walk on wings, tread in air: My Saturday <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


My Saturday
2006-12-16

Penat gila. Ngantuk gila. Boring gila.
Today kena keje. Every month yang ada 5th Saturday diWAJIBkan keje. Siap ada reminder kat internal mail semalam suruh datang keje today. Sikit punya pecut aku bawak keta nak make sure sampai before 8.30am. Opis aku ni sengal sikit. Kalau hari Sabtu, 8.31am je HR dah angkut punch machine tu naik atas. Konon nak tengok saper la yang datang lambat hari Sabtu. 10 minits sebelumnya aku dah tercongok depan opis, lepak dalam keta sambil baca RD sebab pintu opis pun tak bukak lagi. Nak je aku maki saper yang pi gatal tangan tulis reminder semalam. Dah tau awak tu HR, datangla awal. Orang mintak kunci spare tak kasik. Macam aku nak rompak sangatla harta benda kompeni. Bila datang lambat tau lak meninvisiblekan diri. Alih-alih tak sampai 10 orang keje. Lepas discuss lebih kurang ngan bos, siapa yang datang today dapat extra AL. Memang cun sangat la. Aku nye AL pun dah 0.5 dah ni. Tah camane leh jadik 0.5 pun aku tak tau. Suka-suka nak deduct leave orang. Cam aku takut nak ambik unpaid leave la tu. Tak heran beb.

Best gak datang opis today. At least siap gak half keje aku. Kalau lepak kat umah tu anak aku sibuk nak riba la, nak masuk bawah meja la. Sudahnya keje tak siap, aku yang tepekik manjang.

Dalam kol 12 lebih camtu suddenly hubby call. Actually malam semalam kakak-kakak ipar aku from Tganu serang rumah sebab today nak pi hantar anak dia (anak sedara hubby aku) balik Bandung, dia study sana. So this morning at 4am semua dah kuar, aku je dengan aman damainya beradu. So masa hubby aku call tu dia kata dia on the way ke LCC semula. Aku tanya pehal lak? Bukan tadi dah balik?

Apa kes??? Dorang semua kol 7 dah gerak balikke rumah aku, dah siap makan roti canai ngan nasik lemak, siap boleh sambung tido sampai kol 11am. Time nak balik, nak salam-salam, baru la kakak ipar aku ni perasan sorang anak dia umur 12 tahun takde. Rupanya tetinggal kat LCC. Aku nak gelak terbahak-bahak pun kena cop kuang ajar lak. Tu la kalau anak sampai seploh. Amacam boleh lupa daaaaa. Ni mesti kes semalam masing-masing marathon tengok DVD. pastu kol 4am dah gerak ke LCC, time nak balik tu sure masing-masing kepala dag hang semacam ingat katil. Anak pun boleh lupa. Sejam gak la dorang mencarik sebab dah buat announcement pun still tak jumpa gak. Bila dah jumpa, budak tu kena luku dek bapak dia lak. Mau tak tensen orang tua tu. Dah siap-siap nak balik Tganu, dia boleh hilang lak. Aku tanya dia mana pi? Dia kata dia pi beli choc kejap tapi dia dah pesan kat adik dia kalau nak balik panggil dia. Pesan kat adik dia yang umur 4 tahun!! Aku panggil bangang kang kecik ati lak. Umur 4 tahun apela dia tau. Seb baik anak orang. Kalau anak aku.....

Aku saje je kuar opis lambat-lambat tengahari tadi sebab nak biarkan adik-beradik hubby aku balik. Sebab aku pakai mini skirt gila pendek today. Sekali bila sampai umah, alamaaaaaaaaak apesal boleh ada lagi ni? Menggelupur jap aku adjustkan skirt aku. Tu laaaa..gatal. Saper suruh pakai. Mula-mula masuk umah je, aku pandang hubby aku dulu. Tengok reaction dia camne bila bini dia masuk umah mengadap ipar-duai ngan mini skirt. Opssss...ok je. Siap tarik aku dok sebelah lagi. Petang tadi bila kuar...

Aku : Bang, abang marah ke Di pakai skirt tadi?

Abang : La...abang tak kisah la. Cuma, lain kali kalau mak ada jangan pakai tau.

Aku : Mana Di tau mak ada lagi kat rumah.

Abang : Ok, takpe.

There.....haaaa...sikit punya sporting apa hubby aku. Ala, mak aku pun bukan kisah pun sebenarnya. Bukan dia tak penah nampak aku pakai pendek-pendek ni. Malas nak pikir. Kira halal la..hihi.



::Helo Santa. Tahun ni takyah hantar hadiah kat I. I nak u bagi present mini skirt tujuh keping kat wife I boleh? Jenis strechtable ok?::


Petang tadi sekali lagi gerakan membasuh rumah. Selagi tak tertanggal tiles kat porch tu selagi tu la hubby aku dok gatal tangan nak menggenyeh hari-hari. Dia ni kalau jadik pompuan, lama dah jadik bibik umah orang. Dan biasa ala...kalau bapak dia dah start bukak air tu, si kenit yang tebal tu pun sibuk la nak membantu. dah alang-lang main air tu, aku suruh dia jirus keta aku sekali.



::Memula kita masukkan dalam mulut dulu untuk mengetest apekah rasanya benda kuning ni::



::Lepas tu bolehlah kita menjolokkan ke dalam lubang kunci gate ni bagi menguji ketahanan bendalah ni::



::Testing..testing..1 2 3..::



::Macam ni la saya kalau time cuti-cuti sekolah ni makcik, carik duit lebih::



::Kotornya tayaaarrrrr...ni keje kat lombong ke aper?::





::Lepas cuci keta, saya ambik upah bagi makan ikan pulak makcik. Hari ni je dah 4 keping roti Gardenia saya campakkan lam kolam ni beserta playar bapak saya::



::Ini gambar takde kena mengena ngan ini cerita. Ini aku snap untuk someone yang nak tengok lantai porch aku. Hamik ni. Ni je the best angle aku boleh ambik::

posted by aveo757 @ 11:11 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER