2025-06-19

The question is not “percaya atau tak,” tapi “perlu atau tak?”

Ramai orang nampak macam isu ni kecik je. Setakat nak tumpangkan je pun katanya. Orang yang menulis post Thread ni kena bash juga dengan netizen. Kata dia overthinking la apa la.



Memanglah setakat tumpangkan tapi pakailah otak sama kot nak positif mindset pun. 3 orang perempuan nak tumpang. TIGA ORANG. Bukannya bersendirian. Kau tak boleh naik grab ramai-ramai ke?

Ini bukan isu overthinking atau jealous. Tapi LOGIK. There’s a big difference between trusting your partner and allowing them to walk into unnecessary situations. Isteri tu bukan tak percaya suami dia. Tapi dia protect suaminya daripada sebarang potensi fitnah, awkwardness, atau salah faham.

Let’s be honest. Dunia hari ni bukan semua orang berfikiran waras. Bila lelaki drive dengan 3 perempuan dalam kereta selama 3-4 jam perjalanan dari KLIA ke Kuantan, walaupun niat nak tolong, orang luar boleh nampak lain. Tambah pulak kalau salah sorang tu jenis ramah terlebih, ambil gambar dalam kereta, update IG stories. Macam ni je pun dah boleh jadi gosip.

The question is not “percaya atau tak,” tapi “perlu atau tak?”

En Wan tahu dah benda ni sebab aku dah bagi warning. Jangan nak baik hati sangat offer nak tumpangkan sesiapa kalau tak kritikal. Contoh, balik dari meeting dah malam. Colleague perempuan alone. Tak payah kau nak offer menumpangkan. Gi call-kan Grab. Tunggu dia until Grab sampai. Dia dah naik Grab, kau sila balik. Sebab itu bukan waktu kerja.

Lainlah waktu kerja. Contoh, ambil client bawak pi klinik buat medical check-up. Ini takpe. Sebab urusan kerja. Sebab aku jadi sales dulu pun gini juga. Sometimes appointment dengan customer. Customer ajak discuss over lunch. Dia taknak keluarkan kereta sebab sayang tempat parking. Dia minta aku fetch. Terpaksalah dia nak kereta aku. Ini atas urusan kerja.

Selagi itu urusan kerja, I am ok. En Wan pun macam tu juga dulu. Walaupun ruang nak bersangka-sangka antara suami dan isteri tu ada, kitorang cuba be rasional. Taknak create isu yang tak wujud.

Tapi bila dah luar waktu kerja, especially bila melibatkan opposite gender, kita kena ada boundaries. Bukan sebab tak percaya, tapi sebab nak elakkan benda yang tak perlu. Kita tak nak bagi ruang untuk syak wasangka, whether it’s from your partner or from outsiders who happen to see it.

Kadang-kadang kita rasa benda tu kecik je.

Tumpangkan kejap.
Tolong hantarkan.
Teman sekejap.

Tapi perception orang tak sama. Lagi-lagi kalau orang yang kita tolong tu jenis suka bercerita. Nanti nama husband kita juga yang mendonia.

Sebab tu dari awal kena jelas. Bukan paranoid, tapi prevent unnecessary drama.

Trust is important, but needs to be protected with sensible boundaries. Kita bukan hidup dalam dunia yang ideal. Kita hidup dalam dunia yang penuh judgement and assumptions. So lebih baik kita letak line siap-siap daripada terpaksa putting out a fire we unintentionally started ourselves.

Ramai ingat kalau kita (isteri) bantah atau larang suami tumpangkan kawan perempuan, suami dianggap lembik/dayus dan isteri dianggap tak hormat/queen control.

Nope. In real life, suami dan isteri kena jadi team. Bukan suami je boleh buat keputusan mutlak. Isteri pun boleh (ni karang kena kecamlah aku 🤣).

Wait! Baca kasi habis dulu.

Tegas bukan bermakna keras kepala. Dalam kes ni, isteri buat keputusan demi jaga maruah rumah tangga, bukan sebab ego. Bayangkan kalau situasi terbalik. Isteri drive dari airport, kawan minta tumpangkan 3 lelaki balik ke Kuantan tengah malam. Agak-agak suami tu relaks je ke? Tanya je.

3 orang perempuan, bukan sorang. TIGA. Ok dah terlepas bas. Tapi itu saja ke caranya?

Nak balik dari KLIA ke Kuantan, ada banyak cara. Grab share bertiga untuk jimat kos. Atau ambil flight atau bas next day. Atau mintak company sediakan penginapan satu malam sebab ini kes emergency. Flight yang delay. Atau cari hailing long distance service.

Aku yang tak pernah-pernah naik LRT from KL ke Putra Heights, dekat je padahal. Itu pun kawan-kawan aku ajar cara beli tiket, cara nak masukkan coin tiket dan berkali-kali dorang ingatkan aku turun kat mana. Dorang siap pastikan Presiden Tetek Pink ni naik train ikut platform yang betul sebab aku naik sorang. Yang kau balik bertiga tak reti-reti nak plan?

Jangan jadikan “kami perempuan” tu alasan nak bergantung harap pada lelaki sepanjang masa, especially bila benda tu boleh diplan. Ni dah sampai Malaysia, bukan Taiwan lagi. Banyak cara boleh diuruskan. Ni zaman semua benda hujung jari. Apps penuh dalam phone. Boleh book Grab, bus, flight, hotel - all within minutes. Takkan tiga kepala tak boleh fikir satu solution yang masuk akal?

Lagi satu, kalau betul terdesak sangat sampai takde cara lain, at least inform awal. Dah tahu flight gerak delay. Sampai pun akan lambat. Mintalah izin cara beradab. Bukan last minute buat muka kesian, harap orang lain tolong settle. Kita hidup ni bukan macam dalam drama TV yang asyik nak ada konflik dan drama. Orang lain ada keluarga, ada pasangan yang tunggu kat rumah, ada tanggungjawab. Kau punya ‘kecemasan’ bukan lesen untuk menyusahkan hidup orang lain.

Yang paling penting, as pasangan, bila dah tahu situasi boleh mendatangkan rasa tak selesa atau syak wasangka, tolonglah fikir dua tiga kali. Benda yang boleh elak, elakkan.

Nak balik tu memang leceh, tapi bukan alasan untuk tumpang kereta suami orang. Tak salah nak minta tolong, tapi kena faham juga situasi dan batasan. Kita hidup dalam masyarakat yang menilai.

Kadang-kadang kita bukan takut suami buat salah, tapi takut nampak macam buat salah. Sebab dari mata orang luar, mereka suka tafsir sendiri. Yang tak tahu cerita sebenar, terus buat macam-macam andaian. Suami isteri yang matang akan ambil langkah pencegahan, bukan tunggu masalah timbul baru nak selesaikan.

Dalam Islam sendiri, menjaga maslahah (kebaikan) lebih utama daripada mempertahankan hak yang tak perlu. Maka, walaupun boleh tumpangkan, tapi kalau ada pilihan lain yang lebih selamat – elakkan.

Isteri tu (the writer) tak jerit, tak maki, tak tuduh pun. Dia cuma jawab, “NO. Pandai-pandailah cari cara lain.”

Itu bukan queen control. Itu boundaries. Dan ramai orang hari ni, termasuk pasangan, tak reti jaga boundaries. Sebab kita terlalu dibiasakan dengan budaya “kena buat baik” sampai lupa kadang-kadang kita kena jaga diri sendiri dulu. Baik biar bertempat. Dalam rumah, baik pun kena ada pagar.

Aku bagi kredit pada suami kepada si penulis tadi sebab dia tanya isterinya dulu. Dia tak feeling nak jadi jadi hero selamatkan 3 perempuan tu. Itu menunjukkan dia hormat isteri dan tahu nak letakkan boundaries. Ramai suami jenis “tak apa lah, tolong je lah. Janji niat kita baik.” Ujung-ujung….ah malas sambunglah.

Ceritanya, sometimes satu keputusan yang nampak kecik, akan bagi impak yang besar. Budaya “nak jadi baik” tu kadang-kadang boleh memakan diri. Suami memanglah niat nak tolong je, tapi si perempuan tetiba terfeeling. Bila dah terfeeling, suami jadi serba-salah sebab macam dah membuka peluang. Bila dah rasa bersalah, mulalah rasa kesian. Pastu….eh babilah.

Kita selalu diajar untuk tolong orang. Bagus. Tapi realitinya, kadang-kadang niat baik tu boleh bawa padah kalau kita tak pandai nilai risiko.

Perkahwinan yang bahagia tu ada NO di dalamnya. A happy marriage doesn’t come from always agreeing or blindly following your partner. Sometimes bahagia itu datang dalam bentuk satu perkataan mudah iaitu, NO.

Dalam dunia hari ni, not everything we do with good intentions will be received positively. Maka penting untuk kita jadi bijak, bukan sekadar baik.

Pada pandangan aku, isteri yang menulis post ni tak salah. Dia bertindak dengan matang, tenang, dan jelas. Dia jaga suami dia, rumah tangga dia, dan reputasi dorang. Dia tak serang orang, atau tak kutuk staf perempuan tu. Dia cuma buat keputusan untuk tak benarkan perkara yang tak perlu dari berlaku.

Kalau ada yang triggered dengan cara dia, mungkin bukan sebab dia salah, tapi sebab ada yang terkena batang hidung sendiri.

Realitinya, bukan semua orang suka bila kita letak boundary sebab ada yang memang suka ambil kesempatan atas kebaikan orang lain. Bila orang mula tegas, mulalah keluar ayat “kenapa tak percaya?”, “kesian dia”, “takkan itu pun tak boleh?”. Padahal the one who should feel ashamed is the one who doesn’t know their place.

The wife? She’s not insecure. She’s SMART. Sebab dia tahu kadang-kadang, yang merosakkan rumah tangga bukan badai besar, tapi pintu kecil yang dibiarkan terbuka.


2025-06-18

Try to be someone... who loves yourself first.

Ada satu post kat IG. Cerita pasal sorang anak (mat saleh) yang jaga mak dia kat ICU selama 90 hari. Dari seorang mak yang sihat, boleh buat semua benda sendiri, tiba-tiba terbaring tak boleh gerak, tak boleh cakap, separuh badan shut down. Aku baca, rasa ngilu kejap. Terbayang mok. Terbayang Mak Aji. Terbayang diri sendiri. Terbayang kita semua yang hari-hari hidup kejar masa, kejar target, kejar "perlu jadi someone". Sampai satu tahap, badan kita bagi signal but we don't care. Akhirnya badan menjerit dengan cara yang paling menakutkan, iaitu REBAH.

Semalam mok tak sihat. Balik beraya kali ni penat sikit untuk dia. Journey from Putra Heights to Tganu dah memenatkan. Pastu esoknya dah start berkemas-kemas. Lusa raya. Tulat kenduri yang habis pukul 6 petang. Pastu journey balik dari Tganu ke KL pula. Malam tu mok terus demam. 

Mok memang dah tua, 80+ dah. Tapi kalau dia berehat di rumah tak berpenat-penat, boleh je dia berlari-lari anak everytime henfon berbunyi. Bila tengok mok melepek kat sofa semalam, barulah aku nampak mok lain dah. 24 tahun kawen dengan anak dia, dari 24 tu, 15 tahun mok tinggal dengan aku. Aku nampak depan mata mak menua. Especially kalau sakit, nampak dah dia dah tua.

Mak Aji 72 tahun. Memang nampak steady sebab kat rumah takde buat apa sangat. Hujung minggu weekly bibik datang kemas-kemas. CT pun rajin masak at home. Tapi hari tu masa gi UK bila banyak berjalan, kaki start bengkak. Baru nampak tua dah mak aku ni. 

Hari yang kitorang gerak tu KL-Dubai-London (7 + 5 + 7) hours. Pastu from London to Birmingham another 2 hours lagi. Malam tu, pukul 2.30 pagi Pak Aji ketuk pintu bilik aku minta tolong sebab Mak Aji lansung tak boleh gerak. Kaki bengkak and krem. Meloncat aku and En Wan dari katil.

Aku memang standby bawa minyak urut semua kalau travel. Agaknya Pak Aji cuba nak urut tapi Mak Aji marah sebab sakit, tu yang Pak Aji kejutkan kitorang. Mak aku tu aku paham sangat. Kalau dia tengah sakit, semua tempat Pak Aji pegang semua dia menjerit. Aku cakap kat Pak Aji "Biar Wan urut, Pa. Kalau Wan urut dia tak berani nak marah-marah". Hahaha. 

Eh betul pun! Kalau aku dengan Pak Aji urutkan, konfem pagi-pagi buta tu kitorang dilaharnya. Tapi menantu dia urut kemain sopan lagi "Adu du du du...kat situ sakit sikit, Wan". Aku peratiiiiii je Dahlia Abdul Rahman ni. 

Yang menantu pun kemain lembut lagi "Sakit sini, Ma? Sini, Ma? Wan picit sini mama tahan sikit ye?" Halah halahhhhh yang ini punnnn. Setengah jam En Wan urut barulah kaki dia boleh gerak.

One day, kalau panjang umur, kita semua akan lalui fasa menua ni. Aku cuma harap kalau umur panjang, janganlah sampai menyusahkan anak-anak. Tak. Mok and Mak Aji tak menyusahkan aku pun. Cuma harapan aku saja untuk diri sendiri supaya tak menyusahkan anak-anak. Harap-harap sihatlah hendaknya.

Bila baca post mat saleh tu, aku terfikir...kenapa kita marah over such small things? Kenapa kita penatkan diri hanya untuk puaskan orang? Kenapa kita kena tunggu sakit baru nak rest? Padahal, everyday badan bagi warning. Macam aku sekarang ni, batuk dah nak masuk 3 minggu. Ubat batuk dah 3 botol. Dah makin baiuk cuma, lambat progressnya. Tu semua body bagi hint, sebab tak reti rest.

Ada masa, kita rasa kita kuat. Kita rasa kalau kita tak buat, siapa lagi nak buat? Kita anggap penat tu biasa. Sakit kepala, biasa. Hilang selera makan, biasa. Mata tak boleh lelap, biasa. Badan lenguh, biasa. Tapi yang kita anggap biasa tu lama-lama jadi luar biasa. Satu hari kita jatuh. Bukan jatuh sebab tersepak batu, tapi sebab beban yang kita pikul senyap-senyap. Dan masa tu baru kita sedar yang semua benda kita kejar tu tak ke mana pun. Kerja di ofis ada yang take over. Keluarga kat rumah tiba-tiba pandai urus semua sendiri. Orang yang kita cuba puaskan tu, belum tentu peduli bila kita sakit. Semuanya jalan macam biasa. Cuma kita yang terhenti.

Sometimes, we don't have to wait for others to take care of us. Kita cuma perlu jaga diri sendiri sebelum semuanya terlambat. Sebab one day, bila badan dah tak larat, we will miss the time when we were still able to wake up on our own. So if your body is starting to give you hints now, LISTEN. Tak perlu semua benda kau nak settlekan sendiri. Enough la dengan jadi superwoman/supermom. Balik kerja penat? Rest. Hari ni nak tido awal? Tido je. Cukup kalau kita jadi manusia yang tahu bila nak gerak, bila nak stop.

Sometimes, the quietest ones are the ones that hurt the most. Orang yang kuat simpan rasa. Yang tak nak susahkan orang. Yang "ok je" walaupun sebenarnya tak ok langsung. Yang selalu memberi, dan takut nak minta tolong. You can't continue to live like this. Aku tahu kita semua ada tanggungjawab. Anak, suami, isteri, parents, kerja, bisnes, people around. Tapi takkan semua tu bergerak hanya kalau kita buat? Sampai bila nak jadi kuat sorang-sorang? Sampai bila nak buat sendiri konon tak nak bebankan orang?

Kita ada limit. Kita ada hak untuk penat. Hak untuk letih. Hak untuk menangis. Dan paling penting, kita ada hak untuk dijaga, bukan kita je jaga orang. Kalau kita tumbang, agak-agak siapa yang nak take over semua yang kita jaga sekarang? Kan lebih baik kita slow down sikit dan bagi space pada diri untuk rasa penat, rasa sedih, rasa tak larat dan rasa layak untuk dibantu. 

Tak salah nak jadi kuat. Tapi jangan sampai kuat tu membunuh kita perlahan-lahan. Sometimes, the bravest thing is when we dare to admit it.

“I'm tired. I need a break. I need support”

And that's not weakness. Itu namanya sayangkan diri.

Penat bukan satu badge of honour. Kau tak hebat hanya sebab kau tidur 4 jam sehari. Kau tak berjaya hanya sebab kau kerja sampai tak sempat makan. Kau tak menang apa-apa bila kau jatuh sakit sebab tak sempat rehat.

Learn to keep boundaries. Respect yourself. Respect your body's abilities. Respect our emotions. Bila rasa penat, stop. Bila rasa tak larat, mintak tolong. Bila rasa tak mampu, rehat. You can help people, but don't destroy yourself. You can work hard, but don't lose sight of yourself. You can be a good wife/husband/child, but don't lose who you are. Sebab bila satu hari nanti kau rebah, tak ada siapa yang mampu galas beban yang kau simpan sorang-sorang tu.

Kita ni, especially yang jenis sensitive soul, mudah serap perasaan orang. Mudah rasa bertanggungjawab untuk pastikan semua orang ok. Tapi hakikatnya, kita kena pastikan yang kita ok terlebih dulu. Aku pernah tulis banyak kali, especially isteri dan ibu. Kau kena ok dulu baru kau boleh take care suami and anak-anak dengan ok. Kalau kau tak cukup tidur, tak cukup makan, emosi tak ok, macam mana nak jaga orang lain?

Kita selalu fikir, selagi kita boleh bertahan, kena bertahan. But why bertahan if you are losing yourself more and more? Jaga orang lain itu mulia, tapi jaga diri sendiri itu perlu. You're not selfish when you choose to rest. You are not selfish when you choose to put yourself first. Itu survival. 

Isteri dan ibu adalah tulang belakang keluarga. Tapi tulang pun boleh retak kalau terus terbeban non-stop. Tak perlu jadi sempurna hari-hari. Enough for you to be the version of yourself that can still smile without forcing it. You can't pour from an empty cup. So, fill your cup first. Rehat. Menangis kalau perlu. Ask for help if you must. Love yourself, before loving everyone.

Ini bukan tentang ajak orang jadi bermalas-malasan atau berkira-kira untuk tolong orang. Ini tentang terlalu lama menjadi kuat, until you forget to lay down your weapon. So please, dari hari ni, rehat yang cukup. Rest is not a waste of time. 

Jangan skip makan. Perut kosong, otak tak boleh fikir. 

Minum air cukup. Benda basic, tapi selalu kita ignore. 

Bernafas. Betul-betul. Dalam-dalam. Bagi oksigen cukup masuk ke otak. 

Buat benda yang bagi kau tenang. Baca buku, dengar lagu, tengok c-drama (tiberrr).

Jangan rasa bersalah bila kau pilih diri kau dulu. Aku tulis ni bukan sebab nak memandai-mandai. Aku pun tengah belajar. Because I used to (and sometimes still do) fall into the trap of "I have to do everything". Tapi aku belajar untuk lepaskan banyak benda. Aku nak tenang. Bukan sekadar survive. 

Pilihlah untuk berhenti, sebelum terpaksa berhenti. Pilih untuk rehat, sebelum badan paksa kita rehat. Hidup ni sekejap sangat untuk kita habiskan dengan "cuba jadi semua benda untuk semua orang". So, try to be someone... who loves yourself first.


2025-06-17

Sebuah realiti yang kita tak berani cakap terang-terang.

Hari tu viral kejap video asnaf yang komplen pihak MAWIP tak bagi pampers yang macam dia request. Dia request pampers jenis sarung, tapi yang dia dapat jenis pelekat. Anak yang ke-7. Setiap kali beranak minta bantuan yang sama. Kau rasa boleh berbaik sangka tak?

Benda ni tak cakap salah, nak cakap karang ada yang sentap. Zaman sekarang ni pelik. Yang tak pandai, yang susah dan pemalas, yang miskin dan pengotor, yang buat benda bodoh semuanya mesti ditatang dijulang. Tak boleh dikondem. Jangan ditegur. Kita yang dikata takde empati nanti. Padahalllll.

Ramai yang uncomfortable bila kaitkan miskin + malas + perangai suka mengeluh. Tapi kalau kita nilai dari sudut data, dari pengalaman, dan logik akal, kita akan nampak satu pattern, iaitu majoriti yang kekal miskin ada persamaan dalam sikap dorang sendiri. Bukan semua, tapi cukup ramai untuk kita katakan ini bukan kebetulan. 

Bak kata Dr MAZA, dah dibagitahu esok anak raja nak masuk kampung meronda jumpa orang kampung, apalah salahnya kemas sikit depan rumah. Sampah buang, sapu sikit halaman tu. Ni tak. Mandi pun tak! Lagikan nak mengemas. Inilah yang dikatakan miskin dan malas. Patut pun miskin!

Look. Miskin bukan salah takdir, tapi PILIHAN YANG BERULANG. In many cases, miskin BUKAN berpunca dari ketidaktentuan nasib. Ada orang lahir dalam keluarga susah, tapi bila besar jadi kaya. Ada yang lahir dalam keadaan cukup, tapi makin lama makin merosot. Apa sebabnya? 

Puncanya not on how much help is received, but how they act in life. Orang yang bangkit dari kemiskinan biasanya ada disiplin, rajin, dan tak suka terus hidup susah. Orang yang kekal miskin pulak jenis yang banyak mengeluh, banyak salahkan keadaan, dan banyak meminta-minta. Hidup asyik nak dibantu.

Malas ni bukan semata-mata malas kerja. Malas belajar benda baru, malas buat lebih, malas muhasabah diri, malas cari jalan keluar - ni semua jenis-jenis malas juga. Ceritanya, miskin bukan masalah. Miskin bukannya takde peluang. Asal rajin memang peluang akan sampai. Tapi kalau dah nama pemalas, memang tak jadi apa. 

Dr MAZA kata Perlis pernah bagi bantuan oven kat untuk buat kuih berniaga, bagi anak ayam untuk bela, tapi harammmmm. Tau-tau je oven tu duduk bawah rumah. Ayam? Dijualnya. Sebab apa? Sebab dah selesa terima bantuan, buat apa nak kerja katanya.

Jenis yang datang ofis hanya nak buat kerja senang-senang pun sejenis pemalas juga.

“Tak sesuai kerja tu”
“Tak minat”
“Gaji sikit”

Ni semua bayang nak jadi miskin. That's why orang yang malas, kemiskinan dorang kekal dan diwarisi. Anak-anak bila tengok mak bapak tak bekerja, maka anak-anak pun fikir itu satu kebiasaan. Dari situlah budaya malas tu spreads within the family. Kemiskinan jadi warisan turun-temurun. Anak membesar dengan mindset “cukup makan, dah”. Tak pernah kenal maksud usaha lebih untuk hidup yang lebih baik. Bila tengok orang lain berjaya, cakap “nasib dia baik”, padahal kau tak tahu berapa banyak air mata, masa, dan tenaga yang orang tu korbankan nak sampai ke hidup senang.

Ini bukan nak hina orang susah. Tapi nak ajak berubah. Susah tu bukan salah, tapi tak nak keluar dari kesusahan tu adalah pilihan. Dan pilihan tu ada kesannya. Bukan pada diri sendiri, tapi pada anak-anak juga. Nak ke tengok anak ulang hidup yang sekarang 20 tahun akan datang?

Macam kes asnaf tu, aku tengok dia punya video amboi amboiiii komplen macamkan duit bantuan tu memang simpan untuk dia sorang. Inilah satu pattern orang miskin dan malas, iaitu suka komplen. Pantang ada benda tak cukup, salahkan keliling. Salahkan kerajaan. Salahkan majikan. Salahkan jiran. Salahkan takdir.

“Orang kaya senang la cakap, kami ni nak makan pun susah”

Memanglah susah sebab kau pemalas! 

Orang yang suka mengeluh ni tak sedar lagi banyak kau mengeluh, lagi lambat masalah kau selesai. Lagi banyak mengeluh, lagi jauh kau tertinggal. Yang rajin dah 10 langkah ke depan, kau masih terkibai-kibai merungut kenapa kasut tak selesa. Yang paling bahaya bila perangai mengeluh tu waris ke anak-anak. Anak belajar untuk komplen, bukan mencari jalan keluar.

Kalau aku jadi pusat zakat pun aku menyampah. Beranak dah 7 kali, takkan hidup tak berubah-ubah dalam tempoh tu? Kita ni tahanlah kumpul duit bagai nak rak nak sambut orang baru. Yang dia mengote dengan tenang. Apa persiapan lepas beranak, takde. Mintak je bantuan macam selalu, kan? Orang-orang macam ni la yang buatkan pusat zakat kena filter habis-habis dengan macam-macam prosedur sebelum release bantuan. 

Bantuan sepatutnya bersifat sementara tapi ramai yang jadikan bantuan tempat bersandar seumur hidup. Dibagi bantuan Baitulmal, salah guna. Dibagi subsidi, dibazir. Dibagi peluang berniaga, esoknya tutup. Masalahnya dorang ni selesa hidup susah! Sebab dah biasa dibantu. Lama-lama dorang tak lagi rasa susah tu is something that needs to be avoided. They accept it as the norm. Dorang tak kisah hidup dengan minimum asal tak payah bersusah-payah. Modalnya cuma satu - jangan segan meminta-minta. Lepas tu marah bila orang lain senang. Orang yang berjaya dianggap show off. Orang kaya dikata berlagak.

Ada satu pepatah kata “You can’t help someone who refuses to help themselves". Kita boleh bagi pancing, tapi kalau dorang tak nak turun ke sungai dan belajar memancing, selamanya akan lapar. Dan bila lapar, dorang akan datang balik mintak ikan. Bukan sekali, tapi berkali-kali. Lama-lama orang yang asalnya ikhlas nak tolong pun naik menyampah dan berkira-kira nak tolong lagi. Bukan sebab kedekut, tapi sebab usaha tu tak datang dari dua-dua pihak. 

Sampai satu tahap, kita kena terima hakikat bukan semua orang nak keluar dari kesusahan. Ada yang selesa jadi mangsa, sebab itu cara paling mudah untuk elak tanggungjawab. Nak berjaya kena susah, kena malu, kena sabar. Dia tak sanggup hadap semua tu, maka hidupnya kekal dalam circle yang sama - mengharap, meminta, mengeluh. Dan bila anak-anak membesar dalam suasana tu, dorang pun akan ulang benda yang sama. Sebab anak-anak tak pernah nampak usaha, cuma nampak alasan.

Anak-anak yang dibesarkan dalam rumah yang penuh dengan keluhan, rungutan, dan mentaliti “kita memang miskin, tak boleh buat apa”, akan membesar dengan percaya bahawa hidup ini statik. Orang miskin akan terus miskin, dan orang kaya kekal kaya. Dorang tak berani ambil risiko dan tak nak keluar dari zon selesa walau zon tu susah. Esok anak-anak ni dah ada family, kitaran yang sama akan berulang. Maka bermulalah generasi demi generasi hidup miskin. Bukan sebab takde peluang, tapi mindset dah jadi mindset yang kekurangan.

Of course tak semua orang miskin tu pemalas dan suka mengeluh. Ada yang memang diuji dengan penyakit, accident, atau tanggungan luar biasa. But this group is small. And people like this usually tak minta-minta. Dorang masih usaha walau dalam susah. Tapi tu lah, dalam komuniti miskin, tak ramai contoh yang boleh dicontohi. Kalau ada yang berjaya keluar dari kemiskinan, orang kampung sendiri jealous and pulaukan dia. Lama-lama dia pun malas nak tonjolkan diri untuk jadi contoh.

Mintak maaflah cakap. Bukan takde empati, tapi aku rasa bantuan-bantuan bulanan ni kena dibagi dengan syarat ada usaha. Sebab ramai sangat yang dapat bantuan takde tunjuk inisiatif untuk berubah. Aku tak pasti ada ke dorang pantau penerima bantuan ni semua macamana dorang gunakan bantuan. Buatlah macam geran penyelidikan. Quaterly orang datang check progress ada kemajuan ke tak, buat audit macamana guna duit geran semua. Biar berpeluh sikit yang dapat bantuan tu. Nak memintak je kerja kau.

Bak kata Bill Gates - dilahirkan miskin tu bukan salah kita. Tapi kalau kita mati dalam keadaan miskin, itu salah kita. Kalau kekal miskin selama bertahun-tahun, itu biasanya sikap sendiri yang tak nak berubah. MALAS.

Jangan hina orang miskin. Tapi tegur orang yang selesa dalam kemiskinan tu bukan menghina, ya. 


2025-06-16

Cerita Sebenar Di Sebalik “Bossku”

Hari tu masa kat Tganu, aku ternampak Thread ni:

Alhamdulillah, aku berpeluang ada pengalaman kedua-duanya - jadi pekerja makan gaji dan jadi majikan. Aku tetap pilih jadi majikan atau kerja sendiri. Tak, bukan serik pun makan gaji, cuma kerja sendiri nampak lebih serasi dengan karakter aku. 

Masa aku makan gaji dulu, aku banyak buat kerja ikut kepala sendiri. Contoh, masa kerja dengan Kementerian Sains, aku handle rekod penerima geran penyelidikan. Aku attend meeting, dan aku key in semua feedback dari panel penilai. Basically aku tahu siapa dapat, berapa dorang dapat, kenapa dapat banyak ini sahaja, apa barang yang diluluskan untuk beli - semua aku tahu. 

Bila pemohon yang dari kalangan pensyarah-pensyarah ni call ofis nak tahu result, aku bagitahu je. Siap bagitahu apa yang lulus, kenapa tak lulus. Rupanya I IS BUAT SALAH, gaissss. Aku takde hak nak bagitahu rupanya, hanya pegawai saja. Macai macam aku ni hanya key in data saja. Which aku rasa wasted sangat. Hanya kerana aku Research Assistant, bukan pegawai maka aku tak boleh bagitahu padahal result semua depan mata aku. Yes, I know protocol tapi to me protocol ni lembab. Pegawai dahlah selalu takde, macamana orang tak marah kalau call asyik tak berjawab?

Then masa kerja sales, setiap sales person diberi kebebasan untuk bagi 5% diskaun kepada customer. Tak perlu tunggu kelulusan bos. 5% ni kiranya macam "staff discount". Aku paling menggunakan diskaun ni. Mana-mana customer yang beli banyak (like super banyak!), aku akan terus bagi 5% diskaun. Kalau tak banyak tapi aku nak close deal, aku bagilah diskaun juga dalam 2-3%. 

Imagine kalau dia beli instrument harga RM90K and aku offer 5% diskaun terus? Memang close deal jam-jam tu jugalah jawabnya. Banyak kot diskaun dia dapat. Tapi, komisyen aku berkurang sikitlah sebab aku dah bagi diskaun. Tapi aku tak kisah. Apa guna ada kelebihan staff discount kalau tak bagi pada customer, kan? Bukannya aku nak beli pun barang-barang lab tu. Alhamdulillah, walaupun bagi diskaun kat customer, aku masih dapat komisyen paling kurang RM7K setiap bulan.

Sometimes aku tak bagi diskaun 5% direct macam tu je. Aku convert as gift. Contoh, kalau dia purchase RM70K, aku bagi free TV. Benda free gempak-gempak ni siapalah yang tak nak. Pernah customer call ofis nak tanya tentang "Pakej A with laptop". Terpinga-pinga bos aku mencari pakej apa yang datang dengan laptop ni? Rupanya pakej sendiri bikin oleh Diana Ishak. Sales dari pakej tu alone berjaya hit RM1 million.

Orang kata yang suka kerja sendiri ni tak boleh kerja bawah orang sebab tak nak ikut arahan. 

Bukan tak nak ikut, tapi sometimes arahan pun lembik dan lembab. Sedangkan kita ada idea yang lebih laju and praktikal. Bukan nak tunjuk pandai, tapi bila dah biasa fikir jauh dan buat keputusan sendiri, dan nampak flow kerja yang lebih jelas, kita jadi susah nak terima arahan yang tak efisien. Lagi satu, kita dah terbiasa fikir HASIL, bukan sekadar ikut prosedur. Jadi bila nampak benda boleh settle cepat dengan cara lain, geram pulak rasa kalau kena ikut jalan yang menyusahkan.

Selalu kita dengar ayat-ayat macam ni:

“Untunglah buat bisnes, income boleh cecah 20k sebulan”
“Bestnya jadi bos sendiri, flexible time, takde siapa marah”
“Aku pun nak buat bisnes la, penat kerja makan gaji ni”


Tapi ramai tak nampak cerita balik tabir run business. Realitinya, bukan semua orang boleh jadi businessman atau businesswoman. Bukan sebab tak cukup pandai, tapi sebab tak cukup kuat. 

Bisnes bukan tempat untuk orang yang harapkan shortcut. Bukan tempat untuk orang yang suka duduk diam tapi nak hasil kebabom. Bukan untuk yang fikir “aku nak kerja ikut waktu pejabat tapi income gaya CEO”. Nope. Sorry not sorry.

Buat bisnes bukan sekadar berangan, tunggu order masuk, tengok duit masuk. Realitinya, kau tukang fikir, tukang buat, tukang repair, tukang pujuk, tukang bayar, tukang packing, tukang promote, tukang hantar, tukang angkut stok, dan kadang-kadang tukang sapu sekali pun ya. 

Buat bisnes ni LONELY. Kau akan rasa sunyi sebab takde bos nak guide hala tuju. Kaulah bos. Kaulah team. Kau kena constantly fikir, "Apa next step?", "Macam mana nak grow?", "Apa silap bulan ni?". Tidur tak lena, makan tak tentu. Orang lain cuti, kita masih pegang phone, layan customer, plan content, balas email supplier. Orang lain tidur, kita masih buat calculation, fikir sales yang drop minggu ni, etc.

Masa mula-mula jump into business, masa tu baru tersedar. NOT EASY AT ALL. Pergi jumpa customer, aku. Balik dari jumpa customer, buat quotation. Pastu set appointment dengan customer untuk tomorrow punya schedule pulak. Then plan marketing. Then cari principal/brand untuk beli stok. At the same time, tugas as isteri nak ibu masih kena buat. 

Menangis time mandi tu selalu sangat. Tapi tak boleh menyesal. Quit is not an option. Aku nak ada career. Jadi nak tak nak, teruskan. Bisnes survive bukan kerana modal besar. Tapi mental kena kental, konsisten jangan putus, and willingness to learn even dah penat. So bila ada yang tanya, “Macam mana boleh sustain sampai sekarang?” Jawapannya bukan luck, tapi GRIT.

Ramai hanya nampak hasil. Pakai kereta baru, rumah besar, cuti sana sini. But people don't see the initial phase yang full of sacrifice. Kau jual barang, tapi kawan sendiri beli kat orang lain. Kau buat marketing siang malam, tapi yang support adalah strangers. Kau ikat perut makan biasa-biasa walaupun tekak teringin nak macam-macam sebab semua duit pusing modal. Kau menangis dalam kereta sebab penat sangat tapi tak boleh stop. Semua aku dah rasa. Berhenti tido kat Shell sebab terlalu penat sangat pun pernah. Ini semua cerita pengorbanan yang orang bisnes tak pernah share dalam IG Story.

Bisnes bukan untuk yang cepat give up. Bisnes bukan untuk yang cepat sentap bila orang tak support. Bisnes bukan untuk orang yang perlukan people's validation setiap kali buat keputusan. Mindset orang bisnes ni tak sama. Kita tak ada comfort zone yang boleh disandar bila penat. Kita belajar untuk move walaupun takut. Jalan je, walaupun kabur. Sebab kalau berhenti, takde siapa yang akan tolong tunjuk jalan. Takde.

Bila kau pilih jalan ni (bisnes), kau kena redha yang kadang-kadang kau akan buat keputusan besar dalam keadaan serabut. Kau akan ambil risiko besar walaupun hati masih tak sure sama ada betul ke tak apa kau buat ni. Tapi itulah beza orang bisnes. Kita buat juga, walaupun tak sempurna. Sebab dalam dunia bisnes, progress lebih penting dari perfect. Kalau nak tunggu semua clear, semua ready, semua confirm jadi, sampai bila pun takkan mula.

Dulu aku pernah pergi kelas IMKK Dr Azizan Osman. Ada sorang peserta ni dah join the class 4 kali. Tapi tak start-start lagi bisnes. Tak konfiden sebab katanya belum cukup ilmu. 

Ilmu amende lagi, nokkk. 4 class tu bukan ilmu ke. Bisnes ni ilmunya banyak dapat bila kau start. Selagi tak start kau takkan belajar apa-apa. Sebab ilmu yang kita belajar di kelas, hanya teori yang general. Lain bisnes, lain approch-nya. So you must start. Dan bila dah mula, kau kena belajar hidup dengan TEKANAN. Tekanan nak bayar gaji staff. Tekanan kena explain kat customer. Tekanan tengok sales drop tapi tetap kena senyum.

Kau akan lalui fasa down yang buat kau persoal balik jalan yang kau pilih. But the one who wins, not the one who never wavers, but the one who keeps going even though he wavers. Bisnes tak pilih siapa paling pandai. Bisnes pilih siapa paling tahan. Orang bisnes sanggup lepaskan nikmat sekarang yang kecil, demi hasil yang lebih besar. Bangun awal, tidur lambat, demi impian yang tak semua orang sanggup kejar. Bisnes perlukan kekuatan yang bukan semua orang sanggup.

En Wan pernah selesa dengan jawatan Asistant Manager (Senior Engineer). Quit after 15 years sebab nak join business. Dah sedap gaji tetap, dia nak try kerja yang tak pasti ada gaji ke tak di hujung bulan. 

7 tahun in business dia jump pula ke takaful. At age 46 dia join takaful, kau rasa orang dalam industri pandang dia macamana? Orang tak yakin dia bertahan, let alone nak sangka dia boleh jadi Top Agent Nationwide. 

Aku nampak macamana En Wan position-kan diri dia di tengah-tengah player takaful yang dah lama dalam industri, yang mostly orang muda-muda. Setiap kali dia stuck, dia call colleague yang semuanya muda dari dia untuk belajar dan minta tunjuk ajar. Ini kriteria yang aku nampak kat En Wan yang buatkan aku rasa "No wonderlah dia ni belajar pandai, kerja pun cepat naik pangkat" - sebab dia sentiasa willing to learn. Dan dia tak segan nak bertanya walaupun dengan orang yang lebih muda.

Aku masih mencari someone yang boleh bekerja dengan creative. Yang boleh buat kerja makan gaji ni macam run company sendiri. Once aku jumpa, memang aku pass terus GreenAard. Aku nak jadi Chairman saja. Kau runlah bisness ni. Tapi setakat ni takde lagi yang willing nak buat lebih dari job scope. Aku tak nak paksa sesiapa. Setakat ni staff aku semua follow job scope. Itu pun dah bagus dah. Cuma kalaulah one day jumpa someone yang memang willing to learn and buat lebih, memang aku tarik dia terus duduk kerusi aku ni.

Dulu masa makan gaji, balik rumah sempat main dengan Redza, layan DVD dengan En Wan. Bila start run company sendiri, pukul 2 pagi mata aku masih terang. Sebab kepala ni tak rest. 

Macam mana nak close customer petang tadi? 
Supplier kenapa lambat hantar barang? 
Esok kena follow up dengan customer kat Penang. 
Kenapa ROI makin menurun? 
Macamana nak handle perangai staff A yang dah 2 bulan tak hit sales? 

Semua benda atas batu jemala patik.

Orang luar tengok macam rilek je. Post IG lepakking cafe, healing minum kopi mahal. Hakikatnya dalam kepala ni macam-macam tab yang belum ‘close’. 

Bisnesman takde istilah off day. Cuti pun bawa laptop. Tengah celebrate wedding anniversary pun sempat reply email. Kepala tak pernah betul-betul cuti. Bukan workaholic, but because business is our life. Kalau kita tak jaga, siapa lagi?

Apa yang Dr Malar tulis - Face challenges and crisis almost every other day. Ini sangat betul.

Hari ni sales drop. 
Esok barang supplier sangkut. 
Lusa staf resign. 
Tulat kilang punya production ada masalah. 

Kadang bukan masalah besar pun, tapi datang bertubi-tubi. Tak sempat lega. Tapi kita takde tempat nak mengadu. Nak menangis pun tengok dulu kalau sempat. Orang bisnes kena ada mental stamina. Nampak macam takde masalah, tapi Tuhan je tahu masalahnya berat mana. Hati kena kuat sebab everyday ada masalah yang nak kena settlekan. Dan selalunya, kena settlekan sendiri. No manual. No SOP. No HR. Just you and your brain.

Nak tahu satu benda scary pasal bisnes?

Takde jaminan income. 

Hari ni dapat 10K. Esok dapat RM0. Lusa kena keluar 5K bayar supplier. Komitmen tetap kena selesaikan. Sewa, gaji staff, bil, stok. Kalau makan gaji, hujung bulan dah tahu gaji masuk. Tapi kalau bisnes? Tak kerja keras, jawabnya tak makan. No backup, no cushion. Hanya ada satu pilihan, iaitu FIGHT. Takde ruang untuk jadi malas. Kau malas sikit je, terus nampak natijahnya dalam bank account.

Satu hal lagi, bila buat bisnes, jangan harap semua orang support. Akan ada orang yang anggap kita ni syok sendiri, atau over.

"Jual tak seberapa tapi berangan jadi terpaling founder"


Tu belum lagi akan ada yang pertikai “Kenapa mahal sangat barang ni?” atau “Baru buat bisnes setahun dua dah sembang pasal leadership?”

Tapi dalam bisnes, kita kena tahan dengan semua ni. Kena terus buat walaupun orang tak percaya. Kena senyum walaupun penat. Kena terus educate customer walaupun dorang cakap produk kita begitu begini. Ini semua aku dah rasa. 

Bisnesman ni jenis buat dulu, rasa dulu, hurt dulu, baru belajar. Dan benda tu memerlukan satu kekuatan yang bukan semua orang willing to hadap. Jangan ingat bila jadi bos sendiri boleh lepak-lepak. No such thing. Sebenarnya, bila jadi bos, kita bukan kerja kurang tapi kita yang kerja lebih. Kita bukan kerja ikut jam, kita kerja ikut result. Orang lain kerja untuk hasil. Kita kerja untuk survival company. 

Walaupun ada staff, hakikatnya kita kena tengok semua benda. HR, marketing, finance, operation, customer service, damage control. Semua. Macam komen from dr_irazahira dalam screenshot tu, dia pilih masalah, anxiety, mental instability, dan being disliked, tapi tetap pilih bisnes. Sebab bila kau betul-betul buat bisnes, kau tahu, walaupun stress dan berat, it’s still worth it.

Yang seriously in business mesti tahu hakikat membuat keputusan yang heavy dengan data yang tak cukup. Betul kan? Just redah and langgar. Labur duit marketing walaupun tak pasti return. Bayar gaji staff dulu sebelum fikir diri sendiri. Risk every month. Kadang every week. Tapi dalam kepala dah set - kalau tak ambil risiko, sampai bila-bila tak gerak.

Salah satu skill paling penting dalam bisnes bukan marketing. Tapi emosi. Sebab akan ada masa orang kutuk kita, staf tak loyal, customer buat false report, sales drop gila-gila, etc. Kalau tak kuat, boleh burnout. Kalau cepat melatah, boleh buat keputusan yang salah. Kalau tak tahan sabar, boleh give up. Emosi kena pegang betul-betul.

So yes, buat bisnes bukan untuk semua orang. Bukan nak kata tak semua mampu, tapi tak semua sanggup. Tak sanggup kerja siang malam. Tak sanggup bertahan bila semua benda rasa nak meletup. Tak sanggup rasa sunyi. Tak sanggup bertahan dalam fasa slow. 

Sebab tu aku selalu cakap bisnes bukan untuk orang malas. Bukan nak kata diri sendiri rajin tapi ini realiti. Bisnes hanya untuk orang yang tak pernah berhenti belajar, mencuba, dan bertahan. Kalau kau rasa cukup kuat untuk itu, welcome to the club. Kalau belum, isokay untuk stay dengan makan gaji. Aku doakan korang bertahan dan berjaya dengan career now. Dah dapat gaji nanti jangan lupa beli GreenAard, ok?


2025-06-15

GreenAard: Apa itu meal replacement & siapa sesuai ambil?

Ok, masa untuk menjawab soalan berkaitan Maaltyd and GC Plus. Sebab semalam aku buat video untuk 2 produk ni, ramai yang bertanya. Tapi ni aku jawab bab Maaltyd dulu. Apa sebenarnya Maaltyd ni?

Dalam bahasa mudahnya, meal replacement. BUKAN UBAT. Meal replacement adalah pengganti makanan. Ia lebih ringkas. Bukan snek, bukan jus. Ia adalah hidangan dalam bentuk cepat, mudah & boleh diminum. Fungsi utamanya untuk mengganti SATU WAKTU MAKAN dengan nutrisi lengkap - ada protein, ada karbohidrat, ada lemak sihat, ada serat, and ada mikronutrien (vitamin & mineral).

SATU WAKTU MAKAN sahaja. That explains kenapa kita suggest ambil 1 sachet sehari. Mana-mana waktu makan yang korang nak replace, sila pilih satu dan gantikan waktu makan tu dengan Maaltyd. Macam aku, sama ada pagi atau lunch. Kalau pagi tu aku malas nak makan, aku akan ambil Maaltyd waktu lunch. 15 minit selepas ambil Maaltyd baru aku makan nasi. Kalau aku rajin, pagi tu aku breakfast Maaltyd. Tengahari baru makan besar. Kalau malas, maknanya waktu lunch sekali harung Maaltyd and nasi.

Katakan korang nak gantikan breakfast yang biasa korang ambil dengan Maaltyd. Boleh je. Dalam satu gelas Maaltyd tu dah ada protein (dari wheat germ), serat (dari psyllium husk & flaxseed), ada lemak, ada carb yang low glisemik indeks. Plus, dalam Maaltyd ada white kidney bean & hoodia untuk kawal nafsu makan. Jadi sebenarnya dari segi komposisi, lebih elok dari makan roti sekeping atau karipap 3 biji (walaupun karipap tetap di hati).

Kenapa hanya ambil Maaltyd pada SATU WAKTU MAKAN saja? Kenapa tak lunch dengan breakfast ambil Maaltyd, tak payah makan nasi?

Jawapannya, kalau kau nak togok Maaltyd 2 kali sehari boleh, tapi kena faham tujuan kenapa ambil Maaltyd.

Maaltyd ni alat bantu, bukan pengganti makanan kau seumur hidup. Tujuan Maaltyd ni untuk bantu kawal portion makan. Bila kau skip satu waktu makan dengan mengambil Maaltyd, maknanya kalori intake kau dah berkurang. Kalau selama ni lunch kau 500 kalori, now dengan Maaltyd, lunch kau hanya 49 kalori saja. At least 4 jam kenyang. Dah save kalori dah kat situ. At the same time, Maaltyd bantu stabilkan gula. Bila gula stabil, berat badan lebih cepat turun denggan realistik.

Badan kita tetap perlukan serat semulajadi dari buah dan sayur. Badan kita masih perlu tekstur makanan sebenar untuk penghadaman. Otak kita perlu kepuasan psikologi daripada mengunyah makanan sebenar. Kalau semua waktu makan kau ganti dengan Maaltyd, otak will feel deprived. Lama-lama akan datang craving balas dendam, dan itu yang kita tak nak.

Katakan now kau jenis yang makan 4-5 kali sehari termasuk kunyah-kunyah. Bila kau mula ganti satu waktu makan dengan Maaltyd, kau melatih badan dan otak untuk rasa cukup dengan portion yang betul. Bila dah stabil, gula tak lagi turun-naik dengan laju. Nafsu makan tak mendadak-dadak. Craving pun terkawal. Tujuan akhirnya adalah untuk kembali kepada pemakanan seimbang, bukan bergantung sepanjang hidup pada Maaltyd. Memanglah Maaltyd boleh bagi instant nutrition, rasa kenyang lebih lama, dan elak kita ambil makanan merepek-repek, tapi jangan extreme. Ambil satu sekali sehari cukup.

Orang yang nak turunkan berat badan, sila ambil Maaltyd. Selalunya orang yang nak kurus ni masalah utamanya adalah asyik nak makan. Kita nak sekat rasa mengunyah ni dengan mengurangkan rasa lapar. Kalau sabit nak burn-kan fat saja, payah. Sebab kebanyakan yang gemuk ni bukan lemak tak burn tapi tak boleh benti makan. Hat ni yang kita nak kontrol dulu. Bila perut kurang lapar, otak lebih waras buat pilihan makanan lain sepanjang hari.

Mana-mana yang ada pre-diabetes atau insulin resistance atau PCOS, korang struggle dengan gula naik-turun, craving, dan cepat penat lepas makan, betul tak? Maaltyd ni low GI & tinggi serat jadi takkan kacau blood sugar. Jadi, jangan risau kalau nak ambil.

By the way, ramai confuse. Tak semua benda yang dibancuh tu adalah meal replacement. Ada produk yang namanya minuman diet atau suplemen. Ini belum tentu lagi meal replacement. Meal replacement (macam Maaltyd) ada protein, ada serat tinggi, low GI, ada vitamin/mineral and kenyang lebih lama. Minuman diet TAKDE serat dan selalunya bukan low GI. So kalau korang minum sesuatu yang buat kenyang 30 minit, then lapar balik, that’s not a real meal replacement.

Hari tu aku tulis dah, tapi sebab ada yang tanya lagi, takpe aku jawab lagi. Macamana Maaltyd kurangkan rasa lapar katanya.

Ok, dalam Maaltyd ada flaxseed & psyllium husk. Dua bahan ni bila kena air, dia kembang dan membentuk gel. Gel ni buat makanan dalam perut bergerak perlahan, jadi gula tak naik mendadak. Dalam masa yang sama, ia hantar signal ke otak "Hello, kita tengah makan, jangan craving macam nak gila". Gitu.

Dalam Maaltyd juga ada white kidney bean. Yang ni blok karbohidrat ringkas daripada terus masuk ke darah. Jadi gula tak spike.

Pastu dalam tu ada Hoodia yang kurangkan rasa lapar secara semula jadi. Caranya ialah dengan kawal aktiviti hormon lapar (ghrelin).

Flow dia gini. Kita makan nasi. Nasi adalah karbohidrat yang bila masuk dalam perut akan dipecahkan menjadi glukosa. Glukosa adalah gula. Glukosa akan masuk darah. Bila darah tinggi glukosa, badan keluarkan insulin untuk tolak glukosa masuk sel. Tapi kalau glukosa naik mendadak (macam lepas makan nasi putih + air manis), insulin dipump out banyak sangat. Selepas 1-2 jam, gula drop. Kenaikan dan penurunan mendadak ni akan buatkan korang mula rasa menggigildan kemudian lapar balik dan craving benda manis-manis (walaupun selepas makan).

Jadi, Maaltyd tolong stopkan cycle ni. Bila ambil Maaltyd dulu sebelum makan, makanan yang dimakan tu nanti akan go through slow digest & slow release. Gula tak naik mendadak. Insulin stabil. Energy maintain sepanjang hari. Tak cepat mengantuk. Otak rasa tenang. Bila otak tenang, kita tak craving nak kunyah benda manis lepas makan.

Tapi aku nak ingatkan something. Maaltyd BUKAN magic potion. Bukan ubat kurus, bukan ubat diabetes. Tapi dia alat bantu. Macam powerbank. Bila bateri low tapi kau jauh dari plug, dia tolong cover. Macam tu dengan Maaltyd. Maaltyd tolong kawal lapar. Tolong kawal kalori. Tolong stabilkan gula. Bila dah terbiasa nanti, lama-lama badan tak bergantung pada jajan-jajan bila stress. Dan yang paling penting, Maaltyd membiasakan badan dengan low calorie. Lama-lama, dengan sendirinya kita akan rasa kurang lapar semula jadi.


2025-06-14

Siapa paling kuat chemistry dengan Johnny Huang?

Aku rasa Dilreba Dilmurat ni takde projek terbarulah. Sebab fans dia dah start nak provoke-provoke Johnny kat Weibo. Now Johnny punya realiti program TOP CAR RACER tengah tayang kat Youku. Yang ni rakaman by weekly. Bermakna, penggambaran masih berjalan. Jadi people start talking about this program. Director and crew pulak memuji-muji Johnny tak habis-habis, panas la pantat masing-masing.

Dalam program TOP CAR RACER memang ada penglibatan celebriti lain, tapi dah kalau Johnny paling menyerlah, kau nak buat camana? Hadap je la. Hahaha.

Yang pelik tu, setakat ni racing, Johnny tak pernah lagi dapat tempat pertama. Paling tinggi was second place, itupunnnnn jadi bahan berdengki oleh fans-fans Dilreba. Padahal idola dia takde pun dalam program tu. Pelik, tak?

2 hari lepas punya show, masa tengah race kat gurun, kereta salah seorang celebriti terbalik. Johnny tengah speed terus stop and melompat keluar dari kereta untuk check kawan dia. Medic belum sampai, dia dah sampai dulu. Padahal tengah race. So director and crew semua puji kata dia lansung tak pikir nak menang. Dia cuma nak pastikan semua selamat. Bila shooting habis, semua orang bertumpu kat kawan yang accident tu untuk tanya progress. Johnny diam-diam duduk tepi kebas-kebas kasut yang berpasir. Takde pun dia menyibuk-nyibuk padahal dia yang rescur kawan. Betul-betul buat hal sendiri.

Masa diinterview, celebriti lain yang terlibat semua puji Johnny. Dorang kata Johnny memang layak jadi leader. Mau tak panas haters dengar? Ditambah pulak dalam tayangan tu ada candid clip director datang jumpa Johnny bagitahu dia impress dengan personality Johnny yang lansung tak selfish walaupun tengah bertanding, and due to that dia nak ambil Johnny lagi dalam program dia akan datang. Yang Johnny being him yang playful terus bersorak "Yeahh! We've got work! We've got work!". Lagilah berdesing agaknya geng-geng musibat kat Weibo tu tahu projek untuk Johnny datang tak putus-putus.

Iklan: Johnny yang dah multimillionaire tu pun masih excited bila dapat tawaran kerja. Yang kau dah ada kerja masih lagi malas. Asyik pikir nak work-life balance tak habis-habis. Pastu berangan nak jadi jutawan. Lempang mau?



Video ni klip dari drama Johnny and Dilreba, iaitu Love Designer. Boleh tengok kat WeTV. Aku tengok lebih 5 kali.

Walaupun aku menyampah dengan fans Dilreba tapi aku suka lakonan Dilreba. Especially dalam Love Designer ni gandingan dia and Johnny ok je. Chemistry dorang strong sampai pernah digossipkan bercinta sejak tahun 2000! Hanya awal tahun ni baru clear dorang tak pernah bercouple. Dulu, selama 5 tahun Johnny digossip dengan Dilreba, fans Dilreba kemain bising lagi. Tak suka Johnny couple dengan idola dorang. Sepanjang 5 tahun tu la dorang fitnah macam-macam. Tudung Johnny kaki pukul perempuan. Tuduh Johnny gay. Ingatkan bila dah clear Johnny and Dilreba tak bercouple semua boleh diam, rupanya tak. Sambung lagi provoke Johnny. Tak hape yang dia bitter tak paham aku.

Bagi aku, aku lebih suka chemistry Johnny dengan Li Qin dalam My Dear Guardian. Chemistry dorang kuat dan genuine. Actually ini antara pairing yang paling ramai audience suka. Johnny as Captain Liang Muze dan Li Qin sebagai Dr Xia Chu. Dua-dua carry watak yang matang, profesional, and dedikasi dalam bidang masing-masing (tentera & doktor tentera). Disebabkan Johnny carry watak tentera, proses dorang bercinta tu slow burn. Sesuailah dengan watak. Takkan la captain special force bercinta macam nak rak kot. Chemistry dorang dalam drama ni is built on respect, support, and a slow development, bukan love at first sight. Nampak more realistic and touching.

Banyak scene tunjukkan soft side Captain Liang Muze bila dengan Dr Xia Chu, especially bila dia protect Xia Chu dan jaga dia secara diam-diam. Walaupun ada tension, tapi tak over-dramatic. Chemistry dorang dalam drama ni kuat sebab complement each other. Real dan steady. Bawah ni video klip My Dear Guardian.



Drama Love Designer (Johnny and Dilreba) lebih kepada romantic-comedy moden. Vibe dia ringan dan lebih playful. Chemistry antara Johnny dan Dilraba lebih banyak bergantung kepada visual sebab dua-dua cantik and handsome. Banyak moment dalam skrip yang dibuat untuk bagi spark. Jangankan orang lain, aku tengok drama tu pun terasa macam dorang betul-betul bercinta sebab they both really act as lovers lebih dari betul-betul. Johnny selalu berlakon jadi tentera atau polis, so bila dia berlakon dalam Love Designer, Johnny tunjukkan sisi yang lebih charming, bossy, tapi soft bila dengan Dilraba. Tu yang buat ramai suka. Bagi aku, chemistry both of them memang ada, tapi lebih kepada surface. Sesuai untuk drama ringan, but less in depth than My Dear Guardian.

Until lah tahun lepas Johnny release one more suspens-romantic genre, aku jatuh chenta dengan drama Love Song in Winter. Johnny sangat jarang berlakon romantoc genre kecuali Love Designer. Maybe sebab itulah dia digossipkan dengan Dilreba sebab ini satu-satunya drama genre romantic. The rest adalah action and crime. Kalaupun ada romantic mesti ada action atau crime di dalamnya. Macam My Dear Guardian genre action-romantic. Love Song in Winter genre crime-suspense-romantic genre.

Payah nak tengok Johnny berlakon sangat-sangat loving sebab character yang dia carry selalunya berpakaian uniform. Kat China, watak-watak pakaian uniform ni kena jaga-jaga sikit. Tak boleh terlalu playful, sebab menjejaskan nama pasukan beruniform. Samalah dalam Love Song in Winter, tak terlalu banyak scene butterfly except kat 1 episod saja bila dia dah couple semula dengan Dr Lu Yan (Sun Qian).

Chemistry Johnny and Sun Qian dalam drama ni lebih emotional dan konflik. Pada aku, ini pairing paling tragik dan berat dari segi emosi. Johnny as Captain Jiang Chengyi, a policeman full of internal wounds dan Dr Lu Yan also ada trauma kematian kawan baik. Kawan baik dia bunuh diri selepas buat confession sukakan Jiang Chengyi juga. Lu Yan ingatkan kawannya bunuh diri sebab Jiang Chengyi suka pada Lu Yan. Rupanya kawan dia kena bunuh dek someone yang tak sukakan Jiang Chengyi. Their relationship is full of misunderstanding, pain, and sacrifice. Chemistry dorang lebih kepada hidden emotions. Intense tapi restrained. Bukan jenis sweet, tapi jenis yang buat kita rasa “ouch”. Gitu.

Johnny sangat sesuai bawa watak yang main emosi sebab itu kelebihan dia. Dia punya ekspresi muka tanpa skrip, hanya mengeluh je pun dan boleh menceritakan sesuatu. Johnny sangat kuat dalam scene emosi and he brings this character to life very realistically. To me, chemistry JIang Chengyi and Lu Yan kuat dalam cara yang lain. Bukan romantic yang sparkle tapi lebih kepada deep emotional bond. Bawah ni klip dari Love Song in Winter.



So siapa paling kuat chemistry dengan Johnny Huang?

Jawapan aku = Li Qin dalam My Dear Guardian.

Paling kuat dari segi natural chemistry, emosi yang steady, dan saling support each other. Rasa macam watak tu serasi dan memahami, not just a romantic couple. Kalau korang suka chemistry yang stabil, full of respect and emotional depth, My Dear Guardian menang. Tapi kalau nak vibe fun dan sweet, Love Designer ok. Kalau nak rasa tragic and deep emotions, Love Song in Winter definitely bagi strong impression.

Dilreba memang cantik, ada screen presence yang strong, and lakonan dia dalam Love Designer pun smooth. Tapi bila pairing dengan Johnny tu, aku rasa dorang ni lebih kepada visual match daripada connection yang betul-betul deep. Fans Dilreba memang kuat kat online, tapi MOST OF THEM terlalu protect idola sampai kutuk hero sekali, especially bila drama tu tak ikut storyline yang dorang nak. Dorang ni sejenis shipping couple punya fans. Nak scene yang lebih romantic, tak nak konflik, atau bila dorang rasa hero tak sepadan dengan Dilreba, sampai kiamat dia kutuk.

Dalam drama Love Designer Johnny dapat backlash padahal dia bawa watak tu ikut skrip. Cuma style Johnny ni dia realistik. Dia bukan jenis try hard nak over-romantic atau buat-buat cute. Dia act ikut logik karakter. Tu yang buat dia lain dari typical male lead yang attract the audience dengan gesture yang klise. Johnny always bawa maskulin energy yang classy. That’s why pairing dengan Li Qin rasa lebih organic. Dua-dua lowkey, tak drama, tapi powerful bila together. Fans pun respect masing-masing. Takde nak downgrade hero/heroin macam sesetengah fandom, especially fans Dilreba yang 80% bangang.


2025-06-13

Berkahwin dan Melahirkan Anak Dalam Keadaan Miskin Adalah Satu Kejahatan


Baru-baru ni kat Thread ada satu topik pasal "melahirkan anak dalam kemiskinan adalah jahat".

Macam aku pernah cakap hari tu, benda-benda macam ni kau tak boleh tulis kat Thread sebab takde support dengan explanation yang panjang. Kat Thread tu ramai manusia yang tersakiti dengan life sendiri. Buta-buta je kau kena hentam karang. Cuba buat macam aku. Aku tulis kat blog. Kau nak merentan nasib kaulah, bukan aku ada ruangan komen pun. Kahkahkah.

Actually tajuk tu aku dah pernah tulis bertahun dulu. Aku malas godek blog cari mana satu postnya. Dah terlampau banyak post. Pandai-pandai koranglah kalau nak cari.

Topik tu buat ramai orang kat Thread triggered, especially yang dah kahwin, ada anak, and masih struggle membina hidup. Dalam post aku yang dulu aku dah jelaskan dengan jelas kenapa aku tak berapa suka dengan orang yang beranak beranak beranak dengan alasan setiap anak datang dengan rezeki, pastu anak-anaknya bersepah-sepah tak terurus. This is not about insulting the poor. Ini pasal tanggungjawab, foresight, dan kesedaran diri.

Beranak ramai, konon anak datang dengan rezeki. Tapi ramai lupa, rezeki bukan hanya dalam bentuk duit. Dan kalau datang pun bukannya selepuk depan mata. Kena usaha! Itu kuncinya. Yang beranak ramai tapi anak tak terurus ni, some of them beranak je tahu, tapi takde plan nak membesarkan anak dengan baik. Bila kahwin dan beranak dalam keadaan tak mampu nak urus hidup dengan baik, itu bukan rezeki, itu kejahatan yang terselindung.

Aku setuju dengan post budak tu walaupun dia kena kecam teruk. Ramai yang salah guna konsep rezeki. Ambil ayat "setiap anak datang dengan rezeki" seolah-olah automatik beranak je, Allah turunkan duit, susu tepung, siap dengan yuran sekolah anak. Hakikatnya rezeki perlukan usaha, persediaan, dan perancangan. Bukan sekadar doa. Kalau masih struggle nak bagi nafkah pada isteri, tapi masih lagi nak tambah anak, itu bukan berani. Itu namanya cuai.

Kalau tak boleh pastikan anak terurus dengan baik, pendidikan berkualiti, rumah yang selesa, dan emosi yang stabil, then stop for a moment and ask yourself aku ni betul-betul bertanggungjawab ke, atau sekadar nak penuhkan rumah dengan suara budak?

Ini bukan menghina. Ini tentang kesedaran bahawa membesarkan manusia bukan kerja main-main. Anak adalah amanah Allah. Dia ada jiwa. Dia ada masa depan. Dan masa depan anak SEBAHAGIAN BESAR terletak dalam tangan mak ayah.

“Tapi saya pun lahir dari keluarga susah, alhamdulillah jadi orang juga sekarang”

Yes. Itu kau. Nasib baik kau survive. Cuba tanya sekeliling. Berapa ramai anak-anak dari keluarga miskin yang akhirnya tercicir dan jadi mangsa keadaan? Sampai bila nak biar anak bergantung kepada “nasib baik” je?

Kadang bila dengar cerita rumah ada 2 bilik. Satu bilik untuk mak bapak. Satu bilik lagi anak perempuan berketimpal tidur ramai-ramai. Anak lelaki bergelimpangan kat hall. Nak salin baju, tumpang bilik orang kejap. Lepas tu kau expect budak-budak membesar dengan sempurna. Anak-anak takde hak untuk dapat privasi ke? At least bagilah anak kehidupan yang selesa. Tak sempurna takpe, tapi selesa. Maksud selesa tu bukanlah bagi sebilik sorang. Tapi biarlah setiap orang ada katilnya. Sebilik kongsi 3 orang pun takpe. Janji dorang ada space sendiri.

Dah tahu anak bersempit-sempit dalam rumah yang kecil, masihhhhh lagi nak beranak lagi. Entahlah maybe aku yang tak faham perspektif orang yang suka beranak ramai tapi anaknya bersepah-sepah ni.

Atok aku (belah Pak Aji) anaknya 6. Nenek aku (belah Mak Aji) anaknya 13! Tapi tak bersepah-sepah. Semua senonoh. Padahal atok aku sorang je bekerja. Nenek buat kuih jual kat berek bomba. Nenek kata setiap kali raya, atok beli kain 1 kayu. Dari 1 kayu ni nenek jahit baju anak-anak ikut pesen yang anak nak. Maksudnya, nenek and atok bukan orang kaya, tapi dia jaga anak-anaknya dengan baik. Senonoh.

Kalau cinta, buktikanlah dengan kemampuan. Buktikan dengan tanggungjawab. Buktikan dengan tak menjadikan anak sebagai eksperimen. Aku tahu ada yang akan kata, “Tapi orang kaya pun ramai yang tak jaga anak elok”.

Yes. Tapi orang kaya tu ADA PILIHAN. Kalau dia cuai, itu pilihan dia. Kalau orang miskin cuai, itu kehancuran mutlak. Sebab takde buffer. Takde safety net. Anak akan terus rasa kesannya. Tengok je lah yang anak ponteng sekolah, tak cukup makan, duduk rumah yang bersesak-sesak, sekolah tak habis, umur 14 dah kena kerja. Itu semua sebab siapa?

Bila masyarakat disuap dengan naratif "Tak apa, anak bawa rezeki", tahu tak siapa yang kena tanggung kalau anak tu membesar dalam kesusahan? Sekolah. Cikgu. Badan kebajikan. Zakat. NGO. Masyarakat. Sebab mak bapak dia dah lepas tangan awal-awal.

Kau nak jadi mak bapak? Great. Tapi jadilah mak bapak yang sedar bahawa membesarkan manusia perlu lebih dari sekadar ada. Kena ada kewangan yang stabil. Emosi yang matang. Masa yang cukup. Persekitaran yang selamat. Ilmu. Kalau takde semua ni, at least usahakan. Jangan terus tambah anak, lepas tu berharap sistem sokong. Sistem pun boleh tenat kalau gini gayanya.

Bukan semua orang mampu jadi parents yang baik. Tapi semua orang boleh belajar jadi lebih bertanggungjawab. Dan tanggungjawab tu bermula sebelum anak lahir. Bukan lepas anak dah keluar baru nak fikir macam mana nak cari duit beli susu. Set-set beranak tapi anak bersepah-sepah ni treat anak macam accidental consequence, bukan intentional responsibility. Macam benda yang jadi tiba-tiba dan terpaksa adjust kemudian. Padahal kalau diri tu betul-betul sedar apa makna menjadi parents, dia pasti ada planning.

Teringat one of ex-collague aku masa di Prudential dulu. Anaknya dah 5 tahun. Bila ditanya tak nak anak lagi ke? Dia jawab "My salary can't afford second child". Ni kalau geng-geng acah-acah warak dengar, konfem akan cakap ohhh tak percaya qada' dan qadar dan rezeki Allah! Yang benaunya kau yang buat-buat tak faham maksud sebenar dan realiti membesarkan anak bukan setakat percaya pada rezeki, tapi usaha kena ada. Usaha biar salary bertambah, baru beranak lagi. At least ex-colleague aku tu ada kesedaran dan tanggungjawab. Bukan sebab dia tak percaya rezeki, tapi dia tahu setiap anak datang dengan amanah. Dia tak nak anak kedua terabai sebab dia belum mampu bagi yang terbaik untuk anak pertama.

Kadang baru ada dua anak pun dah bergaduh hari-hari sebab penat tak cukup tidur, duit cukup-cukup makan, tak sempat nak rehat, etc. Bila anak buat perangai sikit, terus naik tangan. Sebab diri sendiri dah burnout.

Dulu bila orang tanya aku, 2 je anak? Tak nak tambah ke? Trylah biar dapat perempuan. Aku jawab "Biarlah 2 je. Jimat". Itu pun masih kena kecam konon tak percaya rezeki. Eh gasak kaulah.

Percaya rezeki tak bermakna tunggu Allah bagi. Kita ni manusia, diberi akal. Kita ada planning, kita ada akal fikiran, dan kita diberi amanah untuk buat keputusan terbaik. Allah suruh kita usaha, bukan percaya tanpa tindakan. Even nak berniaga pun, kena plan dulu. Nak beli rumah pun, ukur kemampuan dulu. Nak beli kereta pun, buat kira-kira dulu. Tapi bila bab anak, ahhh percaya je pada rezeki. Boleh pulak gitu? Padahal anak adalah komitmen paling besar dan paling panjang dalam hidup.

Rezeki tu luas. Tapi rezeki juga perlukan pengurusan yang baik. Kalau kau tak mampu urus, rezeki boleh menjadi beban. Maka sebab tu lah kita kena sedar diri. Bukan sebab tak percaya qada’ dan qadar. Tapi sebab kita nak jadi hamba yang bertanggungjawab dengan apa yang diberi pada kita. Kalau tak mampu, itu bukan salah kita. Tapi bertanggungjawablah untuk perbaiki. Bukan terus beranak beranak beranak tanpa proper planning.

Bila ada orang mula buka mulut tegur benda ni, bukan sebab dia rasa hebat, tapi sebab dia tak nak generasi depan ulang kesilapan yang sama. Cukuplah kita tengok generasi sekarang bergelut dengan trauma dan kemiskinan yang diwarisi. Jangan biar anak-anak jadi mangsa cerita lama. Yang selalu guna ayat “Anak bawa rezeki”, tapi tak pernah nak upgrade usaha hidup, maaf cakap, itu bukan redha. Itu malas dan menyalahkan takdir. Ingat, rezeki anak tu datang, betul. Tapi atas usaha mak ayah. Hidup ni bukan berlumba siapa anak paling ramai. Tapi siapa yang betul-betul jaga amanah dengan penuh tanggungjawab.

Miskin bukan salah. Tapi pilihan dalam keadaan miskin tu yang kadang-kadang salah. Kita kena bezakan antara kemiskinan yang tak disengajakan dengan keputusan yang disengajakan dalam keadaan miskin. Ada beza dua ni.

Kalau kau miskin sebab keadaan like latar belakang, peluang yang tak sama - itu bukan salah kau. Tapi bila kau dalam keadaan macam tu masih pilih untuk buat anak ramai, itu namanya ego, degil, dan takde tanggungjawab. Kau tak boleh simply expect anak akan bawa rezeki kalau kau tak siapkan platform untuk dia membesar dengan baik. Apa jadi bila anak lahir tapi rumah tak terurus, dapur kosong, pampers tak mampu beli? Anak terpaksa hidup dalam kesempitan, tekanan, or maybe trauma. Trauma zaman kanak-kanak ni kesannya panjang. Their mental health, self-worth, semua akan terjejas. Pernah tak tengok budak sekolah tak ada duit nak beli buku? Kau rasa apa dia rasa? Dia tak salah. Tapi dia kena tanggung semua tu sebab keputusan mak ayah dia.

Salah satu komen pada post Thread tu "Kesiannya jadi orang miskin tak boleh kahwin”

Ni lah masalahnya bercakap dengan orang benak. Dia tak faham maksud.

Boleh kahwin, sayangggg. Tapi jangan selfish!

Kalau kau miskin dan kau tahu keadaan belum stabil, tangguhkan. Don't use marriage and children as an excuse to pursue status. Kahwin bukan keperluan fizikal, tapi tanggungjawab spiritual, mental dan ekonomi. Zaman sekarang ilmu bersepah. Family planning, budgeting - semua boleh belajar. Tapi ramai pilih untuk tak ambil tahu. Bila anak dah tiga orang tapi gaji tak naik-naik, baru nak merungut. Mentaliti “nanti Tuhan tolong” ni bahaya. Tuhan tolong orang yang tolong diri sendiri, ya.

Nak ada anak? Silakan, tapi jangan jahat. Perbuatan tu jangan memberi kesan jahat, especially kepada anak. Bila lahirkan anak tanpa planning, kita bukan bagi dorang kehidupan, tapi beban. Dan bagi aku, itu satu bentuk kejahatan.


2025-06-12

GreenAard: MAALTYD UNTUK PANJANGKAN RASA KENYANG AND LAMBATKAN RASA LAPAR.

Ada juga ya bertanya Maaltyd takde introductory price macam selalu, ke? Hehehe.

Maaltyd ni bukan produk baru. Kita dah start jual sejak Feb 2024 lagi. Dah setahun dah. Tapi jarang aku cakap pasal Maaltyd sebab Maaltyd ni always ada masalah raw material. Bila ada stok Maaltyd baru aku cakap pasal ni. Kalau tengah takde stok tu aku terpaksa diam kejap. Tak macam produk GreenAard lain yang stoknya sentiasa ada.

Salah satu bahan dalam Maaltyd ni jarang orang gunakan sebab agak mahal. Ada alternative lain, tapi aku memang nak yang jarang orang guna ni sebab cara dia extract the raw material adalah lebih baik yang mempengaruhi kualiti dan rasa. Bila jarang orang guna, kilang tak berani nak bawa masuk raw material ni dengan banyak. Takkan dia nak bawa masuk semata-mata sebab aku je. Jadi, setiap kali nak produce baru kena bawa masuk. 

Nak bawa masuk pun bukan hari ni order esok sampai. Kilang kat belah sana pun ada queue kena follow. Tu yang production Maaltyd always sangkut. Tapi jangan risau, sekali produce memang banyak. Tapi tu lah, sebab orang tunggu lama, bila aku bukak order je masing-masing beli sekaligus untuk stok 3-4 bulan. Cepat jugala menyusut stok ni. But it's ok. At least kami tahu Maaltyd memang ada penggunanya.

Rupanya staff GreenAard tengah aktif blasting offer Maaltyd, now wonder ramai bertanya pasal Maaltyd padahal aku tak naikkan apa-apa post pun. Ok takpe, aku ok je nak cerita banyak kali pun.

MAALTYD UNTUK PANJANGKAN RASA KENYANG AND LAMBATKAN RASA LAPAR.

Contohnya aku sekarang. Time post ni aku tulis, jam pukul 2.47 pm. Pagi tadi aku breakfast Maaltyd and nasi dagang at 7.30 am. Dah 7 jam, masih ok lagi perut aku. Belum rasa lapar walaupun nasi dagang makan half je. Bila aku cakap BELUM RASA LAPAR, tak sama dengan BERASA NAK MENGUNYAH tau. Kebanyakan kita sebenarnya bukannya lapar. Bukannya nak makan sangat tapi sebab kebiasaan pada waktu-waktu tertentu mesti makan, jadi nak ubah kebiasaan ni susah. Asal pukul 1 je, mesti nak lunch. Padahal bukannya lapar, tapi habit.

Dan habit ni lah yang kadang-kadang buat kita makan tanpa keperluan. Bukan sebab badan perlukan tenaga, tapi sebab otak dan emosi minta “rasa kenyang” secara psikologi. Inilah yang kita panggil habitual hunger, bukan real hunger. Dan Maaltyd tolong reset balik sistem otak kita untuk bezakan antara lapar sebenar dengan sekadar habit atau craving.

So apa yang Maaltyd buat sampaikan kita boleh rasa kenyang yang lebih lama?

Bila minum Maaltyd (campur dengan air), kita sebenarnya tengah suap badan kita dengan:

- Fiber (dari psyllium husk, flaxseed)
- Protein & lemak sihat (dari wheat germ & flaxseed)
- Karbohidrat kompleks (also dari wheat germ)
- Blok enzim karbo (white kidney bean)
- Appetite suppressant (hoodia gordonii)

Bila sampai je kat perut, psyllium husk akan kembang berkali ganda dan berubah jadi gel pekat. Gel ni ambil ruang dalam perut, jadi perut rasa penuh. Bila penuh, maka akan melambatkan pergerakan makanan keluar dari perut (gastric emptying). Hasilnya, rasa kenyang lebih lama. Just imagine Maaltyd macam sponge yang besar dalam perut. Dia ambil tempat yang sepatutnya diisi oleh nasi. So, bila kita makan lepas tu, kita akan makan sikit je sebab ruang dah penuh. Semua boleh faham?

Mesti ada yang kata "Kalau macam tu saya beli sajalah psyllium husk kat kedai dan makan macam tu je. Takyah beli Maaltyd"

Ok dik, jom duduk dulu. Bagi akak explain dengan penuh kasih sayang dan logik, ya?

Psyllium husk memang salah satu bahan utama yang powerful dalam Maaltyd, tapi Maaltyd bukan satu bahan semata-mata. Dalam Maaltyd ada satu pasukan all-star. Psyllium husk hanyalah penjaga gol. Tapi ada lagi striker, midfielder, defender semua lengkap dalam tu. Boleh je kalau makan psyllium husk alone, tapi kau cuma dapat satu kelebihan, iaitu kenyang. Tapi kau tak dapat kesan kombinasi dari bahan lain yang bantu kawal selera, stabilkan gula, dan bantu penghadaman.

Psyllium husk ni tricky kalau makan kosong, tau. Kalau kau tak biasa atau salah bancuh psyllium husk, memang boleh tersedak, sebab dia kembang cepat gila. Dan kalau kau tak minum cukup air lepas tu, boleh jadi sembelit. Tak percaya? Google je pengalaman orang dengan psyllium husk kosong.

Maaltyd dah diformulasikan betul-betul. Kita dah pastikan komponen dalam tu akan hasilkan bancuhan yang selamat, tekstur yang lebih smooth dan rasa yang lebih sedap. Campuran dia lengkap dan seimbang. Kau tak perlu main agak-agak sukatan lagi dah. Tak perlu fikir nak campur apa. Tak perlu rasa mual telan serbuk pelik-pelik. Everything is ready to go.

Kita ni bukan saintis, dik. Nak cari semua bahan dan balancekan dos dia, payah. Kalau kita nak ikut logik tu, semua orang boleh je masak kat rumah, tak payah beli kat kedai. Tapi tetap juga kita beli nasi lemak kat luar sebab, malas nak cari bahan, tak reti nak seimbangkan rasa, tak ada masa, nak senang, kan? Samalah macam Maaltyd. GreenAard dah spend masa dan tenaga R&D untuk pastikan semua bahan ni bekerjasama dengan harmoni dalam badan. Kau rasa campur sendiri kat rumah, boleh dapat effect yang sama? Susah, sayangku. Lain dos, lain kesannya.

Selain psyllium husk, Maaltyd juga ada flaxseed yang insoluble fiber. Dan ini bukan bahan yang suka-suka letak tau. Flaxseed ni satu power player. Kalau psyllium husk lebih kepada fiber yang akan larut dalam air dan jadi gel, flaxseed tambah bulk dan bantu pergerakan usus. Flaxseed ni special, sebab ada dua-dua jenis fiber - soluble dan insoluble. Kira macam all-in-one package. Dia perlahankan penyerapan gula ke dalam darah.

So, macam mana flaxseed bantu kawal gula darah?

Ok, bila kita makan makanan tinggi karbohidrat macam nasi putih, roti, kuih, air manis - gula akan naik mendadak dalam darah. Ini yang buat kita rasa cepat letih, lapar balik dalam masa sejam dua, dan mood pun boleh swing cepat. Tapi bila kita ambil Maaltyd, flaxseed di dalamnya akan lambatkan proses penghadaman karbohidrat. Sekaligus kurangkan penyerapan gula secara mendadak. Jadi, bacaan gula darah selepas makan lebih stabil. Hasilnya? Tak rasa sugar crash. Rasa kenyang lebih lama. Takde craving tiba-tiba nak kudap benda-benda manis.

Inilah yang buat Maaltyd lebih baik. Maaltyd bukan sekadar buat perut rasa penuh, tapi dia bekerja dari dua sudut. Psyllium husk buat kita kenyang secara fizikal, sebab ia mengembang. Flaxseed pula jaga gula secara dalaman, slowkan penyerapan, bagi release tenaga secara perlahan. So bila ambil Maaltyd sebagai meal replacement atau sebelum makan berat, kita kenyang cepat dan kenyang tahan lama. Sambil-sambil tu, gula darah lebih stabil.

“Takkan nak bergantung Maaltyd selamanya?”

Of course tak. Tapi Maaltyd ni macam alat bantu untuk ajar kita bezakan antara lapar sebenar dan lapar emosi. Bantu kita kawal portion makan. Bantu biasakan badan dengan rasa kenyang yang cukup, bukan overeat. Dan bantu kita biasakan diri dari gaya makan tak sihat kepada gaya makan terkawal. Dan selama tempoh tu, badan kita akan belajar untuk stabilkan insulin, kurangkan craving dan hilangkan ketagihan makanan manis atau karbo berat. Jadi bila kita dah biasa, kita boleh kawal makan dengan lebih tenang tanpa perlu struggle gila-gila.

Buat masa ni dari 1 hingga 10 Jun kita ada promo Maaltyd. Harga biasa RM88/pek (ada 15 sachet). Kalau beli 4 terus dapat free 1 pek. Promo ni takde kat Shopee mahupun website. Hanya available di whatsapp. Sementara stok Maaltyd masih banyak, silakan.



 


2025-06-11

Lelaki Provider

Kadang aku terfikir, betapa lemahnya kawalan emosi some people bila hidup tak macam yang dia bayangkan. Instead of ubah strategi hidup, they choose to be angry with people around them, especially suami sendiri. Macam dunia ni tak adil kat dia sorang.

Dik, meh akak nak cakap. Dunia realiti kita ni tak macam drama Korea, ya. Yang indah-indah dan sweet 24/7. Tak semua orang kahwin terus dapat duduk banglo, pakai kereta Audi dan holiday ke Maldives every year. Topik “suami provider” ni dah macam tema tetap kat Thread. Dah seminggu rasanya tak habis-habis lagi bertekak topik ni. Sampai aku malas nak update Thread. Pagi, cerita laki tak belikan stroller anak. Tengahari, cerita laki tak bagi duit cukup untuk groceries. Malam, laki tak pernah belanja makan restoran mahal. Aku baca pun...dah kenapa korang ni?

I understand the disappointment, but don't let that disappointment make you lose your judgment. Expectation yang terlalu tinggi tanpa tengok realiti akan buat kita rasa hidup ni penuh kekurangan, walhal hidup kau ok je. Suami tu bukan tak sayang, cuma dia belum mampu nak bagi semua yang kau nak. Dan kau pun, masa pilih dia dulu, kau tahu sangat dia bukan anak datuk, bukan CEO Megah Holdings, bukan anak tokey balak. Ceritanya, bukan orang kaya pun. So why do you feel like it's not enough now?

Aku tak cakap lelaki takde salah. Tak semua suami sempurna. Tapi yang aku tak tahan, bila isteri buat-buat lupa. Dulu kau kahwin sebab cinta, sama-sama suka. Now dah ada anak dua demand laki bergaji macam CEO. Bila tak dapat apa yang dia nak, label suami tak provider. Padahal masa mula-mula kahwin, kau tahu sangat laki kau tu kerja biasa-biasa je. Dari situ dah boleh bugdet lifestyle yang bakal kau face. Tapi sebab kau tengok TikTok, tengok laki orang belanja bini beg Chanel, dan-dan rasa hidup kau takde peningkatan.

Dik, akak kau ni kawen tahun 2001. Tahun 2012 baru beli first Chanel. Tu pun pakai duit sendiri, sorok-sorok dari suami takut kena bebel. Bukan kata laki aku tak boleh belikan, tapi aku tak gamak nak mintak. Sebab banyak dah dia provide benda-benda yang lebih penting. Rumah dia bayar, anak dia bayar, bil dia bayar, baju aku pun kadang dia bayar. Kalau henbeg berbelas ribu nak expect dia belikan juga, entahlah. Aku rasa melampau kalau aku buat gitu. 

Bukan kata tak payah minta suami hadiah. Kalau kau rasa laki kau mampu, trylah mintak. Tapi kita semua kenal laki masing-masing, kan. Kalau nampak laki tak mampu, boleh tak kita sedar diri jangan nak berangan macam laki tu cop duit?

Aku bukan nak menangkan kaum suami. Kalau suami tu basic nafkah pun tak lepas, memang aku hamunkan. Tapi bila cerita pasal “suami provider”, ramai perempuan terlalu fokus kat duit. 

Tak salah to feel financially secure and content. Itu memang tanggungjawab suami. Tapi ada beza antara suami tak nak bagi, dengan suami yang belum mampu. Bezakan antara kedekut, dengan kemampuan. Jangan semua benda kau nak nak sapu bawah satu istilah “laki aku tak provider”. Kau nak laki provider tu provide apa sebenarnya? Ce sebut satu-satu. Duit? Rumah? Kereta? Nafkah bulanan? Nafkah zahir batin? Hadiah? Lifestyle? Education anak-anak? Holiday overseas? Spa bulanan?

Dengar sini. Suami PROVIDER bukan bermaksud suami yang boleh sediakan semua ikut sedap anak tekak kau. Not everything he can change with the snap of his fingers. Not everything he can fulfill your wishes in the blink of an eye. Dia nak sediakan yang basic pun dah cukup penat. Bini pulak demand macam laki tu simpan bank negara bawah katil.

Nak laki yang mampu provide macam-macam? Boleh. Tapi kena faham, kebanyakan lelaki yang mampu sediakan semua tu adalah lelaki yang sangat sibuk. Bekerja tak tentu masa. Siang kerja, malam kerja. Ada yang sampai takde masa dengan anak bini. So bila kau nak semua dalam satu - kaya, ada masa, romantik, handsome, berakhlak, caring - itu kau bukan cari suami, dik. Kau cari Elon Musk agaknya.

Achievement kita tak sama pace. Ada cepat, ada lambat. Yang penting, ada peningkatan. Peningkatan yang macamana?

Dulu sebelum kawen duduk dengan mak bapak. Bila kawen duduk rumah sendiri.
Dulu ke mana-mana dengan kereta kecil. Now anak dah 5, tukar kereta besar sikit.
Dulu duit gaji makan sendiri. Now duit gaji buat belanja makan 5 beranak.
Dulu bercuti berdua. Now bercuti sekali-harung dengan anak-anak.

Maknanya ada peningkatan. Cuma maybe belum mewah macam orang lain, tapi masih ada peningkatan. Jangan kecilkan achievement sendiri semata-mata hidup tak “Instagrammable”. Kadang kita terlalu fokus dengan apa yang orang tunjuk, sampai lupa apa yang kita dah achieve.

Orang tunjuk designer handbag, kau lupa yang kau ada anak yang sihat, suami yang tak tinggal solat, dan rumah sendiri walaupun sempit. Orang tunjuk makan wagyu kat hotel, kau lupa yang kau hari-hari masih dapat masak, jaga makan anak-anak, suami balik kerja ada lauk nak dimakan sama-sama. Orang tayang kemewahan, biar. Kita bina kestabilan. Itu lebih mahal.

Kalau nak ukur pencapaian, ukur dengan cara yang realistik. Dulu tak tahu masak, sekarang pandai masak. Dulu hidup gaji to gaji, sekarang ada savings walaupun sikit. Dulu menyewa, sekarang bayar rumah sendiri walaupun rumah flat. Itu semua peningkatan. Kau jangan tengok suami orang layan bininya macam princess, tapi kau tak nampak mungkin suami tu pun penat kerja siang malam, atau… mungkin tu video hari anniversary je, hari lain pinggan mangkuk semua terbang. Media sosial ni, dik, highlight reel. Bukan real life.

Sebenarnya, ramai perempuan salah faham maksud “laki provider”. Bila sebut “provider”, yang terlintas adalah DUIT. Padahal, being a provider is not just about money. Lelaki PROVIDER adalah lelaki yang bekerja bukan untuk diri dia saja, tapi untuk keluarga. Walaupun gajinya tak besar, dia pastikan rumah ada makanan, bil dibayar, anak-anak cukup makan pakai. 

Mak bapak aku TAK PERNAH bawa kitorang bercuti dari aku lahir sampai aku habis sekolah. Tak pernah. Yang ada adalah ikut Pak Aji pergi outstation. Tido di hotel yang kerajaan bayar untuk Pak Aji bertugas. Bersempit-sempit satu bilik. Time Pak Aji makan dengan kawan-kawan ofis di hotel, kitorang gi cari gerai nasi bungkus kat luar. 

Baju baru kitorang hanya berganti semasa raya - satu baju kurung, satu baju moden. Kalau tahun tu takde raya, gamaknya takde baju barulah kitorang. Setahun 2 kali je berganti baju. Itupun beli yang kat longgok-longgok, bukan hat gantung-gantung tu. Selebihnya pakai baju free yang dapat dari sponsor macam Nestle, Milo, Seong Chong Mini Market, etc. So adakah bapak aku bukan suami provider?

Suami provider adalah lelaki yang tak lari dari tanggungjawab. Kalau anak demam, dia tak lesap. Kalau isteri penat, dia bantu mana yang mampu. Walaupun dia tak tahu masak, dia order makanan. Walaupun dia tak pandai pujuk, dia cuba peluk. Lelaki provider cukupkan apa yang basic - makan, pakai, tempat tinggal. 

Kau faham tak maksud CUKUP? Macam kitorang dulu, ada rumah. Tapi takde aircond, takde heater, takde TV besar, takde maid, takde video player, takde mini compo. Takde. Rumah hanya basic tempat tinggal. Ini namanya cukup. Kerana yang lain-lain tu cuma kehendak dan untuk menambah keselesaan saja. Sebab tu aku malas nak cerita berapa aku spend bila bercuti dan apa aku beli. To some people, itu adalah guideline untuk dorang plan percutian. But to many, benda tu akan jadi penambah stress bila dia tak dapat the same lifestyle. Ujung-ujung jadi bitter.

Aku kalau nak compare En Wan dengan lelaki lain, boleh sangat. Kita semua hidup zaman Instagram. Ramai lelaki-lelaki "provider" kat media sosial yang lebih helok dari laki aku. Handsome, kaya, loving, layan bini macam Miss World. Tapi bila pikir-pikir balik, perlu ke? Aku memang perlu ke laki sehebat tu? Ke sabit nak berlawan dengan orang lain je?

Kebanyakan suami tak pernah culas bagi makan pakai. Tak pernah tinggalkan kita masa bersalin. Tak pernah angkat tangan. Cuma dia bukan kayangan. Tu je salah dia.

Habis yang kau pulak? Apa sumbangan dalam rumah tangga? Duduk rumah jaga anak tu bagus, tapi jangan sampai rasa entitled nak lifestyle orang ada-ada tapi kau tak contribute kepada pertambahan pendapatan. Kalau betul-betul rasa tak cukup duit sangat, dan kau nak lifestyle yang kau impikan, go cari side income. Buat dropship ke, jadi affiliate ke, buat apa-apa kerja from home. Jangan tengok pada lelaki yang sedia semua untuk isteri. Tengok juga pada isteri yang sama-sama hustle dengan suaminya demi nak hidup mewah. Yang ni tak nak ikut ke?

Yang penting, suami kita tak buat hutang semata-mata nak impress. Ramai lelaki acah-acah provider, nampak macam kaya gila semua benda dia provide, hujung-hujung rupanya hampeh. Biasalah dunia tipu-tipu, khennn.

Syukurlah kalau suami kita tak beli barang-barang mahal supaya anak bini cukup makan. Dia tak mampu candlelight dinner tapi rajin beli breakfast nasi lemak untuk kau (ya ampunn, tetiba nak makan nasi lemak paru Pak Ayob). Tak mampu surprise trip ke Maldives, tapi duit belanja sekolah anak, duit PIBG, duit van sekolah tak pernah skip. Itu semua “love language” juga, cuma bukan trend TikToklah.

Benda ni jadi toxic bukan sebab debat pasal “provider” tu sendiri. Tapi sebab perempuan-perempuan ni tak reti bezakan antara persepsi mewah dan keperluan asas. 

Ya, nafkah tu wajib. Ya, suami kena sediakan makan, pakai, tempat tinggal. Tapi takde dalam mana-mana kitab kata rumah tu kena landed 2 tingkat, ada pool. Takde sapa pun cakap makan kena fine dining. Kalau laki kau beli ikan kembung dengan sayur sawi pun, itu nafkah. Tak payah banding dengan laki orang yang beli salmon Norwegian. 

Dan jangan lupa, ada suami yang diam je sebab tak nak panjangkan cerita. Tapi dia simpan dalam hati. Lama-lama meletup. Yang kau tahu nak meroyan pasal tak cukup “provider”, tapi kau tak tahu dia struggle nak cukupkan yuran sekolah anak semata-mata tak nak bagi kau hustle mencari duit. Kau asyik mengadu laki tak belanja Montigo, tapi tak tahu dia tengah saving nak bagi kau dan anak-anak rasa hidup yang lebih baik.

Yang aku berasap tu, dah tahu suami tak mampu, masih berangan nak gaya hidup kayangan. Lepas tu bukak Thread, buat posting macam kena dera. Yang aku pelik, isteri yang lebih malang, yang suaminya memang tak bertanggungjawab langsung, yang betul-betul tak bagi nafkah, tak peduli anak bini, kaki perempuan, kaki judi. Orang macam ni tak viral pun. Yang memekak kat Thread ni mostly isteri yang suaminya ok-ok je, cuma tak cukup kaya. 

Kadang aku rasa, ramai perempuan tak sedar yang dorang ni bukan nak suami provider, tapi nak shortcut. Nak shortcut hidup senang. Sedangkan dia sendiri tak ada plan hidup. Dan yang paling lawak, ada yang tulis “Lelaki sekarang tak macam zaman ayah kita. Dulu ayah boleh sara satu keluarga, mak tak kerja pun ok”.

Ya sis, sebab dulu harga rumah RM35K, sekarang RM450k. Dulu gaji RM1000 cukup beli rumah. Sekarang gaji RM3000 cukup-cukup makan. Dulu jiran sebelah tak ada BMW, so takde tekanan. Sekarang, jiran beli EV, kau pun nak. Jangan la dibandingkan zaman dulu dengan sekarang bila inflasi pun kau tak faham. 

Dan satu lagi, jangan sembang “kita perempuan patut dimanjakan”. I agree, women deserve to be treated well. Tapi bukan dimanjakan sampai jadi beban. Kau nak jadi queen dalam rumah tangga, kau kena belajar jadi bijak. Jadi queen yang tahu how to help her king, not the one who sits on the throne waiting to be raised! Dan jangan lupa, suami pun manusia. Bila asyik ditekan, dihina, dibanding, dia pun akan rasa penat dan menyampah dengan kau.

Look. Kita semua ada pilihan dalam hidup. Kalau betul-betul rasa suami tak boleh bagi apa yang kau nak, boleh pilih keluar dari marriage tu. Jangan dok perli-perli hari-hari kat media sosial. Bila kau sendiri tak nak move on dan masih stay dalam marriage tu, kau sebenarnya bukan mangsa. Kau cuma SELFISH. 


2025-06-10

REVIEW EKHLASSS DRAMA LEGEND OF ZANGHAI. CANTIK KAT LUAR TAPI TAK CUKUP CANTIK KAT DALAM.

Gitu tajuknya. Tajuk pun dah mengundang. Ni kalau fans Xiao Zhan baca tajuk ni konfem berbakul aku kena maki.

NANTI! Baca dulu review aku.

Aku baru habis episod ke-20 c-drama Legend of Zanghai. Seriously, aku rasa macam kena scam. Bukan dari segi visual. Visual memang tip top. Sinematografi cantik gila. Costume semua on point. Dari sudut estetik, layak masuk pencalonan untuk anugerah. Dari segi casting kita semua tahu Xiao Zhan dan Zhang Jingyi bukanlah pelakon kayu. Dorang boleh berlakon. Jadi, secara logiknya orang expect drama ni jadi legend, tapiiiii HAMPEH. Ini bukan review bias, ya. Aku tahulah aku minat Johnny Huang, tapi aku layan banyak drama pelakon lain. Kalau best, aku cakap best. Tapi Legend of Zanghai punya jalan cerita… hmmmmm. Rasa macam tak kick.

Aku terbaca satu review pasal drama ni, dan aku setuju dengan dia. EXACTLY APA AKU RASA. 100%!

Bagi aku, Legend of Zanghai ni ada potensi besar. Dia punya genre is genre revenge dengan political intrigue. Genre macam ni always dapat attention audience. Patutnya genre macam ni penuh dengan mind games and cunning strategy and kejutan yang buat kita ternganga. Tapi dalam drama ni cuma plot armor and kebetulan demi kebetulan. Like, macamana hero boleh survive semua benda tu? Sebab dia watak utama ke? Plot macam main skip-skip je, macam tak masuk akal pun ye gak.

Hero drama ni macam hidup atas luck. Everytime tersepit, mesti ada keajaiban datang tolong. Like, hello? Kita nak tengok hero buat plan yang genius, ya. Ni tak. Just because dia main character, keajaiban muncul. Tu yang aku kadang menyampah tengok hero-hero muka cantik berlakon. Skrip dorang selalunya benyek. Tak strong. Sebab scriptwriter nak maintain kecomelan kot. Tak faham kenapa dorang punya skill martial art tak dipolish betul-betul. Takde skill untuk action scene yang bergasak bagai nak rak. Director and scriptwriter macam buat semuanya senang-senang je untuk dorang.

Aku naik fed up nak menghabiskan cerita ni. Tertunggu-tunggulah kita kot ada satu plot twist besar, atau satu game changer yang buat aku ternganga macam, “Walahweiiiii!!”, tapi nan hadooooo. Penat tunggu. And benda paling buat aku frust adalah, aku tak dapat connect dengan watak utama. Aku tak nampak kenapa aku patut percaya main lead, atau root for him. Motivasi dia pun kadang-kadang tak konsisten. Sekejap cakap nak balas dendam, sekejap lembik, sekejap macam tak kisah pun. Eh barua. Kau tu hero, ok. Boleh tak firm sikit?

Cerita ni patutnya kisah misteri yang menarik, tapi penyudahnya confusing yang menyakitkan kepala aku. Kalau aku jadi jeneral dalam cerita tu pun aku pun tak konfiden dengan hero dari episod pertama lagi!

Supporting actors ramai dan bagus-bagus. Ada few scenes yang betul-betul kuat dari segi lakonan. Emosi sampai, chemistry pun ada. Tapi tu lah. Dorang semua tenggelam sebab storyline macam tak reti nak guna potensi yang ada. Watak-watak ni ujung-ujung jadi tools untuk gerakkan cerita je, bukan karakter yang hidup dengan cerita dorang sendiri. Aku tak paham apa motif kau buat cerita macam ni.

Look. Xiao Zhan tu bukannya tak pandai berlakon. Bongoknya bila tak guna kelebihan tu untuk buat jalan cerita yang bagus. Kalau everytime hero berdepan dengan masalah akan ada keajaiban berlaku untuk selamatkan dia, baik kau ambik Yang Yang je berlakon. Baru puas hati. Dia kayu semulajadi.

Gigih tak gigihnya aku punyalah tak nak bias, bertahan aku tengok sampai episod 20. Habis 20 episod, rasa macam aku masih duduk kat pintu masuk cerita ni. Macam belum mula betul-betul. Now aku hold. Aku tak drop lagi drama ni, tapi aku pause dulu. Nak kena kumpul kesabaran balik sebelum sambung.

Aku bandingkan dengan drama-drama Johnny (Huang Jingyu). Sumpah, memang jauh dari segi skrip. Bila aku tengok Legend of Zanghai, aku jadi mula appreciate drama yang were actually well-written. Contohnya, drama My Dear Guardian. Memanglah ini genre romantic drama, tapi ada strong military background. Bila tengok, kita boleh rasa stakes dia. Misi-misi yang dorang jalankan semua ada tujuan, and every success feels 'earned'. Bukan sebab dorang bernasib baik, tapi sebab kerja keras, strategi, dan teamwork. Barulah padan dengan watak jadi Kapten Special Force.

Demi My Dear Guardian, Johnny masuk kem army sebenar untuk buat latihan dengan special force. He doesn't have to do it, but he wants to. That's why watak Liang Mu Ze dia carry dengan steady style. Skrip pun logik. Everytime berjaya selesaikan misi, kau tahu dia guna otak, bukan semata-mata sebab dia hero. Kau nampak latihan dia, risiko yang dia ambil, and macam mana dia protect orang sekeliling dia. Watak dia tak sempurna, tapi REALISTIK. Itu yang buat cerita tu sampai sekarang masih kutip rating di iQIYI walaupun dah 5 tahun.

Aku comparekan pulak Legend of Zanghai dengan The First Shot. Ini pun lakonan Johnny. Cerita ni menang Outstanding Drama of the Year 2024. Cerita ni pasal polis lawan sindiket dadah. Memang gritty dan tegang. Dalam drama tu, bila dia survive atau berjaya selesaikan kes, semuanya logik. Ada plan, ada sacrifice. Dan setiap twist dalam jalan cerita memang masuk akal. Tak nampak macam main selamat je untuk jaga watak utama.

Even dalam Last Song in Winter yang pacing-nya lebih perlahan, cerita tu still ada substance. Setiap elemen cerita baik emosi, trauma, sejarah watak - semuanya ada sebab. Jalan cerita tu tenang, tapi ada isi. Dan itu yang buat drama tu Top 5 modern drama 2024.

Bezanya, dalam drama-drama Johnny, bila watak dia berjaya keluar dari masalah, kita rasa macam “yes, dia memang layak menang”. Tapi dalam Legend of Zanghai, bila hero selamat dari bahaya, aku rasa macam, “Hmm… scriptwriter sayang sangat dia ni".

I admit Legend of Zanghai is beautiful. Costume cantik. Lighting cinematic. Visual setaraf movie. Tapi masalah dia, dramani cantik kat luar je. Isi kosong. Aku rasa cerita ni kekuatan dia adalah menjual nama Xiao Zhan. Fan based Xiao Zhan jenis yang sokong bagai nak rak regardless cerita flop pun. Jadi, kat situlah eksploitasi scriptwriter. Sebab kalau dia bagi skrip ni kat pelakon lain konfem tak laku punya. Aku pulak jenis tengok drama suka deep watch dan mengkaji jalan cerita. I want a story that touches the heart, watak yang ada nyawa, dan konflik yang masuk akal.

So, overall? Legend of Zanghai ada semua elemen nak jadi drama hebat. Pelakon bagus, produksi gah, tema revenge yang (sepatutnya) ada potensi. Tapi skrip tak cukup kuat. Penulisan lemah. Plot tak konsisten. Dan sorry to say, watak utama tak cukup meyakinkan. Sayang gila, sebab pelakon-pelakon semua bukannya kayu. Tapi kalau skrip tak membantu, habis gitu je lah. Kalau kau nak tengok period drama, better tengok The Prisoner of Beauty (Liu Yuning). Lagi better.

Untuk aku, Legend of Zanghai sekarang dalam kategori ON HOLD. Nanti-nanti je lah aku sambung. Tapi sekarang, aku lebih rela ulang balik drama Johnny yang aku dah tengok 13 kali pun tak bosan, daripada paksa diri habiskan something yang tak bagi satisfaction. Semalam aku baru habis repeat drama pertama Johnny, Addicted untuk kali ke 43875497549.


2025-06-09

Bapak kau dulu pun pernah cool

Semalam aku up video tentang netizen-netizen kat China punya trend now buat video tentang parents masing-masing semasa zaman muda. Kebanyakkannya buat video ayah masing-masing. Kat Weibo ada la nampak 2-3 video. Mak aiii, baru aku sedar Gen-X memang bergaya, ya. Dengan rambut GQ style. Dengan windbreaker ala-ala KRU. Dengan gaya seluar jeans gedobos (baggy or straight-cut). Combat boots (Dr. Mart) or Converse. Ala-ala gaya Kurt Cobain semua. 

Yang pastinya, trend tu now macam digayakan kembali oleh Gen Z, termasuk anak aku Redza. Ke mana-mana dengan neutral tones and simple cuts. Dia tak tahu itu gaya bapak dia dulu. Jangan berani-berani kata bapak kau tak stylish dulu, ya! 

Berbaloilah bapak dia simpan banyak jacket and sweater zaman belajar dulu. Ada yang Redza pakai di sana. Sebak pulak bila tengok anak pakai baju bapak zaman belajar. Kalau setakat Nike Air Jordans, Adidas sneakers ni memang zaman-zaman Gen-X. Aku je yang tak berduit. Yang berduit tu memang itulah style-nya. Si Rayyan now gila membeli cargo pants. Dia tak tahu zaman 90-an dulu itulah pants paling trendy sekali.

Anak-anak Gen-Z dan Gen-Alpha kalau nampak pakcik-pakcik 40-an yang sulah kepala tu, jangan ingat dorang tak hensem masa muda, ya. Sekarang je sulah. Dulu rambut GQ jangan main-main. Belum tentu umur korang 20 sekarang setanding dengan pakcik tu zaman dia umur 20. 

Hari tu masa sembang-sembang dengan Redza, aku tanya pasal basikal dia. En Wan cakap "Papa umur 20 dah pakai sport car, Ija. Kau masih dengan beskal". Gelak je Redza. Itulah yang aku maksudkan tadi. Kadang-kadang, contohnya budak-budak muda kat Thread kalau sembang macam babi terbang. Macamkan kita-kita yang umur 40-an ni tak pernah muda. Macamkan kita ni zaman muda dulu takde achievement. Pakkal zaman pakcik tu internet takde. Kalau tak, murung kau tengok umur 20 kemain hot lagi pakcik-pakcik ni.

Tapi tulah, kita (Gen-X) dulu hidup zaman analog. Nak naikkan nama atau achieve something bukan dengan likes atau followers. We have to really do the work, show results. Kalau ada orang nampak, alhamdulillah. Kalau takde, kita teruskan je usaha. Takde validation dari strangers pun takpe. Yang penting kita tau kita buat apa. Kita dulu macam ni, kan? Macam takde rasa nak buktikan pada sesiapa, hanya untuk diri sendiri saja. Tenang je hidup.

Sekarang ni everything can go viral overnight. Tapi kadang viral tu pun sebab benda bongok. Ada orang jadi popular sebab pandai bergaya (gaya yang bapak dorang dulu dah buat. Hahaha). Bezanya dulu takde TikTok nak rekod semua. Sekarang ni anak-anak boleh buat video OOTD guna jaket bapak, seluar bapak, kasut bapak. Pastu claim Y2K vibe. Padahal tu semua tinggalan Gen-X yang dulu dikatanya old school. Tapi takpelah. At least dorang appreciate juga akhirnya, walaupun indirectly.

Aku rasa touching bila tengok Redza pilih baju and matching-kan dengan pants sendiri. Macam ada satu invisible legacy yang dia sambung. Tanpa sedar, he brought his father's style to the present day. Macam satu reminder, “Bapak kau dulu pun pernah cool”. And I believe, trend ni akan berulang. Sebab style tu bukan semata-mata about baju. It’s the attitude. Gen-X ni ada satu vibe “aku buat sebab aku suka, bukan sebab nak impress siapa-siapa”. And that confidence tak perlu approval. Itulah yang buat gaya Gen-X dulu kekal evergreen, baik cara berpakaian, rambut atau lagu.

Cuba tengok gambar-gambar ni. Ni list spotify aku. Biasalah, seorang Diana. Playlist aku forever ada lagu cina. 

Dulu doranglah paling ikon and hensem-hensem semuanya. Now kau tengok Leon Lai cukuplah. Dah macam apek-apek je aku tengok. Tapi dulu dialah kegilaan remaja. Tapi itu sekarang. Dulu, masa umur 20-an, tak sekufu dengan kita diorang semua ni. Kita umur 25 tak setanding dorang umur 25. Tak sampai tahap tu. Maybe sebab itu kat negara dorang, makin tua makin dihormati dan makin mahal harganya. Kat negara kita sebaliknya, kan?

So anak-anak muda sekarang, jangan pandang sebelah mata kat pakcik-pakcik yang dah ada wrinkles and uban. Dulu doranglah ikon stail, ikon kerja keras, ikon hustle. Kalau rasa pakcik-pakcik ni old school, cubalah check album gambar dia dulu. Mau terperanjat kau tengok history dorang.