2012-12-17

Jilat ludah sendiri


Patut la rasa macam free je time aku hari ni, rupanya tak update blog.

Hari ni masa banyak dihabiskan atas jalan raya.
Senjak-menjak ada AES ni aku dah makin menyampah dengan certain pemandu yang berhemah tak boleh blah. Berhemah kat area AES je la. Kot ye pun kau takut AES meng-instagram-kan gamba kereta kau yang tengah berdesup tu, agak-agak la kan. Takkan sampai 50km/hr kau nak bawak. Baik kau naik wheelchair je. Dah sah-sah kawasan AES tu kebanyakkannya kawasan yang selalu orang pecut, paling bangsat pun speed limit kat situ 80. Kau bawak 70 pun tak salah kot. Yang kau nak pegi low sampai 50 tu kejadah apa. Lori kontena lagi laju dari kau. Kang hilangkan nak elak kena saman, ada juga yang mati kena sodok ngan kereta belakang. Agak-agak sikit bro. Agak-agak sikit. Tapi yang klakar tu, memula berdesup lagi Golf ngan BMW race potong keta aku. Alih-alih dah potong masing-masing break. Aku ingat si BMW ni dah tercium bontot Golf. Rupanya AES ada kat depan. Ingatkan ganas sangat. Pandai takut jugak dua-dia bijik keta ni. Puiii.

Oh sebelum aku terlupa, nak say thank you pada yang email aku pasal saka. Terima kasih banyak-banyak. Ramai rupanya yang perihatin and ada pengalaman dengan saka-saka ni. Tapi macam-macam cerita and pendapat yang berbeza-beza aku dapat. Takpelah, at least aku ada pengetahuan sikit pasal saka-saka ni. Ada sorang tu cakap kita boleh bajet orang tu ada saka ke tak. Kalau orang tu jenis liat nak solat, panas-baran merempan je keje, tu antara tanda-tanda ada saka. Fuh! Seb baik aku rajin beribadah *uhuk..uhuk..uhuk*

Tapi aku ada gak terbaca kat satu artikel, saka ni bukan kira orang tu rajin solat ke tak. Saka ni pun sebenarnya boleh turun dengan sendirinya tanpa consent penerima. Aku pun tak sure macamana. Tapi macam ada sangkut-paut dengan "dalaman" kita. Aku pun dah tak ingat apa yang aku baca. Aku ni kalau baca bab-bab hantu and misteri memang aku akan aktifkan speed reading skill. Selalunya memang aku takkan ingat apa aku cerita.

Tapikan ni aku nak cerita jugak pasal satu benda yang "misteri" jugak la, tapi misteri dia lain macam sikit. Sebenarnya takdelah misteri mana pun, cuma perangai pelaku tu macam misteri yang menggelikan pusat aku.

Kawan aku ni lelaki. Dia baru kawen tahun lepas, tak sampai setahun lagi. Tapi tu bukan la issue dia. Dia nak kawen lambat sukati dia la kan. Last week kitorang member-member bukak group whatsapp. So biasa la kan, lam tak jumpa sembang merepek-merepek je lebih. So bila this guy join the group semua macam excited la nak tanya pasal life baru dia. Orang baru kawen katakan. Memula tu bila baca chat dia aku macam 'oh ok. fine. ok. hmm...ok...rite". Tapi lama-lama gila annoying. Tau-tau ada muncul another group chat, tanpa that guy. Kira group chat yang kedua ni tema dia "That guy".

This guy masa kitorang tanya khabar, ucap selamat pengantin baru (sebab ramai yang tak hadir jemputan), kitorang takde nak expect apa-apa pun. Nak tengok gamba bini dia pun tak. Bukanlah tak hingin, tapi masing-masing takde cakap "Mana gamba bini kau?". None of us care pun nak tengok. Kitorang lagi excited nak bertanya khabar and masing-masing sibuk korek balik cerita zaman-zaman tok kaduk nak bahankan sorang-sorang. It's normal la kan macam tu. Aku rasa kebanyakkan kita pun bila dah lama tak jumpa, sesekali bersembang mesti me-rewind balik zaman-zaman Pak Malau.

This guy, bila orang wish Selamat Pengantin Baru, dia tetiba je "Bini aku biasa-biasa je..". Wadefart??
Ada orang tanya ke?

Mula-mula tu masing-masing macam respond "Ala, takde hal la beb, janji bahagia" and so on...

Tapi dia macam emo tahap cipan bantut. Bila ajak gathering dia bagi statement "Kita-kita je la kot eh, masing-masing takyah bawak partner la". Kau pehal. Kau nak simpan bini kau, lantak kau lah. Yang ladies ni semua dah ada laki, anak-anak berderet, takkan nak tinggal. Konfem nak bawak.

Pastu asiklah "Bini aku simple je. Takpelah, janji aku suka. Yang penting hati".

Hoi!
Kau ni jadah apa. Takde orang kisah kot, yang kau lelebih nak emosi macam saje nak kitorang bukak topik pasal bini kau pulak. Aku memang on je kalau nak ajak korek tepi kain orang. Tapi takde mood la. Kalau kain Fasha Sandha sedap gak aku nak selak. Ni kain kau. Takde de.

Kitorang cam heran mamat ni meroyan apekah yang asik cakap bini dia simple, bini dia biasa-biasa, etc.

Aku pulak bangsa asiklah tertinggal ketapi, so bila dorang bukak new group memang seronok la aku kan. Haha. Rupanya kawan aku cakap dia ni kawen pilihan keluarga sebab mak dia stress umur dah macam ni still tak kawen-kawen. Padahal dia dulu kira hot. Hot tak hot jugak la, kira macam ada la awek. And kalau bab kondem awek orang ni memanglah kau lah pakar. Last-last kawen pilihan mak bapak sebab takde orang nak kat kau. Kawan aku cakap bini dia takde la tak cantik, dan takde la buruk sangat. Macam muka-muka kitorang ni jugak. Graduate U*M. Now keje kat bank. Ntah apa yang dia frust sangat pun aku tak tau. Cara dia bagi statement tu macamkan dapat bini teruk. Maybe tak cantik la kot di mata dia, tu yang "pasrah" sangat bunyiknya. Tapi perlu ke kau hint-hint kan kekecewaan kau kat member-member yang setahun tak sekali pun berjumpa? Tak ke mendatangkan spekulasi? Tak pasal je kitorang bukak group chat lagi satu bagi "membincangkan" isu kau ni. Lainla kalau kau hint kat member baik kau ke. Kawan aku cakap patut la asik la up-kan status kat FB and wasap status berunsur redho like "kawenlah perempuan kerana agamanya, bukan kecantikkan semata"

Ok that's good.
Aku sangat setuju dengan statement tu.

Tapi betul ke itu yang lahir dari hati?
Atau status tu status kecewa?

Aku memang tension je dengan lelaki yang kemain pandai lagi up-kan status kat FB "cantik di hati yang penting..." "muka cantik tapi kalau perangai buruk buat apa..".

Guys, plis.
Be honest to yourself.


Berapa persen lelaki yang tergerak hati nak kenal hati budi perempuan tanpa terpesona dulu dengan kecantikkan fizikalnya?

Disebabkan kecantikkan wajah tu la yang buatkan kau akhirnya kenal hati perempuan tu.
Kalau tak, jangan harap kau nak berkenalan dengan dia kan?

Well, memang la takde sape suka perempuan yang muka cantik tapi perangai hodoh, tapi agak-agak camana kau leh tau hati perempuan tu buruk ya?
Mesti kau tau buruk baik hati dia setelah kau kenal dia kan.
And macamana agaknya kau boleh terberkenalan dengan dia?
Mesti kau berkenalan dengan dia sebab fizikal look dia yang cantik di mata kau maka akhirnya kau kenal hati budi dia.

Kecantikkan tu memang subjektif.
Sendiri punya mata, sendiri punya selera. Takde sape nak kondem pilihan kita.
Melainkan kita yang kena jilat air ludah sendiri tu pasal kita menggelabah.