walk on wings, tread in air: BioMalaysia vs TGV <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


BioMalaysia vs TGV
2006-12-07

BioMalaysia 2006.
Boring, that's all I can say.
It was supposed to be one big occasion, tapi ntah hapa hapa punya exhibition aku malas nak story.
Booth mahal sangat kot, tu yg sikit je exhibitors.
Tak kisah la, aku bukan nak sangat tengok exhibition tu, balik-balik benda yg sama. Invention yang sama. Tahun ni je dah baper banyak punya Biotech exhibition kat KLCC.
Aku gi pun sbb dapat invitation to the opening caremony, dengar apa Pak Lah nak cakap pasal RM9. BUTTTTTTT...



Aku ngan Ann beropening caremony kat TGV. Tengok citer Thai - Colic. Ingatkan takde orang nak tengok. Tak sangka lak ramai rupanya yang paham cakap Siam ni. Gila full house. Memula ingat nak tengok Dejavu, time tak kena la pulak. Disebabkan kaki rasa gatal je nak masuk cinema, Colic pun jadikkkkk. Maka masuk la aku and Ann dalam cinema tu sambil berpakaian sungguh korporat sekali. Orang lain pakai sikit punya selamba. Nampak benar la mengularnya. Siap bawak paper bag BioMalaysia lagi.

Starting citer tu dia fokus on budak-budak sekolah tengah discuss misteri what lay behind kehilangan kawan rapat dorang after main satu game ni. Lepas sorang, sorang hilang. Lepas setengah jam show, tetiba.....TO BE CONTINUED. Pejadahnya? Baru la kitorang tau itu promo untuk filem Thai yang akan datang. Apa ntah tajuk dia, something like '13th game movie'..apa ntah. Gila punya promo. Mati-mati aku ingat citer dah start. Patutla aku tunggu mana babynya tak kuar-kuar. Poster gambar baby, siap tulis 'Ever wondered why baby won't stop crying?' (teruja tak?)

Tapi citer budak sekolah ni macam best gak. Pandai buat marketing siam ni. Dia dah tayang half an hour, pastu to be continued. Saje je. Disebabkan citer tu dah best, and aku telah dipaksa tengok setengah jam, tepaksa la cari vcd pasni. Takde keje aku nak masuk wayang lagi. Dah la semalam, dapat seat row E. Sikit punya depan. Macam nak termasuk dalam skrin tu terus. Tengok citer hantu lak tu. Tak cukup tangan nak tutup mata bila part hantu tu timbul. Nak pinjam tangan Ann, dia pun aku tengok menyenget kat bahu aku. Hampass.

Tapi best citer ni. Sila la pegi beramai-ramai. Nak tengok CINTA, jangan harap. Seblom kena maki ngan Ann, baik aku simpan je hajat tu. Takpe, CINTA aku beli vcd ori. Sebab SUMIE kata citer CINTA best tapi BENCI. Aku pun nak gak merasa apakah feelingnya bila menonton filem best tapi benci ni.

Kuar KLCC waktu peak hours. Kul 6pm. Gila jam pack! Tak paham aku naper ada orang nak keje kat KL. Dengan banjirnya lagi. Puas aku ngan Ann pikir nak ikut jalan mana. Macam semua tempat sesak. Akhirnya, Ann ngan aku bepecah. Aku ingat nak masuk NKVE. Tah macamana punya bebal, aku macam tak nampak simpang ke Jalan Duta. Tau-tau aku kuar kat Kerinchi Link. Menyumpah-nyumpah aku dalam keta. Call hubby nak bagitau aku stuck kat jam. Bila aku cakap aku sesat, aku lak kena sumpah ngan dia. Tu la, saper suruh bagitau. Ni camne aku nak bagitau dia aku gi tengok movie ni??

Sampai umah, lepas makan, mandi semer....aku himpit-himpit sikit hubby aku, kasik dia mesra sikit. Agak2 suhu badan suam-suam, aku pun story..

Aku : Bang, tadi kan, kat BioMalaysia Di jumpa Dr Kopli. Tak sangka jumpa dia. Di ikut je dia dari belakang. (kasik intro dulu...)

Hubby : Tegur tak?

Aku : Tegur. Borak-borak lama lagi. Seronoknyaaaaaaaaa. Tak sabar nak bagitau Hele ngan Mala Di jumpa Dr Kopli.

Hubby : Hmm...(senyum smabil baca sokabar). Jumpa Pak Lah?

Aku : Abang...(jeng jeng jengggggg)

Hubby : Ye

Aku : Tadi kan, we all sampai sana awal pagi. So lepas tengok exhibition semer, baru kol 12 lebih. Pak Lah sampai kul 5.30pm. So...

Hubby : (Diam. Tapi pandang aku)

Aku : (uiks..apesal diam ni?) So, Ann ajak tengok movie. (Salah kan Ann..hihi)

Hubby : Hmm...tengok citer apa?

Aku : (uikssss??? tak marah ponnnn???) Di tengok citer Thai, Colic (masa ni tone aku dah naik sikit. Gumbira..gumbiraa). Best citer dia. Tiket pun RM7 je today (ayat tambahan nak kurangkan rasa bersalah).

Hubby : Hmm...okla. Abang beli 3 DVD. Dejavu, The Host ngan Casino Royale.

Huahauahauahauahuahauahauahua...SUKAAAAAAAAAA!!!!!!!
So, malam ni aku nak marathon tgk movie. Pastu tutup lampu. Pastu baring dalam comforter. Pastu peluk hubby. Pastu tak sampai setengah jam, tv tengok aku. Sekian.


:: Dr Kopli Bujang...lecturer terBEST di dunia. I lapppp U ::



:: macam balik kampung je rasa bila masuk booth ni ::



:: Ann tengah menggoda Dr Farid::


posted by aveo757 @ 12:07 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER