2019-05-21

You can't do it


Aku always dapat mesej like "Kak, apa rahsia akak berjaya bisnes?"

"Kak, macamana akak bertahan dengan cakap-cakap orang?"

"Kak, cuba share tips macamana nak fokus capai apa yang kita nak?"


Ni karang kalau aku share, nampak macam aku ni successful sangat, padahalllll.
Ramai lagi yang lebih berjaya yang boleh bagi macam-macam tips.
Tapi memandangkan blog aku ni bukan satu dunia baca, jadi aku share untuk pembaca blog ni saja lah, ya.
Kalau boleh pakai, pakai.
Kalau tak boleh pakai, carilah tips lain.

Sebenarnya, it's not really about talent, skill, money atau network.
It's about determination.
Azam dan keinginan.

Kebanyakkan orang, bila dia berazam buat sesuatu, sampai kat satu tahap bila dia stuck atau when someone or something told them 'NO'.....they listened.

I am an expert in rejection.
Atau lebih tepat lagi I am an expert in buat dek dengan apa orang cakap dan terus fight untuk dapat apa yang aku nak kalau aku tau apa yang aku buat adalah betul.
Aku percaya yang impian aku, cita-cita aku, hanya aku saja boleh manage, bukan orang lain.
So when they said NO, itu adalah kerana dorang fikir dorang tak mampu buat.
Belum tentu lagi aku tak boleh buat.

So that is the incredible part about our dreams.
Takde siapa boleh kata kita tak boleh buat.
Hanya kita saja yang boleh kata kita tak boleh.

Post ini panjang.
Aku akan selitkan beberapa short stories untuk emphasis the word NO.


Cerita pertama :

Tahun 2003 aku baru masuk kerja bidang biotech sales.
Antara tempat yang diletakkan bawah jagaan aku adalah NIOSH di Bangi.
NIOSH ni bukan really biotech-based company tapi dorang ada buat research.
Biasalahkan, budak-budak baru masuk memang selalunya kena ragging ambik tempat-tempat yang payah nak dapat sale.
Nak bagi kental lah konon.

Aku lupa apa nama pegawai yang aku jumpa tu, tapi pegawai lelaki.
Punyalah susah nak jumpa dia, always outstation atau takde dalam bilik, tak dapat dikesan.
Memandangkan NIOSH kat Bangi, so aku tak kisah sangat kalau kena pergi berkali-kali.
Aku can always balik rumah mak bapak aku kejap visit dorang, kalau tetiba the customer cakap "Ok saya dah ada di ofis, please come in 10 minits", aku can always start enjin zasssssssss pegi, sebab dah dekat.

After a week berumah-bertangga kat Bangi, aku masih tak dapat jumpa pegawai tu lagi.
Bos aku tengok jadual aku pi NIOSH tetiap hari tapi satu quotation pun takde keluar.
So dia cakap "I dah beberapa kali try NIOSH ni. Dorang ni payah sikit nak enter. Ada kaki kot kat dalam tu. Takyah pegi lagi lah" [maksudnya maybe dorang dah ada preferred supplier]

Then another colleague aku cakap "You nak jumpa pegawai A, eh? Baik-baik, dia tu gatal. Nak tolong pegangkan beg lah, nak teman I balik sampai parking lah. I sanggup tak dapat sale dari kena mengadap dia".

Well, statement tu agak scary.
Tapi entahlah, maybe aku dah biasa bergaul dengan lelaki kot so aku tak boleh bayang how gatal is gatal until aku experience sendiri.
Ada je customer lelaki yang biasa hantar aku sampai tempat kereta.
Yang tolong bukakkan pintu kereta pun ada.
Bagi aku itu tak menjadikan dia lelaki gatal.
Dari kecik mak dia dah ajar untuk jadi gentleman, didik to be nice to perempuan agaknya.
Selagi dia tak meraba and pegang-pegang, that's fine for me.

Aku tak puas hati sebab aku belum dapat jumpa lagi pegawai atasan tu.
Bagi aku, dapat atau tak dapat sales is belakang cerita, tapi kalau appointment pun tak dapat maknanya something wrong dengan cara kerja aku.
Selagi aku tak jumpa, aku takkan stop.
Biar aku jumpa dulu, from there baru aku boleh decide pegawai sejenis yang macamana dia tu.
Samada dia gatal atau aku lagi gatal. Kahkahkah.

So one day aku dapat jumpa sebab aku buat muka tembok tunggu kat depan ofis 45 minit walaupun akak-akak kerani tu kata tak pasti pukul berapa pegawai ni akan balik ke bilik.
Masa aku dapat jumpa that pegawai, dia memang tengah busy ada projek dengan Japanese.
Selalunya bila someone excited dengan satu projek yang penting, dia seronok nak bercerita penglibatan dia dalam projek tu.
Jadi aku pun tanya pasal projek tu bagi dia rasa seronok nak bercerita sebab aku nak create keserasian and keselesaan between dia dengan aku.

Cut story short, one day ada fax masuk kat ofis - Purchase Order dari NIOSH harga RM10K.
Aku berjaya penetrate market NIOSH dengan close deal permulaan RM10K.

Hari kitorang terima first order dari NIOSH tu adalah hari gempar kat ofis.
Nilainya tak banyak, cuma RM10K tapi sebab semua percaya NIOSH susah nak enter dan pegawai-pegawainya susah nak diajak berjumpa, jadi bila tetiba masuk Purchase Order, masing-masing surprised.

So, apa yang aku faham dari sini adalah, orang yang cakap "susah nak penetrate NIOSH" tu mungkin sorang je.
Disebabkan dia tak berjaya, maka cerita tentang 'susah' tu dah terpasak dalam minda sales-sales person yang lain.
Bila minda dah terpasak dengan perkataan 'susah', otomatik dah jadi kurang bersemangat, tindakan pun slow down dan hujung-hujung berhenti berusaha.

Yang sebetulnya, word 'susah' is not a reason for us to stop.
Instead, think of it as a sign untuk kita cari alternatif lain.
Maybe berjumpa dengan pegawai lain, approach cara yang lain atau re-evaluate where you are.
Dalam erti kata lain, kalau tak boleh masuk ikut pintu depan, try masuk ikut tingkap.
Kalau tingkap takleh bukak, try masuk ikut bumbung.
'Susah' doesn't mean that you stop.
It simply means you tukar cara in order to make it to your destination.

Macam tu lah jugak dengan perkataan 'tak boleh'.

Aku dah letih dengar orang cakap 'tak boleh' everytime aku nak buat something.
Belum apa-apa dah cakap tak boleh.
Selalunya aku akan teruskan buat apa yang aku rasa betul [selalunya senyap-senyap].
Bila berjaya, let the success make the noise.

Some people quit sebab suara-suara macam ni lah.
Suara yang kata they can't do.


Cerita kedua :

Masa aku first year, kena ambik subjek Biometry.
Subjek ni senior-senior cakap susah nak score.
Kebanyakkan dari batch aku dah pasang target untuk lulus sahaja.
Sebab susah sangat nak score katanya, so kalau lulus kira hebat dah ni.

Negative self-talk ni dah berlegar-legar dalam minda walaupun masa tu kelas belum bermula lagi.
Bila dalam kepala dah set 'susah nak score', jangankan kata nak score, nak study pun malas.

The good thing is, aku jenis study sendiri.
Bila study sorang-sorang, negative talk ni tak meresap sangat dalam kepala dan lebih fokus.
Tapi terngiang-ngiang jugak la perkataan 'susah susah susah' tu.



I did it.

Masa result keluar, aku tengah demam. Demam teruk. Jadi aku monteng.
Kawan aku cakap result dah keluar tapi lecturer tak letak kat board, kena pi jumpa dia sorang-sorang.
Dia kata dengar-dengar 7 orang je dapat A.
Aku dengar macam "7 orang je? Maknanya betul la subjek ni susah score".

Pastu kawan aku cakap "Ada sorang budak melayu dapat A".

Esok aku jumpa lecturer, rupanya aku budak melayu tu.
Aku tak expect aku score A sebab dah ramai yang kata susah nak score kan.
Tapi masa ambik exam dah terasa-rasa takde la susah sangat, kalau B+ insyallah dalam tangan, but bila perkataan 'susah nak score' dah terpasak dalam kepala, kita jadi tak berani nak yakin.

Tu lah dia kan, bila dengar orang cakap 'susah' atau 'tak boleh', kita pun jadi down and anggap kita pun tak boleh.
Padahal kita bertanya pada orang yang tak berjaya buat.
Kalau bertanya dengan orang yang berjaya buat, mesti dari awal lebih bersemangat nak blaja.

Suara-suara yang menafikan impian kita ni sentiasa ada.
Terpulang pada kita untuk evaluate semua info ni.

Bab dengar cakap-cakap orang ni, aku takleh lupa satu insiden masa tengah tunggu panggilan U lepas SPM.

Aku sebenarnya minat nak jadi lawyer.
Aku pernah apply untuk ambik course law.
Aku yakin aku boleh diterima masuk course tu.
Dan aku yakin aku akan jadi lawyer yang berjaya [kahkahkah].

Tunggu punya tunggu, tak dapat jawapan.
Kawan-kawan yang result SPM menjunam pun dapat panggilan U, aku tak dapat.
Dulu kalau isi borang permohonan masuk U akan disertakan dengan surat pemberitahuan permohonan diterima [tak sure sekarang if masih macam ni].
Nak dijadikan cerita, aku mengemas bilik sekali ternampak satu kad terselit kat celah-celah kertas Pak Aji.
Rupanya itu kad pemberitahuan permohonan aku dah diterima.

Pilihan pertama : Akaun
Pilihan kedua : Banking.

Terperanjat aku.
Kejadah apa aku ambik akaun and banking?
Bila masa aku ubah pilihan course aku?

Rupanya bapak aku pi tukar pilihan course aku sebab kawan-kawan dia kata dua course ni peluang cerah untuk dapat kerja, demand tinggi.

Memang tak dapat lah weiii.
Aku bab mengira dah la bangang.
Tak ambik subjek akaun pulak tu, adehhhh.
Frust gila aku masa tu.

Bila aku tanya bapak aku kenapa dia tukar course pilihan, dia cakap "Lawyer ni tak bagus la untuk Diana. Kita tak tau kita bela orang yang salah ke betul".

Alahai....
So that was another example suara-suara yang mengatakan you are not "right" for it.

Sama lah juga dengan suara-suara yang kata kau terlampau gemuk untuk join marathon.
Kau terlampau tua untuk belajar mengaji.
Kau terlampau muda untuk travel jauh-jauh.
Kau terlampau kecil untuk bersekolah jauh dari mak bapak.

Suara-suara ni kadang-kadang datang dari orang terdekat seperti mak bapak, husband and wife.
Maybe husband/wife kita takut what would happened to their relationship if we grew so they tried to buatkan kita tak berkembang.

Bab suara dari husband ni aku rasa pembaca blog ni dah tau kot history bagaimana aku constantly dikondem oleh En Wan setiap kali aku nak buat something big.
Dari mula aku setup XZIZ Biotech lagi dia kondem.
Then aku start Fleur by Mrs Him pun dia kondem juga.
Sampailah aku start GreenAard, pun kena kondem.
Last-last now dia jadi big bos company yang dia kondem tu.

Bila aku nak publish buku sendiri pun, dia kondem.
Padahal aku bukan nak publish untuk satu dunia baca, aku just nak buat untuk blog reader saja.
Aku cakap aku adalah seorang blogger, and I had built up a following of avid readers, so why not aku buat sesuatu untuk crowd aku, itu je.

En Wan kata "Ada ke orang nak beli?"

Aku rasa En Wan ni adalah haters terbaik aku.
Dia always kondem aku, tapi dengan setiap kondem dia tu aku jadi lagi semangat nak buktikan kat dia I can do it.



Ni buku pertama aku, the one I was told no one would buy, has sold more than a thousand copies, among crowd blog readers saja.
Kira ok la kan, jual kat blog je pun, bukan kat kedai.
Buku ni takde dah, dah habis.
Yang ada now buku Vol 2 saja.

So here's the most important piece of that story.
If I had listened to suara yang menidakkan impian aku, that book akan kekal dalam laptop aku sebagai draft saja.
Tapi sebab aku chose untuk tak dengar and proceed dengan impian aku, akhirnya sekarang dah keluar buku kedua.
Aku bukanlah writer besar, hanya blogger picisan saja.
But satu achievement untuk aku bila aku ada kelompok pembaca tegar yang appreciate penulisan aku.

Orang boleh cakap apa saja but you get to decide if you are willing to listen.

Pasang impian memang senang, yang susah adalah accomplishing them.
Nak tukar impian jadi realiti kadang-kadang ambik masa yang sangat lama.

Macam orang sambung belajar.
3-4 tahun sambung blaja tak habis-habis.
Tengok kiri kanan, member ada yang dah kawen dan beranak.
Ada member yang kawen dah bercerai balik, tapi kita masih blaja tak habis-habis.
Ni baru blaja, belum kerja pun lagi.
Orang lain dah kumpul harta, kita dalam lab lagi extract bacteria tak sudah-sudah.

Dalam keadaan ni, we feel as though we are still way back there at the start when everybody is passing us by.
Ada waktu-waktunya rasa macam nak menangis.

Go ahead. Menangislah, takde siapa larang.
Tapi lepas menangis, keep going.
You think your dream is too hard?
Eh, takde siapa pun kata senang.


Cerita ketiga :


Wahhhh tetiba keluar hero Telugu. Kahkahkah.

Siapa tengok Baahubali mesti kenal image ni.
Nama pelakon ni Prabhas.
Ada cerita best tentang dia yang aku boleh relate dengan topik aku ni.

Sebelum dia berlakon Baahubali, dia bukanlah barisan pelakon yang popular sangat.
I mean dia popular tapi filem dia tak banyak yang box office.
So one day dia di-approached untuk carry watak Bahubali, and that was in 2011.

Director dah cakap awal-awal cerita Bahubali ni akan ambil masa 5 tahun untuk siap.
Shooting start 2012.
Sebelum shooting start dia kena pasang badan, naikkan muscle sebanyak 20kg.
Rambut kena simpan panjang, jambang takleh shave.
Semua ni kena maintain selama 5 tahun.

Mana ada pelakon yang nak stay dengan 1 filem saja selama 5 tahun?
Keje gila kot.
Orang lain 5 tahun boleh berlakon 4 filem, boleh berlakon iklan, boleh jadi duta produk bagai.
Tapi dia, 5 tahun tak boleh buat apa-apa selain Bahubali.

Watak ni memang di-tailor-made untuk Prabhas sebab dia ni size gigantic sikit.
Tinggi 6'2"and badan dia tegap, sesuai untuk watak warrior.
Untuk pelakon lain dalam movie Bahubali ni, director tak kisah kalau in between tu nak ambik job lain but not for Prabhas.
Sepanjang 5 tahun ni Prabhas diminta untuk buat Bahubali saja sebab kena kekalkan bentuk badan and rambut yang sama.

Bayangkan, filem ni belum tentu lagi laku tapi dia tak boleh ambik job lain in between.
Dibuatnya sekali filem ni flop, tak ke dah rugi masa bertahun-tahun, kan?
Dalam tempoh filming Bahubali 2, Prabhas pernah dapat tawaran commercial bernilai 10 Crore [masa ni nama dia start melonjak sebab Bahubali 1 successful], tapi dia tolak sebab dia nak habiskan Bahubali 2.
10 Crore tu bersamaan USD1.5M!

Filem Bahubali ni 70% buat dalam studio.
Studio dorang ni besar ala-ala Hollywood, kebanyakkan set dalam studio je.
Prabhas kata sepanjang 5 tahun buat filem ni, ramai pelakon-pelakon lain keluar masuk studio buat filem.
Ada sorang pelakon keluar masuk studio habiskan 2-3 filem, tapi dia masih lagi dengan scene perang yang tak habis-habis [Bahubali punya scene perang ambil masa 128 hari].
Kalau kita mesti dah rasa nak give up, orang lain nampak macam-macam progress dah, kita satu filem pun belum settle lagi.

Akhirnya, determination dia paid off.
Bahubali tapau sampai USD28 juta.
Masa Bahubali ditayangkan kat LA and Japan, director dia menangis bagitau the pillar of Bahubali was Prabhas.
Kalau Prabhas give up dalam tempoh 5 tahun tu, filem hebat ni takkan pernah wujud sebab karakter tu dibuat khas untuk Prabhas.
Hanya dia saja layak untuk watak tu.

Sebelum penggambaran bermula lagi Prabhas ni dah hidup seperti seorang royalty and warrior supaya karakter tu sebati dalam diri.
Bayangkan selama 6 tahun dia kena maintain gaya hidup seorang warrior and royalty.
Everyday 8 hourse training pedang and kuda.
Bahu dia pernah patah sebab jatuh dari tempat tinggi masa filming this movie, tapi dia never quit.
He is a definition of determination.

Now, orang bayar dia USD430K untuk satu filem tau. USD, bukan rupee.
Dia satu-satunya actor dari South India yang dibuat patung kat Madamme Tussaud.

Takde impian yang tak susah.
Takde cita-cita yang dapat siap dalam masa singkat.

Kenal Julia Child?
It took her 10 years to write buku memasak Mastering the Art of French Cooking.
Buku tu popular sampai sekarang orang dok cari lagi.

James Cameron kenal?
Dia prepare filem Avatar selama 15 tahun.
Hasilnya, filem tu jadi the most successful film in the history.

Ceritanya kat sini, nothing that lasts is accomplished quickly.
Nak membina legacy bukan based on a single moment.
It's a collection of experiences.

Between my company and current bisnes I run now, it's taken me 11 years of work to get to this place.
It took me 11 years to make mistakes over and over again to learn how to do business.
It took me 11 years untuk menulis blog post merepek that nobody wanted to read before I come out with my own book.

Cakap je apa benda yang aku tak endure.
Hardship?
Rejection?
Discouragement?
Hatred?

Takde siapa kata akan capai impian dengan mudah, let alone dalam masa sekejap.
It takes years sometimes.

Ramai orang yang jauh lebih berjaya kat luar sana.
Pergilah tanya how they manage to sampai tempat di mana dorang berada sekarang.
Konfem dorang jawab because dorang tak give up.

So bila ada suara-suara cakap "susah ni", "ini ambik masa lama ni", "kau tak boleh buat", "you are too old"..... - they are actually giving you permission to quit.
Itu punca kenapa ramai yang give up.
It's not because tak cukup ilmu atau tak cukup modal tapi punca terbesar adalah you quit because they said you can't do it.



2019-05-20

Suami tergugat bila isteri lebih hebat?


Hari ini, ramai yang dah mula faham isu kesaksamaan jantina.
Dulu, orang perempuan sinonim dengan kerja-kerja kat dapur, urus anak-anak, urus makan pakai suami, etc.
Dalam ertikata lain, orang perempuan ni nampak lebih sesuai duduk rumah jadi surirumahtangga.

Now, ramai dah perempuan yang berkerja, ada income, ada own business, malah some women ada income and career yang lebih hebat dari suami.

So the issue now, ada suami yang feel threatened bila isteri lebih hebat dari dia.

Sebenarnya tak perlu rasa terancam dengan kehebatan isteri.

Isteri lebih berjaya.
Isteri lebih berjawatan tinggi.
Gaji isteri lebih tinggi.
Isteri lebih dikenali.
Isteri lebih dihormati.

Tak perlulah nak rasa terancam, bang.
Yang hebat tu pun bukan orang lain, isteri kau juga.
Ini bukan zamannya nak rasa tergugat dengan kehebatan isteri.
Daripada memikirkan sisi negatif, ada banyak sisi positif beristerikan perempuan yang success dan hebat and sebagai suami patut berbangga.

Salah satunya, kestabilan financial.

Tak, bukan nak encourage suami bergantung pada pendapatan isteri tetapi isteri yang ada kestabilan kewangan boleh bantu contribute secara tetap setiap bulan.
Isteri-isteri ni bukannya berkira sangat bang, especially isteri yang ada pendapatan tinggi dari abang.
Selalunya they are willing to contribute sebab dorang pun nak kehidupan yang lebih selesa.
Ringanlah sikit beban abang.
Sebab dorang pun paham, seronok sama-sama, takkan beban nak abang pikul sorang-sorang ye tak?
Jadi, dengan kestabilan kewangan macam ni, abang sekeluarga dapat hidup above average.

Tapi tak bermakna abang boleh lepaskan banyak tanggungjawab.
Abang kena faham keperluan asas tetap abang kena cover.
Kalau yang wajib abang penuhi, insyallah isteri abang akan top up benda-benda yang bukan keperluan, contohnya raya ni dapat abang jam tangan baru ke, kasut baru ke, minyak balik kampung dia top-up ke, etc.

Lagi satu, perempuan yang bekerja lebih cenderung memiliki pemikiran yang terbuka.
Senang nak bawak ketepi-ketengah orang kata.
Tak semua, tapi kebanyakkannya begitulah.
Tapi jangan pulak anggap perempuan yang tak bekerjaya tu close minded.
Mohon jangan spin statement akak pulak ya.

Bukan apa, perempuan yang berkerjaya biasanya kerap jumpa ramai orang kat tempat kerja.
Proses interaksi dengan ramai orang akan mempengaruhi psikologi mereka menyebabkan dorang lebih mudah menerima perbezaan serta boleh share ideas dari perspektif dia pula.

Ingat senang nak jadi open minded?
Bukan boleh dilatih seminggu dua.
Being open-minded can be really tough sometimes kerana kita dibesarkan dengan kefahaman dan kebiasaan yang dah dipractised sejak kecil.
Disebabkan itu, kita semua lebih selesa meletakkan diri kita di kalangan orang-orang yang ada nilai, kebiasaan dan kepercayaan yang sama.
Walaupun kita nak sangat jadi open minded, it can be very difficult when we are faced with ideas that challenge our own.
We may struggle from time to time.
That's why abang beruntung kalau dapat isteri yang open minded.

Tapi some suami tak suka bila isterinya ada perspektif yang berbeza.
Egonya sebagai lelaki mahukan seorang isteri yang patuh akan tercabar bila dapat isteri yang bijak memberi pandangan.
Suami macam ni kadang-kadang bukan tak boleh terima pandangan orang lain.
Dia boleh je terima new perspektif tapi syaratnya jangan dari isteri, tu je.
Kalau ada yang nak menegur dia pun biarlah teguran tu dari orang lain.
Kalau dia salah, biar orang lain [kawan-kawan] tegur, jangan isteri tegur.
Tercalar betul egonya.

The thing is, tak semua kawan nak perbetulkan salah kita bang, ramai tunggu nak gelakkan je.
Bagus dah kalau isteri abang nak tegur sebab dah tentu isteri nakkan yang terbaik untuk suaminya.

Kalau isteri berkedudukan tinggi dalam kerjaya, be proud of it.
Isteri macam ni cenderung jadi lebih matang because of her job responsibilities.
Abang mungkin tak jadi her center of attention all the time, tapi isteri abang akan letakkan lebih banyak kepercayaan kepada abang.

Jangan anggap semua isteri yang lebih hebat dari suami akan jadi besar kepala.
Tak dinafikan ada isteri yang makin tinggi jawatan, makin tinggi gaji, makin sombong.
Tapi jangan pukul rata.
Abang banyak sangat tengok drama ni, tu pasal imaginasi over.

Kalau suami adalah ketua keluarga yang baik dan tahu tanggungjawab serta bertimbang rasa, takde de isteri nak kurang ajar.
Percayalah cakap aku, isteri-isteri ni setinggi mana pun pangkat dia, kalau suami tu baik, dia akan tetap hormat.
Nak dapat isteri kurang ajar tak perlu tunggu gaji tinggi, cukuplah kau jadi suami tak bertanggungjawab, masa tu kau tengoklah, isteri yang tak bergaji pun boleh jadi singa.
Dan segerombolan makcik-makcik bawang bersatu maki kau berjemaah.

Jarang perempuan berkira dengan suami.
Jarang.

Perempuan adalah makhluk yang "bodoh".
Kalau dah sayang, semuanya nak dibagi.
Sanggup tong-tong duit hantaran sebelum kawen.
Sanggup berjimat-cermat nak belikan hadiah birthday boifren.
Sanggup hulur duit minyak nak balik kampung suami.

Harga diri perempuan sikit pun tak jatuh kalau pendapatan suami lebih rendah.
Tapi kebanyakkan suami tergugat bila pendapatan isteri lebih tinggi.
Why eh?

Yang pelik tu, dia sendiri sukakan wanita yang berpelajaran tinggi, yang ada karisma, tapi bila isteri tu jadi lebih successful dari dia, dia sakit hati.
Paling tak boleh blah, suruh isteri berhenti kerja terus.
Alasan, anak-anak perlukan perhatian, padahal tak boleh tengok isteri lebih berjaya.

Isteri jangan nak "yeayyyy! tak payah kerja" sangat bila suami suruh duduk rumah takyah kerja.

Tanya dulu samada suami boleh teruskan bagi duit bulan mak bapak sebanyak mana kita pernah bagi semasa kita masih berkerjaya?

Macamana dengan hutang-hutang yang sedia ada yang belum settle, apa plan dia?

Macamana dengan expenses rumah?
Jangan pulak kerana dia nak kita duduk rumah tak bekerja maka segalanya kena cut.
Dah jadi makin teruk pulak keadaannya.

Kalau ada alasan yang memang memerlukan isteri berhenti kerja [contoh anak sakit], that is totally another story.
Tapi kalau dah elok-elok bini tu kerja tak tau hujung pangkal suruh berhenti, rasanya isteri kena fikir dulu.
Bukan nak ajar jadi kurang ajar, tapi biar tindakan kita ada common sense.
Suami yang ada 'penyakit' ni tak ramai, tapi ada.
Penyakit terancam dengan kehebatan isteri.
Patutnya proud isteri berjaya, ini dia pulak jadikan bini rival.

Kepada suami-suami yang insecure isteri lebih berjaya, nasihat aku, tak payahlah takut sangat.
You just need to be a good husband, loving, caring, responsible and be kind to her, that's all.
Isteri bukan berkira sangat suami jawatan rendah ke, income tak tinggi ke, janji ada contribution yang significant asalkan jangan sampai semua tanggungjawab dilepaskan kat bini.
So abang tak payah nak rasa tergugat sangat.
Suami dan isteri sepatutnya complete each other, bukan compete with each other.




Thank you yang bagi review kat website GreenAard. 


2019-05-17

Puasa, tapi tak kurus pun.



Bulan-bulan puasa ni paling mudah untuk kurangkan berat badan.
Kalau hari-hari tak puasa sebelum ni, misi nak berdiet always gagal sebab orang keliling sibuk ajak makan.
Jadi, bulan puasa ni bulan terbaik untuk istiqomah berdiet.

Tapi ada juga yang cakap, walaupun dalam keadaan berpuasa, berat masih tak turun.
Kalau turun pun sikitttt sangat, 100-200g je, padahal dah habis kurangkan makan dah ni.

Mustahil sangat dalam keadaan berpuasa berat masih tak turun-turun.
Kalau berat masih tak berubah walaupun berpuasa, maknanya ada 2 kemungkinan :

1. Makan terlalu sikit [less than 1000 kalori]
2. Makan terlebih kalori atau makan banyak sangat waktu berbuka tu.

Gambar aku kat atas bukti, puasa atau tak, berat badan tak turun pun dari sudut angka.
Sama je maintain  51kg.
Tapi dari segi body fat maybe ada penurunan sebab ada bahagian-bahagian badan tertentu yang dah padat [tak bergoyang].
Aku percaya lemak di bahagian tertentu dah berkurang, at the same time di bahagian lain otot bertambah menyebabkan berat pada penimbang takde beza.
Dari segi angka tak berbeza tapi bila pakai baju boleh rasa baju lebih loose dan badan lebih solid.

Sebenarnya, kurang makan belum tentu jadi syarat badan kurus.
Not eating enough pun akan buatkan badan 'mogok'.
Bila badan terlalu kurang kalori [less than 1000 kalori sehari], badan akan shut down terus dari membakar lemak.
That's why makan sikit tapi berat tak turun banyak.
Ada tu semakin tak makan, semakin berat tak turun lansung.

Itulah yang terjadi bila kita terlampau sekat makan.
Perasan kalau tak makan straight 3 hari, esok lusa turun 5kg.
Nan hado, dik!

Kalau nak kurangkan berat, just make sure kita makan below 1500 kalori dah memadai.
Kalau kita konsisten makan below 1500 kalori selama 7 hari, berat akan turun at least 400g.
1500 kalori ni adalah jumlah 2 kali makan nasi putih with lauk-pauk.
Yang penting lauk-pauk tu jangan exceed 1500 kalori.

Selalunya bila kita sebut 'diet' automatically kita tolak nasi.
Nasi-nasi taknak makan katanya.
Ada yang ratah-ratah lauk bagi menggantikan nasi.

The thing is, 100g ayam bakar [chicken breast] dah bersamaan 230 kalori.
Itu baru 100g tau.
Mustahil kita makan setakat 100g ayam.
Selalunya bila tak makan nasi, kita tend to makan lauk dengan banyak, jauh lebih banyak dari makan nasi.

Untuk yang belum biasa dengan kiraan kalori, kekdah meratah lauk selalunya akan tersasar dari portion yang sepatutnya.
That's why aku sangat tak setuju bila mana nak berdiet je, tinggalkan nasi.
Tak perlu tinggalkan nasi, just kurangkan nasi dah memadai.

Eating healthy food tak bermakna low calorie tau.
Banyak je healthy food yang kalori-nya jauh lagi tinggi dari sepinggan nasi.
It's all about portion dan waktu pengambilan makanan.

By the way, kalau kita ada masalah hormon, kena bersedia dengan kesukaran menurunkan berat badan juga.
Yang ni memang tak dapek nak tolong, kena top up dengan work out.

Ramai yang susah nak turunkan berat badan kerana terlalu follow 'avoid' list.
Avoid List ni macam aiskrim, kek, kukis, fast food, jajan.

Bila terlampau avoid these lists, ia akan menambahkan lagi kita punya craving.
Setiap kali craving ni datang kita cuba 'matikan' craving dengan makan makanan yang sihat katanya.
Ujung-ujung tak sedar dah mencekik terlebih kalori.

Cara ni salah.

Instead of cutting out foods you enjoy, try ambil dalam kuantiti sederhana.

Teringin nak makan Spicy Chicken McDeluxe?
Ok ambil burger saja, tolak fries and pepsi.

Teringin nak Starbucks Java Chip?
Ok, save it for special occasions.
Set date, maybe on 23rd of every month beli Starbucks.

Jangan avoid terus.
You shouldn't cut out foods you enjoy just because you'd like to lose weight.
Pandai-pandailah cari time untuk matikan craving.

Lagi satu, kalau teringin nak makan aiskrim, pastikan dulu jenis aiskrim apa yang nak dimakan.
Kalau teringin nak makan Baskin & Robbin choc chip vanilla, pastikan dapatkan ini juga.
Don't settle for other than this.
Sebab kalau kita rembat sebarang-sebarang aiskrim semata-mata nak makan aiskrim, selalunya kita takkan puas.
Craving tu tak berenti selagi tak dapat the exact aiskrim yang kita nak.

Yang penting, makan bila lapar.
Tak lapar, jangan makan.
Kalau ada terasa nak mengunyah, minum air kosong dulu.
Kadang-kadang kita bukannya lapar tapi haus.
Kalau selepas minum 500ml air putih masih lagi terasa lapar, ok makan.
Kalau tak, jangan makan.

Tapi ada satu faktor yang mungkin boleh menyebabkan kenapa dengan berpuasa pun berat badan masih tak berkurang.

Tak cukup tidur.

Bulan-bulan puasa ni, kita tak cukup tidur kan.
Kalau boleh, pukul 10.30pm tido lah.
Isyak around 8.30pm, by 9.30-9.45pm terawikh dah boleh settle [8 + 3].
Pukul 10.30pm please tido.
Bangkit 4.30am, insyallah cukup rest tu.

Bila tidur tak cukup, akan affect metabolisma badan.
Kita maybe tak rasa letih, tapi dalam badan ni dah letih.
Bila tidur tak cukup, badan secara otomatik akan release hormon kortisol [hormon stress].
Hormon kortisol yang banyak dalam badan akan buatkan metabolisme badan jadi slow.
Itu antara punca berat tak turun banyak walaupun makan sikit.

That's why untuk turunkan berat badan, kurang makan bukanlah satu-satunya syarat.
Ada banyak faktor lain yang diambil kira.



By the way, sekarang ada offer MENU BOOK yang kita offer setahun sekali saja.
Refresh blog ni and klik pada pop out window.




2019-05-16

Kenapa perempuan stay dengan lelaki yang curang



Silakan baca email di atas.
Aku tak nak sentuh isu dalam email ni kerana this lady dah pun kembali ok dengan suami serta sedang cuba memperbaiki segalanya.
Cuma aku nak touch pada isu yang sama, secara general.

Lately ni banyak kes macam ni.
Dan selalunya respond dari kita-kita yang takde kena-mengena dengan masalah tu adalah - "Apesal bodoh stay dengan suami macam tu?"

Dalam dunia rumahtangga melayu [selalunyalah], bila suami buat hal, isteri always bagi peluang kedua untuk suami berubah.
Isteri sanggup terima suami semula dan cuba lupakan apa yang dah berlaku.
Isteri yang sebegini selalunya menyalahkan diri sendiri - "mungkin saya tak cukup beri perhatian padanya, mungkin saya tak layan dia dengan baik, mungkin saya bukan isteri yang baik, etc."
Walaupun kadang-kadang apa yang berlaku tidak 100% kerana dia, tetap dia bermuhasabah diri dan beri peluang kedua kepada suami.
Yet, when woman cheats, the relationship often ends in divorce.

Benda ni selalu buat aku terfikir.

Selalunya bila suami buat hal, jarang keluarga suami dapat tau.
Kadang-kadang isteri pendam masalah tu sorang-sorang sampaikan mak bapak dia sendiri pun tak tau rumahtangga sedang bermasalah.
Air muka suami tetap dijaga.
Tapi bila isteri yang buat hal, jangankan kata immediate family, nenek sedara kepada bapak mertua pun boleh tahu cerita.

Dan selalunya kalau suami buat perangai, orang kata isteri tak pandai jaga laki.
Tapi kalau isteri buat perangai, jarang orang salahkan suami tak pandai jaga isteri.
Pasti isteri tu jugak yang akan dikutuk beramai-ramai.

Teringat orang tua-tua cakap "Lelaki kalau buat jahat orang tak kata sebab itu memang perangai lelaki. Tapi kalau perempuan buat jahat, sampai bila-bila orang mengata".

Ye lah sangat.

For some people, cheating means an automatic break-up.
Tapi ada juga boleh terima kembali kerana masih ada perasaan sayang dan nak cuba perbaiki hubungan.
Orang perempuan selalunya akan bagi peluang kedua kalau suami buat hal.
Tapi cuba kalau isteri yang buat hal.
Dia punya huru-hara macam nak kiamat.

No, ini bukan post menggalakkan isteri buat jahat.
Bukan juga encourage suami terima apa saja isteri buat.
Bukan macam tu.
Tapi nak mengajak untuk berfikir kenapa ada perbezaan penerimaan kat sini.

Bila isteri tak bagi peluang kedua, dikatanya 'semua orang pernah buat silap'.
Bila isteri bagi peluang, dikatanya isteri lemah.

Hakikatnya, tak semuanya lemah dan tak boleh hidup sendiri [walaupun kebanyakkannya memang dependant].
It all depends on apa reason isteri bagi peluang kedua.
If you do it because you fear being alone, then yes that's a bit weak.
But if you do it because you still believe that you can be happy with them, then that's not weak.

Kadang-kadang isteri terima suami kembali sebab memikirkan masa depan anak-anak.
Kalau takde anak, rasanya dah lama dia tinggalkan.

Selalunya gitulah.

Tak sampai hati tengok anak sendiri tak berbapak.
At the same time maybe faktor isteri tidak bekerja.

Menerima kembali senang, tapi rebuilding trust tu yang susah.
It does take a lot of work especially bab communication.
Selalunya bila trust has been broken, asal ada arguments je mesti salah sorang bangkitkan balik kisah silam.
Ada je point nak bash balik.
Aku tak sure if suami dan isteri ni boleh jadi satu team semula.

Bagi second chance, ok.
Third chance, hmm....?
Kalau berkali-kali benda yang sama terjadi, cukup-cukuplah kot.
Bukan apa, selalunya bila kita start bagi second chance, we are telling them that they are allowed to cheat again in the future.

Apa yang lebih penting adalah samada keputusan yang kita pilih tu bijak atau tak.
Tanya diri kita samada dengan memberi peluang lagi sekali adakah akan memperbaiki keadaan?
Adakah kita akan kembali bahagia?
Boleh ke kita trust dia lagi selepas ni?
Berbaloi ke pertahankan hubungan ni?

Kalau isteri decides untuk bagi second chance, pastikan suami tahu this is one time opportunity.
Just once.
Jangan buat kerja memaafkan dan membagi peluang berkali-kali, tak bagus untuk kesihatan mental.
Bagitau dengan jelas yang lepas ni takkan ada peluang lagi.
Kalau perlu, buat surat black and white yang bertulis "Sekiranya saya didapati curang lagi, talak otomatically jatuh" [not sure la valid ke tak ni, boleh refer pakar agama].

Nak maafkan, boleh, but only when you understand what forgiveness means.
Kita memaafkan orang bukan untuk diri dia, tapi untuk kita.
Kerana tujuan memaafkan adalah supaya hati kita tenang dan boleh move on.
Kalau dengan memaafkan boleh buat kita kembali tenang, maka maafkanlah dan kembali hidup bersama dengan gembira.
Tapi kalau setelah memaafkan masih tak gembira dan terpaksa hidup dengan men-stalk pergerakan pasangan, sentiasa curiga, terpaksa pasang spy - bermakna issue tak resolve.
Dah satu hal pulak menambahkan kerja kita nak spy dia 24 jam.
Masa kita akan terbuang dengan memikirkan samada they are for real this time.

Ini tak terhad pada kes curang saja ya.
Kalau bf/gf kau sejenis yang kejap-kejap missing in action - hari ni whatsapp "I love you", then 3-4 hari senyap, then muncul balik "I love you today", then senyap 6 hari - tolonglah pertimbangkan semula la hala tuju perhubungan korang ni.
Takde maknanya seorang manusia terlalu busy sampai 3-4 hari tak hantar berita kat orang yang dia sayang.
Itu maknanya dia tak meletakkan hubungan korang sebagai priority, let alone nak bincang hal kawen.
Dah, rentikanlah dari terus berada dalam hubungan cinta yang macam ni.

Kepada pihak yang diberi peluang kedua, kena bersedialah untuk di-stalk, untuk dicurigai, untuk di-spy, etc.
Jangan pulak kau kata rimas and buat alasan "isteri dah tak percayakan saya lagi".
Dah kau yang mulakan, lepas tu kau nak salahkan bini jadi saiko.

Kena fahamlah, buat beberapa bulan setelah dimaafkan, keadaan memang takkan kembali normal.
Takkan nak expect keadaan serta-merta jadi ok seolah-olah takde apa yang terjadi?
They have a right to feel angry and hurt and this process takes time.
Trust cannot be rebuilt overnight.

Akan berlaku kejadian di mana isteri jadi sangat curiga dan sangat possesive.
Isteri check henfon suami, isteri check PM/DM suami, isteri check rekod panggilan suami, etc.
Patutnya benda macam ni tak berlaku sebab kita dah memaafkan, tak bolehlah sampai pasangan kita takde privacy lansung kan.
Tapi dari sudut positifnya, inilah masanya untuk membuktikan bahawa kau benar-benar insaf and berubah supaya dia kembali percaya.

Isteri pun janganlah berlama-lama dalam mode Inspector Gadget.
Agak-agak nampak suami dah mula berubah tu, cukup-cukuplah jadi spy.
Walaupun keadaan takkan fully kembali seperti sediakala, kalau suami dah tunjukkan usaha untuk memperbaiki hubungan, maka berlebih-kuranglah.
After all, kalau kita tak mahukan perkahwinan tu lagi, kenapa hari tu kau bagi dia peluang kedua?

Kepada isteri, jangan salahkan diri sendiri bila suami buat perangai.
Biarlah makcik-makcik bawang se-malaysia nak cakap kau tak pandai jaga laki.
Dorang yang membawang tu pun bukannya bahagia sangat kat rumah.
Kita semua tau masing-masing put a lot of effort untuk kekalkan perkahwinan.
It is not easy task.
Ada masanya kita bergaduh, gelak, menangis, merajuk, kembali gelak dan kembali bergaduh.
It's a normal process.
No such thing bahagia 24 jam.
Cuma sebahagian dari kita bernasib baik tak diuji dengan pasangan yang curang.
Risiko tetap ada, maybe peluang saja yang belum ada.

Harga diri dan nilai diri kita tak bergantung pada sikap pasangan kita.
Kalau bangsa nak menggatal tu, dia akan menggatal juga.

Walaupun selalunya isteri-isteri yang bagi peluang berkali-kali pada suami dikatakan sebagai isteri yang bodoh dan lemah, to be fair, isteri yang begini adalah isteri yang kuat sebenarnya.
Sanggup ketepikan luka dalam hati untuk buat keluarganya kelihatan sempurna semula.
Kita mungkin nampak tindakan dia bodoh, tapi entahlah.
Mungkin dia bukan bodoh, cuma belum ada kekuatan untuk keluar dari masalah.
Kita [aku] hanya boleh bagi pandangan dari perspektif masing-masing, but I know it is not easy to just walk away and split up the family.


2019-05-15

Jadilah pendengki yang ada class!


Kejap je dah nak masuk 2 minggu kita berpuasa.
Macam baru je semalam start terawikh pertama.
Tapi itulah, Ramadhan dan nak masuk setengah bulan, tapi diri nampaknya masih jauh dari taat.

Walaupun bulan Ramadhan adalah peluang terbaik untuk dapat pengampunan dan rahmat Allah, terasa masih tak banyak beza ibadah di bulan puasa dengan bulan tak puasa.
Bacaan Quran masih gitu-gitu.
Solat sunat sekadar gitu-gitu.
Zikir masih gitu-gitu jugak.

Sedangkan Allah dah bagi peluang yang sangat besar bulan ni untuk dapat rahmat dan pengampunanNya.
Sampaikan malaikat berdoa agar manusia ditimpakan kecelakaan jika setelah Ramadhan tamat, masih lagi tak dapat pengampunan Allah.

Maknanya, bukan semua orang yang berpuasa diampunkan dosanya.
Kita rasa sedang berpuasa, sedangkan hakikatnya kita hanya ubah jadual makan dan minum saja.
Kita hanya dapat lapar dan haus tapi yang lain-lainnya kita tak dapat.

Nak tau tanda-tanda dosa kita tak diampunkan di bulan Ramadhan adalah ketika hati masih ada dendam, sakit hati, iri hati dan buruk sangka pada orang lain.

Percuma je sebulan menahan lapar tapi sehingga habis Ramadhan tak mendapat keampunan Allah hanya kerana dalam hati masih ada penyakit hati terhadap orang lain.

Allahu, ruginya.

Kalau bukan di bulan Ramadhan bulan pengampunan, bulan mana lagi nak harap dosa kita diampunkan?
Bukannya tiap-tiap bulan jumpa Ramadhan, hanya setahun sekali.
Itupun belum tentu jumpa lagi next Ramadhan.

Selalunya bila terasa diri dizalimi, hati akan rasa sakit.
Itu natural reaction. Memang dah dijangka.

Dan sepertimana kebiasaan, sedaya upaya kita cuba memperbetulkan keadaan dan berusaha buat orang faham letak duduk perkara sebenar.
If what happened is really painful dan after so many explanations tetap takde orang percaya, rasa kecewa akan bertambah.
Sedar tak sedar kita jadi pendendam.

Dendam adalah efek dari hati yang kecewa.
Bila hati dah kecewa, karakter dan minda akan hancur.
Hujung-hujung, kita bertukar jadi orang yang berbeza berbanding dulu.

Apa-apa pun mesti terima hakikat bahawa orang lain juga buat salah, sama ada disengajakan atau tak.
Sama seperti kita juga buat salah, kadang-kadang secara sengaja atau tak.
Cuma selalunya salah kita pada orang jarang kita nampak, tapi salah orang pada kita, kita ingat sampai mati.

Dalam keadaan ni, Allah ada bagi formula iaitu "Tolaklah (jahat) dengan cara yang lebih baik" [Fusilat, 34].

So apakah cara yang lebih baik tu?

Apa-apa sajalah asalkan tak memudaratkan dua-dua pihak.

Kalau perlu maafkan, maafkan.
Kalau belum boleh maafkan, jangan ditambah masalah lagi.

Kalau kita adalah orang yang dizalimi dan kita pilih untuk berdiam, itu baik.
Tapi jika perlu membuktikan kebenaran, itu pun tak salah.

Kadang-kadang kita perlu menjelaskan dan mengadu tentang apa yang berlaku.
Buatlah, tapi lepas tu, move on.
Jangan expect apa-apa lagi.
Mereka nak percaya atau tak, terpulang.
You have done your part already.

Bukan apa, nanti hilangkan nak dapat kepercayaan orang, kita pula yang hilang pertimbangan.
Lebih baik selamatkan diri sendiri dari hanyut terlalu jauh kerana kita akan dipertangungjawabkan dengan apa yang kita buat, bukan apa yang orang lain buat pada kita.
Kita tak boleh paksa orang lain buat baik kat kita tapi kita boleh paksa diri kita untuk buat baik kat orang lain.

Actually rasa sakit hati bukanlah masalah besar sebab semua orang pun ada rasa sakit hati pada orang lain.
Yang menjadi masalah adalah bila kita terlampau lama simpan rasa tak puas hati, sakit hati, benci dan dendam pada orang lain sampaikan kita tak jumpa jalan keluar dah [atau tak boleh hidup tanpa ada rasa sakit hati kerana dah jadi kebiasaaan].
Bila dah terbiasa hidup dengan rasa sakit hati pada orang lain, sedar tak sedar diri cenderung untuk sentiasa cari peluang create issue supaya ada reason untuk terus sakit hati pada orang lain.

Manusia begini tak biasa hidup dengan aura positif.
Dia hanya boleh bernafas dengan udara negatif.
That's why dia 'menggelepar' kalau sehari tak dengar gossip, tak membawang, tak melaga-lagakan dan tak menyampai-nyampaikan aib orang lain.

Percayalah.
Orang macam ni ada je kat sekeliling kita.

Tengok balik sejarah.
Kenapa iblis tak nak sujud pada Adam?
Kerana iblis sangat dengki pada Adam.
That's why sesiapa di antara kita ada sifat dengki, maka dia memiliki salah satu sifat iblis.

Kemuliaan tak akan datang dengan cara kita balas dendam.
Kemuliaan hanya akan datang kalau kita gantikan dendam dengan kebaikan.
Seorang pendengki hidupnya tak akan mulia di dunia. Ini janji Allah.
Malaikat pun muak kepada pendengki.
Sebab itulah malaikat berdoa agar ditimpakan kecelakaan kepada mereka yang tak mendapatkan keampunan Allah di bulan Ramadhan, antaranya adalah manusia yang dalam dirinya ada sifat dengki dan sakit hati.

"Kalau dengki untuk kebaikan, boleh tak?"

Secara umum, sifat ini terbagi kepada dua.

Yang pertama, dengki yang diharamkan.
Dengki jenis ni adalah bila kita rasa tak senang atas kenikmatan yang orang lain dapat.
Dalam masa yang sama kita senang kalau orang lain dapat musibah.
Kita mahukan apa yang dia ada itu hilang atau berpindah pada kita.
Ini dengki yang diharamkan.

Kedua, dengki yang dibolehkan.
Kita iri hati pada apa yang orang lain ada tapi tidak mahu kenikmatan itu hilang darinya.
Contoh, tengok orang lain ada life yang bagus, kita pun nak life macam tu tapi kita tak mahu porak-perandakan kebahagian dia.
Kita hanya mahu jadi seperti dia saja.
Keinginan yang macam ni adalah wajar.
Selagi dengki tu menjadikan kita lebih bermotivasi, silakan.

Malah, dengki macam ni berpotensi menjadi pahala untuk kita dan dia.
Apa taknya, kalau dia adalah orang yang berilmu, selalu berdakwah dengan ilmunya, mengamalkan ilmunya dengan bijaksana, kita jadi motivated untuk buat benda yang sama.
Ketika kita tengok orang kaya yang suka membelanjakan hartanya ke jalan Allah, kita pun jadi teringin nak buat hal yang sama.
Ketika kita tengok orang lain masih dapat beramal soleh walau dalam kesibukan kerja, kita jadikan dia motivasi untuk kita lakukan perkara yang sama.
Bukannya "Alah, dia takde anak kecik, boleh lah nak mengaji lama-lama".

Ingat!
Niat nak buat baik saja dah berpahala.
Bermakna, dengki yang membuatkan keinginan kita bertambah untuk melakukan kebaikan, ia boleh menjadi pahala buat kita.
Teringin saja dah berpahala.
Kalau boleh cari pahala dengan berdengki, kenapa nak cari dengki yang dapat dosa?

Jom dengki dengan orang yang baru 10 hari puasa dah khatam Quran.
Jadilah pendengki yang ada class sikit!


2019-05-14

4 point ni tanya dulu sebelum kawen


Ada a few perkara yang kita kena clear cut sebelum kawen.
Perkara ni tidaklah menjamin rumahtangga kekal dan bahagia tapi at least mengurangkan potensi ke arah tu.

Yang pertama, tentang duit.

Hat ni memang kena pastikan betul-betul sebab bila dah berkahwin, cinta dan kasih sayang dah bukan duduk nombor 1 lagi, tapi duit.
Duit yang duduk nombor 1.

Yang ni kita kena be realistik.
Jangan kata duit bukan segalanya.
Punca penceraian antara yang tertinggi adalah disebabkan masalah duit.
Banyak benda yang boleh disettlekan dengan duit bila dah kawen.

Ya, aku tau dulu sebelum kawen pun kita dah biasa bayar duit sewa rumah, bayar loan kereta, bayar duit minyak, bayar duit makan semua dengan duit.
Nampak macam takde changes sangat, hanya continue the same routine bila dah berkahwin.
Tapi, itu cerita dulu.
Now, ceritanya bukan lagi tentang boleh bayar atau tak, tetapi SIAPA YANG KENA BAYAR.
Yang selalu jadi bergaduh adalah tentang siapa bayar apa kerana sekarang segalanya berkongsi.

One of the biggest punca penceraian adalah duit so sebelum kawen you need to have a discussion about money.
Letakkan semua hutang-hutang atas meja and bincang.
Jangan ada rahsia tentang hutang ya, sebab kalau salah sorang mati, yang kena kejar adalah pasangan yang masih hidup, so don't play-play.
No secrets.
This is the time you get in agreement about what's going on here.

Bagitau loan apa yang masih pending, loan pendidikan berapa komitment kena bayar setiap bulan, car credit ada outstanding ke tak, berapa installment kereta, etc.
Pastikan masing-masing dah ada agreement bila kawen esok ketepikan bajet untuk langsaikan hutang-hutang ni, then baru masuk pada planning untuk buat new hutang [rumah, second car].
Kalau takde duit lebih nak buat hutang baru, please hold dulu.
Jangan lupa asingkan sikit duit untuk savings.
Jangan sampai sibuk nak clearkan hutang, savings RM20 sebulan pun tak leh buat.

Bukan apa, dari sini kita boleh blaja tentang a person's habits, samada they are a spender or a saver, and those kinds of things.
Masih sempat lagi kalau nak tangguhkan kawen sekiranya sikap pasangan perlu diubah terlebih dulu
[atau cari je lain, eh!].

Memang kita takkan boleh jumpa manusia yang perfect.
Mengambil tau kedudukan kewangan dan pembahagian tanggungjawab sebelum berkahwin bukanlah bertujuan mencari bakal suami/isteri yang sempurna.
Tapi setidak-tidaknya kita boleh nampak hala tuju marriage tu.
Kalau dengan hal duit pun takde kesepakatan, payah sikitlah jawabnya.

We are not talking about "I ada hutang MARA sikit lagi nak habis and I ada buat loan moto. Yang tu lagi 1-2 tahun habislah".

No no.
This is not the type of information yang kita nak.
Yang kita nak adalah "I ada hutang MARA lagi RM15K. Setiap bulan kena bayar RM200. Maknanya lagi 6 tahun habis bayar. I ada loan motor lagi RM3K, tetiap bulan bayar RM150. Maknanya lagi setahun setengah settle".

Ini baru namanya information.
From here baru boleh plan kat mana duit-duit ni perlu dibelanjakan dan kalau ada duit lebih baru boleh plan step seterusnya.
Barulah boleh agihkan tanggungjawab siapa bayar apa.

Bukan apa, sometimes masa bercinta semuanya rasa ok.
Tup-tup lepas kawen, suami suruh benti kerja.
Yang bini pulak tak bagitau awal-awal dulu dia masih ada loan pendidikan belum habis bayar.
Bila dah benti keje, harapkan suami bayarkan.
Suami jadi bengkek sebab dia tak expect pun akan menanggung tambahan hutang.
Lepas tu stress, then bergaduh.

Hakikatnya bukan suami tu berkira sangat, cuma kalau dibagitau awal-awal kan bagus.
At least dia bersedia sekiranya dia perlu tanggung hutang-hutang isteri.

Yang kedua, agama.

Pandangan kita terhadap agama mempengaruhi perkahwinan.
Tahu agama tak bermakna faham agama.
Kerana ramai yang tahu sekadar tahu tapi tak melaksanakan dengan baik [tak melaksanakan pun ada!].
Kalau sekadar tahu tapi tak faham, itu yang lama-lama jadi penonggeng agama.
Bab kawen dua diperjuangan, anak bini kat rumah tak cukup makan jawapannya "bersederhanalah!".
Tengkorak dia.

Ni karang ada yang kata "Ramai lagi yang ahli masjid tapi akhlak ke laut juga".

Again, jangan kaitkan ibadah dengan akhlak.
Berbuih dah aku cakap pasal ni.
Ibadah lain, akhlak lain.
Ibadah yang tak menjadikan akhlak menjadi semakin baik bermakna ada yang salah dengan ibadahnya.
Tapi kalau akhlak saja baik tetapi ibadah tidak, lagi teruk.

Bukan nak suruh jadi hebat sangat tentang agama.
Dia nak jadi rocker ke, rapper ke, suka hati tapi pastikan solat tak culas.
Solat yang dilaksanakan dengan betul, lama-kelamaan akan membawa kita memahami agama dengan lebih baik.

Bak kata ustaz aku, "Kepada yang masih mencari, pastikan bakal suami jaga solat. Memang betul dia boleh berubah selepas berkahwin. Tapi kan lebih baik soal solatnya kita pastikan dulu sebelum nikah".

Yang ketiga, anak.

Bunyinya macam gatal sangat belum kawen dah berbincang-bincang hal anak.
The thing is, bukannya suruh kau bincang pasal anak on the second time berdating.
Kalau aku jadi lelaki pun cuak, belum apa-apa dah plan pasal anak bagai.

Orang kata anak itu anugerah Allah.
Tak perlu plan, kalau Allah nak bagi, kita terima.

Ya, betul.

Disebabkan anak itu anugerahlah maka kita perlu ada planning untuk membesarkannya dengan baik.
Jangan nanti kejenya beranak beranak beranak lepas tu anak-anak bersepah-sepah.

Bila anak dah bersepah, segalanya jadi tak teratur dan tak terurus.
Bila tak terurus, mulalah refer balik point kedua tadi - "bersederhanalah!"
Sebab dah tak boleh cover kan, hujung-hujung guna modal agama.

Yang kena bersederhana tu dari segi gaya hidup.
Kalau keperluan hidup yang asas pun tunggang-terbalik, nak bersederhana celah mana lagi?

Bukan apa, benda ni banyak dah terjadi.
Bila takde proper planning, ujung-ujung yang jadi mangsa anak tu juga.
Laki bini time ni dah mula bertekak itu tak cukup ini tak cukup.
Last-last salah sorang angkat kaki, yang terumbang-ambing anak-anak.

Make sure expectations about kids are compatible between you two.
Berapa orang anak nak, apa plan untuk membesarkan anak-anak, kat mana anak-anak ni nak dihantar blaja, apa approach yang nak digunapakai untuk anak-anak, what you agree with and what you don't.
Kalau perlu anak-anak ini dijaga oleh famili [parents] pun kena bincang siap-siap.
Kalau tak nak keluarga jaga pun kena bagitau kat pasangan supaya takde kejadian sentap-menyentap kendian hari.

Yang last sekali, persediaan nak hadapi keluarga mertua.

Hat ni ada yang kata patut duduk kat point pertama sekali sebab ini crucial.
Sukahati lah nak duduk nombor berapa pun, yang penting point ni mesti masuk dalam perbincangan.

Jangan expect orang luar terima kita seadanya.
Kita terima orang seadanya, boleh.
Tapi jangan mengharap sebagaimana kita boleh terima orang, orang pun kena terima kita juga.
No, benda ni tak berlaku macam tu.

Kita sebagai 'orang baru' yang kena bersedia sebab kita nak masuk dalam keluarga orang.
Kenal pasti apa kebiasaan keluarga tu, apa pantang-larangnya, berapa banyak penglibatan dorang dalam hidup kita nanti setelah berkahwin, etc.
Lay out your expectations up front.

Kalau tak mahu duduk serumah dengan mertua, bincang awal-awal sebelum kawen lagi dah kena ada clear cut tentang ni.
Discuss dengan pasangan how kita boleh duduk asing tapi masih rapat dengan keluarga.
Jangan nanti dah kawen baru tahu yang kita kena duduk serumah dengan mertua, mak mertua tak kasik keluar rumah, mak kandung nak join ikut duduk rumah anak sekali, etc.
Kalau masing-masing jenis tak kisah takpe, kalau jenis kisah?
Jawabnya, hadaplah dan bertekak everyday.
No turning back okeh.

Bunyinya macam paranoid, kan?
Semua benda nak kena clear cut sebelum kawen.
But come to think of it, kalau kita dan pasangan sama-sama mahukan kehidupan yang lebih baik, dah tentu masing-masing tak kisah nak discuss benda ni.

Apa-apa pun, points yang aku bagi ni cuma guidelines saja.
Jangan beranggapan things have to be perfect.
Mempunyai hubungan yang baik hanyalah matlamat kita, tapi mengharapkan perhubungan tu perfect is too much pressure.
Takde istilah hubungan yang sempurna.
Cumanya, kalau kita dapat kenal pasti point-point tadi before kawen, insyallah kita boleh ubah apa yang jadi masalah bagi kebanyakkan orang.




Thank you All.
Offer Mother's Day tamat.
Tapi marble cosmetic bag masih ada berbaki.
Boleh tanya-tanya admin kalau-kalau purchase today onwards dapat free bag ke tak :)


2019-05-13

Review movie lagi.



Ini respond dari blog reader lepas aku review movie 96 2 minggu lepas.
Ada sesiapa ke yang dah tengok 96?
Merembes ke idok? Hahaha.

Yes, hari ni aku nak review 6 lagi movies yang aku berjaya tengok.
Ada Telugu, Tamil and Hindi.
Baiklah, kita mulakan sekarang.



1. Vikram Vedha (2017)

Rating : 8.7/10. Tamil.
Hero : Madhavan & Vijay Sethupati

Ini filem kedua Vijay aku tengok after film 96.
Jauh betul larinya karakter dia dalam ni banding dengan 96.
Dalam Vikram Vedha, Vijay pegang watak villain bernama Vedha.
Madhavan jadi polis nama Vikram.

Secara ringkasnya, ini simple straight forward police and gangster punya movie tapi jalan cerita tu yang buatkan cerita ni best.
Vedha ni penjahat yang paling susah nak ditangkap and paling polis nak.
So one day, Vedham ni tetiba datang balai polis untuk serah diri.
Vikram rasa macam ada something wrong, takkan lah Vedha nak serah diri tanpa sebab.
Dalam tempoh Vedha disoal-siasat oleh Vikram, ada a few short stories yang dia selitkan.
The short stories ini yang ada hint kenapa dia serah diri.

Vikram ni polis yang tahu membezakan apa yang betul and apa yang salah manakala Vedha pulak adalah gangster yang faham kenapa sesuatu itu jadi betul dan salah.
So dari dari short stories yang Vedha cerita tu akan ubah persepsi Vikram tentang good and evil.

Sebenarnya [aku cerita sikitlah ya], dalam satu ops, Vikram bunuh geng-geng Vedha.
Dan salah sorang yang dia bunuh tu adalah adik Vedha.
Yang pedihnya, adik Vedha ni tak sepatutnya ada di area tu sebab adik dia bukan gangster.
So now the question kenapa adik Vedha boleh ada kat situ tanpa pengetahuan Vedha.



2. Thadam (2019)

Rating : 8.5/10. Tamil.
Hero : Arun Vijay

Ini genre action-thriller.
Kisah tentang sepasang kembar seiras, sorang nama Ezhil, sorang nama Kavin.
Ezhil ni decent person, businessman/contractor.
Kavin pulak penyangak.

One day, awek Ezhil ni left for Bangalore untuk attend kenduri kawen.
Dalam tempoh ni, Kavin perlukan duit untuk bayar hutang orang.
So terjadilah kisah pecah masuk rumah orang.
Tuan rumah ditemui dibunuh, tapi kesan cap jari semua takde.
Tapi kebetulan rumah sebelah ada buat party on the night kes pecah rumah.
Salah sorang guest ada ambik gamba selfie, tak sangka pulak imej penyangak yang pecah masuk rumah tu ada dalam gamba.

Polis yang handle this case kenal gambar pembunuh tu - Ezhil.
Ezhil kena tangkap and disoal-siasat.
Walaupun keterangan Ezhil menunjukkan dia ada alibi semasa kejadian, the polis insist untuk sabitkan dia dengan kesalahan membunuh sebab kebetulan polis ni ada personal issue sikit dengan Ezhil.

Tup-tup Kavin kena tangkap sebab kes mabuk langgar jip polis.
Polis jadi terperanjat bila nampak ada dua orang muka sama.
So now kes dah jadi lebih rumit because salah sorang disyaki pembunuh tapi dua-dua ada alibi.

Best jalan cerita dia, tentang macamana polis usaha cari bukti dan setiap bukti tu tak memihak pada salah sorang pun, until polis terima surat akuan dokter.
Haaa.....akuan apa?
Tengok sendiri la.
Kalau aku cerita sampai habis dah tak jadi action-thriller le jawabnya.



3. Badla (2019)

Rating : 8.5/10. Hindi
Hero : Amitabh Bachan

Ini genre misteri-thriller.
Cerita dia berkisarkan satu hari saja.
Tentang perjumpaan seorang peguan yang belum pernah kalah kes [Amitabh Bachan] dengan sorang perempuan yang dituduh membunuh.

Kisah tentang Naina dituduh membunuh kekasih gelapnya, Arjun.
Lawyer kepada Naina suggest Naina ambil Badla [Bachan] untuk handle kes ni.

Dalam perbincangan satu hari tu, Naina ceritakan tentang bagaimana pembunuhan tu terjadi.
Dia and Arjun on the way nak ke airport selepas bermalam kat satu cottage.
On the way tu dorang terlanggar kereta, pemandu tu mati.
Masing-masing dah gelabah, so Naina ditugaskan oleh Arjun untuk humban kereta tu [with mangsa] ke tasik.
Arjun tunggu kat tempat kejadian sebab kebetulan kereta dorang takleh start.

Masa Arjun tunggu tu ada satu lagi kereta lalu and they stopped.
Husband and wife.
The husband tu kebetulan mekanik, he insisted Arjun ikut dorang balik sebab dia boleh betulkan kereta.
So Arjun ikut.
Masa kat rumah, sementara husband tengah baiki kereta Arjun, the wife bersembang dengan Arjun kat dalam rumah sambil tunjukkan gamba the only son yang dorang ada.
The son tu adalah mangsa kena langgar tadi rupanya.
Kebetulan anak dia tu tak balik-balik lagi jadi the wife try call.
Si Arjun ni pulak sebelum dia suruh Naina humbankan kereta tu ke tasik, dia ambik phone mangsa tu [just in case lah konon].
Kau just imagine cuak ke tak bila mak dia call sekali henfon tu berbunyi kat poket Arjun?

Ok ni baru 45 minit pertama je tau aku cerita.
Cerita ni fast pace, kau nak pi kencing pun sayang okeh.
Ada plot twist yang sangat-sangat tak terduga.
Memang best.
Sila tengok sendiri.



4. October (2018)

Rating : 7.6/10. Hindi.
Hero : Varun Dhawan

Genre filem ni nak kata romantik pun tak, nak kata lover story pun tak, tapi macam terkesan sangat dalam hati.

Kisah tentang Danish [Varun] and Shiuli yang sama-sama jadi trainee kat hotel.
Danish ni ada careless attitude sikit sebab dia tak sukakan task yang dia dapat kat situ.
Dia sukakan task kat banquet tapi hotel always bagi dia task yang "low class" kat dobi, kat house keeping, mengemop lantai, etc.
So disebabkan itu, dia selalu buat keje acuh tak acuh and always ada strained relations with most of his co-workers and seniors.

Cuma Shiuli ni je yang suka nampak macam boleh berkawan dengan Danish [tapi tak rapat sangat].
Satu malam, dorang ni buat party sikit kat balkony hotel.
Shiuli terjatuh masa duduk kat tebing.
Jatuh head first menyebabkan dia injury teruk and macam tak berapa boleh ingat.
Danish takde waktu tu.
So masa kawan-kawan bagitau pasal Shiuli ni mula-mula dia tak interested sangat sebab dia kan tak berapa baik dengan ramai orang.
Tapi dia dapat tau sebelum Shiuli terjatuh tu, ayat terakhir Shiuli adalah "Danish kat mana?".

Disebabkan ayat last Shiuli tu yang buatkan Danish realized ada orang care pasal dia.
So bermula dari situ Danish jadi pelawat tetap Shiuli kat ICU.
Dokter pun takde keyakinan nak teruskan rawatan sebab keadaan Shiuli sangat teruk tapi entah macamana Danish ni berjaya yakinkan parents Shiuli untuk teruskan treatment.
Danish sendiri sanggup bayarkan kos perawatan sikit.

Shiuli tak sedar lama sangat.
One day, Danish datang bawak bunga putih.
Bunga putih ni Shiuli selalu kutip bawak pi hotel.
Setiap kali Danish nampak Shiuli bawak bunga ni, dia bengang sebab seolah-seolah macam sampah.
Bila Danish taburkan bunga tu kat keliling katil, Shiuli bagi respond.
Bau bunga tu buatkan dia akhirnya sedar dari koma.
Tapi tu la, dia sedar tapi dia tak ingat siapa Danish.

Danish tetap lawat Shiuli sampai Shiuli dibenarkan balik rumah [tapi tak fully recover lagi].
Satu petang masa Danish tolak wheelchair Shiuli kat park, Shiuli sebut nama "Danish".
Dia tak ingat rupa Danish tapi nama tu macam register dalam kepala dia.

That nite, Shiuli dapat sawan, her lungs collapse and dia mati.
Several months lepas tu Danish pun complete degree dia and berjaya jadi chef kat hotel.
One day mak Shiuli call mintak dia datang rumah sebab dorang nak berpindah.
Mak dia sayang sangat nak tinggalkan pokok bunga putih yang ada kat halaman rumah.
Masa tu baru Danish tau Shiuli always wait for October untuk kutip bunga-bunga tu jatuh.
Last sekali tunjuk Danish bawak balik satu pokok kecik yang duduk bawak pokok bunga putih tu sebagai tanda unconditional and unsaid love for Shiuli.

Aku nak nangis tau type cerita ni.
Cerita ni bagi aku sedih, tapi dia punya sedih tu tak tau macamana nak explain.
Maybe unsaid love tu yang buatkan cerita ni jadi sedih.



5. Kshanam (2016)

Rating : 8.3/10. Telugu.
Hero : Adivi Sesh

Cerita ni sangat best sampaikan 3 kali remake.
Tamil remade cerita dengan tajuk Sathya.
Hindi remade dengan tajuk Baaghi 2.
Kannada remade dengan tajuk Aadhya.
Tapi lebih baik tengok Telugu sebab original version.

Kisah tentang Rishi [Adivi] yang kerja kat San Francisco tiba-tiba dapat call dari ex-gf nama Shweta yang mintak dia tolong carikan anak perempuan yang hilang nama Ria age 5 years old.
Shweta ni kata anak dia kena culik depan skolah tadika masa dia hantar anak ke skolah.
Tiba-tiba dia kena serang and sedar-sedar je dah ada dalam hospital.
Keadaan jadi teruk bila lepas dia sedar, sorang pun tak kenal siapa Ria termasuk suami dia sendiri.
Suami dia kata dorang tak pernah ada anak.
Bila mintak rekod kat skolah tadika pun cikgu kata tak ada rekod nama Ria kat situ.
Polis pun tak jumpa bukti yang Ria tu hilang sebab rekod kelahiran tak menunjukkan Ria ni wujud.

Rishi pun dah naik letih cari bukti tak jumpa lansung and semua statement Shweta tentang anak dia tu tak masuk akal which makes Rishi doubt Shweta's mental condition.
Bila Rishi sendiri tak percaya, Shweta rasa dah takde tempat lagi dia nak mintak tolong, akhirnya dia bunuh diri.
Yang buatkan Rishi sedar maybe apa yang Shweta cakap tu betul bila dia terperasankan height markings of a child dalam rumah Shweta.
Itu yang buatkan Rishi agak yakin maybe Ria tu wujud.
The question now kenapa semua orang berkomplot sorokkan identiti Ria termasuk suami Ria sendiri, polis, hospital and cikgu skolah?
And kenapa Ria kena culik?

Hint : Ending merembes.



6. Arjun Reddy (2017)

Rating : 8.4/10. Telugu.
Hero : Vijay Devarakonda

Ini inspired dari kisah benar.

Kisah Arjun Reddy [Deverakonda], seorang surgeon yang alcoholic and ada anger management issue. Hidup dia jadi tak terurus lepas gf dia kena paksa kawen dengan orang lain sedangkan sama-sama bercinta dari zaman Uni.
Bermula dari final year kat medical college, Arjun kenal dengan gf and kisah cinta dorang sepanjang kat kolej sampailah masing-masing dah kerja tapi terpaksa berpisah sebab gf kena kawen pilihan keluarga.
Walaupun dia ni best student, tapi dia ni agresif jadi junior anggap dia ni kaki buli.

Bapak gf dia ni sejenis pentingkan kasta, jadi dia tak setuju anak dia berkawan dengan Arjun.
Masa Arjun confront bapak perempuan ni, Arjun dah plan dia nak kawen lari dengan gf dia.
So dia bagi gf dia masa 6 jam untuk get back to him tapi si Arjun ni dek kerana frust sangat, dia balik rumah dia minum sampai mabuk and ambik morfin, menyebabkan dia pengsan selama 2 hari.
Little that he knew, gf dia try contact dia malam tu willing untuk lari bersama.
Disebabkan takde reply dari Arjun, gf dia frust and setuju kena kawen paksa.

Yang si Arjun pulak sedar-sedar selepas 2 hari dapat tau gf dah kawen jadi dia frust sangat.
Dia bawak diri ke tempat lain and be a surgeon.
Walaupun dia surgeon terbaik tapi dia alcoholic.
One day, dia terpaksa conduct satu emergency surgery dalam keadaan mabuk.
Sebenarnya dia bercuti hari tu tapi tak tau la apehal hospital nak dia jugak handle kes tu.
Dalam keadaan mabuk, surgery tetap berjaya.
Tapi dia dikenakan tindakan tatatertib bila pihak atasan dapat tahu dia collapse lepas surgery [sebab mabuk sangat].

Dia kena gantung kerja.
Dalam tempoh tu, dia bercuti.
Sebelum gi bercuti dia ternampak kelibat exgf dia kat taman, tengah sarat mengandung tapi muka tak happy.
Tapi disebabkan orang tu dah kawen dia taknak kacau.
Masa bercuti tu dia asyik terfikirkan kenapa exgf dia muka macam tak happy je kat taman tu.
He assumed exgf dia tak happy dengan marriage tu and he decided untuk ambik perempuan tu lari ikut dia.

Masa dia balik ke India, dia jumpa awek dia kat taman yang sama.
Kat situ baru dia tahu cerita yang exgf dia usaha untuk lari ikut dia malam tu.
Kiranya masing-masing salah sangka ingatkan saalah sorang dah give up dengan relation tu padahal masing-masing masih lagi sayang sampailah sekarang.
Rupanya exgf tu left her husband selepas hari ketiga berkahwin sebab anak yang dia kandung tu sebenarnya adalah anak Arjun.

Korang mest tengok cerita ni.
Aku cerita ni tak best padahal cerita dia jauh lebih best dari apa yang aku cerita ni.
Kena follow kisah cinta dorang dari zaman kolej baru feel.

And yes, aku merembes tengok Arjun Reddy.


2019-05-10

Kenapa nak mengungkit


Last week aku ada tulis post pasal menantu yang tak sebulu dengan mertua, kan?
Banyak respond aku dapat dari post tu, tapi aku tak baca semua lagi sebab last week aku busy dengan Krabi and anniversary.
So tadi aku baru baca sikit-sikit.
Tertarik dengan salah sorang reader lelaki ni, dia tanya "Kenapa perempuan mesti mengungkit contrbution dia pada family especially bab duit? Sikit-sikit ungkit dia bayar itu, dia bayar ini, dia bayar lebih...etc".

Good question.

Sememangnya duit is the number one issue married couples fight about.
Jangan kata married couples saja, adik-beradik sila-silap boleh berbunuhan bab duit.
Tapi tak dinafikan, when it comes to marital problems, duit adalah the second leading cause of divorce [yang pertama curang].

Nak membentuk perkahwinan yang solid perlukan masa dan tanggungjawab.
Tak kisahlah betapa sayang pun kita dengan pasangan, kalau boleh, jangan campur urusan duit dan tanggungjawab.
Maksudnya, masing-masing mesti dah ada clear cut dalam pembahagian tanggungjawab yang melibatkan duit - siapa bayar apa.
Bila dah ada agreement tentang ni, insyallah akan ada persefahaman.
Dan pihak yang dah diamanahkan dengan tugas tu kena tahu manage duit, jangan sampai pihak yang lagi satu terpaksa tolong bayarkan dulu.
Selalunya istilah 'tolong bayarkan' ni kira hangus.
Takde maknanya nak dibayar.
Itulah punca-punca awal pergaduhan rumahtangga.

Orang lelaki [suami] jangan ingat isteri-isteri ni berkira sangat hal rumahtangga.
Sikit-sikit nak ungkit, sikit-sikit nak ungkit.

The thing is, takde maknanya sikit-sikit.
Kalau sikit-sikit, takde de dia nak ungkit.
Bila dia dah start mengungkit maknanya dah selalu terjadi dia kena hulurkan duit untuk cover tanggungjawab yang sepatutnya suami pegang.
Dek kerana dah selalu sangat terkena, tu pasal dia mengungkit.
Kalau sesekali, atau kalau suami reti bayar balik duit dia, konfem dia takkan mengungkit.
Jadi, tujuan mengungkit tu kadang-kadang untuk mengingatkan suami tentang tanggungjawab.

Kena ingat - marriage is a partnership.
Both parties need to be involved in the finances.
Kalau dapat suami kaya yang boleh tanggung semua bills and expenses, alhamdulillah.
Kalau dapat suami tak berapa kaya tapi kita sama-sama nak hidup selesa, maka isteri jangan kedekut nak contribute duit.
Apa-apa hal pun, kena ada agreement tentang ni dulu.

Contohnya rumah.
Gaji suami hanya mampu beli rumah harga RM400K.
Kalau kita nak rumah yang harga RM800K, kita bayarlah sama-sama.

Groceries and barang pasar pun sama juga.
Buat pembahagian tugas.
Suami cover groceries, isteri cover barang pasar.
Tetapkan budget sebulan berapa nak pakai.
Dapat gaji, asingkan duit untuk tugas ni.
Kalau tak pun, macam aku sejenis pemalas masuk pasar dan malas pi Giant [apa je lah yang rajin aku ni], jadi every month, aku transfer siap-siap bahagian aku ke akaun En Wan, nanti dia akan belikan semua.

Akaun bank boleh asing-asing, tapi tanggungjawab kena share.
"Share" bermakna masing-masing pegang tanggungjawab.
Kalau masing-masing tak culas, insyallah ungkit-mengungkit ni takkan wujud.
You're both on the same team here, so work on the budget together!

Bab duit ni kadang-kadang bukan nak kata lah.
Tapi ada isteri yang berangan laki dia kaya sangat.
Nak sangat ikut macam orang lain yang dapat suami tanggung semuanya.
Dia pun nak macam tu jadi segala benda dia suruh laki bayarkan.
Yang heran tu awal-awal sebelum kawen takkan tak tau laki dia gaji berapa.
Patut padanlah sikit nak peras Hamba Allah tu, jangan terlampau ikutkan lifestyle orang lain sampai kita membebankan pasangan.

Kawan kita mampu bergaya sebab laki dia boleh tanggung segalanya.
Yang kita ni suami tak berapa nak kaya toksahlah ikut cara orang.
Lain lah kalau kita sendiri ada income yang boleh support expensive tastes.
Tapi kalau income kita sendiri tak boleh support selera besar, mengharap pulak suami belikan macam-macam, that's going to be a problem.

Tak guna bila dah kawen baru nak ungkit segalanya.
Patut dari awal masa bercinta lagi dah clear cut "Awak boleh tak bagi saya nafkah RM2000 sebulan? Kalau tak boleh, kita putus je lah".
Kan senang kalau dah tanya awal-awal.
Memanglah nampak macam materialistik tapi itu lebih baik daripada kita mengungkit dan bertekak sepanjang perkahwinan.

Marriage is all about compromise.
Kalau kita memang suka barang berjenama, cuba pertimbangkan beli kat outlet mall supaya dapat beli pada harga yang berpatutan.
Because the bottom line is, gaya hidup mesti berpadanan dengan our income, bukan dengan apa yang kita mahu.
You might want to live like orang have-have dalam Instagram tu, tapi jangan sampai kita mengah sendiri.
People don't really care pun apa kita beli dan mana kita pergi.
Paling-paling pun dorang kagum je.
Lepas kagum agak-agak what we expect dari dorang? Takde apa pun.
So don't let yourself fall down that rabbit hole especially kalau bilangan "00000" dalam akaun kita tak cukup banyak.

Jangan gunakan alasan "Masa saya bujang dulu saya mampu beli macam-macam. Dah kawen semua benda saya kena fikir dulu sebelum beli".

Yang sebetulnya, memang dari dulu pun kita kena pikir dulu sebelum beli apa-apa.
Cuma dulu tanggungjawab kurang jadi duit always nampak berlebih.
Bila dah kawen, segalanya kena pertimbangkan dulu sebab ada banyak lagi benda lain nak kena didahulukan.
Kata hidup bersama, takkan nak berkongsi body je tapi taknak kongsi tanggungjawab?

Bagi kebanyakan pasangan, salah seorang income lebih tinggi.
Jarang dua-dua ada income yang sama.
Ini pun salah satu punca kenapa terjadinya ungkit-mengungkit dan ego sebab pihak yang bawak masuk the most money always rasa dia entitled to the most say.
Tu pasal bila bergaduh akan ada statement "Gaji saya lagi tinggi. Saya yang paling banyak bayar untuk family kita".

Don't even go there.
It's not "your money" or "my money".
It is "ours".
You're on the same team so start acting like it.

Dalam Islam memang suami tak boleh sentuh duit isteri.
Tapi isteri pun janganlah zalim sangat sampai bengkok Hamba Allah tu nak cover semua benda.
Hulur-hulur la mana yang patut, kata nak #tilljannah.
Mana nak jumpa #tilljannah-nya kalau kat dunia pun masing-masing asik bertekak.

Tak setia pada pasangan doesn't always involve an affair.
Sometimes bila kita tak mahu ambil tanggungjawab dalam perkahwinan dan rumahtangga, itu juga tanda-tanda kita tak setia pada pasangan.

It's time to clear the air.
Bincang semula dengan pasangan tentang tanggungjawab.
Siapa bayar apa.
Siapa hantar anak pi skolah.
Siapa ambik anak balik tusyen.
Siapa pegi beli barang pasar.
Siapa beli baju raya anak.
Siapa beli kasut raya anak.

Recommit to your shared goal and remember why you're doing it.
You're in this together!




Mother's Day Offer ada pakej untuk Nutrijuice.
Boleh klik refresh blog ni and klik whatsapp kat pop out window


2019-05-09

Duit simpanan


Sorang blog reader tanya aku cara nak paksa diri simpan duit.
Sebab katanya setiap kali nak simpan duit, masa tu la ada benda nak kena beli.
Lama-lama tak jadi nak simpan.

Ok.
Bab ni sebenarnya lagi elok tanya mereka-mereka yang pakar kewangan and financial plan.
Tapi kalau nak aku share secara general, bolehlah sikit-sikit.

Tabiat menyimpan ni selalunya hilang bila kita semakin dewasa.
Susah betul rasanya nak ketepikan sikit duit gaji untuk disimpan.
Always terasa ada banyak lagi benda yang nak dibuat dengan duit gaji tu dari disimpan.
Kos hidup yang makin tinggi, buatkan gaji yang dapat semalam, tau-tau dah habis dalam masa tak sampai seminggu.
Belum lagi godaan makanan sedap-sedap, shopping, nak lepak-lepak dengan kawan, bercuti, etc.

Bayangkan pendapatan kita RM8K setahun.
Dengan hanya RM8K setahun [RM21/hari] boleh jadi kita tak cukup makan.
Let alone nak tinggal di rumah yang selesa kalau bukan rumah mak bapak sendiri.
Mana lagi cerita nak beli baju, nak bayar itu ini, duit transport gi keje, duit minyak, etc.
Kita akan jadi sangat tertekan.
Terasa sampai bila-bila pun takkan mampu nak buat savings.

Bayangkan pula pendapatan kita RM80K setahun [RM219/hari].
Terasa bernafas sikit, bolehlah gagah-gagahkan diri beli rumah, kereta, holiday, makan yang sedap-sedap, boleh beli insurans, boleh buat simpanan sikit.
Nak ambik anak dara orang pun tak segan kalau pendapatan selesa macam ni.
Boleh buat savings dah kot dengan pendapatan banyak ni, kan?
Tapi hakikatnya, belum tentu lagi dapat menyimpan.

Bayangkan pendapatan kita RM800K setahun [RM2191/hari].
Rumah dah tentu lebih besar.
Lebih banyak harta dapat dikumpul.
Oh yes, pendapatan banyak ni lah baru boleh buat simpanan! [eh ye ke?]

What if pendapatan RM8M setahun?

Masalah kat sini adalah, walaupun kita tahu kita cuma perlukan X amount of money sebulan, kita selalu nak lebih.
Nak 10X atau 100X lebih duit.
Because the more money we have, the happier and the more secure we feel.
Dan selalunya semakin banyak duit kita, semakin banyak yang kita spend untuk pleasure.
Duit memang tak akan pernah cukup kalau diperuntukkan untuk gaya hidup.
Trend berubah ikut zaman, maka gaya hidup turut berubah.
Kalau setiap trend kita nak ikut, matilanakkkk.

The question is how much many is enough?

Aku pernah tanya soalan yang sama kat kawan aku and he came out with was "RM100 juta untuk cover sepanjang hayat".

Pecayalah cakap aku, everytime kita ditanya soalan "Berapa banyak yang awak rasa cukup untuk awak?", apa pun nilai yang kita bagi, semuanya itu untuk spending, tak terpikir untuk simpan pun, betul tak?

Budaya hari ini adalah budaya millionaire dan billionaire.
Trend ni dah start especially dalam komunity 'founders' yang aim to be the next millionaire/billionaire.
Ada yang salah dengan pemikiran ini because what it really leads to is status dan gaya hidup.
Gaya hidup selamanya takkan pernah buatkan pendapatan kita cukup. Never.

Nak menyimpan tak perlu tunggu jadi kaya, hanya perlu tekad and disiplin saja.
Yang paling penting sekali, dapat gaji, asingkan duit untuk simpan.
Nak simpan tak perlu banyak-banyak sangat sebab kita pun tahu kita ada keperluan lain yang wajib di-settlekan like bil, sewa and loan.
Loan ni loan yang penting like kenderaan, rumah and pendidikan.
Bukan loan kad kredit beli sofa baru ya.

Jangan tunggu ada balance baru nak simpan, sebab konfem takkan ada balance punya.
Dapat je gaji, asingkan RM300 masuk terus dalam ASB.
Done.
Jangan pikir apa dah.

Kalau gaji kita RM3000, maka sebulan tu cuba hidup dengan RM2700 [anggap RM3000 tu memang solid dapat kat tangan].
So dengan RM2700 tu la kita manage untuk sedekah, bagi mak bapak, and settlekan keperluan bulanan.
Kalau dalam tangan hanya ada RM2700, secara tak sedar mengelakkan kita dari berbelanja yang tak perlu.

Aku pernah buat wish list nak beli MacBook Air, roughly dalam RM5-6K waktu tu.
Kalau tak salah, aku tulis wish list ni tahun 2017.

Aku pecahkan nilai Macbook Air ni kepada beberapa stage sesuai dengan kemampuan aku untuk menyimpan.
Setiap kali menyimpan, aku transfer masuk ASB.

Now dah 2019, aku masih belum beli lagi MacBook Air walaupun savings untuk tu dah lama cukup.
Aku masih lagi pakai laptop HP.
Alhamdulillah aku selesa je pakai laptop ni.
Dan slowly minat nak beli MacBook tu hilang.

From there aku sedar yang sebenarnya, waktu perasaan membuak-buak nak beli MacBook tu muncul, bukan kerana aku memang perlukan MacBook tapi sebab TREND.
Aku teruja nak beli sebab masa tu orang sana sini sibuk cakap pasal MacBook.
Bila duit dah cukup, rasa sayang pulak nak guna bila tengok amount dalam ASB dah banyak.
Dari situ aku realized sebenarnya aku bukanlah nak sangat pakai MacBook, aku cuma teruja kejap je.

Sekarang pun aku masih practice the same trick.
Apa-apa yang aku teringin, aku tulis dalam wish list, dan buat jadual simpanan.
Kalau setelah menyimpan, keinginan tu masih ada, beli.
Kalau keinginan tu hilang, at least simpanan kekal dalam ASB.
Tapi jangan pulak kau nak gunakan simpanan tu untuk beli benda lain.
Nak beli benda lain, buat plan simpanan lain pulak.
Maknanya start all over again and see if later keinginan tu masih ada or not.

Rasanya average income kebanyakkan rakyat Malaysia ni around RM80K setahun [berdua].
Kalau pendapatan tahunan kita RM80K, try simpan RM300 sebulan [paling minimum].
Nampak RM300 tu banyak sangat kan, padahal sehari RM10 je simpan tu.
Kalau laki bini simpan, maknanya sehari sorang simpan RM5 je.
Kalau kita boleh buat ni, bermakna setahun you'd need RM3,600 less in your RM80K.

Tapi percayalah, ini pun tak ramai yang nak buat sebab ada 1001 alasan untuk tak nak buat.

Nilai yang kita nak simpan setiap bulan tu have to be adjusted to your monthly needs.
Jangan kerana terlalu nak menyimpan, sampaikan hutang-hutang pun tak terbayar.
Bukan apa, bila terlampau excited menyimpan, takut nanti ada keperluan yang tak terlunas, hujung-hujung kita korek balik simpanan.
No point lah menyimpan namanya.

Once dah start simpan RM300 [contohnya], please konsisten simpan amount yang sama setiap bulan supaya kita dah terbiasa berbelanja dengan apa yang ada kat tangan saja.
Nak start memang berat.
Bulan pertama, bulan kedua, tak rasa apa-apa lagi.
Tapi bulan ketiga, dah datang semangat nak menyimpan.
Apetah lagi simpan dalam ASB.

Kalau kau nak semangat tu datang lebih, create ASB online.
Hari-hari masukkan RM10-20.
Hari-hari.
Kau akan rasa seronok tengok hari-hari simpanan kau meningkat dan always rasa tak sabar nak tunggu esok sebab nak menyimpan lagi.

Trick ni sesuai untuk yang baru berjinak-jinak nak menyimpan dengan konsisten.
Biar ada semangat sikit.
Dah lama-lama esok, dah terbiasa, boleh terus dump RM300-400 dalam akaun setiap kali awal bulan [dapat gaji].

Semoga bermanfaat.
Ini tips cikai-cikai je ni.
Nak lagi power, silakan berguru kat pakar kewangan.





Testimoni Cleansing Gel again.
Gambar before tu keadaan kulit dia yang macam berkedut [maybe sebab too dry].
Alhamdulillah lepas guna Cleansing Gel kulit dah improved a lot, alhamdulillah.
Mother's Day offer ada pakej Cleansing Gel, cekidaut.


2019-05-08

Wedding Anniversary ke 18


Sabtu lepas, 4 May 2019, genap 18 tahun jadi roommate En Wan, alhamdulillah.
Selalunya celebrate wedding anniversary hanya melibatkan kitorang laki bini je.
Memandangkan dah berdua-duaan lebih awal kat Krabi, jadi on 4th May, kitorang celebrate dengan family.
Kebetulan Kak Long datang rumah, jadi ajak Kak Long join sekali.

Kitorang celebrate [takde celebrate apa pun, makan-makan je], kat Ame Soeur, Bukit Jalil.
Cantik sangat decoration dia, ala-ala istana lama Perancis.



Kak Long and Mok



Mak Aji and Pak Aji



Nampak macam takde orang sangat, kan?
Padahal ada je orang kat belah dalam-dalam.
Kitorang je kat bahagian depan sikit sebab dia dah setkan table untuk 8 orang.

Mak and Kak Long tak tau pun apa tujuannya makan-makan kat situ.
Ingatkan setakat lunch keluarga je, tapi bila waiter bawak keluar kek, barulah kitorang bagitau hari tu wedding anniversary.

Dengan Mak Aji aku takleh berahsia.
Dia akan korek habis-habisan.

"Mama nak kena pakai baju apa?"
"Makan kat mana?"
"Apesal jauh sangat tempat makan?"
"Ni sempena apa ni?"

Last-last aku kena bagitau jugak.
So selalunya kalau nak suprisekan Mak Aji memang tak menjadi la.
Tiada rahsia antara kita konsepnya.



This cake!
Tak lain tak bukan dari @ijadbakes.

Kali ni aku order kek 'kawen'.
18 tahun lepas kawen tak potong kek pun, maklumlah bajet semput.
Janji kawen dulu.
Kendian-kendian potong kek.
Rupanya 18 tahun sesudah kawen baru merasa potong kek kawen.
Lepas ni terpaksa la aku stop mengungkit.
Kalau tak, asal balik kenduri kawen je aku mengungkit kat En Wan "kita kawen dulu tak potong kek pun".
Lepas ni lega la telinga laki aku tak dengar dah aku berzikir mintak potong kek kawen.

Aku punya instruction simple je - nak kek tak nak tinggi-tinggi sangat, moist choc, design sukahati, sebelum pukul 12 hantar.
Aku yakin sangat dengan kerja Ijad that's why aku biarkan dia berkreativiti sesuka hati.
Aku punya misi satu je - nak potong kek.



Thank you so much Ijad sebab hadiahkan kek ni.
Patutlah payah sangat bila aku mintak nombor akaun and tanya harga.
Rupanya kek ni present untuk aku.

Cantik kan?
Atas tu fresh flowers.

Masa kitorang makan kek ni, aku terpotong extra 1 plate.
So bila waiter nak clearkan meja, aku pass extra plate yang ada kek tu kat adik tu, "Dik, ambiklah ni dik, akak terpotong extra. Tak berusik lagi kek tu, rasalah".

Lagi setengah jam kan, sorang kagi waitress datang kat aku, "Kak, kek akak tu sedaplah, boleh tak kami potong nak rasa sikit?"

Haaaa...gitu dia level kesedapan kek Ijadbakes.
Staff yang kerja kat kedai kek and pastries pun kata kek Ijad sedap.
Kalau ada sesape nak order kek Ijad, gi IG @ijadbakes.



Kek ni tinggi.
Setiap slice aku potong dua, kalau tak, tak habis makan nanti.



Ame Soeur ni signature dia adalah Afternoon Tea.
Kebanyakkan yang datang makan kat situ order Afternoon Tea set, jarang yang ambil ala-carte.

Nampak tak 3 layer pinggan depan En Wan tu?
Hah yang tu Afternoon Tea Set.
Set tu untuk 2 orang, RM98.
Kitorang order 2 set je sebab ada order ala-carte sekali.

Setiap set ada :



Oreo Cheese Cake
French Macaron
Strawberry Panna Cotta



Chocolate Souffle
English Sultana Scones



Smoked Salmon in French Loaf
Shrimp Egg Salad Open Face
Chicken Ham & Cheese Croissant

Setiap set datang dengan teh untuk 2 orang.
Jadi kitorang dapat 4 cup of teh.
Teh kitorang pilih perasa Lavender and French Rose.

Ok done France.
Takyah aku naik flight 13 jam.



Nampak macam sikit je Afternoon Tea Set tu, tapi kitorang 8 orang ni pun tak habis makan.
Satu set je habis, lagi satu set tapau.
Maybe sebab kitorang order ala-carte sekali so dah kenyang.
Aku makan Cheese Crossaint je, memang sedap.

Makan kat tempat gini takleh rush-rush, kena makan bertenang-tenang.
So kalau nak dating berdua dengan pasangan, memang sesuai sangat datang sini.
Tempat dia tenang, ekslusif dan membangkitkan mood romantik.
Perancis katanya! Haruslah romantik.

So apa yang kitorang makan hari tu?
Ambik napas....



Fresh Herb Seafood Shell, RM46.

Ni Pak Aji punya.
Ada scallop, prawn, clam.
Dalam bahasa lain ia adalah Aglio Olio yang berwarna hijo.



Yang ni aku lupa tajuknya. En Wan punya. Harga dalam RM59.
Punyalah sedap sangat agaknya, sikit dia tak offer aku.
Yang penting, dia punya hidangan sorang je yang dihidang atas batu.
Patutnya batu tu makan dulu.




Grilled Seafood, RM59

Kak Long and Mak Aji punya.
Ada udang, sotong, fish fillet.
Yang hijau bawah tu mashed potato with spinach.
And sos putih tu creamy basil with caviar.

Nampak macam sikit je ni tapi kenyang lepas makan.




Sirloin Steak, RM90

Pengantin perempuan tembolok besar jadi kena makan steak.
Makan steak petang-petang macam tak berapa kena je.
Patutnya petang-petang makan kuih tapi aku lapar, jadi aku order steak.
Gravy dia sangat sedap.
Potato dia kalau bubuh cheese banyak laaaaaagi sedap.
Tapi apa-apa pun habis jugak aku makan.



Ni mak punya, RM54.
Mak tak makan daging and seafood lain melainkan ikan.
Nasib baik ada siakap ni.
Helok pulak ada nasi bawah siakap.
Nasi tu digaul dengan isi ikan salmon.
Memang meriah, lemak-lemak je rasa.
Makan nasik saja dah sedap.
Jadi, mak membagi separuh siakap beliau kepada menantunya. 



Redza ambik chicken lasagna, RM39
Besar gabak boleh makan 3 orang aku rasa.

Rayyan punya makanan je aku lupa nak snap sebab dia terlampau excited nampak ayam, belum apa-apa lagi dia dah sumbat masuk dalam mulut.
Tak sompek nak ambik gamba.



Aku tuliskan sekali harga makanan tu bukan apa.
Kadang-kadang kita ni takut nak masuk restaurant-restaurant macam ni sebab nampak mahal.
Padahal tidaklah mahal yang disangka sampai beratus-ratus [walaupun wagyu steak dia RM2500].
Wagyu tu lainlah, memang sedia tau harganya mahal.
Tapi kalau setakat seafood aglio olio, lasagna, beef steak, harga takdelah sampai RM200 sepinggan.

Apa yang aku boleh kata, harga Ame Soeur ni reasonable dengan ambience yang dia offer untuk pengunjung.
Makanan kat sini boleh tahan, cuma kalau nak makan nasi-nasi tu takdelah.
Dia kata kalau weekdays ada lunch set, on weekends takde.
Sesekali nak kasik tekak berubah selera bolehlah datang sini.
Tapi kalau nak try Afternoon Tea, sangat dialu-alukan, memang boleh kenyang punya.
Enjoy the moment, luxury deco and good food sesekali apa salahnya.
Selalu-selalu mau haus gak poket ni.



Berakhirlah penantian seorang Diana nak merasa potong kek kawen.
18 tahun tunggu.
Mana nak cari wanita penyabar macam ni sekarang? [kahkahkah drama]

Thank you yang wish kat IG.
Doakan semoga perkahwinan ini sakinah, mawaddah and rahmah.