Semalam petang ada sorang lady mesej aku kat FB tanya pasal baju peplum kurung dia tak dapat-dapat. Dia kata dia tak beli direct kat aku sebab beli dengan agen aku.
Duhh!
Tak tau la berapa juta kali aku nak mention aku tak ada agen untuk peplum. Peplum ni bukan macam cardigan and skinny jeans yang boleh ditempah di kilang. Peplum ni kalau nak cantik kena tailor-made jugak. Baru teliti jahitan dia. Sebab tu aku takde agen untuk peplum sebab aku tak buat banyak. 2nd batch hari tu 25pcs. Batch akan datang ni 30pcs. So takde sebab untuk aku pakai agen.
Lady tu kata dia beli dengan 'agen' tu quite lama jugak, tapi 'agen'tu kata SUPPLIER dia (aku) yang tak hantar-hantar lagi stok peplum kat dia. Gila cibs kan??? Until semalam la kot agaknya that lady bukak FB 'agen' tu dah takde. So this lady memang tau yang 'agen' tu pernah cakap baju peplum tu dari Fleur by Mrs Him Page (gamaknya dia pakai gamba yang ada watermark baju aku). Sebab tu lady tu carik aku. Eh sorry la aku nak bertonggengjawab. Bukan masuk kat akaun aku pun. Yang mana deal direct dengan aku takde pun masalah macam ni. So aku suggest dia pi buat report sebab sah-sah dia ada bank details orang tu semua. So, settle masalah aku kat situ.
Yang masalahnya now camana aku nak buat dengan gamba-gamba peplum aku yang dorang ambik ni??? Ya Ampunnnnnnnnnnnnnn. Aku tak paham apesal yang buat tebiat macam ni mesti di kalangan orang kita jugak. Yang aku pelik, masing-masing mengaku designer. Oh, confession taknak kalah. Designer je. Tapi apesal yang ko guna gamba orang lain? Designer kalau dengar pengakuan ko pun rasa nak bagi pelempang. Menjatuhkan martabat designer. Designer takde de heran tiru bulat-bulat design orang lain apetah lagi nak pakia gamba orang! Dah la gamba yang diambil secara tak profesional. Gamba aku ambik kat beranda belakang rumah aku je. Hello, kalau betul designer dia tak ambil la gamba kat beranda rumah. Kurang-kurang ber-background-kan dinding. Akai ada ka??
Aku tak paham apesal kau nak menjual nak berbisnes tapi masing-masing tak confident dengan barang sendiri. Kalau kau sendiri tak konfiden dengan produk kau, camana customer nak confident? Maka convince-lah customer dengan gamba orang lain. Bagus kan perangai sekor-sekor?
Dah sah-sah kau cakap produk kau ada saiz 36, 36, 45, 78, 114....kau letak la sample baju kau. Yang kau HADAP sangat gamba baju aku yang kat beranda balakang rumah tu nape?
Ada budak bagitau aku, baju orang lain sama dengan baju aku tapi baju aku kaler nampak terang and nice. Dik, meh sini akak nak bagitau.
Ada sebab kenapa satu-satu baju tu nampak nice. Dan ada sebab kenapa yang nice tu harganya lebih mahal. Sebab kain yang nice memang mahal dik. Tapi sebab aku bukan designer bertauliah macam yang dok men-claim diri sendiri designer tu, jadi aku tak dapat lah nak letak harga tinggi kat baju-baju aku sebab aku designer tak bersijil. Aku main lukis-lukis baju, kaler-kaler sikit and nah, bagi kat tailor. Jahit. Tapi aku sangat percaya baju yang cantik perlu ada design yang cantik, kualiti jahitan yang kemas and material yang bagus. Sebab tu 'designer-designer' ni walaupunnnnnnnnnnnnnnn designer, tetap kena pakai gambar baju designer amatur ni sebab???? Sebabnya sendiri pikir lah.
Peplum tu aku produce sempena nak pakai besday Redza tahun lepas. Mula-mula aku tak letak watermark pun sebab aku kan blur. Aku ni bodoh. Selalu anggap takde orang nak buat keje cilok-mencilok. And aku tak rasa ada orang berkenan pun dengan peplum aku tu. Until reader suggest aku letak watermark. Rupanya masa tu dah bersepah orang cilok that gamba and masing-masing claim dia punya. Ok fine, aku masa ni cuba untuk tak kisah sangat. Tapi bila dulu ada orang mintak aku refund duit dia sebab dah bayar kat agen, masa tu aku rasa ok benda ni dah pergi jauh sangat.
Actually dah ramai dah kedai-kedai online yang aku dapat tau pakai gamba aku tu dengan jayanya. Ada yang aku tegur, ada yang aku buat dek sebab bila dah terlampau ramai sangat aku naik menyampah nak tegur. Tapi reader-reader aku ni sangat concern, from time to time mesti ada yang bagi report so sikit sebanyak aku dapat tau jugak saper yang guna gamba tu. Antaranya budak ni :
Yang ni pun aku tau semalam, reader jugak yang bagi link. So aku mesej dia, aku cakap baik-baik untuk dia remove gamba tu. Sila baca mesej aku baik-baik. Kalau perlu, sila ulang baca 10 kali.
Pagi ni aku dapat mesej ni dari reader.
Budak yang aku tegur tu pi letak status macam tu.
Aku MENGHANJING katanya.
Ni la manusia kan.
Mula-mula dia pakai gamba aku. Dia kata dia letak kat description, gamba tu bukan hak dia, gamba tu hanya sebagai contoh. Well, what's your point?? Kau kata kau designer. Apesal mesti nak letak gamba orang lain. Busy sangat dengan tempahan sampai tak sempat nak ambik gamba produk sendiri?? Whatever your reason pun, now the PEMILIK GAMBAR mintak secara baik untuk kau remove the gamba sebab gamba tu adelah gamba aku. Ada aku mention JANGAN CIPLAK BAJU SAYA!'. Ada? Takde kan?
Aku cuma mintak jangan guna gamba aku.
Kau nak tiru design sukati kau. Guna gamba kau. Jangan guna gamba aku. Simple kan permintaan aku tu? Sikit aku tak kacau periuk nasik kau. Kau nak bisnes silakan. Tapi bawak turun gamba aku.
Tang mana yang aku menghanjing ni agak-agak?
Nak sangat tengok aku menhanjing? Aku dah lama tak buat perangai ni.
Dah la tu....cukup-cukuplah tipu customer dengan gamba baju orang lain.
Jangan disambung penipuan tu dengan letakkan status yang akan mengundang simpati customer seolah-olah kau dianiaya. Kesian customer kena tipu tak habis-habis. Kalau dah buat salah, then sila sedar diri.
Kepada "designer-designer" di luar sana.
Don't worry, aku ada kerja hakiki yang lain. Design baju bukan kepakaran aku. Aku buat pun sebab tiba-tiba je aku ada maid yang pandai menjahit. Aku ada keje lain yang aku kena utamakan. Aku tak hadap sangat mendesign baju ni. So jangan berlagak sangat dengan tittle "designer" kalau masing-masing takde etika sebagai seorang designer.
Semalam aku terima satu lagi email. Ni kira dah pengaduan ketiga. Tapi budak ni tak hentam aku. Dia tau dia kena tipu dengan orang lain. Ni lah antara punca kenapa aku risau sangat dengan gamba peplum aku tu. Dah ramai sangat orang guna and dah ada orang kena tipu. Ni yang aku tau. Yang aku tak tau?
Apa-apa pun....glemernya beranda blakang rumah aku.
...dan glemer katil aku.
Kat sini aku nak say thank you pada reader-reader yang sangat concern yang bagitau aku setiap kali dorang jumpa gamba aku tu kat page orang lain. Terima kasih. Meh tolong aku pikir camana nak buat dengan gamba-gamba tu.
p/s : BTW, yang tanya if lambat lagi ke boleh dapat Ephyra. NO, Ephyra ada stok. Sape beli 1 kotak aku boleh pos anytime. Yang beli Best Buy Deal je kena tunggu kejap sbb gift nya tak sampai-sampai lagi.
Best Buy Deal Ephyra : Click here and fill up the form