2025-06-11

Lelaki Provider

Kadang aku terfikir, betapa lemahnya kawalan emosi some people bila hidup tak macam yang dia bayangkan. Instead of ubah strategi hidup, they choose to be angry with people around them, especially suami sendiri. Macam dunia ni tak adil kat dia sorang.

Dik, meh akak nak cakap. Dunia realiti kita ni tak macam drama Korea, ya. Yang indah-indah dan sweet 24/7. Tak semua orang kahwin terus dapat duduk banglo, pakai kereta Audi dan holiday ke Maldives every year. Topik “suami provider” ni dah macam tema tetap kat Thread. Dah seminggu rasanya tak habis-habis lagi bertekak topik ni. Sampai aku malas nak update Thread. Pagi, cerita laki tak belikan stroller anak. Tengahari, cerita laki tak bagi duit cukup untuk groceries. Malam, laki tak pernah belanja makan restoran mahal. Aku baca pun...dah kenapa korang ni?

I understand the disappointment, but don't let that disappointment make you lose your judgment. Expectation yang terlalu tinggi tanpa tengok realiti akan buat kita rasa hidup ni penuh kekurangan, walhal hidup kau ok je. Suami tu bukan tak sayang, cuma dia belum mampu nak bagi semua yang kau nak. Dan kau pun, masa pilih dia dulu, kau tahu sangat dia bukan anak datuk, bukan CEO Megah Holdings, bukan anak tokey balak. Ceritanya, bukan orang kaya pun. So why do you feel like it's not enough now?

Aku tak cakap lelaki takde salah. Tak semua suami sempurna. Tapi yang aku tak tahan, bila isteri buat-buat lupa. Dulu kau kahwin sebab cinta, sama-sama suka. Now dah ada anak dua demand laki bergaji macam CEO. Bila tak dapat apa yang dia nak, label suami tak provider. Padahal masa mula-mula kahwin, kau tahu sangat laki kau tu kerja biasa-biasa je. Dari situ dah boleh bugdet lifestyle yang bakal kau face. Tapi sebab kau tengok TikTok, tengok laki orang belanja bini beg Chanel, dan-dan rasa hidup kau takde peningkatan.

Dik, akak kau ni kawen tahun 2001. Tahun 2012 baru beli first Chanel. Tu pun pakai duit sendiri, sorok-sorok dari suami takut kena bebel. Bukan kata laki aku tak boleh belikan, tapi aku tak gamak nak mintak. Sebab banyak dah dia provide benda-benda yang lebih penting. Rumah dia bayar, anak dia bayar, bil dia bayar, baju aku pun kadang dia bayar. Kalau henbeg berbelas ribu nak expect dia belikan juga, entahlah. Aku rasa melampau kalau aku buat gitu. 

Bukan kata tak payah minta suami hadiah. Kalau kau rasa laki kau mampu, trylah mintak. Tapi kita semua kenal laki masing-masing, kan. Kalau nampak laki tak mampu, boleh tak kita sedar diri jangan nak berangan macam laki tu cop duit?

Aku bukan nak menangkan kaum suami. Kalau suami tu basic nafkah pun tak lepas, memang aku hamunkan. Tapi bila cerita pasal “suami provider”, ramai perempuan terlalu fokus kat duit. 

Tak salah to feel financially secure and content. Itu memang tanggungjawab suami. Tapi ada beza antara suami tak nak bagi, dengan suami yang belum mampu. Bezakan antara kedekut, dengan kemampuan. Jangan semua benda kau nak nak sapu bawah satu istilah “laki aku tak provider”. Kau nak laki provider tu provide apa sebenarnya? Ce sebut satu-satu. Duit? Rumah? Kereta? Nafkah bulanan? Nafkah zahir batin? Hadiah? Lifestyle? Education anak-anak? Holiday overseas? Spa bulanan?

Dengar sini. Suami PROVIDER bukan bermaksud suami yang boleh sediakan semua ikut sedap anak tekak kau. Not everything he can change with the snap of his fingers. Not everything he can fulfill your wishes in the blink of an eye. Dia nak sediakan yang basic pun dah cukup penat. Bini pulak demand macam laki tu simpan bank negara bawah katil.

Nak laki yang mampu provide macam-macam? Boleh. Tapi kena faham, kebanyakan lelaki yang mampu sediakan semua tu adalah lelaki yang sangat sibuk. Bekerja tak tentu masa. Siang kerja, malam kerja. Ada yang sampai takde masa dengan anak bini. So bila kau nak semua dalam satu - kaya, ada masa, romantik, handsome, berakhlak, caring - itu kau bukan cari suami, dik. Kau cari Elon Musk agaknya.

Achievement kita tak sama pace. Ada cepat, ada lambat. Yang penting, ada peningkatan. Peningkatan yang macamana?

Dulu sebelum kawen duduk dengan mak bapak. Bila kawen duduk rumah sendiri.
Dulu ke mana-mana dengan kereta kecil. Now anak dah 5, tukar kereta besar sikit.
Dulu duit gaji makan sendiri. Now duit gaji buat belanja makan 5 beranak.
Dulu bercuti berdua. Now bercuti sekali-harung dengan anak-anak.

Maknanya ada peningkatan. Cuma maybe belum mewah macam orang lain, tapi masih ada peningkatan. Jangan kecilkan achievement sendiri semata-mata hidup tak “Instagrammable”. Kadang kita terlalu fokus dengan apa yang orang tunjuk, sampai lupa apa yang kita dah achieve.

Orang tunjuk designer handbag, kau lupa yang kau ada anak yang sihat, suami yang tak tinggal solat, dan rumah sendiri walaupun sempit. Orang tunjuk makan wagyu kat hotel, kau lupa yang kau hari-hari masih dapat masak, jaga makan anak-anak, suami balik kerja ada lauk nak dimakan sama-sama. Orang tayang kemewahan, biar. Kita bina kestabilan. Itu lebih mahal.

Kalau nak ukur pencapaian, ukur dengan cara yang realistik. Dulu tak tahu masak, sekarang pandai masak. Dulu hidup gaji to gaji, sekarang ada savings walaupun sikit. Dulu menyewa, sekarang bayar rumah sendiri walaupun rumah flat. Itu semua peningkatan. Kau jangan tengok suami orang layan bininya macam princess, tapi kau tak nampak mungkin suami tu pun penat kerja siang malam, atau… mungkin tu video hari anniversary je, hari lain pinggan mangkuk semua terbang. Media sosial ni, dik, highlight reel. Bukan real life.

Sebenarnya, ramai perempuan salah faham maksud “laki provider”. Bila sebut “provider”, yang terlintas adalah DUIT. Padahal, being a provider is not just about money. Lelaki PROVIDER adalah lelaki yang bekerja bukan untuk diri dia saja, tapi untuk keluarga. Walaupun gajinya tak besar, dia pastikan rumah ada makanan, bil dibayar, anak-anak cukup makan pakai. 

Mak bapak aku TAK PERNAH bawa kitorang bercuti dari aku lahir sampai aku habis sekolah. Tak pernah. Yang ada adalah ikut Pak Aji pergi outstation. Tido di hotel yang kerajaan bayar untuk Pak Aji bertugas. Bersempit-sempit satu bilik. Time Pak Aji makan dengan kawan-kawan ofis di hotel, kitorang gi cari gerai nasi bungkus kat luar. 

Baju baru kitorang hanya berganti semasa raya - satu baju kurung, satu baju moden. Kalau tahun tu takde raya, gamaknya takde baju barulah kitorang. Setahun 2 kali je berganti baju. Itupun beli yang kat longgok-longgok, bukan hat gantung-gantung tu. Selebihnya pakai baju free yang dapat dari sponsor macam Nestle, Milo, Seong Chong Mini Market, etc. So adakah bapak aku bukan suami provider?

Suami provider adalah lelaki yang tak lari dari tanggungjawab. Kalau anak demam, dia tak lesap. Kalau isteri penat, dia bantu mana yang mampu. Walaupun dia tak tahu masak, dia order makanan. Walaupun dia tak pandai pujuk, dia cuba peluk. Lelaki provider cukupkan apa yang basic - makan, pakai, tempat tinggal. 

Kau faham tak maksud CUKUP? Macam kitorang dulu, ada rumah. Tapi takde aircond, takde heater, takde TV besar, takde maid, takde video player, takde mini compo. Takde. Rumah hanya basic tempat tinggal. Ini namanya cukup. Kerana yang lain-lain tu cuma kehendak dan untuk menambah keselesaan saja. Sebab tu aku malas nak cerita berapa aku spend bila bercuti dan apa aku beli. To some people, itu adalah guideline untuk dorang plan percutian. But to many, benda tu akan jadi penambah stress bila dia tak dapat the same lifestyle. Ujung-ujung jadi bitter.

Aku kalau nak compare En Wan dengan lelaki lain, boleh sangat. Kita semua hidup zaman Instagram. Ramai lelaki-lelaki "provider" kat media sosial yang lebih helok dari laki aku. Handsome, kaya, loving, layan bini macam Miss World. Tapi bila pikir-pikir balik, perlu ke? Aku memang perlu ke laki sehebat tu? Ke sabit nak berlawan dengan orang lain je?

Kebanyakan suami tak pernah culas bagi makan pakai. Tak pernah tinggalkan kita masa bersalin. Tak pernah angkat tangan. Cuma dia bukan kayangan. Tu je salah dia.

Habis yang kau pulak? Apa sumbangan dalam rumah tangga? Duduk rumah jaga anak tu bagus, tapi jangan sampai rasa entitled nak lifestyle orang ada-ada tapi kau tak contribute kepada pertambahan pendapatan. Kalau betul-betul rasa tak cukup duit sangat, dan kau nak lifestyle yang kau impikan, go cari side income. Buat dropship ke, jadi affiliate ke, buat apa-apa kerja from home. Jangan tengok pada lelaki yang sedia semua untuk isteri. Tengok juga pada isteri yang sama-sama hustle dengan suaminya demi nak hidup mewah. Yang ni tak nak ikut ke?

Yang penting, suami kita tak buat hutang semata-mata nak impress. Ramai lelaki acah-acah provider, nampak macam kaya gila semua benda dia provide, hujung-hujung rupanya hampeh. Biasalah dunia tipu-tipu, khennn.

Syukurlah kalau suami kita tak beli barang-barang mahal supaya anak bini cukup makan. Dia tak mampu candlelight dinner tapi rajin beli breakfast nasi lemak untuk kau (ya ampunn, tetiba nak makan nasi lemak paru Pak Ayob). Tak mampu surprise trip ke Maldives, tapi duit belanja sekolah anak, duit PIBG, duit van sekolah tak pernah skip. Itu semua “love language” juga, cuma bukan trend TikToklah.

Benda ni jadi toxic bukan sebab debat pasal “provider” tu sendiri. Tapi sebab perempuan-perempuan ni tak reti bezakan antara persepsi mewah dan keperluan asas. 

Ya, nafkah tu wajib. Ya, suami kena sediakan makan, pakai, tempat tinggal. Tapi takde dalam mana-mana kitab kata rumah tu kena landed 2 tingkat, ada pool. Takde sapa pun cakap makan kena fine dining. Kalau laki kau beli ikan kembung dengan sayur sawi pun, itu nafkah. Tak payah banding dengan laki orang yang beli salmon Norwegian. 

Dan jangan lupa, ada suami yang diam je sebab tak nak panjangkan cerita. Tapi dia simpan dalam hati. Lama-lama meletup. Yang kau tahu nak meroyan pasal tak cukup “provider”, tapi kau tak tahu dia struggle nak cukupkan yuran sekolah anak semata-mata tak nak bagi kau hustle mencari duit. Kau asyik mengadu laki tak belanja Montigo, tapi tak tahu dia tengah saving nak bagi kau dan anak-anak rasa hidup yang lebih baik.

Yang aku berasap tu, dah tahu suami tak mampu, masih berangan nak gaya hidup kayangan. Lepas tu bukak Thread, buat posting macam kena dera. Yang aku pelik, isteri yang lebih malang, yang suaminya memang tak bertanggungjawab langsung, yang betul-betul tak bagi nafkah, tak peduli anak bini, kaki perempuan, kaki judi. Orang macam ni tak viral pun. Yang memekak kat Thread ni mostly isteri yang suaminya ok-ok je, cuma tak cukup kaya. 

Kadang aku rasa, ramai perempuan tak sedar yang dorang ni bukan nak suami provider, tapi nak shortcut. Nak shortcut hidup senang. Sedangkan dia sendiri tak ada plan hidup. Dan yang paling lawak, ada yang tulis “Lelaki sekarang tak macam zaman ayah kita. Dulu ayah boleh sara satu keluarga, mak tak kerja pun ok”.

Ya sis, sebab dulu harga rumah RM35K, sekarang RM450k. Dulu gaji RM1000 cukup beli rumah. Sekarang gaji RM3000 cukup-cukup makan. Dulu jiran sebelah tak ada BMW, so takde tekanan. Sekarang, jiran beli EV, kau pun nak. Jangan la dibandingkan zaman dulu dengan sekarang bila inflasi pun kau tak faham. 

Dan satu lagi, jangan sembang “kita perempuan patut dimanjakan”. I agree, women deserve to be treated well. Tapi bukan dimanjakan sampai jadi beban. Kau nak jadi queen dalam rumah tangga, kau kena belajar jadi bijak. Jadi queen yang tahu how to help her king, not the one who sits on the throne waiting to be raised! Dan jangan lupa, suami pun manusia. Bila asyik ditekan, dihina, dibanding, dia pun akan rasa penat dan menyampah dengan kau.

Look. Kita semua ada pilihan dalam hidup. Kalau betul-betul rasa suami tak boleh bagi apa yang kau nak, boleh pilih keluar dari marriage tu. Jangan dok perli-perli hari-hari kat media sosial. Bila kau sendiri tak nak move on dan masih stay dalam marriage tu, kau sebenarnya bukan mangsa. Kau cuma SELFISH.