2008-06-10

BBQ lagi


Lega dapat update blog.

Minggu ni hariku bermula dengan makian dari customer. Semalam kat lab satu customer yang PMS all the time buat kerek ngan aku, satu lab dengar sore dia buat lawak sarcastik yang sangat tak kelakar, cam cibai lahanat lagi ada. Mampos ko la, janji ko bahagia. Mujur semalam aku period, dengan sakit perutnya so aku malas nak berbalas pantun ngan kau. Sukati la ko nak tinggi rendahkan suara kau, keje aku siap aku balik. Sikit tak berkudis.

Pagi ni pulak jauh-jauh aku drive pegi balik 95km dengan hujannya, dengan minyak mahal (berkira gila aku skang), dengan tak breakfastnya, sampai kat lab customer tunggu dia punya lama setengah jam tak kuar-kuar, alih-alih nampak je muka aku, dia leh tengking aku kat situ pebenda dia carut aku tak paham. Aku pun buat muka bangang jap. Kasik chance dia nak prektikkan ilmu menurun dia depan aku. Dia benti je, aku pun start la mukadimah, dia leh selamba tapir angkat mug dia menonong masuk bilik.

Pantek!!

Rule no. 1 :
Kau tau tak lam lab takleh minum???

Rule no. 2 :
Mak bapak kau tak sempat nak ajar adap bercakap dengan orang ke? Ke ko anak haram takde mak bapak?

Rule no. 3 :
Kalau kau bengang pun dengan company aku, boleh tak kita duduk berbincang, aku ni satu benda tak tau hujung pangkal, tau-tau dapat maki. So unprofessional okkkkk angkat mug terus masuk bilik.

Ini la dia manusia kalau rasa dia belajar tinggi sket dari orang lain. Macamkan pangkat ko hebat sangat. Apa ko ingat bila keje kau adelah menginvent sesuatu, or settlekan permasalahan penyakit dunia maka kau adelah seorang yang terer??

Well, aku pun penah keje kat lab, I've been there, done that. Takde apa yang menariknya yang ko nak berlagakkan. Aku pilih keje skang pun sebab aku tau kalau aku keje macam kau, sampai tua aku tak kaya!!!!

Ambik kau statement lancau dari aku.

Ok, cukup melepaskan kemenanahan di dada.


Weekend lepas aku balik umah Mak Aji sebab adik aku Yang kat Johor tu balik. So sebab jarang-jarang jumpa, aku paksa En Wan balik Bangi lagi sekali minggu ni. Padahal hari-hari balik pun takpe, dekat je. Tapi kena la be fair kat En Wan, kampung dia jauh 6 bulan sekali blom tentu balik, kampung aku dekat, minyak pun tak mahal sangat nak balik kampung aku. Hihi.

Masa lunch before balik Bangi, En Wan ajak buat BBQ.

Gatal pantek betul.
Laki saper ni???
Last minit baru nak cakap teringin buat BBQ la apa la. Seb baik adik aku still ada kat Tampin (rumah nenek aku), baru nak gerak ke Bangi. Aku suruh dia geledah stor carik kot-kot ada BBQ set. Seb baik ada.

Sampai Bangi, lepak jap pastu aku ngan En Wan kuar beli seafood and benda-benda yang perlu untuk pesta perut malam kang. Ibal ditugaskan beli arang (sesuai dengan penampilan diri yang agak lebam) and Ima disebabkan dia tukang ambik BBQ set kat stor nenek aku, so dia kata tugas dia dah selesai. Paler lutut kau.

Tapi sebab aku adelah kakak yang tak pernah berkira dalam soal duit sebab aku memang kaya berbanding adik-adik yang lain, zasssssssss ke Giant. Beli kek sempena birthday Ima 4 Jun lepas, kek blueberry (ikut selera tekak aku, kau tak makan berry aku pedulik apa).

Sampai je umah, Ibal and Azrul (adik ipar) dah get ready nak pasang BBQ set and perangat arang. Aku marinate ayam, sotong, udang segala. Kol 6.30pm kitorang dah start bakar. Masuk je Maghrib semua jemaah ngan Pak Aji, aku ngan Ima take over tugas membakar. Yang laki-laki dah cuak. Konfem solat tak khusyuk pikir apa la nasib ayam-ayam itu di tangan bini aku. Memang tak selamat punnnnn. Naik lebam ayam tu kitorang keje kan. Mana la reti nak masak guna arang segala. Kalau aku masuk pengakap dulu lain la.



Menantu-menantu pi angkut pasu pak Aji sebab nak letak BBQ set ni. Itu lagi baik dari plan awal diorang nak tanggalkan skru motor bapak aku sebab skru kaki BBQ set ni hilang. Ada ke patut?? Derhaka punya menantu.

Aku jamin, the moment Pak aji 'AMINNN' je, menggelupo sekor-sekor turun tangga. Pastu mula la komplen, ayam hitam la, tak reti nak rata-ratakan arang la, aku terbalikkan BBQ set ni kanggggg.

Pastu yang laki-laki ni take over, suruh kitorang siapkan meja makan. Siap tutup pintu konon nanti asap masuk rumah. Kitorang skodeng kat tingkap rupanya bakar satu, masuk mulut satu, bakar dua masuk mulut tiga. Banyak ko punya asap masuk rumah.



Yang hitam-hitam tu semua hasil kerja tangan aku. Tapi lazat okkkkk.



Semua tengah wat-wat busy nak siapkan dinner nak lagi yang pakai baju kuning tu, get ready nak potong kek.

Before makan, celebrate birthday Ima, tapi biasa la hero aku, asal ada kek je konfem itu birthday dia. Sebab tu aku malas nak gi jemputan birthday party, tak pasal dia kata tu kek dia kang.

Masa aku beli kek Ima ni, aku cakap aku nak dia tulis 'ERMA - 29th'. Boleh la pulak dia tanya aku balik 'Akak nak lilin berapa?'

Aku mintak 50 batang boleh????
Lagi mau tanya....



Banyak sangat lilin kau Ima, sampai rompong kek tu kau kejerkan.

Malam tu jugak, Mak Aji buat surprise.
Dia belikan aku and Ima sorang satu Vantage apa benda ntah tempat letak lauk pauk kot yang siap ada lilin bawah dia. Tapi lilin takde sekali la, beli asing. Kira aku kuar modal beli lilin je. Ni sempena wedding anniversary aku and birthday Ima. Tapi sebab Ima gi beli ngan Mak Aji konfemla dia pilih yang paling lawa. Aku tau sangat la tektik kau tu.

Walaupun aku tak minat English style or apa-apa sangkut-paut ngan English, tapi kalau namanya benda FREE, tolonggggg la jangan tolak. Sebab nak beli pun bukannya aku ada duit kan.





Buruk gila yang kaler purple tu kan? Yang kaler merah tu chantek kan?? Kan??? Muahahahha

Malam tu lepas makan tak ingat dunia (dan aku pun buat-buat lupa aku tengah berdiet), aku ngan Ima berborak sampai aku takleh bukak mata dah. Topik kemestian - CERITA HANTU. Pastu malam tu En Wan jadik mangsa sondol. Aku dah takut, aku himpit la dia. Sangat mudah bukan?

Takut nak masuk toilet tengah-tengah malam?
Kini tidak lagi!!
Nak kencing, bukak je pintu. Dia tak kisahhhhhh. (kisah ke dia aku tak tutup pintu?)



Pak Aji yang suka pakai jubah kalau anak-anak pompuan dia balik, buat aku segan je nak pakai nighty



Laki saper ni yang pakai short di kala bapak metua memakai jubah? Kuang hajo. Ni port dia kalau balik Bangi, kerusi ni memang bapak aku belikan khas untuk dia duduk. Takde orang berani duduk kalau dah namanya En Wan balik. Hampeh.