2012-12-19

Pilih


Hari ni postage Ephyra untuk yang order promotion minggu kedua selamat di-pos. Bibik aku yang handle sebab aku takde. So those yang baru buat payment selepas 5pm, semuanya akan masuk next week (Tuesday) punya delivery. Promo Ephyra setakat ni masih lagi on. So jangan risau, boleh place order lagi.



Aku tak sempat nak email sorang-sorang tracking number sebab CN semua kat opis. Harapnya semua dapat la ya. Tak dapat, bagitau aku. Korang punya ada dalam gamba atas ni.

Korang jangan tak tau. Aku bukan saje ada staff untuk membungkus Ephyra. Now aku ada staff mengangkut Ephyra lagik! Brader Pos Laju kalau datang pick up dah takyah mengangkut dah. Dia tunggu atas van je. Ada pekerja tambahan tolong hulur pakej.

 


Kalau van Pos Laju sampai, dia la yang paling sibuk sekali bukak laci nak capai kunci. Padahal bukan sampai pun tapi dia punya busy tu macamkan dia lak yang jual Ephyra. Brader Pos Laju ni pun dah tak payah turun dari van dah, dia tunggu je dalam van. Bila time Rayyan hulur pakej, brader tu mesti akan angkat dengan dia dia sekali masuk van. Terjerit pekik si Rayyan. Tau takut. Tapi kau yang kecoh.

Budak Pos Laju ni cakap "Anak akak ni bukan kuat kat badan tapi kuat kat semangat. Padahal bungkusan ni berat 2 kilo tapi gigih dia nak angkat"

Kuat semangat apa nye.
Kuat kepoh je lebih. Apa aku buat semua dia nak buat. Aku bungkus dia pun bungkus. Asal ada posmen sampai, dia dulu ke depan. Siap beramah-mesra lak tu. Trekebil-kebil posmen tu nak pahamkan apa dia cakap. Tu belum lagi dulu orang kalau datang nak tempah baju, cewah dia pulak yang siap kirai-kiraikan kain customer macamkan kau yang nak ukur badan orang tu.

Untung aku. Takyah gajikan pekerja. Bagi je upah tetek. Done.




Skinny jeans dah on the way. Ni second batch khas untuk yang tak dapat order hari tu and also yang nak repeat order. Kali ni tak tumpang shipment aku sebab shipment aku, aku nak securekan untuk benda lain. So insyallah dalam Sabtu ni maybe dah sampai itupun kalau kastam tak tahan (tapi rasanya tahan). Size adelah seperti di bawah. First come first serve. Book je dulu, dah sampai jeans nanti aku email baru korang bayar.

Harga : RM58/pc
Pos Laju : RM10/pc

Kalau order more than 1 email aku untuk total amount ya.
Email : aveo757[at]yahoo[dot]com

Saiz dan kuantiti untuk setiap kaler adelah seperti di bawah :


 



Measurement boleh refer table bawah ni. Aku bawak size 28-30 sebab aku rasa saiz dia tak banyak beza. Macam aku pakai jeans size 27-28. Tapi untuk skinny aku pakai saiz 30 sebab taknak nampak ketat sangat kat kaki. Takde la longgar sangat pinggang sampai menggelebeh tapi aku pakai belt jugak biar kemas sikit melekap kat pinggang. Apa-apa pun sila refer table bawah :





KLIK HERE : PROMO EPHYRA DECEMBER 2012