2010-11-16

Perah



Susu Diana.

Tidak boleh didapati di mana-mana pasaraya.


Dalam waktu berpantang ni (pantang lah sangattttt), selain dari working from home, aku juga telah menjadi pemerah tetek sepenuh masa. Since dokter kata Rayyan skarang dah minum 22ml every 3 hours, so setiap 3 jam, aku akan pump milk. Disebabkan tetek kejap-kejap nak kena pump, letih la pulak pakai manual pump. Naik urat-urat lengan aku. So, 2 hari lepas, aku telah berjaya membeli breast pump yang ketiga. Hahahaha. Beli pump je lebih, susunya tak jugak banyak keluar.

Aku : Bang, Di rasa susu Di ni memang lepas 2 minggu je kering la. Sama macam time Redza dulu. Dah makan lobak putih, pil pun, tetap susu kuar sikit skarang.

En Wan : Tersumbat kot.

Aku : Tersumbat apa nya, hari-hari pump.

En Wan : (suara series). Abang rasa dah sampai masanya khidmat suami digunakan.

Aku : Huh????

En Wan : Khidmat sedut untuk clearkan saluran kat breast tu kot-kot tersumbat.

(pastu gelak-gelak. Nak je aku boh penampa).


Tapi memang inilah rutin aku now. Every 3 hours, aku akan pasang lagu or tengok cerita yang best-best untuk menenangkan kepala otak so that susu boleh keluar dengan lancar. So far dalam masa 10-15minit, aku can pump keluar 40ml susu. Ok la kan?
Sehari kena lebih dari 150ml susu.

Tapi kan ada perasaan yang tak best bila tengah perah susu. Tak tau la kalau aku je yang rasa tak best macam ni. Everytime aku tengah perah susu, bila lama-lama sikit kan mesti aku rasa macam geli. Sebab cara pump tu suck tetek aku sangat rakus tak seperti selalunya. Terasa tetek ini bagai disuck oleh lelaki lain.
Hahahahhaha.



Ini masa lepas balik dari jumpa Rayyan Sabtu lepas, terus singgah Old Town pekena nasik lemak rendang ayam. Ni semua nurse tu punya pasal cakap susu aku cair, so dia suruh aku makan banyak sikit so that susu jadi pekat. Aku tengah usaha nak slimkan badan, ko lagi suruh aku mentekedarah banyak-banyak. Tapi takpelah, anak punya pasal, aku makan jugak (padahal memang kuat makan punnnn).

Skarang ni dah ada baby terpaksa juggle time between aktiviti kat rumah and keje. Dulu time beranak Redza tak busy sangat sebab masa tu masih makan gaji ngan orang, so aku just fokus kat keje aku. Time confinement takyah kisah pasal keje sebab sah-sah keje aku kat opis ada orang ambik alih. Now terpaksa la kan bahagikan masa, dah nama pun keje sendiri, kalau aku tak sama naik uruskan, memang lingkup la jawabnya. Jadi waktu-waktu begini lah sesuai untuk check-check dokumen sambil makan. Kalau dah sampai rumah kang, dah sibuk nak jaga Redza, mana nak memerah breast untuk anak dan breast juga sibuk diperah oleh suami. Eh.

Oh yes. Ramai yang tanya aku ni berpantang ke tak, sebab nampak macam tak pantang je.

Jawapannya adelah aku sendiri tak tau aku nak pantang apa. Apa yang nak dipantangkan sebenarnya? Nak suruh aku berpantang dari beromen memang aku ikut walaupun aku boleh je nak on bebila sebab bahagian bawah tak terjejas lansung tapi janganlah gelojoh sebegitu rupaaaaaaa. Bawak-bawaklah bertenang.


Ini adelah contoh pakaian berpantang aku.


1. Pakai bedak sejuk?
Done.

2. Pakai pilis?
Done.

3. Pakai lotion param?
Done.

4. Pakai bengkung?
Done.

5. Pakai stokin?
Done.

Tapi sorry la ye. Nama aku nak pakai kain batik ni, mintak mahap.
Rimas la berkain-kain segala.
Berkuap je celah kangkang aku bila pakai kain batik, nak pulak bila dah letak param segala, dia punya panas tu satu macam sampai tak boleh nak berlaga peha dengan peha. Rasa nak terbakar kulit.

Mak Aji kata memang itulah fungsinya pun, nak bagi berpeluh.
Alaaaaah, kalau takat nak bagi aku kuar berpeluh takyah suruh aku berkain batik berlengan panjang bersweater segala, ko kasik aku beromen je sudah. Toksah kata bermandi peluh, terus sihat walafiat aku. Boleh?

Kalau bab makan memang aku tak pantang lansung. Pantang tengok makanan lagi ada. Semua aku bedal. Kalau ikut petua orang dulu-dulu memang banyak yang takleh makan, tapi time aku blaja nutrition dulu, lecturer aku cakap takde istilah pantang makan itu ini untuk orang baru bersalin. Jadiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii, aku pun membelasah semua. Asal jangan cirit sudahhh. So far alhamdulillah ok.


My little Rayyan, tido menganga macam abang dia jugak.


Ni gamba semalam.
Mak bapak pegi jenguk anak pun dah nak kul 10pm. Ni semua En Wan punya pasal la, lambat sangat kuar opis. Sian anak aku, terpaksa minum susu formula dulu sebab stok susu mak lambat sampai. Tapi dia bukak mata bila dengar suara aku :).

Lasak jugak Rayyan ni tido. Baby lain aku tengok elok je terletak dalam tupperware tu, dia takkk. Sebelah kaki terkangkang, sebelah lagi terjuntai keluar.

Berat pun dah start naik. Memula hari tu kuar 1.34kg, pastu dokter bagi dia puasa, turun ke less than 1.2kg. Time tu kurus kedengking je anak aku, tak sampai hati tengok tulang-tulang rangka semua nampak. But semalam, dah naik balik ke 1.32kg. Alhamdulillah. Dokter cakap he's doing well, so far susu aku ok, dia tak muntah pun. Susu formula pun dia boleh terima. Now, tengah tunggu membesar sampai 1.6kg before dorang transfer dia ke babycot. Time tu aku akan sepenuh masa duduk kat spital jaga dia.



Semalam aku selsema, so wajib pakai mask.





Ingat lagi tak entry aku pasal popia nestum?

Semalam, si Fara yang jual popia ni poskan aku sekilo. Dia nak bagi aku rasa katanya.
Rasa okkkk. Rasa.

Macam tau-tau je aku kuat menteke, sampai sekilo dia bagi aku rasa.
Tu baru rasa, belum nak bagi aku makan sampai kenyang lagi.
But seriesly, best pulak popia nestum ni.
Takde la manis, just nice nak kunyah-kunyah.
Pagi tadi pun aku breakfast makan ni.
Tima kasih ye dik :)