Dalam program TOP CAR RACER memang ada penglibatan celebriti lain, tapi dah kalau Johnny paling menyerlah, kau nak buat camana? Hadap je la. Hahaha.
Yang pelik tu, setakat ni racing, Johnny tak pernah lagi dapat tempat pertama. Paling tinggi was second place, itupunnnnn jadi bahan berdengki oleh fans-fans Dilreba. Padahal idola dia takde pun dalam program tu. Pelik, tak?
2 hari lepas punya show, masa tengah race kat gurun, kereta salah seorang celebriti terbalik. Johnny tengah speed terus stop and melompat keluar dari kereta untuk check kawan dia. Medic belum sampai, dia dah sampai dulu. Padahal tengah race. So director and crew semua puji kata dia lansung tak pikir nak menang. Dia cuma nak pastikan semua selamat. Bila shooting habis, semua orang bertumpu kat kawan yang accident tu untuk tanya progress. Johnny diam-diam duduk tepi kebas-kebas kasut yang berpasir. Takde pun dia menyibuk-nyibuk padahal dia yang rescur kawan. Betul-betul buat hal sendiri.
Masa diinterview, celebriti lain yang terlibat semua puji Johnny. Dorang kata Johnny memang layak jadi leader. Mau tak panas haters dengar? Ditambah pulak dalam tayangan tu ada candid clip director datang jumpa Johnny bagitahu dia impress dengan personality Johnny yang lansung tak selfish walaupun tengah bertanding, and due to that dia nak ambil Johnny lagi dalam program dia akan datang. Yang Johnny being him yang playful terus bersorak "Yeahh! We've got work! We've got work!". Lagilah berdesing agaknya geng-geng musibat kat Weibo tu tahu projek untuk Johnny datang tak putus-putus.
Iklan: Johnny yang dah multimillionaire tu pun masih excited bila dapat tawaran kerja. Yang kau dah ada kerja masih lagi malas. Asyik pikir nak work-life balance tak habis-habis. Pastu berangan nak jadi jutawan. Lempang mau?
Video ni klip dari drama Johnny and Dilreba, iaitu Love Designer. Boleh tengok kat WeTV. Aku tengok lebih 5 kali.
Walaupun aku menyampah dengan fans Dilreba tapi aku suka lakonan Dilreba. Especially dalam Love Designer ni gandingan dia and Johnny ok je. Chemistry dorang strong sampai pernah digossipkan bercinta sejak tahun 2000! Hanya awal tahun ni baru clear dorang tak pernah bercouple. Dulu, selama 5 tahun Johnny digossip dengan Dilreba, fans Dilreba kemain bising lagi. Tak suka Johnny couple dengan idola dorang. Sepanjang 5 tahun tu la dorang fitnah macam-macam. Tudung Johnny kaki pukul perempuan. Tuduh Johnny gay. Ingatkan bila dah clear Johnny and Dilreba tak bercouple semua boleh diam, rupanya tak. Sambung lagi provoke Johnny. Tak hape yang dia bitter tak paham aku.
Bagi aku, aku lebih suka chemistry Johnny dengan Li Qin dalam My Dear Guardian. Chemistry dorang kuat dan genuine. Actually ini antara pairing yang paling ramai audience suka. Johnny as Captain Liang Muze dan Li Qin sebagai Dr Xia Chu. Dua-dua carry watak yang matang, profesional, and dedikasi dalam bidang masing-masing (tentera & doktor tentera). Disebabkan Johnny carry watak tentera, proses dorang bercinta tu slow burn. Sesuailah dengan watak. Takkan la captain special force bercinta macam nak rak kot. Chemistry dorang dalam drama ni is built on respect, support, and a slow development, bukan love at first sight. Nampak more realistic and touching.
Banyak scene tunjukkan soft side Captain Liang Muze bila dengan Dr Xia Chu, especially bila dia protect Xia Chu dan jaga dia secara diam-diam. Walaupun ada tension, tapi tak over-dramatic. Chemistry dorang dalam drama ni kuat sebab complement each other. Real dan steady. Bawah ni video klip My Dear Guardian.
Drama Love Designer (Johnny and Dilreba) lebih kepada romantic-comedy moden. Vibe dia ringan dan lebih playful. Chemistry antara Johnny dan Dilraba lebih banyak bergantung kepada visual sebab dua-dua cantik and handsome. Banyak moment dalam skrip yang dibuat untuk bagi spark. Jangankan orang lain, aku tengok drama tu pun terasa macam dorang betul-betul bercinta sebab they both really act as lovers lebih dari betul-betul. Johnny selalu berlakon jadi tentera atau polis, so bila dia berlakon dalam Love Designer, Johnny tunjukkan sisi yang lebih charming, bossy, tapi soft bila dengan Dilraba. Tu yang buat ramai suka. Bagi aku, chemistry both of them memang ada, tapi lebih kepada surface. Sesuai untuk drama ringan, but less in depth than My Dear Guardian.
Until lah tahun lepas Johnny release one more suspens-romantic genre, aku jatuh chenta dengan drama Love Song in Winter. Johnny sangat jarang berlakon romantoc genre kecuali Love Designer. Maybe sebab itulah dia digossipkan dengan Dilreba sebab ini satu-satunya drama genre romantic. The rest adalah action and crime. Kalaupun ada romantic mesti ada action atau crime di dalamnya. Macam My Dear Guardian genre action-romantic. Love Song in Winter genre crime-suspense-romantic genre.
Payah nak tengok Johnny berlakon sangat-sangat loving sebab character yang dia carry selalunya berpakaian uniform. Kat China, watak-watak pakaian uniform ni kena jaga-jaga sikit. Tak boleh terlalu playful, sebab menjejaskan nama pasukan beruniform. Samalah dalam Love Song in Winter, tak terlalu banyak scene butterfly except kat 1 episod saja bila dia dah couple semula dengan Dr Lu Yan (Sun Qian).
Chemistry Johnny and Sun Qian dalam drama ni lebih emotional dan konflik. Pada aku, ini pairing paling tragik dan berat dari segi emosi. Johnny as Captain Jiang Chengyi, a policeman full of internal wounds dan Dr Lu Yan also ada trauma kematian kawan baik. Kawan baik dia bunuh diri selepas buat confession sukakan Jiang Chengyi juga. Lu Yan ingatkan kawannya bunuh diri sebab Jiang Chengyi suka pada Lu Yan. Rupanya kawan dia kena bunuh dek someone yang tak sukakan Jiang Chengyi. Their relationship is full of misunderstanding, pain, and sacrifice. Chemistry dorang lebih kepada hidden emotions. Intense tapi restrained. Bukan jenis sweet, tapi jenis yang buat kita rasa “ouch”. Gitu.
Johnny sangat sesuai bawa watak yang main emosi sebab itu kelebihan dia. Dia punya ekspresi muka tanpa skrip, hanya mengeluh je pun dan boleh menceritakan sesuatu. Johnny sangat kuat dalam scene emosi and he brings this character to life very realistically. To me, chemistry JIang Chengyi and Lu Yan kuat dalam cara yang lain. Bukan romantic yang sparkle tapi lebih kepada deep emotional bond. Bawah ni klip dari Love Song in Winter.
So siapa paling kuat chemistry dengan Johnny Huang?
Jawapan aku = Li Qin dalam My Dear Guardian.
Paling kuat dari segi natural chemistry, emosi yang steady, dan saling support each other. Rasa macam watak tu serasi dan memahami, not just a romantic couple. Kalau korang suka chemistry yang stabil, full of respect and emotional depth, My Dear Guardian menang. Tapi kalau nak vibe fun dan sweet, Love Designer ok. Kalau nak rasa tragic and deep emotions, Love Song in Winter definitely bagi strong impression.
Dilreba memang cantik, ada screen presence yang strong, and lakonan dia dalam Love Designer pun smooth. Tapi bila pairing dengan Johnny tu, aku rasa dorang ni lebih kepada visual match daripada connection yang betul-betul deep. Fans Dilreba memang kuat kat online, tapi MOST OF THEM terlalu protect idola sampai kutuk hero sekali, especially bila drama tu tak ikut storyline yang dorang nak. Dorang ni sejenis shipping couple punya fans. Nak scene yang lebih romantic, tak nak konflik, atau bila dorang rasa hero tak sepadan dengan Dilreba, sampai kiamat dia kutuk.
Dalam drama Love Designer Johnny dapat backlash padahal dia bawa watak tu ikut skrip. Cuma style Johnny ni dia realistik. Dia bukan jenis try hard nak over-romantic atau buat-buat cute. Dia act ikut logik karakter. Tu yang buat dia lain dari typical male lead yang attract the audience dengan gesture yang klise. Johnny always bawa maskulin energy yang classy. That’s why pairing dengan Li Qin rasa lebih organic. Dua-dua lowkey, tak drama, tapi powerful bila together. Fans pun respect masing-masing. Takde nak downgrade hero/heroin macam sesetengah fandom, especially fans Dilreba yang 80% bangang.