walk on wings, tread in air: Holiday di bilik <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\07532934260\46blogName\75walk+on+wings,+tread+in+air\46publishMode\75PUBLISH_MODE_HOSTED\46navbarType\75BLUE\46layoutType\75CLASSIC\46searchRoot\75http://www.dianaishak.com/search\46blogLocale\75en\46v\0752\46homepageUrl\75http://www.dianaishak.com/\46blogFollowUrl\75https://plus.google.com/108023594649590263359\46vt\758062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

walk on wings, tread in air

HIGHLIGHTS

FLEUR by MRS HIM

EPHYRA, TIMELESS BEAUTY


To purchase, kindly contact : aveo757@yahoo.com


TESTIMONI EPHYRA

FOOD

BEAUTY AND HEALTHCARE
FASHION
 

OOHMYBAGS
OTHERS

OOMORI
Holiday di bilik
December 20, 2012


Sebelum aku bukak ke topik holiday yang tak seberapa, aku nak bagitau yang skinny jeans di bawah saje yang ada. Yang lain semua dah ada orang booked :

Black
Fuschia
Light purple
Brown
Blue
Charcoal

Saiz 28 and 30 je ada. Tak banyak. Tak sampai 20 helai lagi yang tinggal. So kalau sesape nak, email aku cepat-cepat. Kepada yang emailnya aku belum balas, maknanya korang kena revised saiz and color. Memang ni je yang tinggal.

Yang sangat excited nak membayar, aku harap bersabar. Insyallah, yang dah mintak aku cop-kan tu, aku dah tulis nama korang siap-siap. Skinny and cardigan dulu, korang beli direct dengan partner aku kat sana, aku hanya sebagai orang tengah. Tu pasal masuk shipment aku. Sebab tu aku mintak payment in advance sebab aku mintak kawan aku tolong beli kan. Kali ni aku tak kasik korang bayar dulu sebab kali ni korang beli dengan aku, so biar barang sampai dulu, dah betul kaler dia semua, baru aku instruct untuk buat payment, okeh?

Ok, cerita holiday.
Orang lain holiday sampai seminggu, aku satu malam je. Tu pun jauh gilaaaaaaaaaaaaaaaaa aku pegi.
Golden Palm Tree, Sepang.

Aku pergi Sabtu lepas.
Memang hari ni dalam sejarah la, buat pertama kalinya setelah ada Rayyan, kitorang bercuti empat beranak. Betul-betul 'family'. Selama ni kemana-mana mesti berangkut seluruh rakyat jelata. Dengan bibik-bibik sekali aku angkut. Asal nak bercuti je mesti kena book bilik tambahan. Boleh tahan bankrupsi aku. Actually tak plan pun untuk tak membawa bibik-bibik and mak mertua. Kebetulan lepas buat booking, mak mertua aku nak balik Tganu. Pastu bibik Lenny nak cuti balik Seremban, sepupu dia kawenkan anak. Sepupu dia dah 20 tahun duduk Malaysia. Tailor-tailor pulak nak siapkan baju pengantin melambak-lambak, pulak tu weekend tu ada customer nak ambik baju wedding dia. So memang empat beranak je la yang pegi jawabnya. Tu la, nak sangat dulu merasa jalan berompek. Nah, ambik kau. Dah la duduk Canary Palm Villa yang boleh sumbat 4 adults. Boleh main galah panjang kitorang anak beranak kat dalam tu.



 Perjalanan yang indah harus dimulakan dengan bergamba berdikari.
Masa ni nak gi hantar bibik Lenny ke Seremban dulu. Dari Seremban tu patah balik ke Sepang. 
Sangat rajin kitorang ukur jalan kan?



 No choice, kau kena jaga adik kau kat belakang.
Selalunya ada bibik. Kali takde. Maka silakan bersilat kat blakang tu.
Eh, tak pulak. Elok je sopan duduk berdua siap boleh share-share iPAD lagi. Kalau tak, yang sorang terpekik, yang sorang melalak. Pandai pulak bawak diri bila bibik ngan nenek takde.



 
  Cewah, mamat Ganu sorang ni dah makin pelik je aku tengok dressing dia menjak dua menjak ni. Macam selera muda pulak. Ed Hardy la, Superdry la, ni sibuk nak beli ntah apa brand kepala-kepala tengkorak segala.



 Yellow skinny jeans dan kasut kuning jugak.

Kitorang sampai pukul 4pm. 
Punyalah ramai manusia yang nak duduk situ. Aku ingatkan takde orang hingin nak duduk sini bilik mahal sangat, rupanya ramai! Dah la musim cuti, makin cekik darah harga bilik dia. Memang sekali je la kot aku pegi.



 Sian Rayyan. Masa ni mood dia dah start tak berapa baik sebab dia heran kenapa nenek ngan bibik dia takde. Masa ni dia banyak termenung. Kesian aku tengok. Gila emosi anak bujang aku ni.
 


Memang kena naik ni, sebab bilik aku jauh nuuuuuu kat hujung sana. Kalau nak menapak memang boleh. Boleh blah. 
Apa ingat senang nak berjalan kaki dengan bawak si kenit ni? Tertanggal tudung aku nak mengejar dia kang.





Pool dia not bad, cantik gak. Tapi aku tak pergi.
Believe it or not (believe it!), aku masuk je bilik, terus esoknya baru aku keluar. Pool semua aku tak pegi. Makan semua dalam bilik. Nama aku nak keluar memang tak la.

Kali ni bercuti kurang sikit rasa seronok. Rugi rasanya bayar hotel mahal-mahal, book bilik besar, tapi last-last pegi empat-beranak je. Memang lain sangat rasanya bercuti kali ni. Maybe sebab selama ni berangkut ramai-ramai, pulak tu mak dah duduk sekali dengan kitorang, so bila mak takde, rasa macam pelik je. Macam tak lengkap. (ada gaya menantu mithali tak aku?)

Tapi memang tak seronok. Bukan tempatnya yang tak seronok tapi suasana kitorang yang tak seronok. Aku pun takde mood nak kesana sini. Sian En Wan, dia ajak aku keluar tengok beach aku taknak, makan kat cafe aku taknak, mandi pool aku taknak, mandi sama kat bathtub pun aku taknak. Aku cakap kat En Wan, lepas ni kalau bercuti, semua mesti ada. Baru meriah, anak-anak pun seronok. Aku pun seronok. Boleh bertenet dengan laki, anak-anak biar bibik ngan mak jaga. Wakakaka.








Ni la bilik rumah kitorang - Canary Palm Villa.
Sebesar-besar villa, duduk berempat. Pastu semua pool satu katil. Boleh? Baik pasang khemah lepak tepi pantai je.

Kalau nak cakap cantik, memang cantik!
Villa dia, scenery dia, resort dia, semua cantik. Memang sesuai sangat untuk berehat. Kalau honeymoon pun seronok sebab senyap sunyi je.

Tapi aku kan bangsa penakut. Dari awal lagi aku dah seriau je tengok laut ni. Ni kang kalau tsunami menyimbah, memang tak jumpa tulang belulang aku. Asik la aku tenung air laut ni. Sampa mimpi malam tu! Aku mimpi tsunami datang, villa aku beralih kau. Berpusing. Seb baik tak tertanggal. Tapi aku macam bajet bagus je dalam mimpi tu, siap boleh selamatkan orang lagi yang lemas. Macam takde apa je tsunami ni. Ntah bila aku pandai berenang pun tak tau la. Cam bagus je kau.



Aku snap gamba tak cantik.
Kang korang tak selera pulak nak pegi bila tengok gamba aku ambik.
Ni aku ambik gamba kat internet. Villa ni la aku duduk. Cantik, luas, gojes dan terasa diri ini orang kaya.

Puiiii.

Tapi kan, aku tak tau la kot aku ke yang rabun. Tapi aku tak jumpa arah kiblat. Puas aku selak lemari, laci, 3-4 kali aku kelebet dinding, belakang pintu, ceiling, memang takde lansung tanda arah. Sampai aku kena donlod kiblat application kat BB.

Tapi bilik air dia best! Aku kalau pi mana-mana hotel tempat yang aku jengah dulu is toilet. Toilet kalau pass, maknanya hotel tu bertaraf 6 bintang aku bagi. Dalam kes Palm Tree Resort ni, toilet pass. Sebab ada hose. Tu je syarat wajib nak dapat tauliah bintang dari aku. Toilet kalau pakai gelas, memang takde la aku berak. Aku sanggup makan sikit-sikit je supaya takde rasa nak berak. Sorry la, aku memang tak feel la cebok pakai gelas. Tak puas basuh bontot.



Bangga campur jakun bila nampak nama ada kat tv.

Lagi satu tebiat aku kalau masuk hotel, aku akan terjah room service punya menu dulu. Aku memang suka order room service kalau duduk hotel. Sebab ni je masanya untuk aku memanjakan diri dengan makanan yang feeling-feeling omputih di samping merabakkan purse.

So bila En Wan sibuk check bilik, check katil, bukak sliding door segala, aku terjah meja carik menu room service. Carik punya carik takde. Ni yang aku hangin ni. Takkan takleh order makanan kot. Aku dah la malas nak keluar ni.

Bila En Wan pasang TV baru perasan ada option Room Service kat situ. 
Walahweiiiiiii lagi sekali kejakunan laki bini.
Ni sudah bagusssss. Memang sesuai sangat la makhluk-makhluk pemalas macam aku stay hotel ni. Semuanya di hujung jari anda.



Anak-anak sekarang belum pandai bercakap dah pandai guna iPAD. Aku sampai skarang tak khatam-khatam lagi iPAD ni. Jangan tanya aku la pasal application yang pelik-pelik, memang aku tak tau. Esok budak-budak ni kalau dah besar sikit apa la yang dimintaknya. Aku dulu dapat main dam ular dah seronok habis. Kehulu hilir mengangkut dam ular. Redza, aku ajak main dam aji dia taknak. Tapi dam aji dalam iPAD dia nak pulak. Dasarrrrr.



Lepas dorang tiga beranak berendam kat pool, sambung pulak dalam bathtub. Sian gak dorang, mak dia tak sporting lansung. Asik nak lepak dalam bilik je.




Tapi mak dia baik hati okeh!
Tatkala bapak dan anak-anak berendam dalam kolam, mak dah siap sedia call room service. Sebab aku tau dorang ni lepas mandi kang sure kebulur.

Memang betul pun.
Masuk je bilik masing-masing "lapar...lapar"
Seb baik aku bijak.
Bijak mengabiskan duit.
Main sign je resit. Kakakaka.
Pedulik apa aku.




Ni aku punya.

Macamkan takde jual burger kat tepi pantai nun.
Punyalah nak makan burger hotel jugak.
Last-last tak abis. 
Gila okeh burger ni. Rabak mulut aku menganga. I mana biasa nganga besar-besar ni. Yang sedang-sedang je.



Tengok betapa gabakknya daging ayam dia.
Tapi memang sedap.
Sesedap harganya.



Orderkan En Wan kuetiaw. Udang dia besar tapak tangan.
Insaf nak order lagi lepas ni. Kueytiaw paling mahal dalam dunia aku rasa.




Lepas makan, 3 beranak tu bersiar-siar ambik angin.
Seb baik la bapak kau rajin melayan.
Kalau harap mak kau, memang sengkak la korang bertapa dalam bilik.

Tapi sebenarnya aku memang dari dulu lebih suka duduk dalam bilik dari keluar jalan-jalan kalau gi mana-mana hotel. Provided hotel tu best la. Kalau hotel tu best, aku memang akan jadi malas nak merayap. Aku lebih suka feeling-feeling dalam bilik. Apa-apa pun best or tak bestnya hotel tu bergantung pada toilet dia. Like Equatorial Penang memang cantik, makan sedap, harga mahal tapi toilet cebok pakai gelas. Terus fail! Memang sekali je la aku duduk situ. Rela lagi aku duduk hotel 3-star B-Suite tu. Janji ada hose.




Masa tengah tunggu nak check-in staff sana ada tanya of nak buat reservation for BBQ malam tu. Sabtu adelah BBQ seafood. Memandangkan pantai Bagan Lalang tu bersepah kedai makan seafood, adelah lebih baik aku makan kat sana je. Jimat pun jimat. Sedap dah konfem.

BBQ kat sini per head RM85 (adult). Budak tak ingat berapa.
Malam tu kitorang makan sotong 3 ekor besar-besar buat goreng tepung, membuak-buak sampai tak abis, pastu ikan siakap 3 rasa pun tak abis, baru RM70. (cewah kondem tak agak-agak. Padahal kau takde duit nak join BBQ. Kahhh!)
 


Dorang bertiga jalan sampai ke pantai. Nak tengok sunset la konon. Padahal sunset tu dari balkony villa aku je dah nampak.






Nampak ni betapa punya malas la aku nak keluar, En Wan ngan Redza terpaksa menapak ke beach nak tapau nasik bawak balik. Yang best tu hotel ni siap sediakan pinggan mangkuk sudu garfu segala. Kalau uncang teh ni macam-macam rasa ada. Tinggal kau nak minum ngan taknak je. Memang sorga dunia resort ni.

Malam tu dapat kitorang makan bertenang-tenang sebab Rayyan tido awal.
Sian Rayyan.
Selama ni dia tido dengan mak (nenek dia).
Memang sejak Rayyan umur 2 bulan lagi mak dah bawak tido sekali dengan harapan nak biar aku berehat betul-betul lepas bersalin sebab mak cakap bersalin bedah ni kena jaga. Luka kat luar dah baik, luka kat dalam kita tak nampak. Sekali kau...sampai 2 tahun aku berehat sepuas-puasnya.

Bila malam tu Rayyan pertama kalinya tido balik dengan aku after almost 2 years, dia rasa janggal. Nangis sedu-sedan mencarik nenek ngan bibik dia. Selak pintu, selak langsir nak carik dorang. Pastu aku ajak main henfon aku, terbukak la pulak video-video yang pernah aku ambik. Sekali ada video dia tengah main-main dengan nenek dia. Ya ampun berjurai-jurai airmata dia. Sedih sangat nampaknya sampai aku pun menangis sama. Sian kecik-kecik dah pandai rindu dah. Ni budak ni kalau esok ada rezeki blaja masuk asrama ada harapan jadi macam aku. Asik nangis je sebab homesick.

Tapi kejap je.
kasih ibu lah katakan.
Esoknya dah taknak berenggang dari aku la pulak. Nak minum susu pun atas riba aku. Nak tido malam pun nak aku gosok-gosok celah pantat dia. Oh yes, Rayyan ada perangai pelik. Sebelum tido dia suka orang korek-korek celah pantat dia. Apa punya stail la.

Dan sejarah juga berlaku pada malam tu bila buat pertama kalinya bercuti bersama, tapi aku dengan En Wan tido lain-lain katil. Sian laki aku.Mesti lepas ni dia tobat nak pergi bercuti tanpa mak ngan bibik. Kalau tak sure malam tu aku dah mengorek bontot dia. Eh.
Tapi apekan daya, malam tu korek bontot Rayyan je la.


Breakfast pun dalam bilik.
Orang hanimoon pun tak macam aku sampai tak keluar-keluar bilik sehari suntuk. Aku memang perempuan yang over.



Aku punya.
Oder kemain lagi. Tapi makan cuma toast 2 keping. Dah la tak pakai butter jem. Main cicah teh O je. Dasar kamfung.



Orang tua ni kalau tak pekena nasik lemak tak sah. Macam nak pegi menoreh pulak pagi-pagi nak kena makan nasi dulu.



Redza punya.



Menjak jadi model Superdry ni, macam dah takde baju lain nak pakai. Asik Superdry je.



Hari tu check out awal sikit, kul 10.30am sebab nak ke Seremban ambik bibik Lenny semula.




Ok tu je. Aku nak tido.



KLIK HERE : PROMO EPHYRA DECEMBER 2012
posted by aveo757 @ 12:24 AM  
Newer›  ‹Older


MY FACEBOOK
GET UPDATES
ADS
MY PROFILE

Name: aveo757
Home:
About Me: Yes, I am Diana Ishak.
Yes, you are right, I am also known as Green Apple.


See my complete profile
TRAFFIC
POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST (dropdown menu)
MY TRAVEL DIARY
MY READING
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER