2007-11-05

Open house


Last weekend ada pesta perut.
Sabtu kat rumah Rozie, Ahad aku pulak jadi host.

Pagi Sabtu dak Rozie dah call aku konfemkan datang ke tak. Macamkan aku ni makan banyak sangat sampai berkali-kali nak konfemkan aku datang. Harusssss datanggg. Nak merasa masakkan dia ada perubahan ke tak. Masa final year dulu aku ngan Rozie cam jakun sket kalau masuk dapur. Nak masak ayam masak lemak cili api pun sampai bertalipon mak dia camne nak masak, nak masuk apa pastu. Belum ngan aksi terjerit-jerit bila minyak meletup-letup. Kan Ogy kan?? Dulu kira kat rumah tu Apeng la yang handal memasak. Skang try test tengokkkkkkkkkk.

Ijad (husband Rozie) dah siap kasik map nak pi umah dia. Memandangkan aku penah gi umah dia before this kat Alam Damai, lalu kot Balakong, so aku takde la nak bukak map tu.

So, petang tu kol 3pm baru la aku gerak dari rumah. Sampai kat Balakong cam nak kol 4pm gitu sebab hujan. Tetiba aku blur mana simpang nak masuk umah dia, aku cuma ingat Econsave je. So aku call dia.

Aku : Wey, aku ada kat area Balakong ni, rumah ko nak masuk simpang mana?

Rozie : La, ko tak baca map ke? Apsal ko lalu Balakong? Jauhhh. Ko lalu Bandar Tun Razak.

I was like, mampossss kalau aku bagitau laki aku salah jalan, konfem dia mengamuk lam keta. Muka maintain lagi walaupun aku dah cuak dah.

Aku : Mana aku tau. Dulu lalu Balakong boleh.

Rozie : Takde, takde. Ko patah balik, kuar balik kat Mines, bayar tol RM1.30, masuk Sungai Besi, pastu ko terus kuar kat Lingkaran Tengah (puas aku ajar MRR2, dia nak sebut gak ayat panjang).

Aku dah ada kat Balakong dia boleh suruh aku patah balik??? Padahal tak sampai 5 minit laki aku drive ke depan sikit dah sampai simpang Econsave tu. Mangkuk punya pompuan. Seb baik aku tak patah balik. Kawan aku dah sangkut berejam kat MRR2. Kalau aku gostan balik tadi, berbakul kena maki ngan En Wan. Dah la tengahari tak makan. Boleh la nak wat lawak ngan aku tengah-tengah lapar ni. Ini boleh mendatangkan kemarahan (skrip 3 Abdul).

Sampai umah Rozie, aku tengok gate dia tertutup. Ni rumah terbuka ke tertutup? Tapi takpe, aku maafkan. Sebab dia nak bagi makan free.

Menu : Nasik lemak ngan mi kari.

Sangat best nasik lemak itu apetah lagi dimakan semasa lapar.
Pastu aku budget nak makan mi kari lak. Tapi sebab aku dah belasah nugget Ramli dia sampai 6 keping, terus lupa nak ambik mi kari. Baru aku tau keenakkan berganda nugget Ramli ni. Best gilaaaaaaaaaaa. Ijad siap kuarkan dari freezer tunjuk plastic cover camne.

Pesanan untuk Pakcik Ramli :
Sila bagi komisyen, aku wat promo free ni.
 

Kira cam gathering la kat umah Rozie ni. Ganti gathering yang kengkonon nak wat bulan pose tu ari. Gila havoc macam nak pecah cermin besar kat dining hall Rozie dengan gelak and sore kitorang. Seperti biasa, aku lupa aku dah berlaki.

Bla bla bla bla...sampai ke pukul 6.20pm baru aku balik. Itupun anak aku dah bising. Before balik dah salam-salam semua, Redza ngan selamba tanya aku 'Ma, duit raya takde ke?'. Asal salam je ko expect dapat duit raya. Dah la cakap sket punya kuat. Tapi takpe, aku amat pasti korang semua banyak duit. Sepantas kilat semua kuarkan envelope. Termasukla Nenie yang tahun ni bagi duit raya kat member-member. Aku dapat duit raya at the age of 30 okkkkkkkkkkkkkkk. Dah ada anak ngan laki pun dapat duit rayaaaa.



Semak gila okkk dapur aku malam tu. Tu mak metua aku tengah gigih buat nasik dagang.

 
Bahan-bahannya puan-puan...



En Wan tengah menggelupur kemas pasu-pasu dia. Siap beli pasu baru tuuu. Saper nak bertanya kabar pokok dia ntah.

Sampai je umah, aku lak sinsing lengan tolong mak metua aku masak kat dapur sebab Ahad open house rumah aku lak. This year, turn aku lak jemput kengkawan aku. Tapi aku lebih fokus kat budak-budak UNIMAS. Itupun geng2 rumah B51 and B52. Betul ke nombor rumah ni, aku pun dah lupa. Budak-budak opis sangat hampasss. Aku dah jemput taknak datang. Ann saje yang datang, tapi tak bawak balak. Azie lagi harammm, bizi nak wat fitting baju kawen. Sukati laaa. Janji bahagia. Budak-budak Bangi aku cuma ada nombor henpon 2 makhluk je. Dua-dua tak datang. Bagus, sangat mulia sekali!

Kali ni aku penat gila wat open house. Dulu ada bibik, everything dia wat, so aku layan tetamu je. Kali ni, sampai aku tak sempat nak bermekap nak salin baju. Dari kejauhan nampak aku yang macam bibik rumah ni. Ngan rambut main sanggul lipat, suar jeans sinsing ke lutut, sebijik macam sakai.

Menu umah aku :

1. Nasi dagang (ini wajib sebagai mengekalkan identiti menantu Wan Dagang, hihih)
2. Nasi minyak (ini signature dish mak metua aku, tapi kali ni aku cakap aku nak wat gulai daging dia. Akibatnya sangat sedap okkkkkkk, kan? Kan kengkawan?)
3. Laksa Penang (ini all away from Bangi, mak aku wat)
4. Sagu gula melaka
5. Agar-agar buah (ini all away from Tganu, mak tiri En Wan kirim)
6. Ketupat palas ngan serunding (ini kalau aku kata aku yang wat nampak nor menipu)


Group pertama yang sampai. Bagus kengkawan aku ni. Sangat menepati masa kalau masuk bab makan.
L-R : Aku ngan Redza, Enon, Hani and Rozie, Apeng, opposite Apeng is Ijad (husband Rozie), Nenie, Own and Husna (betul ke aku eja nama laki Cheq ni?), Cheq and baby no.2 (lupa pulak nama apa)

 
Nampak payung kat blakang tu? Khemah semua fully book, so dapat sewa meja ngan kerusi je. Sebab panas, En Wan pi pinjam payung jiran depan umah aku. Sanggup dia menjunjung payung sebesar-besar alam dari umah orang tu ke rumah dia. Sangat multi-tasking okkkkk laki aku.

Tapi dek kesibukan aku tak snap banyak gambar.
Bukan sibuk apa pun, sibuk nak check lauk mana yang nak kena tambah, layan sedara-mara datang lagi, buat air tambah air lagi. Pastu siap la pulak dan dan tu jugak aku nak berkemas dapur aku yang tunggang langgang. Rimas gila aku tengok dapur aku besepah. Mak metua aku paham sangat la ekspresi muka aku time masuk dapur. Muka redha tak redha je. Tapi kalau tak nak dapur sepah lain kali wat catering kan?? -- bak kata En Wan. Asik nak bagi aku meyirap je dia ni.


Lepas makan, lepak lam umah pulak. Tapi umah aku dah penuh ngan sedara-mara time ni. Objek yang perlu difokuskan Cheq tengah ambik gamba Rozie dokong anak dia. Nampak tu anak dara Rozie ngan skirt gypsinya belang beige-blue. Mahal budak ni, kurang-kurang mak dia letak RM20K sok.


Rozie ambik berkat. Bila kita nak dapat 2nd baby ni Jie??? Aku dah letih berusaha ni. Kalau ikutkan group kitorang, hanya aku ngan Rozie je yang belum dapat 2nd baby.


Aku pun muskil kenapa balik-balik gambar pompuan ni yang aku ambik.

Aku nak ambik gambar Cikgu Apeng sebenarnya. Dapat tang sisi je. Apeng ni la pengapit aku masa aku bertunang and kawen. Ex-rommate katakan. Roommate baru aku, sudah tentunya En Wan.


Sedara-mara sangatla ramai datang. Sampai pukul 7pm baru abis. Itupun aku tutup gate. Wakakakka. Keji.
Penat gila nak basuh periuk bagai. Nasib baik aku pakai pinggan mangkuk plastik je, kalau tak harus melecet tapak tangan aku membasuh pakai Axion. Sorry ye, takde de aku nak tayang segala pinggan mangkuk time open house, tak kosserrrr. Pakai la pinggan plastik. Mak aku bising, pakai la pinggan kaca hendaknya jamu orang. Cehhh, memenatkan aku je lepas tu. Kalau ada sessi merewang takpe la jugak.

Lepas je settle semua, demam aku naik balik. Actually pagi Sabtu tu mulut aku naik ulcer 3 bijik, dah dedar-dedar badan. Tapi dek kerana makan free, aku gagahkan jugak pi umah Rozie, nak pulak aku hanya bertindak sebagai co-pilot. So lepas kemas-kemas periuk, aku terus naik atas, tido. Kol berapa laki aku masuk aku tak tau, Tau-tau dah pagi. Itupun sebab bau perfume dia kuat sangat, kalau dia tak pakai perfume harus aku bangun tengahari.

Skang suda malam, aku mau tidurrrrrrrrrrrr.

p/s : Rozie, sila email gambar kat umah ko tu ari.