walk on wings, tread in air: Senget <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Senget
2012-12-12



Hari tu masa skinny jeans sampai aku dapat skinny jeans hitam and blue free. Tapi sebab skinny aku dah melambak-lambak (pehh berlagak siall), hari ni baru berkesempatan nak pakai. Aku rasa semorang perlu ada satu seluar hitam cenggini. I mean jeans like this. Senang match dengan apa jugak baju be it plain or printed danboleh dibawak for casual atau majlis formal. Aku rasa aku perlu ada 3 helai lagi skinny jeans hitam ni.

Tapi hari ni aku bukan nak cakap pasal seluar. Tapi nak cakap pasal "senget".
Semua maklum otak aku sedikit senget.
Tapi ada yang lagi senget yang tak sure ada orang perasan atau buat-buat tak perasan or rasa macam benda tu bukan masalah besar so takyah kecoh.
Yes, that's true. "Senget" yang aku nak cerita ni pun memang tak pernah jadi masalah pun kat aku sebab aku bangsa belasah je la janji happy.

Badan aku senget.

Tapi takde sape perasan termasuk mak aku.
Orang yang pertama perasan is En Wan. Dia perasan dagu aku senget dari first time dia dapat gamba aku (biasala dulu zaman hantar-hantar gamba, internet belum "in" sangat time ni).

Tapi dia tegur dagu aku masa first time jumpa.
"Dagu Di tajam eh?"

Tajam???

First time aku dengar orang tegur dagu aku tajam.
Ujung-ujung baru aku tau dia maksudkan runcing.
Tapi ayat dia tak abis kat situ, ada sambungan dia....

"Dagu Di tajam eh?.......pastu senget"

Tu diaaaaaa.
Kau mampu nak tegur gf ko macam ni on the first date?
Mujur la aku jenis tak heran. Eleh takat dagu senget apa ade hallll. Kalau kau tak suka boleh blah.
Cewah. Eksyen.



Cuba tengok gamba ni.
Perati dagu aku betul-betul. Senget kan?
Sebab tu kalau aku bergamba, aku jarang snap belah kiri pipi. Mesti akan snap belah kanan. Sebab dagu aku dia senget ke kiri. Jadi pipi belah kiri jadi tembun sikit. So kalau snap belah kanan nampak muka aku slim. Kah kah kahhhhhh.

Tak caya???

Mari kita buat eksperimen.
Aku takde hal.
Aku dah biasa jadi guinea pig kat makmal dulu.


 
 Snap belah kiri.
Rahang aku senget maka dagu aku senget lantas pipi belah kiri aku nampak tembun. Senyum pun tak reti camana.




 Snap belah kanan.
Pehhhhh gila kurus mukaaaaaaaaaaaa. Puiiii.


Masa aku gi dentist bulan 6 hari tu, aku tanya dokter gigi aku senget tak?
Dr tu kata rahang aku senget sikit tapi terlalu minor boleh dikategorikan sebagai tak senget lansung.
Hmm, maybe sebab tu mak aku sendiri tak pernah perasan kot. Hanya En Wan je yang perasan. Mesti masa dia dapat gamba aku dulu siang malam dia tenung gamba aku kan. Tu pasal boleh spot. Wakakakka.

Tapi ke"senget"an ni bukan di dagu saje.
Ada gak kat tempat lain.

Pinggang.

Zaman aku belum bertudung dulu, walaupun aku pakai baju tu jenis ketat tapi aku takkan pilih yang sendat sangat sebab gila buruk! Pinggang aku senget. Tapi dah beberapa kali aku check dengan dokter, dia kata tulang belakang aku takde masalah. Again, maybe kesengetan yang too minor. Kalau aku pakai baju ketat and berdiri tegak depan cermin sangat jelas dan nyata pinggang aku berlekuk belah kiri tapi belah kanan straight macam tiang letrik. Series aku tak tipu. Sebab tu aku tak pernah tuck in baju kalau pakai seluar sebab orang akan nampak aku sangat pelik. Aku takde hal kalau aku nampak diri aku pelik. Kalau aku kisah badan aku pelik konfem aku dah lama jadi tukun je kat rumah sampai skarang.

Panjang gila mukadimah aku ni.

Sebenarnya entry ni adelah sebagai me-reply email sorang reader aku yang 'jauh hati' dengan kekurangan diri. Dulu masa kecik dia pernah jatuh and luka kat tepi bibir. Kena jahit 2 jahitan. Disebabkan jahitan tu bibir jadi senget sikit. Dah la senget pastu dia kat dokter yang jahit dulu buat tak betul agaknya, the parut jahitan tu timbul, menambahkan lagi teruk pada muka. And this reader relate-kan kekurangan tu dengan jodoh dia yang tak sampai-sampai even dah umur 31.

Melalui gamba mulut yang dia attach sekali, aku tak rasa "kekurangan" tu obvious. Tapi sebab kita tau di mana kekurangan tu, so pandangan mata kita lebih terarah pada kekurangan tu tadi. Sometimes, kita rasa kekurangan pada diri kita tu cukup obvious sebab kita sendiri yang membandingkan diri kita dengan orang lain. Padahal orang lain tak kisah pun. Or tak perasan lansung pun. Tapi kita je yang hari-hari dok comparekan diri kita dengan orang lain.

Macam muka aku yang senget ni, aku percaya 99% tak perasan rahang aku senget, pinggang aku senget. Tapi lepas ni ramai la yang perasan kesengetan muka aku kan. Dulu masa zaman sekolah, orang lebih notice kehitaman aku dari kesengetan muka aku. And kalau sesaper perasan, dahi aku ada parut bekas eksiden. Berjahit 6 jahitan. Betul-betul kat area bawah sikit dari anak rambut. Kawasan berjahit tu sampai sekarang lapang takde rambut. Sape yang perasan mesti akan ingat kepala aku sulah, tapi sebenarnya ada parut. Tapi dulu aku rilek je tayang dahi and rambut bersulah aku tu kehulu-hilir. Kawan-kawan lelaki aku dulu semua kata aku ahli kongsi gelap. Gelap tu memang dah pasti. Pastu ada parut lak tu. Tambah lak muka senget. Menambahkan lagi wajah pailang.

Kalau tanya pendapat aku, aku rasa takyah nak kisah sangat la kot defect-defect pada muka tu.
Jangan la comparekan kekurangan kita dengan kelebihan orang. Tak adil untuk diri sendiri. Ramai je yang kita nampak perfect di mata tapi masih anak dara or dah menjanda pun sekarang. So rasanya takyah la kot nak relatekan wajah kita dengan jodoh. Takde kena-mengena.


KLIK HERE : PROMO EPHYRA DECEMBER 2012
posted by aveo757 @ 9:59 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER