2019-05-15

Jadilah pendengki yang ada class!


Kejap je dah nak masuk 2 minggu kita berpuasa.
Macam baru je semalam start terawikh pertama.
Tapi itulah, Ramadhan dan nak masuk setengah bulan, tapi diri nampaknya masih jauh dari taat.

Walaupun bulan Ramadhan adalah peluang terbaik untuk dapat pengampunan dan rahmat Allah, terasa masih tak banyak beza ibadah di bulan puasa dengan bulan tak puasa.
Bacaan Quran masih gitu-gitu.
Solat sunat sekadar gitu-gitu.
Zikir masih gitu-gitu jugak.

Sedangkan Allah dah bagi peluang yang sangat besar bulan ni untuk dapat rahmat dan pengampunanNya.
Sampaikan malaikat berdoa agar manusia ditimpakan kecelakaan jika setelah Ramadhan tamat, masih lagi tak dapat pengampunan Allah.

Maknanya, bukan semua orang yang berpuasa diampunkan dosanya.
Kita rasa sedang berpuasa, sedangkan hakikatnya kita hanya ubah jadual makan dan minum saja.
Kita hanya dapat lapar dan haus tapi yang lain-lainnya kita tak dapat.

Nak tau tanda-tanda dosa kita tak diampunkan di bulan Ramadhan adalah ketika hati masih ada dendam, sakit hati, iri hati dan buruk sangka pada orang lain.

Percuma je sebulan menahan lapar tapi sehingga habis Ramadhan tak mendapat keampunan Allah hanya kerana dalam hati masih ada penyakit hati terhadap orang lain.

Allahu, ruginya.

Kalau bukan di bulan Ramadhan bulan pengampunan, bulan mana lagi nak harap dosa kita diampunkan?
Bukannya tiap-tiap bulan jumpa Ramadhan, hanya setahun sekali.
Itupun belum tentu jumpa lagi next Ramadhan.

Selalunya bila terasa diri dizalimi, hati akan rasa sakit.
Itu natural reaction. Memang dah dijangka.

Dan sepertimana kebiasaan, sedaya upaya kita cuba memperbetulkan keadaan dan berusaha buat orang faham letak duduk perkara sebenar.
If what happened is really painful dan after so many explanations tetap takde orang percaya, rasa kecewa akan bertambah.
Sedar tak sedar kita jadi pendendam.

Dendam adalah efek dari hati yang kecewa.
Bila hati dah kecewa, karakter dan minda akan hancur.
Hujung-hujung, kita bertukar jadi orang yang berbeza berbanding dulu.

Apa-apa pun mesti terima hakikat bahawa orang lain juga buat salah, sama ada disengajakan atau tak.
Sama seperti kita juga buat salah, kadang-kadang secara sengaja atau tak.
Cuma selalunya salah kita pada orang jarang kita nampak, tapi salah orang pada kita, kita ingat sampai mati.

Dalam keadaan ni, Allah ada bagi formula iaitu "Tolaklah (jahat) dengan cara yang lebih baik" [Fusilat, 34].

So apakah cara yang lebih baik tu?

Apa-apa sajalah asalkan tak memudaratkan dua-dua pihak.

Kalau perlu maafkan, maafkan.
Kalau belum boleh maafkan, jangan ditambah masalah lagi.

Kalau kita adalah orang yang dizalimi dan kita pilih untuk berdiam, itu baik.
Tapi jika perlu membuktikan kebenaran, itu pun tak salah.

Kadang-kadang kita perlu menjelaskan dan mengadu tentang apa yang berlaku.
Buatlah, tapi lepas tu, move on.
Jangan expect apa-apa lagi.
Mereka nak percaya atau tak, terpulang.
You have done your part already.

Bukan apa, nanti hilangkan nak dapat kepercayaan orang, kita pula yang hilang pertimbangan.
Lebih baik selamatkan diri sendiri dari hanyut terlalu jauh kerana kita akan dipertangungjawabkan dengan apa yang kita buat, bukan apa yang orang lain buat pada kita.
Kita tak boleh paksa orang lain buat baik kat kita tapi kita boleh paksa diri kita untuk buat baik kat orang lain.

Actually rasa sakit hati bukanlah masalah besar sebab semua orang pun ada rasa sakit hati pada orang lain.
Yang menjadi masalah adalah bila kita terlampau lama simpan rasa tak puas hati, sakit hati, benci dan dendam pada orang lain sampaikan kita tak jumpa jalan keluar dah [atau tak boleh hidup tanpa ada rasa sakit hati kerana dah jadi kebiasaaan].
Bila dah terbiasa hidup dengan rasa sakit hati pada orang lain, sedar tak sedar diri cenderung untuk sentiasa cari peluang create issue supaya ada reason untuk terus sakit hati pada orang lain.

Manusia begini tak biasa hidup dengan aura positif.
Dia hanya boleh bernafas dengan udara negatif.
That's why dia 'menggelepar' kalau sehari tak dengar gossip, tak membawang, tak melaga-lagakan dan tak menyampai-nyampaikan aib orang lain.

Percayalah.
Orang macam ni ada je kat sekeliling kita.

Tengok balik sejarah.
Kenapa iblis tak nak sujud pada Adam?
Kerana iblis sangat dengki pada Adam.
That's why sesiapa di antara kita ada sifat dengki, maka dia memiliki salah satu sifat iblis.

Kemuliaan tak akan datang dengan cara kita balas dendam.
Kemuliaan hanya akan datang kalau kita gantikan dendam dengan kebaikan.
Seorang pendengki hidupnya tak akan mulia di dunia. Ini janji Allah.
Malaikat pun muak kepada pendengki.
Sebab itulah malaikat berdoa agar ditimpakan kecelakaan kepada mereka yang tak mendapatkan keampunan Allah di bulan Ramadhan, antaranya adalah manusia yang dalam dirinya ada sifat dengki dan sakit hati.

"Kalau dengki untuk kebaikan, boleh tak?"

Secara umum, sifat ini terbagi kepada dua.

Yang pertama, dengki yang diharamkan.
Dengki jenis ni adalah bila kita rasa tak senang atas kenikmatan yang orang lain dapat.
Dalam masa yang sama kita senang kalau orang lain dapat musibah.
Kita mahukan apa yang dia ada itu hilang atau berpindah pada kita.
Ini dengki yang diharamkan.

Kedua, dengki yang dibolehkan.
Kita iri hati pada apa yang orang lain ada tapi tidak mahu kenikmatan itu hilang darinya.
Contoh, tengok orang lain ada life yang bagus, kita pun nak life macam tu tapi kita tak mahu porak-perandakan kebahagian dia.
Kita hanya mahu jadi seperti dia saja.
Keinginan yang macam ni adalah wajar.
Selagi dengki tu menjadikan kita lebih bermotivasi, silakan.

Malah, dengki macam ni berpotensi menjadi pahala untuk kita dan dia.
Apa taknya, kalau dia adalah orang yang berilmu, selalu berdakwah dengan ilmunya, mengamalkan ilmunya dengan bijaksana, kita jadi motivated untuk buat benda yang sama.
Ketika kita tengok orang kaya yang suka membelanjakan hartanya ke jalan Allah, kita pun jadi teringin nak buat hal yang sama.
Ketika kita tengok orang lain masih dapat beramal soleh walau dalam kesibukan kerja, kita jadikan dia motivasi untuk kita lakukan perkara yang sama.
Bukannya "Alah, dia takde anak kecik, boleh lah nak mengaji lama-lama".

Ingat!
Niat nak buat baik saja dah berpahala.
Bermakna, dengki yang membuatkan keinginan kita bertambah untuk melakukan kebaikan, ia boleh menjadi pahala buat kita.
Teringin saja dah berpahala.
Kalau boleh cari pahala dengan berdengki, kenapa nak cari dengki yang dapat dosa?

Jom dengki dengan orang yang baru 10 hari puasa dah khatam Quran.
Jadilah pendengki yang ada class sikit!