersiat-siat bergamba.
Tapi sejujurnya aku tak pernah rasa itu sexy. Sebab kawan-kawan aku kat U dulu lagi ramai yang daring so aku rasa aku cam biasa-biasa je. Sebab tu bila orang sound-sound aku, bukan aku keras hari taknak berubah tapi aku macam pelik and tak paham tang mana yang seksinya? Takde yang sexy pun. Series takde!

Aku anggap sexy tu adelah bila kau pakai baju di tempat yang tak tepat.
Contohnya pergi kedai Kak Milah dengan memakai swimming suit. Sesuai?
Bila berpakaian di tempat yang tak sesuai, konfem kita nampak pelik and maybe the sexiness tu lebih ketara. Tapi kalau pakai swimming suit kat pool konfem tak nampak sexy sebab kau pakai di tempat yang betul. Orang kiri kanan pun pakai baju yang lebih kurang, so the sexiness tu tak dinoticed oleh sesape.
Lebih kurang macam tu la anggapan aku dulu.
Lojik tak agak-agak?

Sebab tu aku buat bangang je bila orang maki hamun aku pakai baju dedah-dedah sebab sebenarnya aku tak dapat nak tangkap apesal orang kata aku pakai sexy? Apesal ko sakit hati sangat aku pakai sexy? Kalau menegur cara baik tu kita paham la kan. Tapi yang ni bukan menegur but memaki. Jadi aku kurang faham di situ.
Aku tak paham apesal ko nak maki aku.
Adekah aku pakai swimming suit kau?
Atau adekah aku mandi dengan laki kau?
Atau adekah kau nak pakai macam aku tapi tak dapat?
Konfius.
Sebab sefaham aku lah, kalau teguran kita tu ada unsur nasihat, maka penyusunan bahasanya sangat indah dan halus. Tapi kalau claim diri sendiri sedang berpesan-pesan tapi masing-masing menggunakan bahasa yang "sangat luar biasa indahnya ", rasanya takde beza kot kau dengan aku. Sama je bangsatnya. Eh?

Hari tu aku tengok cerita Haliza Misbun Andartu Mencari Cinta ke hape ntah tajuk dia.
Pertama sekali aku tengok terus cakap "SEKSINYAAAAAAA!!! Tetek bergegar-gegar time berjalan!"

Pastu baru aku terperasan dress yang dia pakai tu sebijik dress aku dulu.
Aku memang penah ada dress putih tu, jenis low cut. Dah la kaler putih, low cut. Perlu apa-apa lagi tak untuk membayangkan apa ada di dalam?
Rasanya tak kot.
Macam dah nampak dengan jelas semua yang mau dilihat.

Lama aku terfikir.
Lepas tu baru aku tersedar.

Ohhh, macam ni lah aku dulu kotttt.
And now aku pulak jadik macam orang-orang yang pernah kondem aku dulu.
Aku komen Haliza "Seksinyaaaaaaaaaaaa! Tetek selambak!"
Walhal aku pun dulu macam tu.

Why aku boleh cakap macam tu?
Adekah kerana dia benar-benar sexy maka aku komen macam tu?
Or adekah kerana aku tak dapat pakai macam tu maka aku kondem dia?
Ya Allah.

Tiba-tiba aku macam boleh agak kenapa dulu aku terima maki-makian.

Kalau kita TAKNAK berpakaian sexy, kita tak akan kisah bila orang lain pakai sexy.
Bila kita BOLEH berpakaian sexy, kita takkan heran dengan orang yang berpakaian sexy sebab kita pun pakai.
Tapi bila kita TAK DAPAT berpakaian sexy, kita tend to kondem orang yang berpakaian sexy.

No, please dont tell me kau maki orang sebab kau nak dia sedar.
No.
Kalau konsep memaki ni diguna pakai oleh kaunselor, oleh psychiatrist, nescaya orang yang sakit bertambah sakit, orang yang ada masalah takkan selesai masalah.
Dan aku tak percaya dengan konsep memaki orang menggunapakai fatwa dan hukum agama.
Sebab mesejnya takkan sampai!
How can you relate berpesan-pesanan dengan cara yang kasar? 
"Berkatalah benar walaupun pahit" itu bukan bermaksud menyampaikan kebenaran dengan cara yang kasar ya. Tapi menyampaikan fakta yang pahit dengan cara yang baik.

4 tahun lepas, aku berjumpa dengan salah seorang reader blog ni.
Walaupun aku serba "kekurangan" (kurang kain) tapi dia tak pernah tegur cara pemakaian aku. First time aku jumpa dia, aku pakai skirt atas dari paras lutut, baju sleeveless. Actually aku bawak blazer, tapi sebab aku rasa aku jumpa nak bersantai-santai je, bukan perjumpaan formal, so aku malas sarung blazer. Borak pun santai-santai je. Lepak minum teh tarik je pun. Sikit dia tak tegur penampilan aku.

Bak kata Prof Muhaya "Kita tak boleh ubah orang. Kita boleh ubah diri kita je"

Well, TRUE!

This reader tak pernah tegur pakaian aku walaupun penampilan dia memang jelas "sangat berbeza" kalau nak dibandingkan dengan aku. Memang awalnya aku segan sebab kalau aku duduk semeja dengan dia alahaiiii..malas cakap la.
Tapi dia sembang ngan aku macam biasa.
Hu ha hu ha jugak.
Tanpa prejudis.
Sampai aku pulak lama-lama naik segan nak jumpa dia.

Nilai-nilai positif yang ada pada diri dia berjaya mendorong aku untuk slowly berubah.
Sebab tu aku percaya pada quote Prof Muhaya, kalau kita nak orang berubah, kita terlebih dulu kena berubah.

Nak ubah orang ni bukan setakat boleh disuruh-suruh. Kena ada teladan.
Kita suruh anak rajin membaca tapi kita sendiri jarang membaca.
Kita suruh anak salam kita before pergi skolah tapi kita sendiri tak pernah salam suami time dia nak pegi keje.
Kita suruh anak solat bila sampai waktu tapi kita sendiri melanguk tengok Sedetik Cinta time azan Maghrib.
Eh, terkena batang hidung sendiri pulak.

Aku percaya kalau kita nak orang berubah, kita kena ubah diri kita.
Tak payah beria suruh orang berubah.
Sebab bila orang nampak teladan yang kita tunjukkan, lama-kelamaan mesej tu akan sampai dengan sendirinya.

Wallahualam.







Best Buy Deal Ephyra : Click here and fill up the form