2012-12-21
Woof! Woof!
Petuanya adelah buat tak tau.
Biarkan dorang nak komen apa sekalipun, buat dek je la.
Lama-lama sok kan dia sendiri akan nampak dia yang kelihatan sangat "funny" sebab penat memaki hamun tapi takde orang care nak respond.
Orang yang sakit hati dengan kita but at the same time adelah follower ni sebenarnya dia suka dengan apa yang kita tulis/buat/ada cuma dia tak berapa pandai nak bagi compliment. Dia suka tapi dia tak berapa bijak nak bagitau yang dia seronok jadi cara dia bagitau adelah dengan hantar komen-komen yang menyakitkan hati kita tapi menyeronokkan dia. Jadi kita sebagai orang yang bijak-bijak, kena pandai mentafsir maksud disebalik komen negatif tu. Bila kita dapat tafsirkan maksud sebenar yang dia nak sampaikan, mesti kita akan tumpang seronok dengan apa yang dia tulis. Percayalah cakap aku. Tak caya kalu, gi carik balik komen-komen yang dia hantar kat kau and kau cuba pahamkan apa sebenarnya yang dia nak cakap.
Tak perlu nak pening kepala dengan komen-komen orang. Apa sangat yang dia boleh buat. Sebab dia tak boleh buat apa-apa la maka dia just boleh bagi komen. And kita pun boleh buat benda yang sama. Kita pun boleh teruskan buat apa yang kita suka. Dia nak cakap apa kalau kita nak teruskan? Dia takleh buat apa-apa kan? See...fair and square what.
Kan kita dah diajar macamana nak mengawal emosi. Be it dari sudut psikologi ataupun keagamaan kita diajar kalau kita tengah marah, kita ambil wuduk.
Kalau kita tak tenang, kita baca Al-Quran.
Kalau nervous, kita tarik nafas dalam-dalam.
Kalau serabut kita take 5 dulu.
So dalam sudut blogging ni, kalau kita tak suka dengan komen negatif orang, kita buat dek.
Kalau orang tu tak suka dengan blog kita, dia pun boleh buat dek sebenarnya.
Tapi kalau dia tak boleh nak buat dek dengan blog kita, maka sebenarnya dia suka kita cuma dia tak sampai hati nak bagitau dia suka.
Kita sendiri pun kadang-kadang akan rasa fedup dengan keadaan diri. Sometimes kita pun akan bengang dengan diri sendiri like apesal hari ni aku blur sangat?
Apesal hari ni aku asik tertumpahkan air?
Apesal hari ni ink terpercik kat baju?
Apesal hari ni tak perasan pakai baju koyak?
Dem! Dem! Dem!
Kita pun kadang-kadang menyampah dengan situasi diri kita apetah lagi orang luar.
Takkan ada orang suka apa yang kita buat. Kita je yang seronok dengan apa yang kita buat. Orang lain hanya akan seronok sekiranya :
1. Dia pun ada apa yang kita ada (tak kira la kekayaan, kecantikkan, kebijakkan, etc)
2. Dia ada lebih dari apa yang kita ada.
Berapa persen sangat yang suka semua benda tentang diri kita?
ZERO PERSENGGGG.
Tinggal lagi some people pilih untuk buat dek.
And some pilih untuk hentam.
And kita juga boleh pilih samada untuk hentam balik atau buat dek.
Simple.
Pernah dengan peribahasa "anjing menyalak bukit, bukit takkan runtuh".
Dulu pun aku tak paham apesal bukit?
2012-12-20
Reply dari Izzat untuk pengirim barang dari US
Ok ni entry nak lekas namanya.
Aku akan berada atas jalan sampai ke petang.
So apa-apa hal malam baru aku respond to emails.
Untuk reader yang tanyakan pasal status Izzat di mana sebab Izzat tak respond, aku rasa situasi dia cenggini. Izzat mungkin penat nak respond kot sebab kiriman banyak, jadi ni aku tepek reply email dari Izzat. Don't worry, Izzat tak menghilangkan diri.
KLIK HERE : PROMO EPHYRA DECEMBER 2012
Holiday di bilik
Sebelum aku bukak ke topik holiday yang tak seberapa, aku nak bagitau yang skinny jeans di bawah saje yang ada. Yang lain semua dah ada orang booked :
Black
Fuschia
Light purple
Brown
Blue
Charcoal
Saiz 28 and 30 je ada. Tak banyak. Tak sampai 20 helai lagi yang tinggal. So kalau sesape nak, email aku cepat-cepat. Kepada yang emailnya aku belum balas, maknanya korang kena revised saiz and color. Memang ni je yang tinggal.
Yang sangat excited nak membayar, aku harap bersabar. Insyallah, yang dah mintak aku cop-kan tu, aku dah tulis nama korang siap-siap. Skinny and cardigan dulu, korang beli direct dengan partner aku kat sana, aku hanya sebagai orang tengah. Tu pasal masuk shipment aku. Sebab tu aku mintak payment in advance sebab aku mintak kawan aku tolong beli kan. Kali ni aku tak kasik korang bayar dulu sebab kali ni korang beli dengan aku, so biar barang sampai dulu, dah betul kaler dia semua, baru aku instruct untuk buat payment, okeh?
Ok, cerita holiday.
Orang lain holiday sampai seminggu, aku satu malam je. Tu pun jauh gilaaaaaaaaaaaaaaaaa aku pegi.
Golden Palm Tree, Sepang.
Aku pergi Sabtu lepas.
Memang hari ni dalam sejarah la, buat pertama kalinya setelah ada Rayyan, kitorang bercuti empat beranak. Betul-betul 'family'. Selama ni kemana-mana mesti berangkut seluruh rakyat jelata. Dengan bibik-bibik sekali aku angkut. Asal nak bercuti je mesti kena book bilik tambahan. Boleh tahan bankrupsi aku. Actually tak plan pun untuk tak membawa bibik-bibik and mak mertua. Kebetulan lepas buat booking, mak mertua aku nak balik Tganu. Pastu bibik Lenny nak cuti balik Seremban, sepupu dia kawenkan anak. Sepupu dia dah 20 tahun duduk Malaysia. Tailor-tailor pulak nak siapkan baju pengantin melambak-lambak, pulak tu weekend tu ada customer nak ambik baju wedding dia. So memang empat beranak je la yang pegi jawabnya. Tu la, nak sangat dulu merasa jalan berompek. Nah, ambik kau. Dah la duduk Canary Palm Villa yang boleh sumbat 4 adults. Boleh main galah panjang kitorang anak beranak kat dalam tu.
Perjalanan yang indah harus dimulakan dengan bergamba berdikari.
Masa ni nak gi hantar bibik Lenny ke Seremban dulu. Dari Seremban tu patah balik ke Sepang.
Sangat rajin kitorang ukur jalan kan?
No choice, kau kena jaga adik kau kat belakang.
Selalunya ada bibik. Kali takde. Maka silakan bersilat kat blakang tu.
Eh, tak pulak. Elok je sopan duduk berdua siap boleh share-share iPAD lagi. Kalau tak, yang sorang terpekik, yang sorang melalak. Pandai pulak bawak diri bila bibik ngan nenek takde.
Cewah, mamat Ganu sorang ni dah makin pelik je aku tengok dressing dia menjak dua menjak ni. Macam selera muda pulak. Ed Hardy la, Superdry la, ni sibuk nak beli ntah apa brand kepala-kepala tengkorak segala.
Yellow skinny jeans dan kasut kuning jugak.
Kitorang sampai pukul 4pm.
Punyalah ramai manusia yang nak duduk situ. Aku ingatkan takde orang hingin nak duduk sini bilik mahal sangat, rupanya ramai! Dah la musim cuti, makin cekik darah harga bilik dia. Memang sekali je la kot aku pegi.
Sian Rayyan. Masa ni mood dia dah start tak berapa baik sebab dia heran kenapa nenek ngan bibik dia takde. Masa ni dia banyak termenung. Kesian aku tengok. Gila emosi anak bujang aku ni.
Memang kena naik ni, sebab bilik aku jauh nuuuuuu kat hujung sana. Kalau nak menapak memang boleh. Boleh blah.
Apa ingat senang nak berjalan kaki dengan bawak si kenit ni? Tertanggal tudung aku nak mengejar dia kang.
Pool dia not bad, cantik gak. Tapi aku tak pergi.
Believe it or not (believe it!), aku masuk je bilik, terus esoknya baru aku keluar. Pool semua aku tak pegi. Makan semua dalam bilik. Nama aku nak keluar memang tak la.
Kali ni bercuti kurang sikit rasa seronok. Rugi rasanya bayar hotel mahal-mahal, book bilik besar, tapi last-last pegi empat-beranak je. Memang lain sangat rasanya bercuti kali ni. Maybe sebab selama ni berangkut ramai-ramai, pulak tu mak dah duduk sekali dengan kitorang, so bila mak takde, rasa macam pelik je. Macam tak lengkap. (ada gaya menantu mithali tak aku?)
Tapi memang tak seronok. Bukan tempatnya yang tak seronok tapi suasana kitorang yang tak seronok. Aku pun takde mood nak kesana sini. Sian En Wan, dia ajak aku keluar tengok beach aku taknak, makan kat cafe aku taknak, mandi pool aku taknak, mandi sama kat bathtub pun aku taknak. Aku cakap kat En Wan, lepas ni kalau bercuti, semua mesti ada. Baru meriah, anak-anak pun seronok. Aku pun seronok. Boleh bertenet dengan laki, anak-anak biar bibik ngan mak jaga. Wakakaka.
Ni la bilik rumah kitorang - Canary Palm Villa.
Sebesar-besar villa, duduk berempat. Pastu semua pool satu katil. Boleh? Baik pasang khemah lepak tepi pantai je.
Kalau nak cakap cantik, memang cantik!
Villa dia, scenery dia, resort dia, semua cantik. Memang sesuai sangat untuk berehat. Kalau honeymoon pun seronok sebab senyap sunyi je.
Tapi aku kan bangsa penakut. Dari awal lagi aku dah seriau je tengok laut ni. Ni kang kalau tsunami menyimbah, memang tak jumpa tulang belulang aku. Asik la aku tenung air laut ni. Sampa mimpi malam tu! Aku mimpi tsunami datang, villa aku beralih kau. Berpusing. Seb baik tak tertanggal. Tapi aku macam bajet bagus je dalam mimpi tu, siap boleh selamatkan orang lagi yang lemas. Macam takde apa je tsunami ni. Ntah bila aku pandai berenang pun tak tau la. Cam bagus je kau.
Aku snap gamba tak cantik.
Kang korang tak selera pulak nak pegi bila tengok gamba aku ambik.
Ni aku ambik gamba kat internet. Villa ni la aku duduk. Cantik, luas, gojes dan terasa diri ini orang kaya.
Puiiii.
Tapi kan, aku tak tau la kot aku ke yang rabun. Tapi aku tak jumpa arah kiblat. Puas aku selak lemari, laci, 3-4 kali aku kelebet dinding, belakang pintu, ceiling, memang takde lansung tanda arah. Sampai aku kena donlod kiblat application kat BB.
Tapi bilik air dia best! Aku kalau pi mana-mana hotel tempat yang aku jengah dulu is toilet. Toilet kalau pass, maknanya hotel tu bertaraf 6 bintang aku bagi. Dalam kes Palm Tree Resort ni, toilet pass. Sebab ada hose. Tu je syarat wajib nak dapat tauliah bintang dari aku. Toilet kalau pakai gelas, memang takde la aku berak. Aku sanggup makan sikit-sikit je supaya takde rasa nak berak. Sorry la, aku memang tak feel la cebok pakai gelas. Tak puas basuh bontot.
Bangga campur jakun bila nampak nama ada kat tv.
Lagi satu tebiat aku kalau masuk hotel, aku akan terjah room service punya menu dulu. Aku memang suka order room service kalau duduk hotel. Sebab ni je masanya untuk aku memanjakan diri dengan makanan yang feeling-feeling omputih di samping merabakkan purse.
So bila En Wan sibuk check bilik, check katil, bukak sliding door segala, aku terjah meja carik menu room service. Carik punya carik takde. Ni yang aku hangin ni. Takkan takleh order makanan kot. Aku dah la malas nak keluar ni.
Bila En Wan pasang TV baru perasan ada option Room Service kat situ.
Walahweiiiiiii lagi sekali kejakunan laki bini.
Ni sudah bagusssss. Memang sesuai sangat la makhluk-makhluk pemalas macam aku stay hotel ni. Semuanya di hujung jari anda.
Anak-anak sekarang belum pandai bercakap dah pandai guna iPAD. Aku sampai skarang tak khatam-khatam lagi iPAD ni. Jangan tanya aku la pasal application yang pelik-pelik, memang aku tak tau. Esok budak-budak ni kalau dah besar sikit apa la yang dimintaknya. Aku dulu dapat main dam ular dah seronok habis. Kehulu hilir mengangkut dam ular. Redza, aku ajak main dam aji dia taknak. Tapi dam aji dalam iPAD dia nak pulak. Dasarrrrr.
Lepas dorang tiga beranak berendam kat pool, sambung pulak dalam bathtub. Sian gak dorang, mak dia tak sporting lansung. Asik nak lepak dalam bilik je.
Tapi mak dia baik hati okeh!
Tatkala bapak dan anak-anak berendam dalam kolam, mak dah siap sedia call room service. Sebab aku tau dorang ni lepas mandi kang sure kebulur.
Memang betul pun.
Masuk je bilik masing-masing "lapar...lapar"
Seb baik aku bijak.
Bijak mengabiskan duit.
Main sign je resit. Kakakaka.
Pedulik apa aku.
Ni aku punya.
Macamkan takde jual burger kat tepi pantai nun.
Punyalah nak makan burger hotel jugak.
Last-last tak abis.
Gila okeh burger ni. Rabak mulut aku menganga. I mana biasa nganga besar-besar ni. Yang sedang-sedang je.
Tengok betapa gabakknya daging ayam dia.
Tapi memang sedap.
Sesedap harganya.
Orderkan En Wan kuetiaw. Udang dia besar tapak tangan.
Insaf nak order lagi lepas ni. Kueytiaw paling mahal dalam dunia aku rasa.
Lepas makan, 3 beranak tu bersiar-siar ambik angin.
Seb baik la bapak kau rajin melayan.
Kalau harap mak kau, memang sengkak la korang bertapa dalam bilik.
Tapi sebenarnya aku memang dari dulu lebih suka duduk dalam bilik dari keluar jalan-jalan kalau gi mana-mana hotel. Provided hotel tu best la. Kalau hotel tu best, aku memang akan jadi malas nak merayap. Aku lebih suka feeling-feeling dalam bilik. Apa-apa pun best or tak bestnya hotel tu bergantung pada toilet dia. Like Equatorial Penang memang cantik, makan sedap, harga mahal tapi toilet cebok pakai gelas. Terus fail! Memang sekali je la aku duduk situ. Rela lagi aku duduk hotel 3-star B-Suite tu. Janji ada hose.
Masa tengah tunggu nak check-in staff sana ada tanya of nak buat reservation for BBQ malam tu. Sabtu adelah BBQ seafood. Memandangkan pantai Bagan Lalang tu bersepah kedai makan seafood, adelah lebih baik aku makan kat sana je. Jimat pun jimat. Sedap dah konfem.
BBQ kat sini per head RM85 (adult). Budak tak ingat berapa.
Malam tu kitorang makan sotong 3 ekor besar-besar buat goreng tepung, membuak-buak sampai tak abis, pastu ikan siakap 3 rasa pun tak abis, baru RM70. (cewah kondem tak agak-agak. Padahal kau takde duit nak join BBQ. Kahhh!)
Dorang bertiga jalan sampai ke pantai. Nak tengok sunset la konon. Padahal sunset tu dari balkony villa aku je dah nampak.
Nampak ni betapa punya malas la aku nak keluar, En Wan ngan Redza terpaksa menapak ke beach nak tapau nasik bawak balik. Yang best tu hotel ni siap sediakan pinggan mangkuk sudu garfu segala. Kalau uncang teh ni macam-macam rasa ada. Tinggal kau nak minum ngan taknak je. Memang sorga dunia resort ni.
Malam tu dapat kitorang makan bertenang-tenang sebab Rayyan tido awal.
Sian Rayyan.
Selama ni dia tido dengan mak (nenek dia).
Memang sejak Rayyan umur 2 bulan lagi mak dah bawak tido sekali dengan harapan nak biar aku berehat betul-betul lepas bersalin sebab mak cakap bersalin bedah ni kena jaga. Luka kat luar dah baik, luka kat dalam kita tak nampak. Sekali kau...sampai 2 tahun aku berehat sepuas-puasnya.
Bila malam tu Rayyan pertama kalinya tido balik dengan aku after almost 2 years, dia rasa janggal. Nangis sedu-sedan mencarik nenek ngan bibik dia. Selak pintu, selak langsir nak carik dorang. Pastu aku ajak main henfon aku, terbukak la pulak video-video yang pernah aku ambik. Sekali ada video dia tengah main-main dengan nenek dia. Ya ampun berjurai-jurai airmata dia. Sedih sangat nampaknya sampai aku pun menangis sama. Sian kecik-kecik dah pandai rindu dah. Ni budak ni kalau esok ada rezeki blaja masuk asrama ada harapan jadi macam aku. Asik nangis je sebab homesick.
Tapi kejap je.
kasih ibu lah katakan.
Esoknya dah taknak berenggang dari aku la pulak. Nak minum susu pun atas riba aku. Nak tido malam pun nak aku gosok-gosok celah pantat dia. Oh yes, Rayyan ada perangai pelik. Sebelum tido dia suka orang korek-korek celah pantat dia. Apa punya stail la.
Dan sejarah juga berlaku pada malam tu bila buat pertama kalinya bercuti bersama, tapi aku dengan En Wan tido lain-lain katil. Sian laki aku.Mesti lepas ni dia tobat nak pergi bercuti tanpa mak ngan bibik. Kalau tak sure malam tu aku dah mengorek bontot dia. Eh.
Tapi apekan daya, malam tu korek bontot Rayyan je la.
Breakfast pun dalam bilik.
Orang hanimoon pun tak macam aku sampai tak keluar-keluar bilik sehari suntuk. Aku memang perempuan yang over.
Aku punya.
Oder kemain lagi. Tapi makan cuma toast 2 keping. Dah la tak pakai butter jem. Main cicah teh O je. Dasar kamfung.
Orang tua ni kalau tak pekena nasik lemak tak sah. Macam nak pegi menoreh pulak pagi-pagi nak kena makan nasi dulu.
Redza punya.
Menjak jadi model Superdry ni, macam dah takde baju lain nak pakai. Asik Superdry je.
Hari tu check out awal sikit, kul 10.30am sebab nak ke Seremban ambik bibik Lenny semula.
Ok tu je. Aku nak tido.
2012-12-19
Pilih
Hari ni postage Ephyra untuk yang order promotion minggu kedua selamat di-pos. Bibik aku yang handle sebab aku takde. So those yang baru buat payment selepas 5pm, semuanya akan masuk next week (Tuesday) punya delivery. Promo Ephyra setakat ni masih lagi on. So jangan risau, boleh place order lagi.
Aku tak sempat nak email sorang-sorang tracking number sebab CN semua kat opis. Harapnya semua dapat la ya. Tak dapat, bagitau aku. Korang punya ada dalam gamba atas ni.
Korang jangan tak tau. Aku bukan saje ada staff untuk membungkus Ephyra. Now aku ada staff mengangkut Ephyra lagik! Brader Pos Laju kalau datang pick up dah takyah mengangkut dah. Dia tunggu atas van je. Ada pekerja tambahan tolong hulur pakej.
Kalau van Pos Laju sampai, dia la yang paling sibuk sekali bukak laci nak capai kunci. Padahal bukan sampai pun tapi dia punya busy tu macamkan dia lak yang jual Ephyra. Brader Pos Laju ni pun dah tak payah turun dari van dah, dia tunggu je dalam van. Bila time Rayyan hulur pakej, brader tu mesti akan angkat dengan dia dia sekali masuk van. Terjerit pekik si Rayyan. Tau takut. Tapi kau yang kecoh.
Budak Pos Laju ni cakap "Anak akak ni bukan kuat kat badan tapi kuat kat semangat. Padahal bungkusan ni berat 2 kilo tapi gigih dia nak angkat"
Kuat semangat apa nye.
Kuat kepoh je lebih. Apa aku buat semua dia nak buat. Aku bungkus dia pun bungkus. Asal ada posmen sampai, dia dulu ke depan. Siap beramah-mesra lak tu. Trekebil-kebil posmen tu nak pahamkan apa dia cakap. Tu belum lagi dulu orang kalau datang nak tempah baju, cewah dia pulak yang siap kirai-kiraikan kain customer macamkan kau yang nak ukur badan orang tu.
Untung aku. Takyah gajikan pekerja. Bagi je upah tetek. Done.
Skinny jeans dah on the way. Ni second batch khas untuk yang tak dapat order hari tu and also yang nak repeat order. Kali ni tak tumpang shipment aku sebab shipment aku, aku nak securekan untuk benda lain. So insyallah dalam Sabtu ni maybe dah sampai itupun kalau kastam tak tahan (tapi rasanya tahan). Size adelah seperti di bawah. First come first serve. Book je dulu, dah sampai jeans nanti aku email baru korang bayar.
Harga : RM58/pc
Pos Laju : RM10/pc
Kalau order more than 1 email aku untuk total amount ya.
Email : aveo757[at]yahoo[dot]com
Saiz dan kuantiti untuk setiap kaler adelah seperti di bawah :
Measurement boleh refer table bawah ni. Aku bawak size 28-30 sebab aku rasa saiz dia tak banyak beza. Macam aku pakai jeans size 27-28. Tapi untuk skinny aku pakai saiz 30 sebab taknak nampak ketat sangat kat kaki. Takde la longgar sangat pinggang sampai menggelebeh tapi aku pakai belt jugak biar kemas sikit melekap kat pinggang. Apa-apa pun sila refer table bawah :
KLIK HERE : PROMO EPHYRA DECEMBER 2012
2012-12-18
Krim penyelim
Tetiba je aku tayang botol Felina Inch Loss Lotion. Kan?
Ada orang bagi aku pree untuk pakai. Sebab aku kan berlemak jadi amat bertepatan sekali aku dijadikan guinea pig bagi memantapkan testimoni. Bagus! Orang ini sangat pandai memilih bahan ujikaji.
Sebenarnya aku adelah pengguna krim Mustajab Dunia Herbs sejak lepas bersalin Rayyan. Motif aku pakai krim Mustajab ni bukanlah sebab aku minat Nora Danish. Tapi sebab aku suka bau dia. Mak mertua aku la yang kenalkan aku dengan krim ni. mak aku guna untuk buat urut kaki kalau lenguh-lenguh. Dia kata sedap, berangin je. So aku pun baca la info kat tiub tu. Ada capsicum, ada halia. Ok great! Lecturer food aku dulu ada ajar benda-benda yang menghasilkan heat like pepper ni akan meningkatkan metabolisma badan. Bila metabolisma meningkat, lipid oxidation also akan meningkat. Lipid oxidation ni adelah proses burning fat untuk menghasilkan tenaga. So bila aku tengok ada capsicum aku terus "Aha!". Zasssssssssss........pinjam mak mertua aku punya krim dulu. Pinjam sikit je, dah malam dah masa tu. Giant tutup. Esoknya baru aku beli.
So bila aku dapat Felina Inch Loss ni, benda pertama aku tengok is ingredients dia.
CAPSAICIN!
Oraittt. So dia pun ada extract capsicum jugak.
So aku dah try Felina Inch Loss ni since Rabu lepas.
So far good.
Dia tak sehangat krim Mustajab. Macam krim Mustajab tu gila pedih. Aku rasa yang buat pedih tu sebab dia letak capsaicin pastu ada extract halia. Kalau tak biasa memang berkipas la. Felina Inch Loss ni dia berangin and hangat tapi masih boleh tahan lagi. Hari tu aku try sapu Felina then pakai girdle, mak aiiiiii, terangkat. Memang gila hangat. Terbayang-bayang lelemak aku meletop-letop pecah. Tapi kalau tak pakai girdle ko akan rasa berangin je, tak pedih. Kira ok la tu. Kalau krim mustajab tu jangan buat pasal la nak sapu pastu pakai girdle. Boleh melecet kulit kau. Nak lagi kalau sesaje nak sapu kat peha. Tang tu kulit nipis, memang kelam kabut aku basuh. Tak tahan pedih.
Setakat ni baru seminggu aku guna Felina. Kalau krim Mustajab tu disadvantage dia sebenarnya bau rempah (halia) dia tu kuat. Kalau kau pakai Mustajab pastu kau pakai perfume, memang bersampuk-haruk bau badan kau. Konfius kejap orang-orang yang dekat dengan kau. Sebab aku adelah pengguna Mustajab. Memang aku kena spray perfume banyak-banyak nak hilangkan bau Mustajab.
Tapi Felina ni wangi, dia ada fragrance untuk hilangkan bau berangin tu. So takde la ko malu-malu nak dekat dengan orang kan.
Satu botol ni aku rasa tahan kot sebulan, see how. Sebab aku pun baru pakai. Cara pakai dia tak rumit, just apply pagi and malam, preferably lepas mandi sebab masa tu kulit kita fresh, so senang chemical nak menyerap. Takyah sapu banyak-banyak, sikit je dah memadai. Lama-lama nanti kau akan rasa berangin. Don't la expect hari ni sapu lusa dah slim. Benda-benda macam ni dia nak kena sesuaikan dulu dengan badan kau. Dah kalau perut berlipat empat, takkan empat hari dah selim ye tak? Agak-agak la pun.
Selain dari tu Felina punya produk range ni ada jugak Vit C and Collagen (PMCVC), in tablet form. Macam kaler polis pill dia - biru putih lagi. Sesape yang nak mudah, boleh la makan collagen pil. Tapi melalui artikel yang aku baca tentang PMCVC ni, adelah menjadi normal kalau anda naik jerawat sikit. Dalam seminggu dua jerawat tu muncul sementara nak tolerate dengan sistem badan. Lepas tu jadi ok.
Tapi jangan salah faham.
Mana-mana supplement yang kita makan, selain dari ambil masa, tindakbalas dia pun bergantung pada penerimaan badan pengguna juga. Bukanlah maksudnya semua yang makan PMCVC ni semua pun tumbuh jerawat. Depends la. And just in case kalau sesape ambil PMCVC ni tumbuh jerawat tapi masih nak teruskan, aku nasihatkan kurangkan (kalau boleh stop kejap) sugary food. Sebab secara saintifiknya, bila kita makan makanan bersugar, badan kita akan stop burn fat sebab badan kita lebih mudah nak burn sugar dari burn fat, so badan kita akan tinggalkan proses burn fat tu. Dia lagi senang burn sugar. (apa kau ingat kau je nak keje senang? Badan pun tau nak carik keje senang okeh). Jadi bila badan stop burn fat, lemak yang tak diburn ni akan dipindahkan ke kelenjar sebum. Jadi muka (skin) akan jadi lebih berminyak dan bertambah-tambah la jerawat kau.
So, kalau yang ambil PMCVC ni muka naik jerawat, my suggestion - MINUM AIR BANYAK-BANYAK. Jangan tanya kenapa, ikut je. Kang kalau aku cerita banyak-banyak dah jadi macam jurnal sains lak entry aku ni.
Kalau sesape nak try Felina Inch Loss and PMCVC ni jangan order kat aku. Silakan order kat : zack_uhana@yahoo.com (Zuhana Noh aka Sepet)
sms/wassap 012-2678-134 (sepet)
Nama :
Alamat :
Produk :
Kuantiti :
Nak tau price, sila tanya dia. Agak-agak nak spesel price, sebut je nama aku, wakakakka.
2012-12-17
Jilat ludah sendiri
Patut la rasa macam free je time aku hari ni, rupanya tak update blog.
Hari ni masa banyak dihabiskan atas jalan raya.
Senjak-menjak ada AES ni aku dah makin menyampah dengan certain pemandu yang berhemah tak boleh blah. Berhemah kat area AES je la. Kot ye pun kau takut AES meng-instagram-kan gamba kereta kau yang tengah berdesup tu, agak-agak la kan. Takkan sampai 50km/hr kau nak bawak. Baik kau naik wheelchair je. Dah sah-sah kawasan AES tu kebanyakkannya kawasan yang selalu orang pecut, paling bangsat pun speed limit kat situ 80. Kau bawak 70 pun tak salah kot. Yang kau nak pegi low sampai 50 tu kejadah apa. Lori kontena lagi laju dari kau. Kang hilangkan nak elak kena saman, ada juga yang mati kena sodok ngan kereta belakang. Agak-agak sikit bro. Agak-agak sikit. Tapi yang klakar tu, memula berdesup lagi Golf ngan BMW race potong keta aku. Alih-alih dah potong masing-masing break. Aku ingat si BMW ni dah tercium bontot Golf. Rupanya AES ada kat depan. Ingatkan ganas sangat. Pandai takut jugak dua-dia bijik keta ni. Puiii.
Oh sebelum aku terlupa, nak say thank you pada yang email aku pasal saka. Terima kasih banyak-banyak. Ramai rupanya yang perihatin and ada pengalaman dengan saka-saka ni. Tapi macam-macam cerita and pendapat yang berbeza-beza aku dapat. Takpelah, at least aku ada pengetahuan sikit pasal saka-saka ni. Ada sorang tu cakap kita boleh bajet orang tu ada saka ke tak. Kalau orang tu jenis liat nak solat, panas-baran merempan je keje, tu antara tanda-tanda ada saka. Fuh! Seb baik aku rajin beribadah *uhuk..uhuk..uhuk*
Tapi aku ada gak terbaca kat satu artikel, saka ni bukan kira orang tu rajin solat ke tak. Saka ni pun sebenarnya boleh turun dengan sendirinya tanpa consent penerima. Aku pun tak sure macamana. Tapi macam ada sangkut-paut dengan "dalaman" kita. Aku pun dah tak ingat apa yang aku baca. Aku ni kalau baca bab-bab hantu and misteri memang aku akan aktifkan speed reading skill. Selalunya memang aku takkan ingat apa aku cerita.
Tapikan ni aku nak cerita jugak pasal satu benda yang "misteri" jugak la, tapi misteri dia lain macam sikit. Sebenarnya takdelah misteri mana pun, cuma perangai pelaku tu macam misteri yang menggelikan pusat aku.
Kawan aku ni lelaki. Dia baru kawen tahun lepas, tak sampai setahun lagi. Tapi tu bukan la issue dia. Dia nak kawen lambat sukati dia la kan. Last week kitorang member-member bukak group whatsapp. So biasa la kan, lam tak jumpa sembang merepek-merepek je lebih. So bila this guy join the group semua macam excited la nak tanya pasal life baru dia. Orang baru kawen katakan. Memula tu bila baca chat dia aku macam 'oh ok. fine. ok. hmm...ok...rite". Tapi lama-lama gila annoying. Tau-tau ada muncul another group chat, tanpa that guy. Kira group chat yang kedua ni tema dia "That guy".
This guy masa kitorang tanya khabar, ucap selamat pengantin baru (sebab ramai yang tak hadir jemputan), kitorang takde nak expect apa-apa pun. Nak tengok gamba bini dia pun tak. Bukanlah tak hingin, tapi masing-masing takde cakap "Mana gamba bini kau?". None of us care pun nak tengok. Kitorang lagi excited nak bertanya khabar and masing-masing sibuk korek balik cerita zaman-zaman tok kaduk nak bahankan sorang-sorang. It's normal la kan macam tu. Aku rasa kebanyakkan kita pun bila dah lama tak jumpa, sesekali bersembang mesti me-rewind balik zaman-zaman Pak Malau.
This guy, bila orang wish Selamat Pengantin Baru, dia tetiba je "Bini aku biasa-biasa je..". Wadefart??
Ada orang tanya ke?
Mula-mula tu masing-masing macam respond "Ala, takde hal la beb, janji bahagia" and so on...
Tapi dia macam emo tahap cipan bantut. Bila ajak gathering dia bagi statement "Kita-kita je la kot eh, masing-masing takyah bawak partner la". Kau pehal. Kau nak simpan bini kau, lantak kau lah. Yang ladies ni semua dah ada laki, anak-anak berderet, takkan nak tinggal. Konfem nak bawak.
Pastu asiklah "Bini aku simple je. Takpelah, janji aku suka. Yang penting hati".
Hoi!
Kau ni jadah apa. Takde orang kisah kot, yang kau lelebih nak emosi macam saje nak kitorang bukak topik pasal bini kau pulak. Aku memang on je kalau nak ajak korek tepi kain orang. Tapi takde mood la. Kalau kain Fasha Sandha sedap gak aku nak selak. Ni kain kau. Takde de.
Kitorang cam heran mamat ni meroyan apekah yang asik cakap bini dia simple, bini dia biasa-biasa, etc.
Aku pulak bangsa asiklah tertinggal ketapi, so bila dorang bukak new group memang seronok la aku kan. Haha. Rupanya kawan aku cakap dia ni kawen pilihan keluarga sebab mak dia stress umur dah macam ni still tak kawen-kawen. Padahal dia dulu kira hot. Hot tak hot jugak la, kira macam ada la awek. And kalau bab kondem awek orang ni memanglah kau lah pakar. Last-last kawen pilihan mak bapak sebab takde orang nak kat kau. Kawan aku cakap bini dia takde la tak cantik, dan takde la buruk sangat. Macam muka-muka kitorang ni jugak. Graduate U*M. Now keje kat bank. Ntah apa yang dia frust sangat pun aku tak tau. Cara dia bagi statement tu macamkan dapat bini teruk. Maybe tak cantik la kot di mata dia, tu yang "pasrah" sangat bunyiknya. Tapi perlu ke kau hint-hint kan kekecewaan kau kat member-member yang setahun tak sekali pun berjumpa? Tak ke mendatangkan spekulasi? Tak pasal je kitorang bukak group chat lagi satu bagi "membincangkan" isu kau ni. Lainla kalau kau hint kat member baik kau ke. Kawan aku cakap patut la asik la up-kan status kat FB and wasap status berunsur redho like "kawenlah perempuan kerana agamanya, bukan kecantikkan semata"
Ok that's good.
Aku sangat setuju dengan statement tu.
Tapi betul ke itu yang lahir dari hati?
Atau status tu status kecewa?
Aku memang tension je dengan lelaki yang kemain pandai lagi up-kan status kat FB "cantik di hati yang penting..." "muka cantik tapi kalau perangai buruk buat apa..".
Guys, plis.
Be honest to yourself.
Berapa persen lelaki yang tergerak hati nak kenal hati budi perempuan tanpa terpesona dulu dengan kecantikkan fizikalnya?
Disebabkan kecantikkan wajah tu la yang buatkan kau akhirnya kenal hati perempuan tu.
Kalau tak, jangan harap kau nak berkenalan dengan dia kan?
Well, memang la takde sape suka perempuan yang muka cantik tapi perangai hodoh, tapi agak-agak camana kau leh tau hati perempuan tu buruk ya?
Mesti kau tau buruk baik hati dia setelah kau kenal dia kan.
And macamana agaknya kau boleh terberkenalan dengan dia?
Mesti kau berkenalan dengan dia sebab fizikal look dia yang cantik di mata kau maka akhirnya kau kenal hati budi dia.
Kecantikkan tu memang subjektif.
Sendiri punya mata, sendiri punya selera. Takde sape nak kondem pilihan kita.
Melainkan kita yang kena jilat air ludah sendiri tu pasal kita menggelabah.
2012-12-14
Saka
Ok, 111 packages untuk 315 helai cardigan dah pos today.
Another 13 helai sila datang rumah aku untuk collect today. Jangan collect esok and Ahad sebab aku gi holiday. Nak datang Isnin boleh.Yang nak aku hantar kat rumah Mak Aji, aku akan hantar Selasa sebab aku ada keje kat UPM, on Tuesday, so sekali harung.
Ephyra yang order this week, aku pos next week.
Nak tanya korang penah dengar pasal "semangat rumah" tak?
Orang tua-tua cakap "kelintasan".
Benda yang kita perasan macam dia melintas tepi kita tapi bila kita toleh tak ada.
Ni pasal rumah aku ni.
Dah nak masuk ompek tahun aku duduk sini takde pulak aku nampak apa-apa. Takat "semangat rumah" tu ada la 1-2 kali tapi tu mana-mana pun aku biasa nampak. So takde hal sangat sebab dia pun tak kacau aku.
Yang aku heran bibik-bibik aku ni boleh la pulak nampak "En Wan" tengah baca paper kat hall dalam gelap pukul 11 malam. Pastu orang goyang-goyangkan katil dia. Pastu orang berjalan seret kaki kat dapur. Aku cam pelik je. Mak aku duduk sini 2 tahun pun tak dengar apa-apa. Pak Aji and Mak Aji melepak sini berbulan-bulan dulu pun tak pernah nampak apa-apa. Yang dorang ni asiklah nampak benda. Dah la aku ni bukan jenis berani sangat. Bila dorang kata nampak "En Wan" baca paper kat hall aku dah cuak nak turun bawah malam-malam.
Adekah saka keturunan En Wan nak menyaka kitorang?
Aku penah tanya mak mertua aku pasal ni sebab arwah tok nyang En Wan dulu penah ada benda-benda like saka ni tapi dia pun tak tau dia ada saka tu. Mak dia (moyang En Wan) yang bagi agaknya. Yang buat kita tau dia ada benda melekat masa dia sakit. Tapi alhamdulillah dah berjaya buang, Tak salah aku mak cakap ustaz tu pacakkan bendera kat tengah sawah suruh "benda" tu jaga sampai tumbuh buah. Mak cakap kadang-kadang orang yang lalu kat tepi sawah nampak bendalah tu. Oh scary.
So aku pun macam cuak tak cuak je ni tido ngan laki aku. Sekali kang sesedap aku peluk dia tau-tau dapat call "Di, abang balik lambat malam ni. Makanlah dulu". Terus keras aku kat atas katil tu.
Benda-benda macam ni bukannya kita boleh sedar dia ada ke tak. Macam arwah tok nyang dulu jenis yang solat kat masjid aje. Belum azan lagi dia dah standby kat masjid. Tak penah amalkan benda yang pelik-pelik tapi ujung-ujung dia sendiri tak tau dia ada belaan. Kesian sangat. So aku pun taknak la kan jadi macam tu dalam famili. Bila bibik-bibik ni nampak tapi aku (kitorang) tak pernah nampak, macam sesuatu je kan? As if benda tu muncul pada yang bukan famili. Yang famili dia tak munculkan diri. Sebbab dia jaga. Eh lelebih lak imaginasi aku.
Tetiba gamba Mariani
Ada tak sesape kat sini yang ada pengalaman berdepan dengan situasi saka-menyaka ni, cuba try citer kat aku camana. Maksud aku, adekah situasi aku sekarang ada possibility sangkut-paut dengan saka?
Tapi aku hati aku tetap kuat kata yang bibik-bibik aku ni terlebih imaginasi.
Sebab dorang ni rajin benar bercerita pasal cerita hantu.
Kalau dorang cerita pasal kampung dorang tu macamkan senang benar nak jumpa hantu. Yang ponti bersimpuh atas dahan pokok la, hantu cina duduk seat belakang la, langsuir tegur orang kampung tengah lepak minum kat kedai kopi la. Ni sape punya kampung pun aku tak tau la. Orang ke, hantu.
Maybe sebab tu la balik-balik dorang je kot yang nampak, maybe sebab dorang jenis berani. Takat nampak ponti tu boleh ajak main susun selipar.
Aku kalau masuk bab-bab mistik ni sebenarnya malas nak ambik tau sebab kalau aku dah ambik tau, aku punya penakut tu bangsa yang tak masuk akal punya penakut. Aku rela kencing atas katil kalau takut nak masuk toilet. Orang lain rela tahan kencing. Aku tak. Kencing tetap kencing tapi sukati aku la nak kencing kat mana pun.
Lagi satu kan, siapa perasan kalau kita cerita pasal hantu mesti akan ada rasa or bunyi-bunyi yang misteri tetiba muncul. Macam dia tau-tau je kan. Macam now aku tengah menaip ni la. Tetiba je bulu tengkuk aku meremang and aku dengar ada bunyik macam bunyik orang ketip kuku kat blakang aku. Pantek.
KLIK HERE : PROMO EPHYRA DECEMBER 2012
2012-12-12
Nesvita .... now is Nestum
Nuffnang Sponsored Post for 48 hours
Ada sesape dah try Nestum 3 in 1 American Ginseng and Nestum 3 in 1 Dang Gui tak? Ce bagitau pendapat korang camana rasa dia. Kalau rasa nak aku sharekan pengalaman korang kat blog aku ni pun orait je, takde masalah.
Oh yes, lupa nak bagitau. Ada tak sesape yang biasa minum Nesvita?
Tak kisah la susu Omega Plus Nesvita je, oat Nesvita ke,apa je la yang ada brand Nesvita.
Ok, kalau korang tercarik-cari Nesvita tu, jangan kalut la kalau tak jumpa. Actually Nesvita dah bertukar ke Nestum. So korang boleh ambik je Nestum, takde masalah. Dorang re-branding.
Ada sesape dah try Nestum 3 in 1 American Ginseng and Nestum 3 in 1 Dang Gui tak? Ce bagitau pendapat korang camana rasa dia. Kalau rasa nak aku sharekan pengalaman korang kat blog aku ni pun orait je, takde masalah.
Oh yes, lupa nak bagitau. Ada tak sesape yang biasa minum Nesvita?
Tak kisah la susu Omega Plus Nesvita je, oat Nesvita ke,apa je la yang ada brand Nesvita.
Ok, kalau korang tercarik-cari Nesvita tu, jangan kalut la kalau tak jumpa. Actually Nesvita dah bertukar ke Nestum. So korang boleh ambik je Nestum, takde masalah. Dorang re-branding.
Ko nampak tu, brader ni dah terang-terang tulis. Kalau tak paham gak tak tau la.
So now, go for Nestum brand, instead of Nesvita. No more Nesvita. Nehi nehi.
Sebelum korang terlupa, aku nak ingatkan jangan lupa masuk contest Nestum tu. Klik ni.
RM5000 dia nak bagi free-free je beb. Bukan susah sangat pun, snap je la gambar ikut tema yang dia bagi. Masing-masing henfon dah ada kamera kan. Tak susah dah kot takat nak join contest yang fun macam ni. Aku tunggu je tema CAMWHORE, mesti ramai letak muka aku. Kahhhhhhhh! Ok tak klaka.
Skarang theme dia dah lain. Kalau hari tu alarm kan, now ......
LOVED ONES!!
Oh sukanya sayeeeeeeeee.
Suka.
Suka.
Suka!!!
Lantas saya laju-laju join the contest sekali lagi.
Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!
Apa kau ingat aku nak letak muka kau En Wan?
Nan ado.
Ok guys, cepat join. Contest paling senang. Paling fun. And hadiah dia sangat gojes. Cepat join!
Help
Ini entry dari blog reader yang minta entry ni disiarkan di blog.. Harapnya, pada yang ada blog, dapat panjangkan entry ni di blog korang jugak.
Ya Allah,berat sungguh dugaan kau turunkan untuk kalini.Tak tahu iols nak mulakan cerita dari mana yang pasti ianya melibatkan maruah,kepercayaan serta hubungan antara satu sama lain. Iols menyesal rekemenkan kawan opis iols dengan kawan seuniversiti dulu untuk majlis kawen. Dan sekarang "si penipu"melarikan duit sebnayak 15k dan hilang entah kemana. Dia melarikan diri semasa majlis tersebut dijalankan. Mana nak letak maruah pengantin. Uols boley bayangkan majlis yang hanya ada kerusi dan meja sahaja sedangkan dalam pakej tersebut include semuanya. Sedih serta menyesal iols dengan kejadian tersebut. MARUAH iols diletakkan paling bawah memang rasa tercalar dengan dugaan tersebut. Sekarang pengantin perempuan dah buat repot polis. Sekarang weols masih mencari "si penipu". Iols perlukan kerjasama dari blogger semua untuk menyiarkan gambar "si penipu" nie. Untuk pengetahuan uols,iols pergi ke KLANG untuk mencari dia tapi kerja kami sia2. Dia cam dengan kereta iols dan melarikan diri dengan menaiki motor jenis NOUVO BKQ 1511. Iols mengharapkan uols untuk menolong iols supaya boleh sebarkan gambar nie.Iols xnak orang lain menjadi mangsa seterusnya. Doakan iols dapat mencari "si penipu" nie dengan segera.Nie iols bagi maklumat serba sedikit. Hope uols boley tolong iols. Alamat terakhir di Klang. Fyi,dia merupakan orang sabah hope kalau uols nampak beliau bawak ke balai polis yang berhampiran serta uols boley kol iols Sue 012-2044552 dengan kadar segera. Terima Kasih.
Ya Allah,berat sungguh dugaan kau turunkan untuk kalini.Tak tahu iols nak mulakan cerita dari mana yang pasti ianya melibatkan maruah,kepercayaan serta hubungan antara satu sama lain. Iols menyesal rekemenkan kawan opis iols dengan kawan seuniversiti dulu untuk majlis kawen. Dan sekarang "si penipu"melarikan duit sebnayak 15k dan hilang entah kemana. Dia melarikan diri semasa majlis tersebut dijalankan. Mana nak letak maruah pengantin. Uols boley bayangkan majlis yang hanya ada kerusi dan meja sahaja sedangkan dalam pakej tersebut include semuanya. Sedih serta menyesal iols dengan kejadian tersebut. MARUAH iols diletakkan paling bawah memang rasa tercalar dengan dugaan tersebut. Sekarang pengantin perempuan dah buat repot polis. Sekarang weols masih mencari "si penipu". Iols perlukan kerjasama dari blogger semua untuk menyiarkan gambar "si penipu" nie. Untuk pengetahuan uols,iols pergi ke KLANG untuk mencari dia tapi kerja kami sia2. Dia cam dengan kereta iols dan melarikan diri dengan menaiki motor jenis NOUVO BKQ 1511. Iols mengharapkan uols untuk menolong iols supaya boleh sebarkan gambar nie.Iols xnak orang lain menjadi mangsa seterusnya. Doakan iols dapat mencari "si penipu" nie dengan segera.Nie iols bagi maklumat serba sedikit. Hope uols boley tolong iols. Alamat terakhir di Klang. Fyi,dia merupakan orang sabah hope kalau uols nampak beliau bawak ke balai polis yang berhampiran serta uols boley kol iols Sue 012-2044552 dengan kadar segera. Terima Kasih.
Nama: Sharif Amang Sharif Miasin.
IC : 880111495877
Alamat terakhir : Lot 3331 Batu 6 3/4, Kariah Nelayan Kampung Sementa, Kapar
Alamat Sabah : Bandar Nam Tung, Jalan leila, Block F, Lot 2, Tingkat 3, 90000 Sandakan Sabah
IC : 880111495877
Alamat terakhir : Lot 3331 Batu 6 3/4, Kariah Nelayan Kampung Sementa, Kapar
Alamat Sabah : Bandar Nam Tung, Jalan leila, Block F, Lot 2, Tingkat 3, 90000 Sandakan Sabah
Senget
Hari tu masa skinny jeans sampai aku dapat skinny jeans hitam and blue free. Tapi sebab skinny aku dah melambak-lambak (pehh berlagak siall), hari ni baru berkesempatan nak pakai. Aku rasa semorang perlu ada satu seluar hitam cenggini. I mean jeans like this. Senang match dengan apa jugak baju be it plain or printed danboleh dibawak for casual atau majlis formal. Aku rasa aku perlu ada 3 helai lagi skinny jeans hitam ni.
Tapi hari ni aku bukan nak cakap pasal seluar. Tapi nak cakap pasal "senget".
Semua maklum otak aku sedikit senget.
Tapi ada yang lagi senget yang tak sure ada orang perasan atau buat-buat tak perasan or rasa macam benda tu bukan masalah besar so takyah kecoh.
Yes, that's true. "Senget" yang aku nak cerita ni pun memang tak pernah jadi masalah pun kat aku sebab aku bangsa belasah je la janji happy.
Badan aku senget.
Tapi takde sape perasan termasuk mak aku.
Orang yang pertama perasan is En Wan. Dia perasan dagu aku senget dari first time dia dapat gamba aku (biasala dulu zaman hantar-hantar gamba, internet belum "in" sangat time ni).
Tapi dia tegur dagu aku masa first time jumpa.
"Dagu Di tajam eh?"
Tajam???
First time aku dengar orang tegur dagu aku tajam.
Ujung-ujung baru aku tau dia maksudkan runcing.
Tapi ayat dia tak abis kat situ, ada sambungan dia....
"Dagu Di tajam eh?.......pastu senget"
Tu diaaaaaa.
Kau mampu nak tegur gf ko macam ni on the first date?
Mujur la aku jenis tak heran. Eleh takat dagu senget apa ade hallll. Kalau kau tak suka boleh blah.
Cewah. Eksyen.
Cuba tengok gamba ni.
Perati dagu aku betul-betul. Senget kan?
Sebab tu kalau aku bergamba, aku jarang snap belah kiri pipi. Mesti akan snap belah kanan. Sebab dagu aku dia senget ke kiri. Jadi pipi belah kiri jadi tembun sikit. So kalau snap belah kanan nampak muka aku slim. Kah kah kahhhhhh.
Tak caya???
Mari kita buat eksperimen.
Aku takde hal.
Aku dah biasa jadi guinea pig kat makmal dulu.
Snap belah kiri.
Rahang aku senget maka dagu aku senget lantas pipi belah kiri aku nampak tembun. Senyum pun tak reti camana.
Snap belah kanan.
Pehhhhh gila kurus mukaaaaaaaaaaaa. Puiiii.
Masa aku gi dentist bulan 6 hari tu, aku tanya dokter gigi aku senget tak?
Dr tu kata rahang aku senget sikit tapi terlalu minor boleh dikategorikan sebagai tak senget lansung.
Hmm, maybe sebab tu mak aku sendiri tak pernah perasan kot. Hanya En Wan je yang perasan. Mesti masa dia dapat gamba aku dulu siang malam dia tenung gamba aku kan. Tu pasal boleh spot. Wakakakka.
Tapi ke"senget"an ni bukan di dagu saje.
Ada gak kat tempat lain.
Pinggang.
Zaman aku belum bertudung dulu, walaupun aku pakai baju tu jenis ketat tapi aku takkan pilih yang sendat sangat sebab gila buruk! Pinggang aku senget. Tapi dah beberapa kali aku check dengan dokter, dia kata tulang belakang aku takde masalah. Again, maybe kesengetan yang too minor. Kalau aku pakai baju ketat and berdiri tegak depan cermin sangat jelas dan nyata pinggang aku berlekuk belah kiri tapi belah kanan straight macam tiang letrik. Series aku tak tipu. Sebab tu aku tak pernah tuck in baju kalau pakai seluar sebab orang akan nampak aku sangat pelik. Aku takde hal kalau aku nampak diri aku pelik. Kalau aku kisah badan aku pelik konfem aku dah lama jadi tukun je kat rumah sampai skarang.
Panjang gila mukadimah aku ni.
Sebenarnya entry ni adelah sebagai me-reply email sorang reader aku yang 'jauh hati' dengan kekurangan diri. Dulu masa kecik dia pernah jatuh and luka kat tepi bibir. Kena jahit 2 jahitan. Disebabkan jahitan tu bibir jadi senget sikit. Dah la senget pastu dia kat dokter yang jahit dulu buat tak betul agaknya, the parut jahitan tu timbul, menambahkan lagi teruk pada muka. And this reader relate-kan kekurangan tu dengan jodoh dia yang tak sampai-sampai even dah umur 31.
Melalui gamba mulut yang dia attach sekali, aku tak rasa "kekurangan" tu obvious. Tapi sebab kita tau di mana kekurangan tu, so pandangan mata kita lebih terarah pada kekurangan tu tadi. Sometimes, kita rasa kekurangan pada diri kita tu cukup obvious sebab kita sendiri yang membandingkan diri kita dengan orang lain. Padahal orang lain tak kisah pun. Or tak perasan lansung pun. Tapi kita je yang hari-hari dok comparekan diri kita dengan orang lain.
Macam muka aku yang senget ni, aku percaya 99% tak perasan rahang aku senget, pinggang aku senget. Tapi lepas ni ramai la yang perasan kesengetan muka aku kan. Dulu masa zaman sekolah, orang lebih notice kehitaman aku dari kesengetan muka aku. And kalau sesaper perasan, dahi aku ada parut bekas eksiden. Berjahit 6 jahitan. Betul-betul kat area bawah sikit dari anak rambut. Kawasan berjahit tu sampai sekarang lapang takde rambut. Sape yang perasan mesti akan ingat kepala aku sulah, tapi sebenarnya ada parut. Tapi dulu aku rilek je tayang dahi and rambut bersulah aku tu kehulu-hilir. Kawan-kawan lelaki aku dulu semua kata aku ahli kongsi gelap. Gelap tu memang dah pasti. Pastu ada parut lak tu. Tambah lak muka senget. Menambahkan lagi wajah pailang.
Kalau tanya pendapat aku, aku rasa takyah nak kisah sangat la kot defect-defect pada muka tu.
Jangan la comparekan kekurangan kita dengan kelebihan orang. Tak adil untuk diri sendiri. Ramai je yang kita nampak perfect di mata tapi masih anak dara or dah menjanda pun sekarang. So rasanya takyah la kot nak relatekan wajah kita dengan jodoh. Takde kena-mengena.
KLIK HERE : PROMO EPHYRA DECEMBER 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)
















.jpg)







