2019-05-08

Wedding Anniversary ke 18


Sabtu lepas, 4 May 2019, genap 18 tahun jadi roommate En Wan, alhamdulillah.
Selalunya celebrate wedding anniversary hanya melibatkan kitorang laki bini je.
Memandangkan dah berdua-duaan lebih awal kat Krabi, jadi on 4th May, kitorang celebrate dengan family.
Kebetulan Kak Long datang rumah, jadi ajak Kak Long join sekali.

Kitorang celebrate [takde celebrate apa pun, makan-makan je], kat Ame Soeur, Bukit Jalil.
Cantik sangat decoration dia, ala-ala istana lama Perancis.



Kak Long and Mok



Mak Aji and Pak Aji



Nampak macam takde orang sangat, kan?
Padahal ada je orang kat belah dalam-dalam.
Kitorang je kat bahagian depan sikit sebab dia dah setkan table untuk 8 orang.

Mak and Kak Long tak tau pun apa tujuannya makan-makan kat situ.
Ingatkan setakat lunch keluarga je, tapi bila waiter bawak keluar kek, barulah kitorang bagitau hari tu wedding anniversary.

Dengan Mak Aji aku takleh berahsia.
Dia akan korek habis-habisan.

"Mama nak kena pakai baju apa?"
"Makan kat mana?"
"Apesal jauh sangat tempat makan?"
"Ni sempena apa ni?"

Last-last aku kena bagitau jugak.
So selalunya kalau nak suprisekan Mak Aji memang tak menjadi la.
Tiada rahsia antara kita konsepnya.



This cake!
Tak lain tak bukan dari @ijadbakes.

Kali ni aku order kek 'kawen'.
18 tahun lepas kawen tak potong kek pun, maklumlah bajet semput.
Janji kawen dulu.
Kendian-kendian potong kek.
Rupanya 18 tahun sesudah kawen baru merasa potong kek kawen.
Lepas ni terpaksa la aku stop mengungkit.
Kalau tak, asal balik kenduri kawen je aku mengungkit kat En Wan "kita kawen dulu tak potong kek pun".
Lepas ni lega la telinga laki aku tak dengar dah aku berzikir mintak potong kek kawen.

Aku punya instruction simple je - nak kek tak nak tinggi-tinggi sangat, moist choc, design sukahati, sebelum pukul 12 hantar.
Aku yakin sangat dengan kerja Ijad that's why aku biarkan dia berkreativiti sesuka hati.
Aku punya misi satu je - nak potong kek.



Thank you so much Ijad sebab hadiahkan kek ni.
Patutlah payah sangat bila aku mintak nombor akaun and tanya harga.
Rupanya kek ni present untuk aku.

Cantik kan?
Atas tu fresh flowers.

Masa kitorang makan kek ni, aku terpotong extra 1 plate.
So bila waiter nak clearkan meja, aku pass extra plate yang ada kek tu kat adik tu, "Dik, ambiklah ni dik, akak terpotong extra. Tak berusik lagi kek tu, rasalah".

Lagi setengah jam kan, sorang kagi waitress datang kat aku, "Kak, kek akak tu sedaplah, boleh tak kami potong nak rasa sikit?"

Haaaa...gitu dia level kesedapan kek Ijadbakes.
Staff yang kerja kat kedai kek and pastries pun kata kek Ijad sedap.
Kalau ada sesape nak order kek Ijad, gi IG @ijadbakes.



Kek ni tinggi.
Setiap slice aku potong dua, kalau tak, tak habis makan nanti.



Ame Soeur ni signature dia adalah Afternoon Tea.
Kebanyakkan yang datang makan kat situ order Afternoon Tea set, jarang yang ambil ala-carte.

Nampak tak 3 layer pinggan depan En Wan tu?
Hah yang tu Afternoon Tea Set.
Set tu untuk 2 orang, RM98.
Kitorang order 2 set je sebab ada order ala-carte sekali.

Setiap set ada :



Oreo Cheese Cake
French Macaron
Strawberry Panna Cotta



Chocolate Souffle
English Sultana Scones



Smoked Salmon in French Loaf
Shrimp Egg Salad Open Face
Chicken Ham & Cheese Croissant

Setiap set datang dengan teh untuk 2 orang.
Jadi kitorang dapat 4 cup of teh.
Teh kitorang pilih perasa Lavender and French Rose.

Ok done France.
Takyah aku naik flight 13 jam.



Nampak macam sikit je Afternoon Tea Set tu, tapi kitorang 8 orang ni pun tak habis makan.
Satu set je habis, lagi satu set tapau.
Maybe sebab kitorang order ala-carte sekali so dah kenyang.
Aku makan Cheese Crossaint je, memang sedap.

Makan kat tempat gini takleh rush-rush, kena makan bertenang-tenang.
So kalau nak dating berdua dengan pasangan, memang sesuai sangat datang sini.
Tempat dia tenang, ekslusif dan membangkitkan mood romantik.
Perancis katanya! Haruslah romantik.

So apa yang kitorang makan hari tu?
Ambik napas....



Fresh Herb Seafood Shell, RM46.

Ni Pak Aji punya.
Ada scallop, prawn, clam.
Dalam bahasa lain ia adalah Aglio Olio yang berwarna hijo.



Yang ni aku lupa tajuknya. En Wan punya. Harga dalam RM59.
Punyalah sedap sangat agaknya, sikit dia tak offer aku.
Yang penting, dia punya hidangan sorang je yang dihidang atas batu.
Patutnya batu tu makan dulu.




Grilled Seafood, RM59

Kak Long and Mak Aji punya.
Ada udang, sotong, fish fillet.
Yang hijau bawah tu mashed potato with spinach.
And sos putih tu creamy basil with caviar.

Nampak macam sikit je ni tapi kenyang lepas makan.




Sirloin Steak, RM90

Pengantin perempuan tembolok besar jadi kena makan steak.
Makan steak petang-petang macam tak berapa kena je.
Patutnya petang-petang makan kuih tapi aku lapar, jadi aku order steak.
Gravy dia sangat sedap.
Potato dia kalau bubuh cheese banyak laaaaaagi sedap.
Tapi apa-apa pun habis jugak aku makan.



Ni mak punya, RM54.
Mak tak makan daging and seafood lain melainkan ikan.
Nasib baik ada siakap ni.
Helok pulak ada nasi bawah siakap.
Nasi tu digaul dengan isi ikan salmon.
Memang meriah, lemak-lemak je rasa.
Makan nasik saja dah sedap.
Jadi, mak membagi separuh siakap beliau kepada menantunya. 



Redza ambik chicken lasagna, RM39
Besar gabak boleh makan 3 orang aku rasa.

Rayyan punya makanan je aku lupa nak snap sebab dia terlampau excited nampak ayam, belum apa-apa lagi dia dah sumbat masuk dalam mulut.
Tak sompek nak ambik gamba.



Aku tuliskan sekali harga makanan tu bukan apa.
Kadang-kadang kita ni takut nak masuk restaurant-restaurant macam ni sebab nampak mahal.
Padahal tidaklah mahal yang disangka sampai beratus-ratus [walaupun wagyu steak dia RM2500].
Wagyu tu lainlah, memang sedia tau harganya mahal.
Tapi kalau setakat seafood aglio olio, lasagna, beef steak, harga takdelah sampai RM200 sepinggan.

Apa yang aku boleh kata, harga Ame Soeur ni reasonable dengan ambience yang dia offer untuk pengunjung.
Makanan kat sini boleh tahan, cuma kalau nak makan nasi-nasi tu takdelah.
Dia kata kalau weekdays ada lunch set, on weekends takde.
Sesekali nak kasik tekak berubah selera bolehlah datang sini.
Tapi kalau nak try Afternoon Tea, sangat dialu-alukan, memang boleh kenyang punya.
Enjoy the moment, luxury deco and good food sesekali apa salahnya.
Selalu-selalu mau haus gak poket ni.



Berakhirlah penantian seorang Diana nak merasa potong kek kawen.
18 tahun tunggu.
Mana nak cari wanita penyabar macam ni sekarang? [kahkahkah drama]

Thank you yang wish kat IG.
Doakan semoga perkahwinan ini sakinah, mawaddah and rahmah.