walk on wings, tread in air: Aku dah gemuk <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Aku dah gemuk
2006-12-20

Hari ni aku bengang ngan maid aku. Ada ke selamba tapir gi cakap 'bibik lupaaa' (ayat paling common dia) bila aku balik tengok gas terbukak! Seb baik ada ventilation, kalau tak, dah arwah satu rumah. Bodoh la. Bodoh terlajak!

Pastu aku bengang ngan anak aku sebab payah sangat nak makan ubat. Kalau taknak makan ubat tapi tak meragam takpe. Ini tiap-tiap malam merengek mintak macam-macam. Dah la sebut nama aku pulak tu. Bapak dia kemain la tersengih dalam tido sebab anak tak sebut nama dia. Kira dia tak terlibat la. Dengan penuh semangat tarik comforter. Hangin!

So tadi aku suruh bibik aku yang lembik tu pegang Reza so that senang aku nak sumbatkan ubat kat lam mulut dia. Nak je aku terajang bontot bibik ni. Punyala lembik pegang Reza. Boleh terkebelakang dia bila Reza tepis tangan. Ni la payah kalau dapat bibik yang berat pun tak sampai 42kg. Nak suruh angkat batu lesung pun aku nak kena pikir sembilan kali.

Sampai 2 kali masukkan ubat dia boleh ludahkan balik. Bengang la aku ni. Hubby aku pulak,'takpela Ma, biar la'. Takpe??? Kalau takpe tapi tak meragam aku tak kisah. Aku bukan berkira sangat kena bangun malam, dah memang selama ada anak ni tak cukup tido tu dah kira biasa. Tapi anak aku ni kalau dia start buat perangai merengek dia, siap la. Yang ntah hapa hapa dimintaknya. Kol 3 pagi mintak nak main lori dia. Siap suruh aku bukakkan vcd Mr Bean. Ko tak hangin???? Kalau mintak buatkan roti bakar pun aku tak kisah. Ini siap ajak aku main lori, main perang-perang pagi pagi buta. Ringan je tangan aku nak bagi backhand.

Bila aku dah menghangin dia ludahkan balik ubat, aku terus naik atas, bukak laptop buat keje. Malas nak makan sebab bapak dia backing dia!!!!! Tak tau pesal ngan budak 2 tahun pun aku nak carik gaduh tadi. So hubby aku pun tau sangat la kalau aku tengah membara ni dia biarkan je dulu. Dia bawak Reza kuar jalan-jalan, lepas sejam dia balik. Seperti yang kujangka.....memang aku perempuan materialistik and mentekedarahistik.

Dia belikan saline aku (2 minggu aku mintak dia teman aku pi beli saline ni). Aku dah menyinga baru nak belikan. Siap ngan burger pulak tu. Burger kegemaran lak. Best..best!! Tapi bang, abang lupa belikan orange roll yang Di suka tuuuuuuu! Lagi satu bang..Sabtu ni anniversarry kan? Dah pikir nak belikan Di apa? Kalau tak pikir lagi, Di dah pikir dah nak mintak apa..ngehngehngeh.


p/s : sori beb, tittle entry ni takde kena mengena ngan cerita TAPI memang ada kena mengena ngan aku. Argghhhhhhh!!

posted by aveo757 @ 12:44 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER