2013-04-14

Mieeeeeeeeeeeee




Ni 'kepandaian' Rayyan yang paling latest - mengajuk bibik Filipina belakang rumah aku.
Actually bukan mengajuk bibiknya tapi mengajuk cara majikan dia panggil bibiknya.
Majikan dia kalau panggil maid dia suara nyaring, sama macam aku ajuk kat video tu "Mieeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee"

So si Rayyan ni dah terbiasa dengar jadi everytime dia panggil maid Filipina tu dia akan panggil style tu. Oh yes, Rayyan ni kawan-kawan dia semua terdiri dari kalangan bibik-bibik. Maid Filipina tu tak erti cakap melayu, yang bibik aku tak reti cakap omputih so dorang berdua kalau bersembang guna bahasa isyarat. Habis keluar segala kaki tangan naik kalau bersembang. Nak dijadikan cerita satu hari tu aku nampak Rayyan ni panggil maid tu "Mieeeeeeeeeeeeeee". Maid tu jawab "Yes Rayyannnnnn"
Lepas tu si Rayyan terus angkat kaki tangan dia segala ikut macam bibik Lenny buat kalau bersembang dengan Filipinos tu. Yang si maid tu iyakan aje apa si Rayyan buat. Ntah apa la yang dia sembang berdua.

Rayyan sampai now tak berapa jelas sangat apa bijik butir dia cakap tapi kalau bising memang suara dia je. Suara dia je yang paling banyak dengar kat rumah ni. Abang dia pun dah surender nak buat bising sebab takleh celen adik dia punya bising. Now bila dah pandai cakap 'Nanak' (taknak), asal aku tanya je, belum sempat aku abiskan soklan dia dah "Nanak!". 
Aku lempang karangggggggg.

Sejak mak mertua aku balik kampung ni, aku ada chan tido dengan Rayyan. And now Rayyan dah tak boleh kalau bangun tido tak nampak aku. Bapak dia pun tak laku. Dia nak aku jugak. Oh bahagianya sayaaaa!

Tapi yang tak berapa nak bahagia adelah En Wan la. Dah 3 minggu member tido bawah sebab aku ngan Rayyan tido atas katil. Sayunya lah pandangan En Wan everytime nak tido, "Di, abang tido mana malam ni...lama dah tak tido dengan Di..."

"BAWAH!!"

Terus senyap.


Rayyan ni takleh sempit-sempit kalau tido sebab dia akan bersilat sepanjang waktu tido. Kelmarin tetiba berlepukkkkkk. Rupanya jatuh katil. Seb baik jatuh atas kepala bapak dia. Omak dia memang tido mampuih. Tau-tau dah melalak je aku dengar. Jadi semalam aku dah start tido bawah pulak. Eh tetiba pagi ni aku tengok apak dia elok je bergulung dalam selimut kat tepi aku. Redza sorang-sorang atas katil. Aku rasa ada harapan malam ni sehingga bulan depan nak tunggukan mak mertua aku balik semula ke sini, kami anak-beranak jemaah atas lantai je. Petanda bahawa sangat serasi, sejiwa dan bahagia, bukankah begitu?




p/s : Yang order Ephyra Best Buy Deal, aku pos lewat sikit ya, maybe Khamis sebab free gift yang 1st batch dah habis, tengah tunggu new one sampai. Kalau yang dah dapat free gift yang lepas, kali ni you all akan dapat lain punya :)


Best Buy Deal Ephyra : Click here and fill up the form