2006-12-26

Merry Xmas DIANA!! Ho Ho Ho



Shopping day!!
Lamanya aku tunggu nak sampai ke hari Krismas ni.
Kekanda sudah berjanji untuk merelakan dirinya dipaw sempena anniversarry yang ke dot dot dot.
So, from Bangi, terus balik rumah, letak beg semua, tinggalkan bibik pastu terooooss ke syurga dunia yang terletak di Jusco Bukit Raja...ngehnghengeh.
Memula tu aku plan nak rembat baju ngan skirt tapi skirt yang aku cari tu manjang je takde. Boring. Penat aku tawaf 4 mall nak carik skirt tu. Ni kalau tak bawak balik skirt ataupun apa-apa yang setimpal ngan skirt ni, harus aku meroyan ompek hari. Sooooo....kekanda telahpun memberi satu akal yang boleh dikatakan amat bernas sekali.

Kekanda : Kat sana ada beg yang awak suka tu.

Pengikis : Ye ke? Boleh ke? (ayat penyeri bahasa)

Kekanda : Cuba tengok. Kalau suka, beli.

Perlukah aku gelak umpama Santa?? Boleh juga..
HOHOHOHOHOHOHOHOHOHOHOOHOHOHOHOHOHOHOHOHO
GUMBIRAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!




Lama gak aku aim beg ni, sejak promotion untuk Sogo member sampai kat umah 5 mths ago kot, aku dah berangan nak beli. Tak kusangka pula akhirnya aku dapat gak beli beg ni...dengan duit orang..ngehngehngehngeh. Tapi I had a hard time to decide on which one yang aku betul-betul bekenan. There's one soft purple color yang lagi cun. Macamana aku bleh pilih yang ni lak? Padahal laki aku dah kata dia lagi suka yang purple tu. Bila dia dah bayar beg ni aku tanya balik.


Pengikis : Abang, ok ke tak beg ni?


Kekanda : Ok. Cantik.


Pengikis : Tapi kan, mana yang lagi ok, yang purple tu ke yang ni? (ni la namanya tanya dalam paksaan. Seploh kali dia dah kata purple tu cantik, aku tanya lagi soklan yang sama)


Kekanda : Yang purple tu nampak low profile sikit. Yang ni, nampak cam luxury sket. Abang lagi suka yang purple tu.


Pengikis : La, apesal tak cakap. Kalau abang suka Di ambik yang purple tu.


Kekanda : Takpe. Kan Di suka beg ni, ok la tu. Lagipun yang purple tu sebenarnya lagi mahal.

HAMPASSSS!!!! Kalau aku tau, aku beli yang purple tu. Biar dia tau bini dia memang pisau Gilette! Dan kat opis ramaila yang perasan beg baru aku ni. Siap tanya 'Mana pi Sembonia kau?', 'Macam Datin Roki la'. Hek eleehh..datin-datin mana nak pakai Carlorino beb??

Dan lepas berpoya di mall, kitorang gi Sungai Buloh pulak. Biasa laaaaaaa...laki aku tu, selagi kolam dia tak membuak ngan ikan, mana reti nak benti. Layan je la. Macam best je tengok orang ternak ornamental fish ni. Boleh buat duit wooooo..



::Encik Wan tengah pilih ikan mana yang hensem untuk dibawa pulang::



:: Tenet teneeeeeeetttttt....21 ekor :D::



::Si kenit yang memang akan selalu ada dalam setiap gambar::