2019-05-09

Duit simpanan


Sorang blog reader tanya aku cara nak paksa diri simpan duit.
Sebab katanya setiap kali nak simpan duit, masa tu la ada benda nak kena beli.
Lama-lama tak jadi nak simpan.

Ok.
Bab ni sebenarnya lagi elok tanya mereka-mereka yang pakar kewangan and financial plan.
Tapi kalau nak aku share secara general, bolehlah sikit-sikit.

Tabiat menyimpan ni selalunya hilang bila kita semakin dewasa.
Susah betul rasanya nak ketepikan sikit duit gaji untuk disimpan.
Always terasa ada banyak lagi benda yang nak dibuat dengan duit gaji tu dari disimpan.
Kos hidup yang makin tinggi, buatkan gaji yang dapat semalam, tau-tau dah habis dalam masa tak sampai seminggu.
Belum lagi godaan makanan sedap-sedap, shopping, nak lepak-lepak dengan kawan, bercuti, etc.

Bayangkan pendapatan kita RM8K setahun.
Dengan hanya RM8K setahun [RM21/hari] boleh jadi kita tak cukup makan.
Let alone nak tinggal di rumah yang selesa kalau bukan rumah mak bapak sendiri.
Mana lagi cerita nak beli baju, nak bayar itu ini, duit transport gi keje, duit minyak, etc.
Kita akan jadi sangat tertekan.
Terasa sampai bila-bila pun takkan mampu nak buat savings.

Bayangkan pula pendapatan kita RM80K setahun [RM219/hari].
Terasa bernafas sikit, bolehlah gagah-gagahkan diri beli rumah, kereta, holiday, makan yang sedap-sedap, boleh beli insurans, boleh buat simpanan sikit.
Nak ambik anak dara orang pun tak segan kalau pendapatan selesa macam ni.
Boleh buat savings dah kot dengan pendapatan banyak ni, kan?
Tapi hakikatnya, belum tentu lagi dapat menyimpan.

Bayangkan pendapatan kita RM800K setahun [RM2191/hari].
Rumah dah tentu lebih besar.
Lebih banyak harta dapat dikumpul.
Oh yes, pendapatan banyak ni lah baru boleh buat simpanan! [eh ye ke?]

What if pendapatan RM8M setahun?

Masalah kat sini adalah, walaupun kita tahu kita cuma perlukan X amount of money sebulan, kita selalu nak lebih.
Nak 10X atau 100X lebih duit.
Because the more money we have, the happier and the more secure we feel.
Dan selalunya semakin banyak duit kita, semakin banyak yang kita spend untuk pleasure.
Duit memang tak akan pernah cukup kalau diperuntukkan untuk gaya hidup.
Trend berubah ikut zaman, maka gaya hidup turut berubah.
Kalau setiap trend kita nak ikut, matilanakkkk.

The question is how much many is enough?

Aku pernah tanya soalan yang sama kat kawan aku and he came out with was "RM100 juta untuk cover sepanjang hayat".

Pecayalah cakap aku, everytime kita ditanya soalan "Berapa banyak yang awak rasa cukup untuk awak?", apa pun nilai yang kita bagi, semuanya itu untuk spending, tak terpikir untuk simpan pun, betul tak?

Budaya hari ini adalah budaya millionaire dan billionaire.
Trend ni dah start especially dalam komunity 'founders' yang aim to be the next millionaire/billionaire.
Ada yang salah dengan pemikiran ini because what it really leads to is status dan gaya hidup.
Gaya hidup selamanya takkan pernah buatkan pendapatan kita cukup. Never.

Nak menyimpan tak perlu tunggu jadi kaya, hanya perlu tekad and disiplin saja.
Yang paling penting sekali, dapat gaji, asingkan duit untuk simpan.
Nak simpan tak perlu banyak-banyak sangat sebab kita pun tahu kita ada keperluan lain yang wajib di-settlekan like bil, sewa and loan.
Loan ni loan yang penting like kenderaan, rumah and pendidikan.
Bukan loan kad kredit beli sofa baru ya.

Jangan tunggu ada balance baru nak simpan, sebab konfem takkan ada balance punya.
Dapat je gaji, asingkan RM300 masuk terus dalam ASB.
Done.
Jangan pikir apa dah.

Kalau gaji kita RM3000, maka sebulan tu cuba hidup dengan RM2700 [anggap RM3000 tu memang solid dapat kat tangan].
So dengan RM2700 tu la kita manage untuk sedekah, bagi mak bapak, and settlekan keperluan bulanan.
Kalau dalam tangan hanya ada RM2700, secara tak sedar mengelakkan kita dari berbelanja yang tak perlu.

Aku pernah buat wish list nak beli MacBook Air, roughly dalam RM5-6K waktu tu.
Kalau tak salah, aku tulis wish list ni tahun 2017.

Aku pecahkan nilai Macbook Air ni kepada beberapa stage sesuai dengan kemampuan aku untuk menyimpan.
Setiap kali menyimpan, aku transfer masuk ASB.

Now dah 2019, aku masih belum beli lagi MacBook Air walaupun savings untuk tu dah lama cukup.
Aku masih lagi pakai laptop HP.
Alhamdulillah aku selesa je pakai laptop ni.
Dan slowly minat nak beli MacBook tu hilang.

From there aku sedar yang sebenarnya, waktu perasaan membuak-buak nak beli MacBook tu muncul, bukan kerana aku memang perlukan MacBook tapi sebab TREND.
Aku teruja nak beli sebab masa tu orang sana sini sibuk cakap pasal MacBook.
Bila duit dah cukup, rasa sayang pulak nak guna bila tengok amount dalam ASB dah banyak.
Dari situ aku realized sebenarnya aku bukanlah nak sangat pakai MacBook, aku cuma teruja kejap je.

Sekarang pun aku masih practice the same trick.
Apa-apa yang aku teringin, aku tulis dalam wish list, dan buat jadual simpanan.
Kalau setelah menyimpan, keinginan tu masih ada, beli.
Kalau keinginan tu hilang, at least simpanan kekal dalam ASB.
Tapi jangan pulak kau nak gunakan simpanan tu untuk beli benda lain.
Nak beli benda lain, buat plan simpanan lain pulak.
Maknanya start all over again and see if later keinginan tu masih ada or not.

Rasanya average income kebanyakkan rakyat Malaysia ni around RM80K setahun [berdua].
Kalau pendapatan tahunan kita RM80K, try simpan RM300 sebulan [paling minimum].
Nampak RM300 tu banyak sangat kan, padahal sehari RM10 je simpan tu.
Kalau laki bini simpan, maknanya sehari sorang simpan RM5 je.
Kalau kita boleh buat ni, bermakna setahun you'd need RM3,600 less in your RM80K.

Tapi percayalah, ini pun tak ramai yang nak buat sebab ada 1001 alasan untuk tak nak buat.

Nilai yang kita nak simpan setiap bulan tu have to be adjusted to your monthly needs.
Jangan kerana terlalu nak menyimpan, sampaikan hutang-hutang pun tak terbayar.
Bukan apa, bila terlampau excited menyimpan, takut nanti ada keperluan yang tak terlunas, hujung-hujung kita korek balik simpanan.
No point lah menyimpan namanya.

Once dah start simpan RM300 [contohnya], please konsisten simpan amount yang sama setiap bulan supaya kita dah terbiasa berbelanja dengan apa yang ada kat tangan saja.
Nak start memang berat.
Bulan pertama, bulan kedua, tak rasa apa-apa lagi.
Tapi bulan ketiga, dah datang semangat nak menyimpan.
Apetah lagi simpan dalam ASB.

Kalau kau nak semangat tu datang lebih, create ASB online.
Hari-hari masukkan RM10-20.
Hari-hari.
Kau akan rasa seronok tengok hari-hari simpanan kau meningkat dan always rasa tak sabar nak tunggu esok sebab nak menyimpan lagi.

Trick ni sesuai untuk yang baru berjinak-jinak nak menyimpan dengan konsisten.
Biar ada semangat sikit.
Dah lama-lama esok, dah terbiasa, boleh terus dump RM300-400 dalam akaun setiap kali awal bulan [dapat gaji].

Semoga bermanfaat.
Ini tips cikai-cikai je ni.
Nak lagi power, silakan berguru kat pakar kewangan.





Testimoni Cleansing Gel again.
Gambar before tu keadaan kulit dia yang macam berkedut [maybe sebab too dry].
Alhamdulillah lepas guna Cleansing Gel kulit dah improved a lot, alhamdulillah.
Mother's Day offer ada pakej Cleansing Gel, cekidaut.