Macam aku pernah cakap hari tu, benda-benda macam ni kau tak boleh tulis kat Thread sebab takde support dengan explanation yang panjang. Kat Thread tu ramai manusia yang tersakiti dengan life sendiri. Buta-buta je kau kena hentam karang. Cuba buat macam aku. Aku tulis kat blog. Kau nak merentan nasib kaulah, bukan aku ada ruangan komen pun. Kahkahkah.
Actually tajuk tu aku dah pernah tulis bertahun dulu. Aku malas godek blog cari mana satu postnya. Dah terlampau banyak post. Pandai-pandai koranglah kalau nak cari.
Topik tu buat ramai orang kat Thread triggered, especially yang dah kahwin, ada anak, and masih struggle membina hidup. Dalam post aku yang dulu aku dah jelaskan dengan jelas kenapa aku tak berapa suka dengan orang yang beranak beranak beranak dengan alasan setiap anak datang dengan rezeki, pastu anak-anaknya bersepah-sepah tak terurus. This is not about insulting the poor. Ini pasal tanggungjawab, foresight, dan kesedaran diri.
Beranak ramai, konon anak datang dengan rezeki. Tapi ramai lupa, rezeki bukan hanya dalam bentuk duit. Dan kalau datang pun bukannya selepuk depan mata. Kena usaha! Itu kuncinya. Yang beranak ramai tapi anak tak terurus ni, some of them beranak je tahu, tapi takde plan nak membesarkan anak dengan baik. Bila kahwin dan beranak dalam keadaan tak mampu nak urus hidup dengan baik, itu bukan rezeki, itu kejahatan yang terselindung.
Aku setuju dengan post budak tu walaupun dia kena kecam teruk. Ramai yang salah guna konsep rezeki. Ambil ayat "setiap anak datang dengan rezeki" seolah-olah automatik beranak je, Allah turunkan duit, susu tepung, siap dengan yuran sekolah anak. Hakikatnya rezeki perlukan usaha, persediaan, dan perancangan. Bukan sekadar doa. Kalau masih struggle nak bagi nafkah pada isteri, tapi masih lagi nak tambah anak, itu bukan berani. Itu namanya cuai.
Kalau tak boleh pastikan anak terurus dengan baik, pendidikan berkualiti, rumah yang selesa, dan emosi yang stabil, then stop for a moment and ask yourself aku ni betul-betul bertanggungjawab ke, atau sekadar nak penuhkan rumah dengan suara budak?
Ini bukan menghina. Ini tentang kesedaran bahawa membesarkan manusia bukan kerja main-main. Anak adalah amanah Allah. Dia ada jiwa. Dia ada masa depan. Dan masa depan anak SEBAHAGIAN BESAR terletak dalam tangan mak ayah.
“Tapi saya pun lahir dari keluarga susah, alhamdulillah jadi orang juga sekarang”
Yes. Itu kau. Nasib baik kau survive. Cuba tanya sekeliling. Berapa ramai anak-anak dari keluarga miskin yang akhirnya tercicir dan jadi mangsa keadaan? Sampai bila nak biar anak bergantung kepada “nasib baik” je?
Kadang bila dengar cerita rumah ada 2 bilik. Satu bilik untuk mak bapak. Satu bilik lagi anak perempuan berketimpal tidur ramai-ramai. Anak lelaki bergelimpangan kat hall. Nak salin baju, tumpang bilik orang kejap. Lepas tu kau expect budak-budak membesar dengan sempurna. Anak-anak takde hak untuk dapat privasi ke? At least bagilah anak kehidupan yang selesa. Tak sempurna takpe, tapi selesa. Maksud selesa tu bukanlah bagi sebilik sorang. Tapi biarlah setiap orang ada katilnya. Sebilik kongsi 3 orang pun takpe. Janji dorang ada space sendiri.
Dah tahu anak bersempit-sempit dalam rumah yang kecil, masihhhhh lagi nak beranak lagi. Entahlah maybe aku yang tak faham perspektif orang yang suka beranak ramai tapi anaknya bersepah-sepah ni.
Atok aku (belah Pak Aji) anaknya 6. Nenek aku (belah Mak Aji) anaknya 13! Tapi tak bersepah-sepah. Semua senonoh. Padahal atok aku sorang je bekerja. Nenek buat kuih jual kat berek bomba. Nenek kata setiap kali raya, atok beli kain 1 kayu. Dari 1 kayu ni nenek jahit baju anak-anak ikut pesen yang anak nak. Maksudnya, nenek and atok bukan orang kaya, tapi dia jaga anak-anaknya dengan baik. Senonoh.
Kalau cinta, buktikanlah dengan kemampuan. Buktikan dengan tanggungjawab. Buktikan dengan tak menjadikan anak sebagai eksperimen. Aku tahu ada yang akan kata, “Tapi orang kaya pun ramai yang tak jaga anak elok”.
Yes. Tapi orang kaya tu ADA PILIHAN. Kalau dia cuai, itu pilihan dia. Kalau orang miskin cuai, itu kehancuran mutlak. Sebab takde buffer. Takde safety net. Anak akan terus rasa kesannya. Tengok je lah yang anak ponteng sekolah, tak cukup makan, duduk rumah yang bersesak-sesak, sekolah tak habis, umur 14 dah kena kerja. Itu semua sebab siapa?
Bila masyarakat disuap dengan naratif "Tak apa, anak bawa rezeki", tahu tak siapa yang kena tanggung kalau anak tu membesar dalam kesusahan? Sekolah. Cikgu. Badan kebajikan. Zakat. NGO. Masyarakat. Sebab mak bapak dia dah lepas tangan awal-awal.
Kau nak jadi mak bapak? Great. Tapi jadilah mak bapak yang sedar bahawa membesarkan manusia perlu lebih dari sekadar ada. Kena ada kewangan yang stabil. Emosi yang matang. Masa yang cukup. Persekitaran yang selamat. Ilmu. Kalau takde semua ni, at least usahakan. Jangan terus tambah anak, lepas tu berharap sistem sokong. Sistem pun boleh tenat kalau gini gayanya.
Bukan semua orang mampu jadi parents yang baik. Tapi semua orang boleh belajar jadi lebih bertanggungjawab. Dan tanggungjawab tu bermula sebelum anak lahir. Bukan lepas anak dah keluar baru nak fikir macam mana nak cari duit beli susu. Set-set beranak tapi anak bersepah-sepah ni treat anak macam accidental consequence, bukan intentional responsibility. Macam benda yang jadi tiba-tiba dan terpaksa adjust kemudian. Padahal kalau diri tu betul-betul sedar apa makna menjadi parents, dia pasti ada planning.
Teringat one of ex-collague aku masa di Prudential dulu. Anaknya dah 5 tahun. Bila ditanya tak nak anak lagi ke? Dia jawab "My salary can't afford second child". Ni kalau geng-geng acah-acah warak dengar, konfem akan cakap ohhh tak percaya qada' dan qadar dan rezeki Allah! Yang benaunya kau yang buat-buat tak faham maksud sebenar dan realiti membesarkan anak bukan setakat percaya pada rezeki, tapi usaha kena ada. Usaha biar salary bertambah, baru beranak lagi. At least ex-colleague aku tu ada kesedaran dan tanggungjawab. Bukan sebab dia tak percaya rezeki, tapi dia tahu setiap anak datang dengan amanah. Dia tak nak anak kedua terabai sebab dia belum mampu bagi yang terbaik untuk anak pertama.
Kadang baru ada dua anak pun dah bergaduh hari-hari sebab penat tak cukup tidur, duit cukup-cukup makan, tak sempat nak rehat, etc. Bila anak buat perangai sikit, terus naik tangan. Sebab diri sendiri dah burnout.
Dulu bila orang tanya aku, 2 je anak? Tak nak tambah ke? Trylah biar dapat perempuan. Aku jawab "Biarlah 2 je. Jimat". Itu pun masih kena kecam konon tak percaya rezeki. Eh gasak kaulah.
Percaya rezeki tak bermakna tunggu Allah bagi. Kita ni manusia, diberi akal. Kita ada planning, kita ada akal fikiran, dan kita diberi amanah untuk buat keputusan terbaik. Allah suruh kita usaha, bukan percaya tanpa tindakan. Even nak berniaga pun, kena plan dulu. Nak beli rumah pun, ukur kemampuan dulu. Nak beli kereta pun, buat kira-kira dulu. Tapi bila bab anak, ahhh percaya je pada rezeki. Boleh pulak gitu? Padahal anak adalah komitmen paling besar dan paling panjang dalam hidup.
Rezeki tu luas. Tapi rezeki juga perlukan pengurusan yang baik. Kalau kau tak mampu urus, rezeki boleh menjadi beban. Maka sebab tu lah kita kena sedar diri. Bukan sebab tak percaya qada’ dan qadar. Tapi sebab kita nak jadi hamba yang bertanggungjawab dengan apa yang diberi pada kita. Kalau tak mampu, itu bukan salah kita. Tapi bertanggungjawablah untuk perbaiki. Bukan terus beranak beranak beranak tanpa proper planning.
Bila ada orang mula buka mulut tegur benda ni, bukan sebab dia rasa hebat, tapi sebab dia tak nak generasi depan ulang kesilapan yang sama. Cukuplah kita tengok generasi sekarang bergelut dengan trauma dan kemiskinan yang diwarisi. Jangan biar anak-anak jadi mangsa cerita lama. Yang selalu guna ayat “Anak bawa rezeki”, tapi tak pernah nak upgrade usaha hidup, maaf cakap, itu bukan redha. Itu malas dan menyalahkan takdir. Ingat, rezeki anak tu datang, betul. Tapi atas usaha mak ayah. Hidup ni bukan berlumba siapa anak paling ramai. Tapi siapa yang betul-betul jaga amanah dengan penuh tanggungjawab.
Miskin bukan salah. Tapi pilihan dalam keadaan miskin tu yang kadang-kadang salah. Kita kena bezakan antara kemiskinan yang tak disengajakan dengan keputusan yang disengajakan dalam keadaan miskin. Ada beza dua ni.
Kalau kau miskin sebab keadaan like latar belakang, peluang yang tak sama - itu bukan salah kau. Tapi bila kau dalam keadaan macam tu masih pilih untuk buat anak ramai, itu namanya ego, degil, dan takde tanggungjawab. Kau tak boleh simply expect anak akan bawa rezeki kalau kau tak siapkan platform untuk dia membesar dengan baik. Apa jadi bila anak lahir tapi rumah tak terurus, dapur kosong, pampers tak mampu beli? Anak terpaksa hidup dalam kesempitan, tekanan, or maybe trauma. Trauma zaman kanak-kanak ni kesannya panjang. Their mental health, self-worth, semua akan terjejas. Pernah tak tengok budak sekolah tak ada duit nak beli buku? Kau rasa apa dia rasa? Dia tak salah. Tapi dia kena tanggung semua tu sebab keputusan mak ayah dia.
Salah satu komen pada post Thread tu "Kesiannya jadi orang miskin tak boleh kahwin”
Ni lah masalahnya bercakap dengan orang benak. Dia tak faham maksud.
Boleh kahwin, sayangggg. Tapi jangan selfish!
Kalau kau miskin dan kau tahu keadaan belum stabil, tangguhkan. Don't use marriage and children as an excuse to pursue status. Kahwin bukan keperluan fizikal, tapi tanggungjawab spiritual, mental dan ekonomi. Zaman sekarang ilmu bersepah. Family planning, budgeting - semua boleh belajar. Tapi ramai pilih untuk tak ambil tahu. Bila anak dah tiga orang tapi gaji tak naik-naik, baru nak merungut. Mentaliti “nanti Tuhan tolong” ni bahaya. Tuhan tolong orang yang tolong diri sendiri, ya.
Nak ada anak? Silakan, tapi jangan jahat. Perbuatan tu jangan memberi kesan jahat, especially kepada anak. Bila lahirkan anak tanpa planning, kita bukan bagi dorang kehidupan, tapi beban. Dan bagi aku, itu satu bentuk kejahatan.