Ok, masa untuk menjawab soalan berkaitan Maaltyd and GC Plus. Sebab semalam aku buat video untuk 2 produk ni, ramai yang bertanya. Tapi ni aku jawab bab Maaltyd dulu. Apa sebenarnya Maaltyd ni?
Dalam bahasa mudahnya, meal replacement. BUKAN UBAT. Meal replacement adalah pengganti makanan. Ia lebih ringkas. Bukan snek, bukan jus. Ia adalah hidangan dalam bentuk cepat, mudah & boleh diminum. Fungsi utamanya untuk mengganti SATU WAKTU MAKAN dengan nutrisi lengkap - ada protein, ada karbohidrat, ada lemak sihat, ada serat, and ada mikronutrien (vitamin & mineral).
SATU WAKTU MAKAN sahaja. That explains kenapa kita suggest ambil 1 sachet sehari. Mana-mana waktu makan yang korang nak replace, sila pilih satu dan gantikan waktu makan tu dengan Maaltyd. Macam aku, sama ada pagi atau lunch. Kalau pagi tu aku malas nak makan, aku akan ambil Maaltyd waktu lunch. 15 minit selepas ambil Maaltyd baru aku makan nasi. Kalau aku rajin, pagi tu aku breakfast Maaltyd. Tengahari baru makan besar. Kalau malas, maknanya waktu lunch sekali harung Maaltyd and nasi.
Katakan korang nak gantikan breakfast yang biasa korang ambil dengan Maaltyd. Boleh je. Dalam satu gelas Maaltyd tu dah ada protein (dari wheat germ), serat (dari psyllium husk & flaxseed), ada lemak, ada carb yang low glisemik indeks. Plus, dalam Maaltyd ada white kidney bean & hoodia untuk kawal nafsu makan. Jadi sebenarnya dari segi komposisi, lebih elok dari makan roti sekeping atau karipap 3 biji (walaupun karipap tetap di hati).
Kenapa hanya ambil Maaltyd pada SATU WAKTU MAKAN saja? Kenapa tak lunch dengan breakfast ambil Maaltyd, tak payah makan nasi?
Jawapannya, kalau kau nak togok Maaltyd 2 kali sehari boleh, tapi kena faham tujuan kenapa ambil Maaltyd.
Maaltyd ni alat bantu, bukan pengganti makanan kau seumur hidup. Tujuan Maaltyd ni untuk bantu kawal portion makan. Bila kau skip satu waktu makan dengan mengambil Maaltyd, maknanya kalori intake kau dah berkurang. Kalau selama ni lunch kau 500 kalori, now dengan Maaltyd, lunch kau hanya 49 kalori saja. At least 4 jam kenyang. Dah save kalori dah kat situ. At the same time, Maaltyd bantu stabilkan gula. Bila gula stabil, berat badan lebih cepat turun denggan realistik.
Badan kita tetap perlukan serat semulajadi dari buah dan sayur. Badan kita masih perlu tekstur makanan sebenar untuk penghadaman. Otak kita perlu kepuasan psikologi daripada mengunyah makanan sebenar. Kalau semua waktu makan kau ganti dengan Maaltyd, otak will feel deprived. Lama-lama akan datang craving balas dendam, dan itu yang kita tak nak.
Katakan now kau jenis yang makan 4-5 kali sehari termasuk kunyah-kunyah. Bila kau mula ganti satu waktu makan dengan Maaltyd, kau melatih badan dan otak untuk rasa cukup dengan portion yang betul. Bila dah stabil, gula tak lagi turun-naik dengan laju. Nafsu makan tak mendadak-dadak. Craving pun terkawal. Tujuan akhirnya adalah untuk kembali kepada pemakanan seimbang, bukan bergantung sepanjang hidup pada Maaltyd. Memanglah Maaltyd boleh bagi instant nutrition, rasa kenyang lebih lama, dan elak kita ambil makanan merepek-repek, tapi jangan extreme. Ambil satu sekali sehari cukup.
Orang yang nak turunkan berat badan, sila ambil Maaltyd. Selalunya orang yang nak kurus ni masalah utamanya adalah asyik nak makan. Kita nak sekat rasa mengunyah ni dengan mengurangkan rasa lapar. Kalau sabit nak burn-kan fat saja, payah. Sebab kebanyakan yang gemuk ni bukan lemak tak burn tapi tak boleh benti makan. Hat ni yang kita nak kontrol dulu. Bila perut kurang lapar, otak lebih waras buat pilihan makanan lain sepanjang hari.
Mana-mana yang ada pre-diabetes atau insulin resistance atau PCOS, korang struggle dengan gula naik-turun, craving, dan cepat penat lepas makan, betul tak? Maaltyd ni low GI & tinggi serat jadi takkan kacau blood sugar. Jadi, jangan risau kalau nak ambil.
By the way, ramai confuse. Tak semua benda yang dibancuh tu adalah meal replacement. Ada produk yang namanya minuman diet atau suplemen. Ini belum tentu lagi meal replacement. Meal replacement (macam Maaltyd) ada protein, ada serat tinggi, low GI, ada vitamin/mineral and kenyang lebih lama. Minuman diet TAKDE serat dan selalunya bukan low GI. So kalau korang minum sesuatu yang buat kenyang 30 minit, then lapar balik, that’s not a real meal replacement.
Hari tu aku tulis dah, tapi sebab ada yang tanya lagi, takpe aku jawab lagi. Macamana Maaltyd kurangkan rasa lapar katanya.
Ok, dalam Maaltyd ada flaxseed & psyllium husk. Dua bahan ni bila kena air, dia kembang dan membentuk gel. Gel ni buat makanan dalam perut bergerak perlahan, jadi gula tak naik mendadak. Dalam masa yang sama, ia hantar signal ke otak "Hello, kita tengah makan, jangan craving macam nak gila". Gitu.
Dalam Maaltyd juga ada white kidney bean. Yang ni blok karbohidrat ringkas daripada terus masuk ke darah. Jadi gula tak spike.
Pastu dalam tu ada Hoodia yang kurangkan rasa lapar secara semula jadi. Caranya ialah dengan kawal aktiviti hormon lapar (ghrelin).
Flow dia gini. Kita makan nasi. Nasi adalah karbohidrat yang bila masuk dalam perut akan dipecahkan menjadi glukosa. Glukosa adalah gula. Glukosa akan masuk darah. Bila darah tinggi glukosa, badan keluarkan insulin untuk tolak glukosa masuk sel. Tapi kalau glukosa naik mendadak (macam lepas makan nasi putih + air manis), insulin dipump out banyak sangat. Selepas 1-2 jam, gula drop. Kenaikan dan penurunan mendadak ni akan buatkan korang mula rasa menggigildan kemudian lapar balik dan craving benda manis-manis (walaupun selepas makan).
Jadi, Maaltyd tolong stopkan cycle ni. Bila ambil Maaltyd dulu sebelum makan, makanan yang dimakan tu nanti akan go through slow digest & slow release. Gula tak naik mendadak. Insulin stabil. Energy maintain sepanjang hari. Tak cepat mengantuk. Otak rasa tenang. Bila otak tenang, kita tak craving nak kunyah benda manis lepas makan.
Tapi aku nak ingatkan something. Maaltyd BUKAN magic potion. Bukan ubat kurus, bukan ubat diabetes. Tapi dia alat bantu. Macam powerbank. Bila bateri low tapi kau jauh dari plug, dia tolong cover. Macam tu dengan Maaltyd. Maaltyd tolong kawal lapar. Tolong kawal kalori. Tolong stabilkan gula. Bila dah terbiasa nanti, lama-lama badan tak bergantung pada jajan-jajan bila stress. Dan yang paling penting, Maaltyd membiasakan badan dengan low calorie. Lama-lama, dengan sendirinya kita akan rasa kurang lapar semula jadi.