2011-04-18

Shopping tanpa batasan

*gambar-gambar di sini adelah Green Apple sebelum berhijab*


Sabtu lepas aku on-kan button buang tebiat yang sekian lama aku off-kan.
Konon nak men-rewardkan diri sendiri akibat penat bekerja. Sangatttttttttttt lah.
Kali ni temanya adelah "shopping tanpa batasan".
Padahal draw duit 1K je.
Apa aje la yang kau boleh dapat dengan 1K sekarang kan?

Selalunya kalau aku shopping mesti aku menyinggah beli barang Redza and Rayyan.
Sabtu lepas tak. Strees sangat lah ni, keje punya pasal. So aku cakap aku nak habiskan semua 1K ni untuk diri aku dengan hanya di satu mall saje.

En Wan awal-awal lagi dah perli aku 'Cukup ke 1K? Baik awak draw 3K terus, takyah ulang-alik gi ATM'.

Banyak bunyik lak orang tua ni.
Aku guna ATM kad ko sekali kanggggg.

Dalam keta lagi aku dah pesan, 'Abang jangan nak buat muka tak approve eh? Dok jauh-jauh. Di nak reward diri sendiri hari ni. Penat keje ok??? Hari ni Di nak shopping ikut perasaan'.

Masuk-masuk mall aku pi check kasut dulu. Disebabkan shopping kali ni berkonsepkan 'buang tebiat', maka aku masuk kedai yang tak pernah tercapai dek akal ku untuk masuk.
Customer ada 2-3 orang je kat dalam tu. Samada kedai-kedai sebegini memang orang takut nak masuk or tak hingin nak masuk. Aku masuk dengan muka konfiden macam nak beli doblas pasang kasut. Sales-sales kat situ terpedaya ngan muka konfiden aku. Bersusun-susun nak assist. Dalam hati aku, podahhh.

Try sampai tujuh pasang, tak agak-agak.
Try je la tujuh.
Tapi tak beli satu pun.

Tak puas hati, aku pegi kedai yang biasa aku pegi.
Kedai yang aku pegi ni kedai biasa-biasa je.
Gila banyakkkkkkkkkkk kasut yang cantik-cantik and cukup selesa kat kaki aku.

Aku tau kasut yang berjenama ni memang selesa dipakai and tahan lebih lama. But aku dah biasakan kaki aku pakai kasut ala-ala je. Aku rasa kaki aku selesa kot dengan kasut harga ala-ala ni. So far kasut brand ni aku pakai sampai 2 tahun still tahan lagi. Cukup la simpan kasut takat 2 tahun kan, takkan nak pakai kasut yang sama sampai doblas tahun kot.

Kalau nak cakap pasal selesa, aku rasa yang brand aku biasa pakai ni cukup selesa dah. Kang aku biasakan kaki pakai kasut harga RM1200 aku takut ada side effect pulak. Just like member opis aku dulu, kalau pakai kasut designer je siap la. Kau tengok la cara dia berjalan. Dah jadi mengengkang-ngengkang. Pastu jalan slow gila kejap-kejap benti check kasut kotor ke tak. Pastu kejap-kejap terbongkok-bongkok lap kasut. Tak ke menyusahkan diri namanya?

Lepas sambar 2 pasang kasut, aku try cari baju lak.

Carik-carik takde yang aku berkenan.
Dari satu butik ke satu butik. Try kemain banyak lagi. Tapi semuanya aku rasa macam tak kena gaya. Padahal everytime try, En Wan angguk kepala. Tu tandanya sesuai la tu. Tapi tetap aku rasa macam tak in lansung.

Fedap gila.

Last-last masuk Parkson.

Ha, kauuuuuuuuuuuuu.
Semua yang try semua kena ngan aku.
Try tak sampai setengah jam, settle.

Pastu nak makan pulak.
Aku cakap aku nak makan Japanese Food.
En Wan buat muka senget depan aku.
Macam tak caya aku nbak masuk Japanese Restaurant.

Wei, aku ni kalau ikut tekak memang taknak de makan makanan Jepun ni tapi kan ni hari konsep dia buang tebiat, so??? Tak paham-paham?

Tengok-tengok menu..hmmmmm....takde yang membuka selera lansung!!
Last-last....Kenny Rogers.

En Wan cakap dia duduk Jepun 7 tahun pun tak hadap nak masuk Japanese Restaurant. Aku lak yang terkinja-kinja.

Time makan dia tanya 'Puas dapat shopping tanpa batasan?'

Aku jawab 'Tak'.

Sebab aku rasa aku tak jadi diri aku time shopping tadi.
Aku masuk ke kedai yang aku tak pernah-penah nak masuk just for the sake of 'at least biar la ada satu'.

Syukur aku tak beli!

Sebab aku tau kalau aku beli that kasut, aku takkan pakai.
Biar lah designer pun, orang kata selesa and tahan lama macamana pun, kalau dah bukan taste aku, sorry aku nak pakai. Korang nak pakai, pakai la. Aku tumpang tengok.

Same goes butik-butik yang aku masuk.
Semua yang aku masuk tu is a well-known butik yang carry big names.
Tapi mata aku still tak nampak tang mana kat baju tu yang melayakkan dia berharga RM567 sehelai. Top saje. Kot ye pun ada kualiti, still tak lojik sangat orang macam aku nak pakai.

Last-last aku jumpa banyak baju yang not so bad kualiti, kat Parkson :)
Maka, jelas lagi bersuluh, muka aku memang muka Parkson. Bukan muka Dorothy Perkins or Miss Selfrige (walaupun Dorothy Perkins ada je dalam Parkson).

Dan akhirnya, lepas beli baju-bajan, kasut-masut dan facial care, duit aku ada lagi balance RM300.

Kesimpulannya :

1. Kalau kau bukan kaki shopping, duduk je rumah dendiam layan porn. Sebab kau takkan dapat nikmat bershopping melainkan penat!

2. Orang yang menghabiskan RM600 untuk sehelai coli adelah orang yang bertindak menggunakan hati, bukan akal. Tetapi orang yang menghabiskan RM600 dengan membeli 60 pasang coli adelah cheapskate (aku la tu..)

3. Kalau baru doploh kali makan makanan Jepun jangan la buat statement poyo yang kau dah biasa sangat makan Japanese food ni siap nak craving-craving bagai macam nak nazak tak dapat telan sushi, sebab tu semua time ada duit aje. Ujung-ujung sok time kering, nasi ngan sambal belacan gak kau carik.


Amacam kasut murah aku? Tak sampai RM100 pun.

Moral : Kasut yang cantik bermula dari kaki yang cantik. (terima kasih kepada flash kamera)