2025-06-17

Sebuah realiti yang kita tak berani cakap terang-terang.

Hari tu viral kejap video asnaf yang komplen pihak MAWIP tak bagi pampers yang macam dia request. Dia request pampers jenis sarung, tapi yang dia dapat jenis pelekat. Anak yang ke-7. Setiap kali beranak minta bantuan yang sama. Kau rasa boleh berbaik sangka tak?

Benda ni tak cakap salah, nak cakap karang ada yang sentap. Zaman sekarang ni pelik. Yang tak pandai, yang susah dan pemalas, yang miskin dan pengotor, yang buat benda bodoh semuanya mesti ditatang dijulang. Tak boleh dikondem. Jangan ditegur. Kita yang dikata takde empati nanti. Padahalllll.

Ramai yang uncomfortable bila kaitkan miskin + malas + perangai suka mengeluh. Tapi kalau kita nilai dari sudut data, dari pengalaman, dan logik akal, kita akan nampak satu pattern, iaitu majoriti yang kekal miskin ada persamaan dalam sikap dorang sendiri. Bukan semua, tapi cukup ramai untuk kita katakan ini bukan kebetulan. 

Bak kata Dr MAZA, dah dibagitahu esok anak raja nak masuk kampung meronda jumpa orang kampung, apalah salahnya kemas sikit depan rumah. Sampah buang, sapu sikit halaman tu. Ni tak. Mandi pun tak! Lagikan nak mengemas. Inilah yang dikatakan miskin dan malas. Patut pun miskin!

Look. Miskin bukan salah takdir, tapi PILIHAN YANG BERULANG. In many cases, miskin BUKAN berpunca dari ketidaktentuan nasib. Ada orang lahir dalam keluarga susah, tapi bila besar jadi kaya. Ada yang lahir dalam keadaan cukup, tapi makin lama makin merosot. Apa sebabnya? 

Puncanya not on how much help is received, but how they act in life. Orang yang bangkit dari kemiskinan biasanya ada disiplin, rajin, dan tak suka terus hidup susah. Orang yang kekal miskin pulak jenis yang banyak mengeluh, banyak salahkan keadaan, dan banyak meminta-minta. Hidup asyik nak dibantu.

Malas ni bukan semata-mata malas kerja. Malas belajar benda baru, malas buat lebih, malas muhasabah diri, malas cari jalan keluar - ni semua jenis-jenis malas juga. Ceritanya, miskin bukan masalah. Miskin bukannya takde peluang. Asal rajin memang peluang akan sampai. Tapi kalau dah nama pemalas, memang tak jadi apa. 

Dr MAZA kata Perlis pernah bagi bantuan oven kat untuk buat kuih berniaga, bagi anak ayam untuk bela, tapi harammmmm. Tau-tau je oven tu duduk bawah rumah. Ayam? Dijualnya. Sebab apa? Sebab dah selesa terima bantuan, buat apa nak kerja katanya.

Jenis yang datang ofis hanya nak buat kerja senang-senang pun sejenis pemalas juga.

“Tak sesuai kerja tu”
“Tak minat”
“Gaji sikit”

Ni semua bayang nak jadi miskin. That's why orang yang malas, kemiskinan dorang kekal dan diwarisi. Anak-anak bila tengok mak bapak tak bekerja, maka anak-anak pun fikir itu satu kebiasaan. Dari situlah budaya malas tu spreads within the family. Kemiskinan jadi warisan turun-temurun. Anak membesar dengan mindset “cukup makan, dah”. Tak pernah kenal maksud usaha lebih untuk hidup yang lebih baik. Bila tengok orang lain berjaya, cakap “nasib dia baik”, padahal kau tak tahu berapa banyak air mata, masa, dan tenaga yang orang tu korbankan nak sampai ke hidup senang.

Ini bukan nak hina orang susah. Tapi nak ajak berubah. Susah tu bukan salah, tapi tak nak keluar dari kesusahan tu adalah pilihan. Dan pilihan tu ada kesannya. Bukan pada diri sendiri, tapi pada anak-anak juga. Nak ke tengok anak ulang hidup yang sekarang 20 tahun akan datang?

Macam kes asnaf tu, aku tengok dia punya video amboi amboiiii komplen macamkan duit bantuan tu memang simpan untuk dia sorang. Inilah satu pattern orang miskin dan malas, iaitu suka komplen. Pantang ada benda tak cukup, salahkan keliling. Salahkan kerajaan. Salahkan majikan. Salahkan jiran. Salahkan takdir.

“Orang kaya senang la cakap, kami ni nak makan pun susah”

Memanglah susah sebab kau pemalas! 

Orang yang suka mengeluh ni tak sedar lagi banyak kau mengeluh, lagi lambat masalah kau selesai. Lagi banyak mengeluh, lagi jauh kau tertinggal. Yang rajin dah 10 langkah ke depan, kau masih terkibai-kibai merungut kenapa kasut tak selesa. Yang paling bahaya bila perangai mengeluh tu waris ke anak-anak. Anak belajar untuk komplen, bukan mencari jalan keluar.

Kalau aku jadi pusat zakat pun aku menyampah. Beranak dah 7 kali, takkan hidup tak berubah-ubah dalam tempoh tu? Kita ni tahanlah kumpul duit bagai nak rak nak sambut orang baru. Yang dia mengote dengan tenang. Apa persiapan lepas beranak, takde. Mintak je bantuan macam selalu, kan? Orang-orang macam ni la yang buatkan pusat zakat kena filter habis-habis dengan macam-macam prosedur sebelum release bantuan. 

Bantuan sepatutnya bersifat sementara tapi ramai yang jadikan bantuan tempat bersandar seumur hidup. Dibagi bantuan Baitulmal, salah guna. Dibagi subsidi, dibazir. Dibagi peluang berniaga, esoknya tutup. Masalahnya dorang ni selesa hidup susah! Sebab dah biasa dibantu. Lama-lama dorang tak lagi rasa susah tu is something that needs to be avoided. They accept it as the norm. Dorang tak kisah hidup dengan minimum asal tak payah bersusah-payah. Modalnya cuma satu - jangan segan meminta-minta. Lepas tu marah bila orang lain senang. Orang yang berjaya dianggap show off. Orang kaya dikata berlagak.

Ada satu pepatah kata “You can’t help someone who refuses to help themselves". Kita boleh bagi pancing, tapi kalau dorang tak nak turun ke sungai dan belajar memancing, selamanya akan lapar. Dan bila lapar, dorang akan datang balik mintak ikan. Bukan sekali, tapi berkali-kali. Lama-lama orang yang asalnya ikhlas nak tolong pun naik menyampah dan berkira-kira nak tolong lagi. Bukan sebab kedekut, tapi sebab usaha tu tak datang dari dua-dua pihak. 

Sampai satu tahap, kita kena terima hakikat bukan semua orang nak keluar dari kesusahan. Ada yang selesa jadi mangsa, sebab itu cara paling mudah untuk elak tanggungjawab. Nak berjaya kena susah, kena malu, kena sabar. Dia tak sanggup hadap semua tu, maka hidupnya kekal dalam circle yang sama - mengharap, meminta, mengeluh. Dan bila anak-anak membesar dalam suasana tu, dorang pun akan ulang benda yang sama. Sebab anak-anak tak pernah nampak usaha, cuma nampak alasan.

Anak-anak yang dibesarkan dalam rumah yang penuh dengan keluhan, rungutan, dan mentaliti “kita memang miskin, tak boleh buat apa”, akan membesar dengan percaya bahawa hidup ini statik. Orang miskin akan terus miskin, dan orang kaya kekal kaya. Dorang tak berani ambil risiko dan tak nak keluar dari zon selesa walau zon tu susah. Esok anak-anak ni dah ada family, kitaran yang sama akan berulang. Maka bermulalah generasi demi generasi hidup miskin. Bukan sebab takde peluang, tapi mindset dah jadi mindset yang kekurangan.

Of course tak semua orang miskin tu pemalas dan suka mengeluh. Ada yang memang diuji dengan penyakit, accident, atau tanggungan luar biasa. But this group is small. And people like this usually tak minta-minta. Dorang masih usaha walau dalam susah. Tapi tu lah, dalam komuniti miskin, tak ramai contoh yang boleh dicontohi. Kalau ada yang berjaya keluar dari kemiskinan, orang kampung sendiri jealous and pulaukan dia. Lama-lama dia pun malas nak tonjolkan diri untuk jadi contoh.

Mintak maaflah cakap. Bukan takde empati, tapi aku rasa bantuan-bantuan bulanan ni kena dibagi dengan syarat ada usaha. Sebab ramai sangat yang dapat bantuan takde tunjuk inisiatif untuk berubah. Aku tak pasti ada ke dorang pantau penerima bantuan ni semua macamana dorang gunakan bantuan. Buatlah macam geran penyelidikan. Quaterly orang datang check progress ada kemajuan ke tak, buat audit macamana guna duit geran semua. Biar berpeluh sikit yang dapat bantuan tu. Nak memintak je kerja kau.

Bak kata Bill Gates - dilahirkan miskin tu bukan salah kita. Tapi kalau kita mati dalam keadaan miskin, itu salah kita. Kalau kekal miskin selama bertahun-tahun, itu biasanya sikap sendiri yang tak nak berubah. MALAS.

Jangan hina orang miskin. Tapi tegur orang yang selesa dalam kemiskinan tu bukan menghina, ya.