Ok, 111 packages untuk 315 helai cardigan dah pos today.
Another 13 helai sila datang rumah aku untuk collect today. Jangan collect esok and Ahad sebab aku gi holiday. Nak datang Isnin boleh.Yang nak aku hantar kat rumah Mak Aji, aku akan hantar Selasa sebab aku ada keje kat UPM, on Tuesday, so sekali harung.
Ephyra yang order this week, aku pos next week.
Nak tanya korang penah dengar pasal "semangat rumah" tak?
Orang tua-tua cakap "kelintasan".
Benda yang kita perasan macam dia melintas tepi kita tapi bila kita toleh tak ada.
Ni pasal rumah aku ni.
Dah nak masuk ompek tahun aku duduk sini takde pulak aku nampak apa-apa. Takat "semangat rumah" tu ada la 1-2 kali tapi tu mana-mana pun aku biasa nampak. So takde hal sangat sebab dia pun tak kacau aku.
Yang aku heran bibik-bibik aku ni boleh la pulak nampak "En Wan" tengah baca paper kat hall dalam gelap pukul 11 malam. Pastu orang goyang-goyangkan katil dia. Pastu orang berjalan seret kaki kat dapur. Aku cam pelik je. Mak aku duduk sini 2 tahun pun tak dengar apa-apa. Pak Aji and Mak Aji melepak sini berbulan-bulan dulu pun tak pernah nampak apa-apa. Yang dorang ni asiklah nampak benda. Dah la aku ni bukan jenis berani sangat. Bila dorang kata nampak "En Wan" baca paper kat hall aku dah cuak nak turun bawah malam-malam.
Adekah saka keturunan En Wan nak menyaka kitorang?
Aku penah tanya mak mertua aku pasal ni sebab arwah tok nyang En Wan dulu penah ada benda-benda like saka ni tapi dia pun tak tau dia ada saka tu. Mak dia (moyang En Wan) yang bagi agaknya. Yang buat kita tau dia ada benda melekat masa dia sakit. Tapi alhamdulillah dah berjaya buang, Tak salah aku mak cakap ustaz tu pacakkan bendera kat tengah sawah suruh "benda" tu jaga sampai tumbuh buah. Mak cakap kadang-kadang orang yang lalu kat tepi sawah nampak bendalah tu. Oh scary.
So aku pun macam cuak tak cuak je ni tido ngan laki aku. Sekali kang sesedap aku peluk dia tau-tau dapat call "Di, abang balik lambat malam ni. Makanlah dulu". Terus keras aku kat atas katil tu.
Benda-benda macam ni bukannya kita boleh sedar dia ada ke tak. Macam arwah tok nyang dulu jenis yang solat kat masjid aje. Belum azan lagi dia dah standby kat masjid. Tak penah amalkan benda yang pelik-pelik tapi ujung-ujung dia sendiri tak tau dia ada belaan. Kesian sangat. So aku pun taknak la kan jadi macam tu dalam famili. Bila bibik-bibik ni nampak tapi aku (kitorang) tak pernah nampak, macam sesuatu je kan? As if benda tu muncul pada yang bukan famili. Yang famili dia tak munculkan diri. Sebbab dia jaga. Eh lelebih lak imaginasi aku.
Tetiba gamba Mariani
Ada tak sesape kat sini yang ada pengalaman berdepan dengan situasi saka-menyaka ni, cuba try citer kat aku camana. Maksud aku, adekah situasi aku sekarang ada possibility sangkut-paut dengan saka?
Tapi aku hati aku tetap kuat kata yang bibik-bibik aku ni terlebih imaginasi.
Sebab dorang ni rajin benar bercerita pasal cerita hantu.
Kalau dorang cerita pasal kampung dorang tu macamkan senang benar nak jumpa hantu. Yang ponti bersimpuh atas dahan pokok la, hantu cina duduk seat belakang la, langsuir tegur orang kampung tengah lepak minum kat kedai kopi la. Ni sape punya kampung pun aku tak tau la. Orang ke, hantu.
Maybe sebab tu la balik-balik dorang je kot yang nampak, maybe sebab dorang jenis berani. Takat nampak ponti tu boleh ajak main susun selipar.
Aku kalau masuk bab-bab mistik ni sebenarnya malas nak ambik tau sebab kalau aku dah ambik tau, aku punya penakut tu bangsa yang tak masuk akal punya penakut. Aku rela kencing atas katil kalau takut nak masuk toilet. Orang lain rela tahan kencing. Aku tak. Kencing tetap kencing tapi sukati aku la nak kencing kat mana pun.
Lagi satu kan, siapa perasan kalau kita cerita pasal hantu mesti akan ada rasa or bunyi-bunyi yang misteri tetiba muncul. Macam dia tau-tau je kan. Macam now aku tengah menaip ni la. Tetiba je bulu tengkuk aku meremang and aku dengar ada bunyik macam bunyik orang ketip kuku kat blakang aku. Pantek.
KLIK HERE : PROMO EPHYRA DECEMBER 2012