2013-04-20

ESP


Dalam FB list aku ramaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii dealer Shaklee. kejap-kejap ada je yang tag aku macam-macam info produk Shaklee tapi aku tak pernah publish. Hahah.
Sorry ya anak-anak. Aku memang tak suka di-tag. Tapi korang boleh je tag aku cuma nantinya samada aku nak ngan taknak je publish tu. Bukan apa, aku tak suka timeline aku semak. Tu je.

Aku ni manusia yang cukup malas nak makan supplement. Vitamin rajin beli, makan tak. Dulu tahun 2001-2002, before ada Redza, pernah la try Elken. Tu pun setelah dipaksa oleh colleague aku. Aku layankan je. Makan tapi aku tak tau apa penyudahnya. Habis sebotol, done. Aku tak tau apa yang patut aku expect dari makan spirulina tu. Kesihatan dalaman la kot.

Agak-agak kulit kering, aku beli vitamin C.
Makan 3-4 kali, stop.

Agak-agak kurang tenaga, beli B kompleks.
Lepas makan 3-4 akali, stop.

Aku ni tak berapa nak rajin makan health produk.
Satu-satunya health produk yang aku ambik secara konsisten now adelah Jamu Mak Dara and Ephyra. Now, aku blaja-blaja makan minyak zaitun pulak.

Baru-baru ni ada reader approach aku untuk try Shaklee - ESP.
Selalu jugak la aku nampak nama ESP ni kat newsfeed tapi tak pernah nak ambik tau.
So this reader kasik aku try.

Malangnya, aku tak dapat minum. Bukan sebab tak serasi tapi tekak aku ni mengada-ngada takleh nak terima flavour dia. Padahal ESP ni susu soya tapi tak tau apesal payah pulak nak masuk. Jadi to be fair to reader tu, aku kasik bibik Lenny try. Now, bibik Lenny dah try untuk 2 minggu.

Aku memang taknak ambik tau lansung info ESP ni sebab taknak bias.
Jadi, aku biarkan Lenny try ESP, later baru aku tanya apa yang dia rasa lepas beberapa hari ambik ESP.

Mengikut kata Lenny, ada 3 point yang dia rasa :

1. Badan cepat berpeluh.
2. Lambat rasa lapar.
3. Kerap kencing.

Lenny ni selalunya pukul 7am dia kena makan something, kalau tak nanti dia menggigil kelaporang. Selalunya dia akan ambik roti 2 keping + air teh.
Lepas ambik ESP every morning, dia punya rasa lapar tu lambat sampai. Pukul 9am baru terasa lapar. Not sure if rasa kenyang tu akibat dari susu soya atau sememangnya ESP ni bagi kita rasa kenyang. Sebab kadang-kadang kita rasa kenyang disebabkan oleh susu tu tadi.

Tapi mengikut information Shaklee, ESP ni memang antaranya de-designed untuk menguruskan badan. Mungkin bila kita minum waktu pagi, kita akan rasa kenyang sikit, jadi ini akan mengelakkan kita dari ambik nasik lomak. Terselamatlah perut kau dari mendigest nasik pagi-pagi. Jadi formula matematiknya adelah :


MINUM ESP = RASA KENYANG = KURUS


Kerap kencing dan badan berpeluh tu menunjukkan ada berlaku aktiviti detox.
ESP ni membantu mengaktifkan proses detox (kencing lawas, perpeluhan).

Kalau nak ikutkan jugak berdasarkan produk info, orang yang ada masalah kulit boleh juga ambik ESP. Tapi bibik Lenny kata takde apa perubahan pada jerawat dia. Tapi mengikut kata dealer Shaklee ni, actually proses pembaikan sel ni ambik masa lebih kurang 90 hari, so ko kena constant and disiplin ambik ESP at least 3 months then baru boleh nampak kesan yang benar-benar pada badan. Nak lebih cepat kalu, minum air 3L sehari (ok yang ni mana-mana produk pun akan nasihatkan benda yang sama, so kira ni memang rule of thumb).

Oh yes, kalau yang diabetic, boleh ambil tapi jangan kerap sangat sebab ESP ni protein drink. Kang kalau banyak sangat minum ESP, elok-elok glomerulus ko bocor terus jadi barai. Seperti biasa, mana-mana health product yang ada unsur enzim dan protein, sila jangan bancuh dengan air panas. Nak sedap, boleh bancuh dengan air-air buah.

Kalau nak tau produk info, sila baca kat website Shaklee. Aku takkan ulang kat sini. Kat sini cuma produk review saje. Jadi, sape nak tau more info boleh baca produk info kat website Shaklee. Agak-agak malas nak baca, boleh contact chantekanggun@gmail.com (Ms Aisah Salim)