2013-04-19

Duit


Adelah satu benda yang normal apabila kita berkehendakkan sesuatu.
Nak designer bags penuh satu almari.
Nak designer shoes penuh empat rak.
Nak pakai kereta mewah.
Nak pakai hanya baju designer.

It is normal to desire something better.
Dan kebanyakkan kita bekerja untuk memenuhi 'desire' tersebut.
We desire money for the joy we think it can buy.

We demand for high raise.
Marah boss kalau gaji naik hanya 5%.
Tipu mileage claim untuk nak dapat extra duit hujung bulan.
Apabila merasakan diri tak dapat reward yang sepatutnya, mula salahkan syarikat, salahkan bos, salahkan rakan sekerja, salahkan sistem.
Semuanya salah.
Kita sorang saja yang betul.

Bos yang berpengalaman mengendalikan perniagaan selama 20 tahun salah.
Kita yang fresh graduate, resume cuma setakat pembantu am di convenience store, betul.

Colleague yang dah 10 tahun bekerja dengan syarikat dapat imbuhan, salah.
Kita yang baru bekerja dengan syarikat selama 10 bulan, betul.

Sistem syarikat yang dah digunapakai selama 30 tahun, salah.
Rules kita yang keje setahun jagung, betul.

Tanpa kita sedar, duit telah mempengaruhi attitude kita.

Masih ramai yang tak nampak happiness that money brings adalah bersifat sementara. Apabila kita meletakkan duit sebagai punca kegembiraan, kita takkan dapat berhenti dari terus mencari duit dan duit dan duit untuk memastikan kegembiraan itu kekal.
Tapi sebenarnya more money will not solve your problems.
Kerana kepada kebanyakkan orang, semakin diberi banyak duit, only get them into more debt.

Manusia ghairah cari duit kerana nak jadi kaya.
Bila dah jadi kaya, masih ghairah mencari duit kerana takut jadi miskin.
Dan akhirnya semakin manusia banyak duit, semakin mereka hidup dalam ketakutan.

Takut sekiranya satu hari nanti rumah tergadai.
Takut sekiranya satu hari nanti dah tak mampu nak maintain kereta mewah.
Takut sekiranya satu hari nanti tak dapat makan di tempat yang mewah.
Takut sekiranya satu hari nanti tak dapat berbelanja barangan mewah.
Takut apa pulak kawan-kawan kita kata bila satu hari nanti teserempak kita berbelanja di tempat yang dulunya kita kata 'mall biasa-biasa saja'.
Takut apa pulak sedara-mara kata tiba-tiba jatuh miskin.

So, dimana happiness-nya?

Dulu pakai Honda City dah rasa mewah.
Bila dah pakai Camry otomatik rasa segan bawak City.
Bila dah pakai Scirocco rasa segan nak naik Camry.
Bila dah pakai Benz, malu nak bawak Scirocco pulak.

Sampai bila pun tak abis.