2009-09-09

Torture



Setelah 9 tahun kawen ngan orang Tganu, baru 29 Ogos lepas buat pertama kalinya aku makan nasi kerabu. Selama ni memang payah betul tekak aku nak terima nasik kaler biru. Rupanya sedap gila nasik kerabu cuma banyak benar sampah ngan habuknya. And since 29 Ogos tu aku dah pekena nasi kerabu, straight sampai 4 September tetiap hari aku berbuka ngan nasi kerabu sampai En Wan kata aku lelebih lak ngalahkan orang Tganu. Biasa la kan benda baru memang la jakun sket.

Kira berjaya la misi En wan menterengganukan aku walaupun ambik masa 9 tahun.
Tapi tu belum trengganu lagi, sebab aku makan nasik kerabu tak campur budu.
Not until En Wan pandai makan lontong.
Apa dia ingat dia sorang je ada misi nak mentrengganukan aku?
Aku pun ada misi nak menjawakan dia.
Setakat ni cuma tempe ngan tempeyek je yang tekak dia boleh terima.
Selagi lontong dia tak makan, sorry la aku nak blaja makan budu.
Botol budu pun aku taknak pegang.
Eh, kenegerian pulak.

Tadi, lagi sekali aku pekena nasik kerabu.
Dan skarang, sudah 4 kali aku kuar masuk toilet. Bangkai.
Panas je bontot aku ni, entah dah terkoyak ke apa kulit bontot. Kang nak suruh En Wan tengokkan. Eh?
Ni pun ada rasa macam nak kena pegi lagi tapi kasik aku habiskan entry ni dulu.
Mungkin inilah penamatnya gian aku kat nasi kerabu.

Aku memang macam ni, kalau dah suka satu benda tu memang tak pandang benda lain la.
Selagi tak bosan memang itu lah aku hadap hari-hari. Nak kena ada sumthing terjadi baru la aku benti. Ni pun belum tentu aku insaf, sok lalu depan nasik kerabu konfem aku beli lagi.

Aku ni spesis yang payah sket nak serik.

Contoh, dulu aku mentekedarah soyabean hari-hari sampai 3 kotak, kalau boleh nak mandi ngan soya sekali. Now dah slow, rasa loya je tekak bila bau soyabean.
Tapi aku benti kejap je, dalam seminggu pastu aku try minum balik. Walaupun rasa loya, aku sedut slow-slow.

Coklat.

Aku ignore coklat ada la 10-11 tahun gak kot. Kira dalam tempoh ni, setiap kali Valentines Day En wan jimat takyah beli coklat. Dengan bangganya 'Seb baik Di tak makan coklat kan? Takyah abang belikan hadiah'.

Cuba kalau aku makan coklat dan-dan 'Tak baik celebrate Valentines day ni'.

Tapi takpe, memang tak celebrate pun.

Bau coklat pun tak boleh. Let alone coklat masuk ke perut. Memang diharamkan!
Kalau gi rumah sedara-mara yang buat milo kat tetamu, memang azab aku nak abiskan air tu. Berbuih makcik aku pelawa 'Minum la air tu', 'Cawan kotor ke?'.
Bukan aku geli nak minum sebab cawan ko kotor makcik, tapi sebelum aku muntah lam cawan kau baik ko takyah buat air pun takpe. Kang aku tak muntah, kau pulak yang muntah tengok aku. Agak-agak nak pelawa aku minum tu tanya dulu aku nak air ke tak. Selalunya aku takkan mintak air sebab aku malas nak tolong basuh cawan kau. Haha.

But sejak tahun lepas aku dah start balik makan coklat. Memula Ferrero Roche, setakat ni memang coklat ni je yang aku leh telan. Godiva aku takleh. So jangan ingat aku makan coklat best-best je eh. Alien Big Apple aku boleh makan tapi takleh banyak. Pastu baru-baru ni aku blaja-blaja makan American Bronies. So far, tiga benda ni aku leh makan tanpa memudaratkan diri cuma muka menahan muntah tu ada la jugak, kejap-kejap bibir aku tercebik-cebik tahan loya. Tapi makan tetappppp makan.

Kawan aku cakap aku jenis yang suka torture diri sendiri.
Tapi aku rasa aku lebih kepada pushing the limit.
Aku jenis yang suka 'padankan muka' sendiri.

Masa kecik dulu aku suka makan sambil bercakap.
So satu hari tu aku tergigit bibir sebab kecoh sangat time mengunyah tu la sibuk nak ngumpat kawan sekelas. Gigi dah la jongang, memang senang sangat la nak tergigit bibir. Ha, ambik kau, sampai berdarah bibir aku.
Bila aku tengok bibir aku berdarah lagi aku gigitttttt dalam-dalam.
Macam 'kau nak berdarah sangat kan, meh aku gigit lagi'.

Bulan lepas wisdom tooth aku baru nak tumbuh, bengkak takyah cakap la.
Tapi aku 'padankan muka' aku dengan mengunyah kat area wisdom tooth tu jugak.
Memang sakit macam nak mati tapi hati puassss sebab aku dapatkan kenakan dia balik. Ko nak tumbuh sangat kan, meh aku lanyak puas-puas biar kau lagi sakit.
Pastu tengah malam demam sebab bentan, menyusahkan laki aku je nak turun bawah ambik ubat.

Maybe sebab tu apa orang cakap pasal aku, paling aku sentap pun sehari je la pastu aku dah ok. Sebab aku cam tak kuasa la nak ambik port lelebih. Ada baiknya jugak sifat suka torture diri ni. Menjadikkan aku lebih strong. Tapi harus diingat, aku bukanlah superman aku juga bisa nangis. Cuma takde la melolong. Bukannya aku mati laki ke apa. Takat orang ngata-ngata tu biasa la kan. Lagipun, aku perlukan pahala free.

Jadi, sila..sila lah.

Haha.