2011-06-12

Happy Father's Day to all Daddy in the world.


Redza so sweet tanya aku camana nak eja "Father's".

Rupanya senyap-senyap dia tulis atas kertas untuk En Wan "Happy Father Day" (tertinggal S)
Dia letak atas bantal bapak dia, atas katil.
En Wan nak landing tadi, terperasan the note.

Aku ni masih mengadap laptop.

Dengar En Wan panggil Redza :

En Wan : Ja, sini jap.

(Redza datang)

En Wan : Apa Ija tulis ni? Baca sikit.

Redza : Happy Father Day lah.

En Wan : Ye ke eja Father macam ni?

Redza : Ye la. Ija dah blaja dah eja dia.

En Wan : Salah la. Bukan macam ni.

Redza : Mama yang cakap eja macam tu.

En Wan : Kalau fathers ejaan dia lain. Yang ni bukan father's day, ini FAT HER DAY.

Pastu aku dengar senyap seketika dalam 4-5 saat.
Tetiba pastu aku dengar Redza gelak.

Macam shilake kan?
Dah la suka ajar benda-benda yang confusekan anak.

Aku ni padahal ada je dalam bilik yang sama, depan dia lagi.
Dia ingat aku tak tau la masa dia cakap "ini bukan father, ini FAT HER" tu sambil dia point jari kat aku????

Kensel hadiah bang.
Kensellllllllllllllllll!!!

Masak pun kensel. *masukkan balik ikan dalam esbok*

2011-06-10

Semua dah disettle-kan



Cakkkkk!!!!!





Terperanjat tak?



Akhirnya, aku berjaya menyorokkan semua gambar-gambar aku yang lama-lama yang aku rasa mampu membangkitkan emosi luar kawal manusia sejagat dan selebihnya aku still publish lagi sebab errr...gamba budak-budak. Boleh ke macam tu?

Bolehhhhhhhhhhhhhhhhhhh. (jawab sendiri)

Actually kan aku dah buat satu blog baru tapi pastu aku tak paham design/template dia. So aku biarkan je la macam tu and decide untuk gagahkan diri men-save-draft-kan entry-entry dalam blog ni.

Kepada yang tanya if aku betul-betul pencen dari dunia blogging, jawapannya adelah NEHIIIIIIIIIIII!

Aku kan bangsa suka merepek meraban.
Apekah lojik bangsa sebegini nak berenti blogging???

Oh BTW, jangan salah anggap ye.
Ada di antara feedback yang aku dapat sangat menyeramkan.

"Kak Di jangan la buat entry serius and sopan-sopan je pulak lepas ni. Kitorang nak Kak Di kekal dengan style lama".

Walauweiiii.
Jangan buat statement kelakar seram boleh takkkkkkk.
Aku pulak yang naik takut bila baca feedback korang. Ada yang expect aku jadi cas-cas ayu ala-ala wanita berpurdah gitu.

Kemonnnnnnnnnnnn.
Aku baru belajar bertudung. Jangan expect aku sudah berubah 100%. Bagi aku masa kot ye pun nak aku jadi ikon muslimah pilihan. Insyallah.

And terima kasih banyak-banyak pada yang bagi respond thru email, FB, BBM, sms. Sorry ada antaranya aku tak reply pun sebab :

1. Lepas aku publish entry bertudung tu, esoknya aku outstation. Aku hanya mampu baca je email kat HP. Nak balas memang takde masa sebab ada antaranya bagi ucapan and soklan yang panjang sangat so tak lojik kalau aku nak reply
'Noted'.

2. Respond tetiba memenuhkan mailbox sampai aku yang suspen.

3. Ada yang bagi respon seolah-olah aku berpurdah.


Apa-apa pun, tima kasih sebab concern dengan penghijrahan aku.
Baru-baru nak belajar, kalau ada yang tak betul, tolong la jolok mana-mana yang patut.

Aku memang tak dapat nak reply satu-satu komen/email/FB mesej. Yang hantar sms and BBM rasanya aku dah respond. Untuk yang hantar kat email and comment box, aku ucapkan terima kasih kat semua.

Ok, masa untuk tido.

*************************************************************************************


From: sahabat anda
To: aveo757@yahoo.com
Sent: Wed, June 8, 2011 2:02:51 PM
Subject: kak di...

Assalamualaikum

first of all..saya harap sangat2 kak di dapat receive email ni. saya tak berapa sure address email kak di, hopefully betullah yang ni :)

kak di..saya ni, actually, bukanlah somebody meaningful dalam idup kak di pun..even kak di memang confirm tak kenal pun saya ni..cuma, saya adalah salah sorang yg mengikuti blog kak di, hari demi hari. starting dari 2009, kalau tak silap. kadang2 ader jugak saya give comment on blog kak di, tapi tu pun sekali dua ajer la..

bila saya baca email kak di tentang "A move to make " tu, saya memang terkesima..tergamam,,terkebil2..rasa macam tak percaya. siap baca 2, 3 kali.

bila tgk gambar kak di bertudung, sebenarnya...saya rasa nak nangis. betapa besarnya kuasa Tuhan dalam memberikan hidayah kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNYA. Ia buat saya makin sedar, walau sesiapapun kita, walau jahil bagaimana pun kita, tak kira samada yang baik, alim, ataupun sebaliknya...kalau Allah tu nak beri hidayah pada kita, ia tidak mengira siapa dan di mana. Secara ikhlas, wajah kak di lebih tenang. dan pastinya lebih comel dan kiut :)

tentang kak di nak private blog tu, mungkin kak di ada sebab tersendiri. kalau kitorang peminat2 blog kak di ni rasa sayang sangat dengan blog kak di, apatah lagi diri kak di sendiri, kan? semua coretan perjalanan idup kak di ada kat dalam blog tu...dan kami pembaca2 blog ni rasa dekat dengan kak di, even kak di tak kenal pun kami..

mungkin ker kak di decide nak tutup /private blog ni sebab kak di tak nak org2 lain guna kisah2 lama kak di untuk tujuan2 tertentu? hanya kak di sajer yg tahu tujuannya..dan rasanya kami perlulah hormati decision tu..tapi bagi saya, kak di tak perlu bimbang...

pada saya, walau saperpun kak di lepas ni, even kak di dahpun bertudung, kak di masih lagi seperti dulu..kak di yg saya "kenal" dari tahun 2009 dulu. kak di yg rock, kak di yg peminat kipas mati Leslie, kak di yg tak makan kuih untuk sarapan pagi (except keropok lekor)..semuanya masih sama. sejarah adalah untuk dipelajari utk masa depan, bukan untuk dikenang semata2 (ni ayat cikgu sejarah saya time MRSM)

apapun, kalau lepas ni kak di nak private blog dan saya mungkin bukanlah org yang layak utk terpilih untuk diinvite, saya nak ucap terima kasih banyak2 pada kak di..blog kak di banyak yg memberi motivasi kepada saya. pengalaman kak di mengandungkan dan melahirkan rayyan misalnya, banyak beri keinsafan dan motivasi kepada saya untuk jadi ibu yg lebih baik kepada anak kecil saya. kadang2, perjalanan hidup kak di ni ada pulak yg tersama dengan saya..so banyak yg saya pelajari, even dari ayat2 kak di yang tahap rock kapak tu...banyk yg saya belajar tentang hidup dari situ..thanks kak di

kalau kak di buat blog baru, kalau boleh informlah kami, peminat2 kak di ni yer :).

lastly, moga kak di sentiasa success selalu dalam kerjaya dan kehidupan kak di lepas ni. Saya doakan kak di dapat sorang lagi baby, boleh ? hehehehe...gurau ajer kak di...

mintak maap sebab email ni macam dah jadi karangan SPM lah pulak. hakikatnya, sebenarnya,saya rasa tak mudah utk saya menulis kata2 macam ni pada kak di, tapi...sebabkan saya rasa 'close" dengan kak di, laju ajer tangan ni menaip email ni. minta maap kalau kata2 dalam email ni ada yg kak di tak berkenan...

Alkhir kata, good luck and All da best to you, kak di!!

Dari,

Hamba Allah yang sayang kak di...

*************************************************************************************

From: Nurrul Ain
To: aveo757@yahoo.com
Sent: Tue, June 7, 2011 9:47:50 AM
Subject: DARI AKU TAK FEMES

assalamualaikum


dear kak di
ntah ni email sy yang keberapa la yang kak di kena baca kan? sorry la klu sy mencurik sikit masa kak di.
since kak di nak privatekan blog, so sy cepat2lah tulis email ni.
bukan sebab nak bgtau supaya akak tak payah private kan blog, just nak cakap ape yang sy nak cakap dari dulu.
blog akak tu, kawan sy yang bagi - june jdin / miszagent - dia slalu tweet akak n akak pun pernah komen kat blog dia pasal chat kitorang kat ym yang ada mention pasal en wan n akak.
sy lom sempat khatam lagi blog akak, tapi dah baca semua entri dari 2006-2007, 2008 lom sempat baca. tapi since akak nak private blog, so tak dapat lah baca lagi.
mule2 june bagi blog akak, sy just baca latest entri akak pada masa tu.... terus terdetik dalam hati "ape la june ni, bagi aku baca blog orang kaya2...ape yang nak diherankan..." tapi bile sy baca blog akak dulu2 punye.... sangkaan sy dah silap.
akak transparent dalam blog, tak pernah jadi plastik, hipokrit, akak tulis ape yang akak rasa nak tulis, akak cakap ape yang akak rasa betul.... walaupun akan mengundang pelbagai reaksi...
akak humble, akak sorang yang merendah diri, akak bole jek kawan ngan sape2, tak kira la orang tu kaya atau kayap... dan rupanya akak dulu pun bermula dari bawah juga... pernah susah juga... bukanlah akak kawin, terus2 berjaya macam ni...
sy kagum ngan ketabahan akak dalam membina kerjaya, which is tak semua orang ade kekuatan tu. dari masa akak mula kawin, makan ala kadar saja sampai akak capai ke tahap ni, memberikan inspirasi pada sy. dan buat sy menyedari betapa kita kena bersyukur dengan ape yang kita peroleh, sebab bahawasanya ada lagi orang yang lebih susah dari kita....yerla, before ni sy selalu berangan, bestnya ada kerjaya cam kak di, bestnya ada suami macam en wan... sy dan mungkin orang lain cuma nampak yang indah2 saja, tapi pahitnya tak siapa tahu. dari entri2 lama kak di, sy tau, tak mudah untuk akak sampai ditahap ni. pengorbanan dan airmata tok sah cakap lah kan....
dari perkenalan singkat dengan akak melalui blog akak, akhirnya sy tau akak hanya orang yang biasa2, bukan awek yang sombong, kerek or whuteva yang pernah pengkomen kata pada akak.... sy percaya ape yang akak dapat skrang ni adalah sesuatu yang mungkin akak tak terjangka. dan sy sebagai follower blog akak rasa syukur dan teruja bila akak dah pun start bertudung. alhamdulillah...wpun tudung tu singkat, harapnya akan datang nanti bertambah labuh.
akhir kata, kalau tak keberatan bagi akak, invitelah sy dalam private blog akak, supaya sy dapat baca lagi kisah2 kehidupan akak yang telah banyak memberi inspirasi pada sy.... sy jarang komen, tp sy ada...
apepun, semuanya terletak pada akak, akak bole suka hati nak tulis ape pun dalam blog akak, dan begitulah jugak ape2 saja keputusan akak pasal blog tu, terserah kat akak....
kalau rajin, n ada masa, balas lah yer. lega sy dapat luahkan ape yang slama ni tersimpan dlm hati sy.
tQ sudi luangkan masa baca email ni.

*************************************************************************************

From: edora
To: "aveo757@yahoo.com"
Sent: Tue, June 7, 2011 7:47:08 AM
Subject: salam

kak di..bace entry baru kak di tu..xrase pape memule..bile tgk gamba kak di bertudung trs menusuk kt ati..

kak di da pakai tudung.terharu.sebak sket la.sungguh la kuase allah..

den pon xkesah sebna eh kak di pakai ko x ko..tp bile da buat kebaikan tu rase syukur sgt..ade lg 1 muslimah yg dah jlnkn slh 1 kewajipan..den dulu pon xpakai yo tudung..br 2 thn ni stat pakai tudung..mmg xsalah jalan yg kite amek ni kan kak di..semoga kite trs dirahmati n diberkati..amin.......

gembira sungguh..bg la ms seminggu baru privatekan blog jgn la mengejut privatekan blog ni kak di..kasik bg byk2 entry pehtu nk private2 la..k

kak di..love u more.hihi


*************************************************************************************

From: azrina
To: aveo757@yahoo.com
Sent: Tue, June 7, 2011 7:55:57 AM
Subject: Sungguh cantik & ayu kak D bertudung ;)

Assalammualaikum,
Saya one of ur silend readers. If let say kak D private kan blog kak D & memilih pembaca² tertentu je yg boleh baca blog kak D, kak D terima la saya sbg salah seorgnya ye.

Hari² sy mesti buka blog kak D utk baca. Kalau tak update, agak boring rasanya. So, kalau lps ni kak D privatekan, lg la tak best. Walau bagaimanapun, sy faham apa yg kak D alami & sy hormati keputusan kak D. Cuma tu je la permohonan sy. Itupun kalau kak D sudi terima sy sbg salah seorg pembaca yg boleh membaca blog kak D nnt.

Pujian ikhlas dr sy, MasyaAllah, sungguh cantik & ayu kak D bertudung.

Apa kata En. Wan? Cite la skit dlm blog b4 privtekan ;)

Just my 2 cents.
Take care & good luck.

*************************************************************************************

From: sham
To: Diana
Sent: Tue, June 7, 2011 9:12:30 AM
Subject: Salam

Salam K Di,

Alhamdulillah & tahniah di atas penghijrahan yg telah dibuat dan rasanya k di dh selamat masuk opis baru kan? tahniah utk itu jugak. tapi kene ke private kan blog? tak bestnya.... kalau k di ada blog lain, cara penulisan still sama ker? ker akan berubah... huuhuhuhu... sy suka blog k di yg sekarang ni. sbb telus gila. tulisan k di pasal yun nam hair care tu sgt membantu sebab sy dh berkira2 nak pegi situ sbb rambut gugur teruk gilak....

anyway, sila invite sy kalau bukak blog baru nnt yeee... selamat mengembangkan lagi business k di yg makin maju itu.

*************************************************************************************

From: norziah
To: aveo757@yahoo.com
Sent: Tue, June 7, 2011 10:12:12 AM
Subject: ALHAMDULILLAH

Assalamualaikum D,

Alhamdulillah, akak happy dan terharu sgt bila tengok D dh bertudung,
semenggah sket rupenye..hehehe..Akak percaya, reader2 blog D ramai yg doakan D bertudung..Alhamdulillah, harap D terus bertudung ye..

Tapi part yg x best tu pasal nk private blog. Akak tau itu hak D
nk private, sesuai dgn penghijrahan D tapi pls buat blog baru..
Yg lama nih D private xyah update lagi sbg kenangan D di masa
hilang ingatan, yg baru nnt barulah blog yg berhemah tp jgn la
berhemah sgt, TAK BEST..kalo x, lebih baik baca zaharuddin.net..

Walopun cadangan akak nih D macam"sesuka ko jek nk suruh aku buat ape",
tapi pls ye D, kejung kebosanan akak kt opis nih xde blog D nk baca..

*************************************************************************************

From: Rinah
To: aveo757@yahoo.com
Sent: Tue, June 7, 2011 10:23:05 AM
Subject: RE:TAHNIAH

Assalamualaikum wbt kak Diana,
Alhamdulillah akak juga telah berhijrah. Keputusan akak nak tutup blog tue memang terbaik.
Tapi akak boleh buka blog baru kan ;) Bila buka blog baru. Jan lupa bagi link. Ina nak follow. hehe.
Regards.
-Rinah-

*************************************************************************************

From: maya
To: green apple
Sent: Tue, June 7, 2011 10:34:37 AM
Subject: congratssssss..


salam Di..(DI kejauhan hehehe)
first of all...congratsss sgt dan alhamdulillah..atas hidayah yg allah berikan pada Di..gembira sgt..
cuma satu je nak pesan..aku rasa ko dah tau..aku ulang je..harap ko x bingit..hehehe..penghijrahan akan takes time..(tlg abaikan grammar aku yg hancuss ni)..takpe slow-slow..walau apa pun org nak kata..aku sentiasa ada untuk mendoakan yg terbaik utk ko and family..
aku baca entry ko tadi..skrang baru aku paham nape ko nak privatekan blog tu..aku hormati..tapi ADA SYARAT nya..chewah chewah..(misti ko cakap..lu sapa nak bg syarat plak kat gua)..pls buat blog green apple yg baru menggantikan blog yg ada ni..aku x tau..ada bape juta blog kat alam maya ni..aku follow 2 blog je..blog green apple dan ada satu budak medic tu fatin liyana..

so..didoakan agar dikabulkan permintaan aku yg amat berat ni..hehhe..all the best menghadapi hari mendatang..

*************************************************************************************

From: norkharziana .
To: aveo757@yahoo.com
Sent: Tue, June 7, 2011 10:50:14 AM
Subject: private blog

Salam Kak D,
I just found ur blog recently. Owh, blog kak D sgt besh !!
Kalo kak D decide nak privatekan nnt, jgn lupa invite sy yer..
All the best on ur carrier.
Many thanx!
p/s: imej baru bertudung sgt cumill..! Keep it up!
~ziana

*************************************************************************************

From: hAjAr
To: aveo757@yahoo.com
Sent: Tue, June 7, 2011 11:34:28 AM
Subject: first step nak berkenalan

Salam kak D,

Saya hajar silent reader kak di, dh lama saya follow blog akak tp xpernah comment apa2 even pernah sometime rasa nak tinggal comment tp takut..tp bila kak d dh announce nak privatekan blog terus saya jd berani nak approach akak. Pernah one time tu masa akak buat entry psal mtk pendapat yg budak tu kawin ngan laki org tu time tu saya rasa sgt2 nak approch akak nak discuss ngan akak sbb saya rasa akak nie mcm bleh je nak tlg dgr masalah org..

Lps nie klau kak d dh tutup blog camne saya nak follow akak? saya nak keje ngan kak d part time bleh? nie serius tau bukan tipu2..saya keje buat account kat cyberjaya so klau nanti company kak d dh berkembang n need an to do some audit and account work saya bleh buatkan..hehe

cukup la email pendek nie dulu..pjg2 kak d sibuk bkn ada masa nak baca kan..heheh

bye

*************************************************************************************

From: risa
To: aveo757@yahoo.com
Sent: Tue, June 7, 2011 2:16:29 PM
Subject: Salam...

Salam,

Risa baru sahaja lepas membaca n3 yang terbaru yang ditulis oleh dee...tahniah dee kerana sudah ada perubahan di dalam diri dee....

yang pastinya jika keputusan dee untuk memprivatekan blog dee tu, senarai blog yang selalu risa terjah juga akan berkurangan...sedih rasenya..huhu

jangan lupa untuk memberitahu blog baru dee tu nati ye...

risa juga follow di twitter dan facebook dee...jangan twitter dan facebook pun nak didelete that means takde lagi la tempat berhubung selain emel...

keputusan di tangan dee...moga keputusan yang dee buat akan membuatkan kehidupan dee akan rasa lebih aman, damai dan ceria bersama family tersayang...moga suksess dalam kehidpan...

take care...

*************************************************************************************

From: Hanim
To: Diana Ishak
Sent: Thu, June 9, 2011 10:19:02 AM
Subject: Re: CODING

D... camner lak aku nak baca ngko punyer blog.. jgn lupe kawan lama D.. aku tak kira, ko bagi gak aku baca blog ko, camner yek nak jadi pembaca yang dipelawa sahaja.. please sis... kalu hang pelawa aku, ni email gue.. umiotai@gmail.com.. please.. hari2 ku tak ceria tanpa membaca blog ko tau dan jangan tak tahu, melalui bacaan blog ko lah, aku banyak menjadikan ko sebagai semangat aku untuk mengubah kehidupan kami sekeluarga ke arah yang lebih baik D (bukan nak bodek, tapi ikhlas der)

*************************************************************************************


2011-06-06

A move to make



Hi All,

Sorry sebab aku pending-kan blog ni tak ber-update.
Sebenarnya aku memang sengaja taknak update walaupun aku ada banyak nak cerita. Bila cerita tu aku simpan-simpan, last-last aku terlupa terus. Settle. Takyah update.

Until dah start orang tanya apesal tak update-update.

Selalunya bila aku buat tebiat tak update-update ni, reason aku cuma satu - BUSY.
But this time it was not only busy, but ada reason lain yang aku tak bersedia nak bagitau. Actually tak payah bagitau pun takpe. Sape pun nak ambik tau pasal aku kan. Hahahaha.

But since benda ni melibatkan blog aku, so aku rasa baik aku bagitau je la. Sebab aku taknak one day orang akan kata macam-macam.

Aku ambik masa yang agak lama pikir apa nak dibuat dengan blog ni. Aku banyak tanya and refer kat those yang boleh bagi pendapat yang tak bias, either to privatekan or delete terus this blog.

Tapi delete tu sebenarnya tak penah terlintas pun.
Sebab dalam ni ada banyak gamba-gamba yang boleh aku kenang.
And this is also my life jurnal, untuk aku ingat-ingatkan balik kot-kot la aku hilang ingatan ke apa ke..

Private kan blog was my decision, at first.
Sebab untuk aku belek satu-satu entry and take out mana yang patut tu adelah sangatttttttttt tak kuasa. Gila kau, beribu entry aku kat sini. Kau ingat aku takde keje lain nak kelebet satu-satu entry bawak keluar?

Plus, berapa kerat sangatlah entry aku yang berhemah kat dalam niiiiiii.

So????

Privatekan blog still the best option.
Kalau pun aku private, hanya untuk aku sorang sebab senang aku nak menulis apa-apa yang patut. Tau-tau je la mulut aku. Kang, kalau aku publish tak pasal je aku jadi "muslimah contoh".

Siapa ntah pernah tanya dulu apesal aku dah lama tak letak gamba.
Pastu ada yang tanya 'Kenapa saya rasa Kak Di macam dah bertudung?' (oh series masa dapat mesej ni aku cuak gila).
Yang paling best bila aku dapat komen-komen pasal enty bertudung *smile and diam aje lah*

Agaknya kenapa korang rasa aku buat entry pasal budak yang komen pasal isu bertudung urban tu? Alahhh, yang aku kena hentam kaw-kaw tuuuuuu.












Because I'm one of them yang bertudung tak tutup dada itu.

Dan aku agak terasa. Tapi dah tau salah kan, so telan air liur sendiri aje lah.
Sebab tu aku heran apesal ada orang yang bentak-bentak.
Apa-apa pun...haishhh...malaslah nak komen panjang-panjang.

Dipendekkan cerita, aku rasa aku perlu privatekan blog ni untuk diri aku saje.
Esok lusa aku close eh?

Kalau aku rasa aku masih ada masa untuk berblog, aku tulis la.

This has nuthing to do with anony ke apa ke.
Tak mati de aku kena attack ngan anony, cuma this is my decision.

Dan memandangkan aku bangang coding, so mungkin proses nak mewujudkan blog baru adelah lembab.

So aku harap, sementara 1-2 hari aku leave this blog open to public sementara nak readers blog ni faham kenapa blog ni bakal diprivatekan, aku mintak sangat takde sape yang salahgunakan entry-entry dan gamba-gamba lama aku kat sini untuk tujuan yang tak baik.

Insyallah, ada rezeki, Green Apple akan buat blog baru.

Thank you for your support.


2011-06-02

Perhatian!




From: Akma
To: "aveo757@yahoo.com"
Sent: Thu, June 2, 2011 10:18:38 AM
Subject: Nak mintak tolong kak di..plissss :)


Salam kak Di, nak mintak tolong upload pic as per attach kat blog akak..tak yah description pun takpe. bos nak 5 proposal by tomorrow. Omaigod..mana nak carik. Really need your help sis..tqvm.

Persepsi



Tadi pagi aku ada keje kat Bangi, so singgah jap rumah Mak Aji makan saki-baki macaroni and spageti yang dia buatkan untuk orang. Konfemla ada lebih kan, takkan buat bajet-bajet kottt.

Sedap je kitorang anak-beranak bersembang terbahak-bahak sambil belasah spageti tetiba jiran sebelah call from ofis cakap boleh tak gi jenguk kejap kat rumah dia sebab bibik dia call rumah baru kena rompak.

Boleh??

Padahal kitorang ada kat rumah, and rumah yang kena rompak tu memang betul-betulllllllll sebelah je. Boleh sorang pun tak dengar bibik tu menjerit. Memang benarlah teori aku sebelum ni, suara aku je mewakili 10 orang! Padahal tadi kat rumah cuma aku, Mak Aji ngan Pak Aji je. Kalau nak kata hujan maka suara bibik tu kitorang tak dengar, sangatlah mustahil sebab hujan tak lebat pun. Petir pun takde. Kalau ada pun petir surrender dengan suara aku.

So Pak Aji bergegas pi jenguk rumah sebelah.
Ha kauuuu, tengok pisau-pisau semua dah bertabur atas lantai.

Bibik ni cakap, diorang (bibik, kakak tuan rumah and anak tuan rumah age 5) ada kat dapur. Bila hujan turun, si kakak tuan rumah ni pi angkat kain kat belakang. Elok je dia bukak pintu, pencuri ni melompat masuk ke rumah terus keluarkan pisau letak kat leher kakak ni tadi. Yang sorang lagi nak tarik budak umur 5 tahun ni tapi bibik sempat tarik tangan budak tu and masukkan dalam toilet.

Dah nama letak pisau kat leher, berani kau nak jerit?
Selamat la barang kemas kakak tu.
But bibik sempat ambik no plate moto pencuri 2 ekor tu.
Tapi kot moto tu moto dia.
Kalau moto curik?

Pak Aji ni jenis yang pagi-pagi dah menyapu lama, sampai laman rumah orang ngan dataran wakaf depan rumah pun dia sapu. Maklomlah orang takde kebun nak diusahakan.
Pak Aji ni perasan ada moto kejap-kejap lalu lalang depan rumah tapi dia takde la nak pikir apa-apa. Sekali kauuuuu.

Ni la jadinya kalau terlalu sangat "tak menjaga tepi kain orang".
Orang bandar kata, duduk bandar tak macam duduk kampung.
Orang kampung ni kepoh. Semua benda nak ambik tau.
Duduk town best, takde sape kisah apa kau nak buat.
Ha, jadi macam ni la. Terlampau tak ambik kisah sangat.

Kadang-kadang serba salah jadi masyarakat.
Susah.
Buat salah, tak buat salah.


Contoh 1.
Ada mat-mat motor lalu lalang depan rumah.
Kita yang kat dalam rumah ni terjenguk-jenguk tengok apa mat motor ni nak buat.

Fikiran kita :
Apa budak ni carik agaknya dari tadi terpusing-pusing. Ni mesti nak usha-usha rumah orang mana satu line clear.

Fikiran dia :
Amboii, mentang-mentang la aku bawak moto, serta-merta pikir yang buruk. Aku nak cari rumah kawan aku la.

Bila kita ambik tau, dia kata kita suspicious.
Bila tak ambik tau, tetiba je rumah jiran kena pecah masuk.


Contoh 2.

Budak-budak jantan melepak depan rumah.
Kita buat muka tak puas hati.

Fikiran kita :
Apesal budak-budak jantan ni berlonggok bawah pokok depan rumah aku? Ni mesti nak mengintai anak dara aku ni.

Fikiran dia :
Amende makcikkk. Gua prektis gitar je ni. Depan rumah gua takde bangku. Sape suruh makcik letak bangku bawah pokok ni. Memang jadik port leeeeeee.



Contoh 3.
Sepasang kekasih bergelak ketawa depan padang mainan depan rumah kita.

Fikiran kita :
Apa aje la budak-budak zaman sekarang, berkepit-kepit kat taman permainan. Anak-anak kecik ni semua tengok.

Fikiran dia :
Tapi kami tak berdating berdua-duaan. Kami tak duduk di tempat yang sunyi.

Fikiran kita :
Memang la berdating kat tempat ramai orangggggg. Tapi ini kan taman permainan. Tempat bermain. Bukan tempat berdating!

Fikiran dia :
Makcik tak nampak ke kami tengah naik jongkang-jongkit ni??
Fak yu la makcik (dan blah).


Susah jugak bila hidup bermasyarakat eh?
Memang kena sentiasa faham-memahami dan bertolak ansur.
Tapi tak semua nak beransur. Ramainya nak menolak je.

Dulu aku ngan kawan-kawan pernah kena sound ngan sorang pakcik sebab kitorang ramai-ramai melepak depan padang bola depan rumah dia. Dia ingat kitorang sengaja lepak situ sebab nak menggatal dengan mat-mat bola. Siap cakap 'Orang perempuan tak elok la duduk sini tengok orang jantan'.

Berbulu je aku ngan pakcik tu. I mean, it's ok ko nak preach tapi boleh tak pahamkan kedaan kenapa kitorang ada kat sini?

Aku lepak padang bola sebab aku takde duit nak lepak MekDi. Kalau tak, jangan harap aku nak bersidai kat sini tengok sekor-sekor main macam tiang gol. Lagipun ni je la tempat paling selamat. 10 minit dah sampai rumah.

Tak paham aku.
Kang melepak kat shopping kompleks, sah-sah kena cop kutu lepak.
Silap-silap kena angkut dengan Black Maria.
Bila melepak kat tepi padang kena cop menggatal pulak.
Takkan nak suruh aku melepak kat dapur.
Nak buat apa dowh?
Kopek ikan bilis?

2011-06-01

*(^*%&^$^#%$



Hi All,

Korang carik apa haaaa kat sini haaaa, kuar masuk kuar masuk haaaaaa??? (tonasi Nasir Bilal Khan plis).

Aku kan, sebenarnya tak tau if aku harus continue blogging di blog ni or kat blog lain.
Tapi blog tetap blog la.
Cuma aku bercadang nak buat sesuatu kat blog ni, tapi kalau aku tarik mana-mana entry/gamba, dah takde kenangan pulak untuk aku esok-esok.
Sebabtak abis-abis pikir pasal ni la maka aku tak berblog-blog.

Aku nak privatekan blog, tapi kalau aku dah private, macamana aku nak berlagak dengan beg-beg aku lepas ni?
Wakakakkakakkaka.

*PANGGGGG berdas-das*

Tapi kalau aku nak privatekan pun bagi aku settlekan publish semua request-request untuk iklan. Mintak mahap la banyak-banyak. Memang sejak start keje kat new opis, aku tekan gear speed ala-ala Volkswagen Polo. Sumpah takde masa nak baca blog apetah lagi nak update blog sendiri. Insyallah, aku try la curik-curik masa untuk settlekan amanah orang suruh iklan-iklankan ni.

Tapi tu la kan.....aku sebenarnya ada plan lain about blogging ni.

Haishhhhh.

Pening..pening...peninggggggg!!




p/s : tetiba dah jadi satu entry kan? Entry sampah.

2011-05-30

Share




Untuk bacaan bersama.
Dari email yang dihantar kepada saya (wah, tetiba 'saya') :


Dulu sewaktu baru siapkan sebuah projek, dalam tempoh kecacatan ada tertulis satu kecacatan yang biasa kita jumpa:

"Aircond TIDAK sejuk"

Kita pun mengarahkan kontraktor dan membuat siasatan berhubung kecacatan itu, mungkin kena servis semula dan uji semula. Akhirnya selesai. Pihak pemilik bangunan pun diberitahu kecacatan sudah diperbaiki untuk di update dalam senarai kecacatan pada bulan hadapan.

Bila lihat senarai pada bulan hadapan, memang kecacatan itu sudah hilang, timbul kecacatan baru:

"Aircond TERLALU sejuk"

....

Manusia ni, comfort level kita berbeza. Ada orang dah terlalu sejuk siap berstokin dalam masa sama sorang lagi rilek saja tak pakai apa2, eh!

Tu satu bab, satu bab lagi ialah untuk memenuhi nafsu dan selera semua orang adalah mustahil.

Lazimnya, orang yang banyak peminat, banyak orang kenal maka dia banyak musuh juga.

Buatla apa pun kebaikan, kebajikan, tetap ada musuh membalas sinikal atau sakastikal.

Bagaimana baik pun orang itu, tetap ada orang tak suka.

Contoh artis perempuan, waktu jd artis muda belia, tidak pakai tudung, orang kata kat dia:

"Macam mana cari makan aurat terdedah macam tu?"

Kemudian bila terbuka hati atas sesuatu sebab, mula teringin memakai tudung, mula keluar dengan imej bertudung, orang kata juga juga, sebab pakai tudung pulak:

"Pakai tudung pun tak guna kalau masih jadi artis!"

Orang yang sama juga kata.

Kemudian bila si artis tadi dah tak keja sebagai artis sebaliknya mula meniaga:

"Ah nak meniaga apa modal semua datang daripada duit nyanyi tak bertudung dulu"

Ke situ pulak?

Kemudian bila berenti meniaga semua duk rumah jaga rumahtangga dikata pulak:

"Tu duk rumah pasal tak boleh buat apa la tu, kena bala la tu!"

Semua orang buat salah. Dia saja betul. Begini cara kita dengan saudara seagama kita?

Tambah kalau saudara kita tu seorang ustaz, tok guru, lagi besar ujiannya sekarang.

Kalau kita pun selalu kena uji begini, antara ubat penawarnya ialah menghayati sepotong doa yang ada dalam qunut setiap kali solat subuh, maksudnya;

"Tidak akan mulia orang yang Allah hina, tidak akan hina orang yang Allah mulia"

Nabi SAW sewaktu kecil dikenali sgt baik, sgt amanah, sgt jujur, tak pernah berbohong walau sekali, sgt berkaliber, sgt hebat akhlak dan peribadi. Baginda di gelar Al Amin.

Nabi SAW juga sgt cantik, kacak, elok perangai, sgt bertimbangrasa, sgt tolak ansur, sgt pemurah. Baginda disifatkan demikian oleh semua orang, termasuk Abu Lahab, Abu Jahal yang sangat menyayangi anak saudara mereka itu, ketika itu.

Dengan semua sifat dan kehebatan akhlak Nabi mulia ini, selepas sahaja Baginda menyeru kepada agama pada usia 40 tahun, Baginda mula dicaci, dihina, dituduh macam2, dipulau, dipukul, disakiti mental dan fizikal, dilempar najis, diancam dan dirancang bunuh! Abu Lahab dan Abu Jahal juga yang menjadi antara mastermindnya.

Sejak itu Baginda diperbuat demikian malah hingga sekarang, oleh segelintir anak didik Abu Lahab dan Abu Jahal yang masih hidup.

Mereka tiada hujah, mereka cuma membebel dan melepaskan marah dan anggapan. Kita minta satu sahajapun hujah, mereka takkan mampu bagi.

Sebab mereka memang tiada hujah!

Mereka tak akan dapat lari, kematian ada di depan mereka!

Nabi Muhammad itu tetap mulia dan berduyun-duyun orang memeluk agama mulia yang benar ini di seluruh dunia sehari-hari.

Allahhumma solli 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala ali Muhammad.

Wallahu'alam, wassalam.

2011-05-27

Does nipple color matter?



Ada orang tag aku dengan cream penge-pink nipple.
Aku macam...kau dah takde benda lain lagi ke yang nak diproduce sampaikan benda-benda kecik like kaler nipple ko nak kecohkan?

Aku tak kisah yang menjual.
Tapi aku wonder kenapakah nak pink-kan nipple.
Kalau dark brown tak cantik ke? (eh, macam terbagitau pulak kaler nipple sendiri)

Kat saper je la yang ko nak tunjukkan nipple tu yang ko concern sangat pasal kaler?
Aku penah tanya En Wan dulu, pasal ni.


Aku : Bang, omputih nipple dia pink-pink kan?

En Wan : Kulit dia putih.

Aku : Kalau abang, suka kaler apa? (Dah seploh tahun kawen baru teringat nak tanya kan? Dah selamat dah pun dia balun).

En Wan : Rasa dia lain-lain ke?

Aku : Mana ada lain? Tapi Di baca-baca ada gak yang concern pasal kaler nipple.

En Wan : Agaknya kalau pink tu nampak cam fresh. Kalau hitam tu macam kotor sikit.


Amboi bang.
Ni sebenarnya bagi pendapat ke, perli aku??
Aku suruh isap tetek sendiri pasni kang.

Tapi nampak tak apa sebenarnya yang tersirat disebalik jawapan En Wan tu?
Dari jawapan dia tu aku rasa kebanyakkan lelaki kesah apa kaler nipple kau??
Tak tau la kalau ada yang kisah siap nak komplen apesal puting susu kau kaler koko.
Tapi aku rasa lelaki takde de fussy sampai macam tu sekali nak kelebet apa kaler puting kau. They're probably just happy to be seeing boobs.
Lain la saiz tetek. Maybe itu ada sikit kisah.
Tak pun tetiba tengok nipple kau kaler green apple. Haa, kauuu. Baru melompat. Silap-silap kejang.

Tapi kalau ye kisah, aku nak gak tau apa sebab pink lagi didambakan dari dark color.

Setau aku, nipple color ni has something to do with skin ton, tak pun hormon.
Kalau kaler dia pucat pun maybe ada sangkut paut dengan petanda cancer.
But to pink-kan puting susu yang berkaler koko adelah persoalan di situ.

Mengapakah nak beli cream pink-kan nipple???

"NIPPLE SAYA TAK PINK. SAYA OK".



Kreatif eh?




2011-05-26

Business info




SPANX



This is another option untuk slim dengan kadar segera.
Nama dia SPANX, bukan SPANK.
Kalau nak SPANX, boleh klik SINI
Kalau nak SPANK tunggu malam-malam kang.

Bak kata tokeynya, si Khairiah, spanx ini adalah untuk kontrol bahagian-bahagian yang kita rasa tak perlu ditunjuk kat orang ramai seperi peha yang menggeleber, perut yang terbuai-buai, bontot yang leper dan tetek yang hidup segan mati tak mahu.

Pendek kata, SPANX ni ala-ala PB. Cuma SPANX ni memang untuk instant shaper, PB tu tujuannya pelbagai.



Nak kecikkan peha?
Nak leperkan perut?
Nak montokkan bontot?
Nak besarkan buah dada?

Sila kontek kerryblogshop@yahoo.com atau klik link kat atas.


THE CAGE DECO



Untuk mereka-mereka yang suka hias rumah and collect barang-barang cute-cute dan colourful, boleh ke SINI

Nama kedai ni The Cage Deco dekat Seksyen 7 Bandar Baru Bangi.
Kalau jauh, beli je online thru website dia.
Barang-barang dia memang barang keperluan rumah cuma fokus dia adelah kepada elemen-elemen cute, cozy and simple but nice.

Boleh email ke tuan punya kedai watie_rose@yahoo.com or link kat atas. Pandai-pandai korang la.


LD's Shop

Tuan punya kedai ini yang gunakan nama Lexthary Dalova terus-terang cakap online shop dia masih baru. Dia baru berjinak-jinak nak buat bisnes online, so barang pun tak banyak lagi, website pun belum ada. Jangan nanti ada lagi anony-anony yang tak sayang mulut bagi komen 'Blog macam ni pun Kak Di nak promote ke?'. Bior le orang baru nak bisnes, takkan nak masukkan stok berpukal-pukal. Kalau ada demand, korang support, insyallah esok sape tau dia bukak kedai sebelah Jakel. Hambik kau.


Aku suka jumpsut ni. Tapi takat suka je la. Cara-cara badan aku kalau sarungkan dalam jumpsuit ni insyallah macam nangka.



Boleh ke SINI or email dia : mlestary_weirdo@hotmail.com


Beauteous Hijab

Kalau ada sesiapa yang nak tukar selera tudung, boleh la check-check kat SINI

Azryn nama tuan punya bisnes.

Memang banyak tudung-tudung budak ni jual, macam-macam kaler and kalau yang looking for tudung yang labuh cover dada but still look good, kat sini ada banyak. Yang gamba aku tunjuk kat bawah ni sebahagian je. Each of the tudung kat dalam gamba ni datang dengan various kaler.





Interested kalu, boleh click link atas or boleh call 012-6898840 (Azryn).


SAUNAMU


Ni mesti feveret semuaorang yang pemalas macam aku nak pi sauna.
Beli sendiri dan mandi waplah kamu setiap hari sukati nak wap berapa lama pun sampai terbako pun boleh.

Go to http://www.saunamu.com/kalau nak information lebih tepat and contact number.

Tak sompek



Sorry, status adelah sangat sibuk. Sempat tulis sepatah-sepatah je, nak tulis panjang-panjang adelah tak mampu.

To those yang hantar email untuk promote bisnes/barang, aku mintak maaf sangat-sangat. Memang selalu tak sempat (read : procrastinate). SORRY. Aku try today. But bagi aku settlekan apoointment dulu ok?





Dan bagaimanakah harus aku explain lagi yang bukannya aku taknak accept fren request, tapi celah mana aku nak accept kalau yang ada ni pun aku belum accept lagi.
Wa bukan Ipoh mali, tapi wa pun tatak sombong munye olang.

Jadi sila sod ba ro. Boleh ok?


Later.


2011-05-24

Step 1 done.



Ok tetiba FB box aku dah macam ruangan Kak Sri Siantan.
Ramai tanya pasal PB. Ni mesti lepas aku buat entry pasal PB tu.

Ada yang tanya pasal penipuan, harga mahal melampau, MLM cekik darah and all.

Tang tu aku rasa aku tak berani nak sentuh.
Sila jangan tersasar dari mesej ye anak-anak.
Aku cerita pasal PB je.
Kalau korang nak sangkut-pautkan dengan klik FB dapat RM100, susu IgG, air mineral ajaib, bla bla bla....itu boleh la buat kajian sendiri. Aku cerita pasal PB sebab itu aku dah guna.

Those yang tanya betul ke tak PB tu boleh shapekan badan. Jawapannya kalau ikut lojik adelah YES.

Apa benda yang kau buat secara constant and disiplin memang akan ada hasil.
Contoh paling senang (tetiba aku menyampah guna word PALING), kaum pribumi yang telinga panjang, leher panjang, etc. Tu semua sebab dia constant pakai pemberat. Rakyat Cina dulu-dulu bentukkan kaki anak-anak pompuan dengan pakai kasut apa eh, lupa lak. tapi kasut tu kecik la, bagi kaki terbentuk comel je. So tak mustahil kalau korang pakai PB ni sok-sok lagi 4-5 tahun ke, tak pakai korset pun badan dah boleh ada shape. Please bear in mind, apa yang kita usahakan tak semestinya nampak hasil sekelip mata, so jangan meroyan ye.

Pasal kurus ke tak tu aku dah explain dari sudut pandangan aku. Tapi aku nak bagitau awal-awal la. Kalau BMI kau dah within range, kau nak turunkan berat badan kau akan ambik masa. Sebab BMI dah ok. Apekebendanya nak diet lagi wehhhh. Maintain boleh, insyallah.


Ok, tukar topik.


Ofis baru hampir siap :)

Aku jejak ofis 2 kali je selama dia renovate ni.
Memang En Wan yang memandorkan bagi pihak aku.


Ni namanya penjimatan kos. Dia la engineer, dia la cleaner.


Dan dia juga interior designer.
Oh, memang saya dari dulu sukakan lelaki yang gila kuasa.


Dia jugak adelah budak angkut barang. Padahal dah upah orang, dia tetappppppp nak enterprem.


Dalam keadaan aircond yang belum dipasang, ko boleh imagine tak betapa tengiknya bau ofis aku ni apabila beberapa jenis ketiak bersatu?


Aku dulu cukup menyampah kalau dari dalam bilik bos boleh nampak staf keje kat luar. Alih-alih En Wan designkan bilik aku ada tempered glass.





First phase sudah siap....


Aku tak paham kenapa kau pilih oren sedangkan logo aku kaler merah??? Belasahhh.
Pintu bilik pun tak pasang lagi.


Kanan bilik gua, kiri bilik meeting.

Ada ke memula En Wan nak design letak tempered glass kat dinding antara bilik aku and meeting room. Gila ape? Baik takyah letak dinding terus.


Sedih je aku tengok bilik aku ni still kosong. En Wan suggest hujung minggu ni beli sofa bed and letak TV siap pasang Astro.

Motif nak sofa bed kat ofis?
Perlu ke DVD player sekali dan alat bantuan yang lain?
Kalau nak beraktiviti-sofabed, blind pasang dulu plis.

Meeting room.
I need a cupboard, magnetic dry-erase board, projector, bla bla bla bla bla pinjam duit?

Aku cakap kau, kalau aku la staff kat sini, inilah spot yang akan aku cop dulu. Gila best dowhhh spot ni. Boleh nampak bilik bos, boleh nampak orang lain lalu lalang, dan boleh juga update blog sepanjang hari.


Kat belakang yang lapang tu adelah untuk staf bermain galah panjang. Insyallah jika proposal aku lulus, belakang tu aku akan start phase 2. Untuk phase 2, kalau lulus aku akan advertisekan vacancy. Doakan ye.

Eh, ada orang nak keje ngan kau ke yang beria nak advertise segala????

2011-05-23

Kasih ibu

*gambar-gambar di sini adelah Green Apple sebelum berhijab*


Redza minggu ni exam week.
Sabtu lepas bapak dia buat pre-exam kat rumah.
Aku senyapkan diri gtaknak masuk campur. En Wan kalau dah start jadi cikgu, kalah cikgu disiplin.

Aku senyapkan diri duduk atas katil baca buku.

Masa ni En Wan tengah semak jawapan Redza.

Tetiba Redza kena marah...


En Wan : Apesal salah ni? Paham ke tak apa buku ni tanya? Baca balik Papa nak dengar.

Redza : Bulatkan objek yang paling berat.

En Wan : Ok, mana yang paling berat?

Dalam kertas jawapan tu ada gamba batu besar, buku tebal, kayu, kapas, bantal, pen and apa ntah lagi. Tapi memang untuk level Darjah Satu, gamba-gamba tu a bit confusing. So Redza bulatkan batu and kayu.

Redza : Ni dua (suara slowwwwwwwwwwwwwww gila)

En Wan : Mana?????

Redza : Yang ni dua (bertambah slow suara anak aku)

En Wan : PALING! PALING! Memang la ni dua berat tapi mana satu PALING??

Aku rasa Redza tau PALING tu apa, but gamba dalam buku tu memang confuse gila. Tu dah bagus la Redza bulatkan dua je. Kalau aku mau 4-5 bijik aku bulatkan.

En Wan : Tau tak PALING tu apa??

Redza : (senyap)

En Wan : Memang la yang ni berat. Tapi PALING berat tu maknanya yang sangat-sangat berat.

Redza : (senyap)

En Wan : Contohnya dalam rumah ni siapa yang hitam? Jawapan dia Redza and mama. Tapi yang paling hitam sape?

Redza : Mama.


Kuang hajarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!

Yang si bapak, aku yang dijadikkan contoh????
Yang si anak pulak konfiden je dengan jawapan.

Yang paling tak boleh blah, lepas Redza bagi jawapan, En Wan cakap 'Ha, pandai pun'.

Berbuluuuuuuuuuuu je aku.
Tu cara-cara aku ada dalam bilik yang sama.
Kalau aku takde aku tak tau la apa contoh lagi laki aku nak pakai.

Tapi takpelah, aku anggap je la pengorbanan aku ni tanda kasih ibu kepada anak.
Nak jadikan aku contoh pun tak kisah la. Janji anak aku faham.

Tapi En Wan, you watch outtttttttttttttttttttttttttt!




Oh yes, dah 2 minggu dah pun Mother's Day.
Aku memang jarang la nak bagi hadiah untuk Hari Ibu.
Kalau makan-makan tu ada la. Bankrupsi aku kalau semua benda nak bagi hadiah.

Dah la kitorang sefamili ni sangat memprektikkan celebration like :

Anniversary Mak Aji (konfem semua bagi hadiah)
Anniversary aku and Ima (konfem Mak Aji bagi, kalau ko nak hadiah best-best ko hint-hint je)
Besday cucu-cucu dan anak sedara (bagi jugak tapi selalunya aku delaykan)
Besday Mak Aji (bagi present)
Besday Pak Aji (bagi present)
Besday Ibal (belanja makan je, kalau nak buat dek pun boleh)
Besday Ima (selalunya aku abaikan. sape suruh kau duduk jauh?)
Besday aku (2 hari sebelum hari kejadian aku dah ingatkan semorang)

Kalau Hari Omak, Hari Apak semuo nak dibagi, kopak den.

Tahun ni masa mother's day, Ibal pi Johor jadi pengapit kawan dia. Dia ni aku rasa kalau bukak kedai baju Melayu dah buleh setanding ngan Den Wahab. Asal jadi pengapit je, dapat baju melayu sepasang. Dah la kejenya asik jadi pengapit je. Memandangkan dia takde, Ima lak sah-sah kat JB, aku je la yang mewakilkan kehadiran di Hari Ibu. Macam Ima, awal-awal lagi dia dah tempahkan spa treatment untuk Mak Aji. Dia takpela, dia jauh. Aku yang dekat ni takkan nak tempahkan spa gak. Nampak nau mengelatnya nak balik Bangi.

Memandangkan mak mertua ada sekali, so aku (aku je yang plan, anak laki dia hampeh tak penah ingat Hari Ibu) decided nak buat celebrate dua-dua serentak. Sian mak mertua aku, toksahkan nak merasa celebrate, tak penah tau pun ada Hari Ibu. Hamlau tak anak jantan dia?

**oh plis jgn nak tazkirah maders tak elok sambut. I have had enuff dengan komen-komen tak berkaliber like this. Aku ada alasan kenapa nak sambut. So u shadap**


Plan pun stok-stok adhoc.
So pepaham je la kan kalau semua benda last minit.


Ok abaikan muka aku yag macam dugong beranak lapan tu.
Masa ni kan kitorang duduk betenggek kat depan bank sebab nak monitor pintu Baskin n Robbin. Aku tau BnR ni mesti jadi tumpuan. Walaupun En wan kata, takyah gi awal sebab orang lain mesti dah booking kek awal-awal so mesti ada lebihan kek punya untuk anak-anak tak mengenang budi cam kitorang ni.



Sekali kauuuuu. Nampak tu kereta yang bersusun double park?
Tu semua stok-stok menggelupur carik eskrim kek untuk mak masing-masing.
En Wan suruh aku gi jenjalan tempat lain dulu la, apa la, konon yang duduk dalam keta tu semua tunggu parking.

Seb baik aku tak ikut cakap dia.

Elok je pintu BnR ni terbukak meluru semua kuar dari kereta.
You dun la saiko saiko me. I know la this people also like you. Always forgot-forgot mother's day.

Tetapi aku berjaya melayakkan diri ke depan pintu sebelum orang lain masuk.
The moment aku nampak adik BnR tu lap cermin pintu, aku dah tercegat kat depan pegang handle pintu siap-siap.


Bukti memang aku yang pertama. Kedai pun lengang lagi. Orang lain masuk kedai sibuk nak pilih kek mana satu kat flyer, aku masuk-masuk je main bukak pintu freezer. Siap En Wan kepung the pintu lagi punya la pendengki taknak orang ambik kek dulu.


Disebabkan kitorang taknak tunjuk kitorang beli kek, so mak mertua tinggal kat rumah. Kitorag beli kek, bunga and hadiah pastu sorok kat boot. Dari kedai balik rumah dulu ambik mak mertua, bibik and anak-anak, then gerak ke Bangi. Selalunya beg masukkan kat boot tapi kali ni En Wan tak kasi bukak, dia suruh letak beg kat tempat duduk je dengan alasan boot rosak takleh bukak. Hari Ibu dah menipu ibu kan?


Aksi biasa seorang camwhore.

Masa ni dalam kereta, belum simpan bunga kat boot lagi. Singgah kedai sebab En Wan turun gi carik hadiah untuk mak dia. Jadi aku kalau dah sensorang, memang tebiat dia satu macam sikit. Ada la 5-6 keping gamba macam ni dalam henfon aku.

Sampai-sampai je Bangi, dah sejam kek aku dalam boot. Asik menyinggah sana-sini. Benti beli hadiah la, benti isi minyak la, benti topup TnGo la.

Masuk-masuk je rumah terus bukak kek. Takut cair sebab BnR tak bagi coolbox pun this time, dia maijn lambakkan dry ice tu je kat tepi-tepi kek. Seb baik kek aku tak benyek.


Abaikan "rambut merah" Mak Aji.
Mak Aji dapat bunga je from aku. Takyah belikan hadiah sebab Ima dah bagi pakej spa.

Rayyan berkata 'Hmm..lazattttttt'


Bibik aku belikan bunga gak. Sian dia. Takkan tengok je. Dia pun omak gak.


En Wan bagi bunga dengan henfon kat mak dengan ucapan 'Prepaid mok beli sendiri'. Kuang ajar kan?


Orang lain bergasak-gasak nak buat entry mother;s day the next day, aku dah masuk 2 minggu baru nak buat.
Selambe eh?

Selambe wakluuuuuuuuu.


p/s : btw, sedih tak tajuk entry ni?

2011-05-21

PB from my point of view (cakap omputih kauuuuu)



Sejak Bro Aidid publish entry pasal PB, kemain lagi reader-reader blog Green Apple ni nakkan feedback dari aku. Musibat kan korang? Saje je. Ok, takpe...takpe...
Aku nak buat semalam tapi aku rasa baik aku publish pasal beg aku dulu.
So now aku nak beri PENDAPAT aku tentang PB setelah guna dalam lebih kurang 2-3 bulan (lama mana dah guna pun lupa. Nampak nau takde disiplin pakai PB).

Ok now where to start?
Sebab kat kepala aku input pasal PB ni tengah bergasak-gasak nak keluar.

Memula aku nak buat statement yang ni bukan serang balas kepada entry Aidid.
In fact, aku ada email Bro Aidid sendiri and tanya a few things about PB. Tapi takyah la aku tepek reply dia kat sini. Dia dah tulis segalanya kat blog dia. Aku hormati apa yang dia tulis. So apa yang aku nak tulis ni adelah dari sisi pandangan aku pulak.

Ni lebih kepada pendapat aku sebagai pen-try PB.
Dan aku takkan bias dalam bagi pendapat ni sebab aku rasa semua orang berhak tau pasal PB sebelum beli. PB is not cheap I tell you. RM2400-2900 for one set, yang entah betul ke tak boleh turunkan berat badan.

'Tapi beli beg sekali 3 boleh pulak???'

'Shadap youuuuuuu!'

Aku rasa aku tak sepandai mana nak explain pasal tindakbalas kimia dari PB. So aku ada mintak pandanga a fren yang juga seorang engineer yang bidangnya ada sangkut-paut dengan energy.


1. Scientific issues

Ok, teori fundamental THERMODYNAMICS mengatakan bahawa tiada energy boleh dihasilkan tanpa sumber kuasa - this is basic. Bioceramic material akan menghasilkan FIR apabila ianya dipanaskan kpd suhu dalam 200-300 darjah Celcius.

Part ni aku taknak touch sebab aku tak pandai. So aku malas nak memandai-mandai. Akan tetapi this engineer ada bagitau yang bioceramic pada pemahaman dia mungkin ada tindakbalas seperti magnet yang mana wave dia sentiasa ada walaupun takde tekanan dikenakan ke atasnya. Maknanya kat sini dia tak memerlukan tekanan yang tinggi untuk menjana FIR.

That is pemahaman the engineer.

PB claimed that bioceramic ni dijahit pada benang-benang korset PB. Wallahualam.
Bioceramic tu akan ambik heat dari badan untuk menjana FIR. Heat dari badan bukanlah sesuatu yang tinggi mana pun. So kalau pemahaman engineer itu betul, maknanya konsep PB adelah benar.

This FIR boleh trasmit and penetrate the skin.

Katakan lah betul bio-ceramic ni memang perlukan suhu yang tinggi untuk hasilkan FIR yang tak mungkin dapat dihasilkan hanya dengan suhu badan, how FIR tu nak dihasilkan?

Yang ni memang aku perlukan someone yang arif dengan bio-ceramic untuk bagi penjelasan.

Tapi, melalui reading, bioceramic ni dah pun digunapakai dalam healthcare product longggggggggggg before PB ni wujud. Itu cara-cara dulu tau. Tak mustahil now, penggunaan bioceramic ni dah berevolusi dengan tak perlu ada heat ratus-ratus celcius untuk jana FIR. Mungkin cukup sekadar body heat. Biasala kan, teknologi cepat berkembang.

Contohnya, 25 tahun dulu kita layan Star Trek (ke Star Wars? Eh tak sama eh dua-dua ni?), perasan tak dorang berkomunikasi dengan geng-geng dia tak kira kat mana saje hanya dengan guna jam kat tangan? Sikit-sikit picit jam untuk bercakap. Masa tu kita rasa pehhhhh tak lojik gila boleh cakap ngan member takat picit-picit menatang kat tangan.

Ada sumber mengatakan sejarah pembuatan henfon adelah dari inspirasi cerita tu. Wallahualam.

Sepuloh tahun dulu orang tak penah terfikir boleh tengok TV kat henfon. Now, dah boleh tengok TV dengan Blackberry. Pernah sangka tak?

So apa yang aku nak cakap kat sini, teknologi berkembang. Adelah tak mustahil jugak bioceramic ni boleh jana FIR hanya dengan body heat.


2. Kesan PB terhadap weight loss

Since FIR ada kebolehan untuk penetrate, body kita pulak memang boleh absorb this FIR.

So berbalik kepada bioceramic kat atas tadi, ada lojiknya bioceramic tu di jahit pada korset (tak kisah la dijahit ke, ditepek ke), this bioceramic bertindakbalas dengan body heat and hasilkan FIR yang boleh menembusi skin dan diabsorb oleh tissue and cell.

But to be frank, aku sebagai pengguna PB tak sure if PB ni penyebab kau kurus.
Sebab aku ada buat testing.

First dulu, aku pakai PB sambil on diet. Diet merepek aku tu la, makan biskut hi-fibre and teh O je. Malam ratah sayur. No nasik at all. Memang segala tok nenek jajan, cheese cake, lasagna semua NEHIII!!

Seminggu turun 2kg.
Good.

Pastu aku pakai PB tapi melantak macam biasa. Sehari 2 kali ambik nasi. Kadang-kadang tiga sebab pagi makan nasik lemak. In between tu aku mengunyah kerepek la, mamee la, kejap-kejap American Brownies, asal En Wan pi Giant kang aku kirim blueberry cheese cake. Tu belum campur lagi kul 1am tengah-tengah buat keje aku turun bawah buat teh tarik ngan makan twisties. Habis twiesties, aku pun tido. Tak ke badak namanya?

Seminggu naik 3kg.
Hambikkk.
Nak eksperimen lah sangattt.

So, aku come into a conclusion that PB bukan penyebab kau kurus. But MEMBANTU kau jadi kurus. Sebab FIR ni stimulate blood circulation hence increase metabolism. Bila metabolisme kau tinggi, pembakaran lemak menjadi lebih cepat. Jadi babat-babat kau dibakar. Kau pun kurus.

Tapiiiiii kalau kau mentekedarah macam bela hantu raya 8 ekor, kau ingat kau sarung PB tu sesaje je boleh kurus?

Nan adooooooo.

Konsepnya, kalau kau pakai PB, kau takkan mampu makan banyak.
Sebab perut kau dah disarung dengan korset ketat.
Toksah cakap pasal saintifik la. Kita cakap pasal lojik.
Jangankan korset, kalau kau pakai jeans muat-muat saiz pinggang, pastu kau pi makan.
Mesti kau rasa senak kan?
Masuk keta tanggalkan satu butang, arghhhhhhhhhhhhh lega sialllll.

Macam tu la konsep si PB ni tadi.
Dia mengecikkan ruang tembolok kau yang asik ingat nak melantak tu.
Ditambah lagi dengan adanya FIR kat dalam korset, menambahkan potensi untuk kau kembali slim. And ussually orang yang pakai PB ni adelah orang yang sanggup berhabis untuk kurus, Jadi, secara psychologically-nya dia bertekad nak kuruskan badan dengan cepat maka secara tak lansung dia ada drive untuk kurangkan makan.

Actually tanpa PB pun kau boleh kurus.
Sebab tu aku cakap PB ni MEMBANTU untuk kau kurus, bukan PENYEBAB kau kurus.
Kalau kau pemalas exercise macam aku, kau boleh je makan biskut ngan teh O hari-hari. Tak pun kita ambik balik konsep piramid makanan. Makan lebih sayur dan buah-buahan. Sebab ini serat. Selain melawaskan apa-apa yang tak lawas, ia juga bagi ko rasa kenyang.

Konfem beb, sebulan paling bangsat pun kau turun 5kg. Tu pun kalau kau sanggup nak hadap orang belasah Spicy Chicken McDeluxe depan kau hari-hari.

Kalau aku tak sanggupppppppppppp.
Silap-silap orang tu yang aku belasah.


3. Fahami konsep PB

Kebanyakkan orang yang beli PB ni sebenarnya tak memahami konsep pakai PB.
Dorang cuma aim beli PB nak kurus, pakai PB boleh kurus, tapi kau mentekedarah macam takde besok. Camne nak kurus ngong.

PB ni adelah sejenis KORSET.
Korset tu fungsinya adelah untuk memberi shape pada badan.
Bukan untuk kuruskan badan.
Tetapi PB ni adelah korset special sebab dia ada FIR. Maka membantu kau kurus jugak.

PB = KORSET.
KORSET = INSTANT SHAPER

Sebab tu kau pakai PB kau nampak slim.
Sebab memang fungsi dia nak bagi bentuk pada badan kau.
Bukan purposely nak kasi kurus semata-mata.
Kalau nak kurus mesti ada usaha. Bukan usaha menternak lemak.

Ada orang tanya kalau pakai korset Wacoal tak ok ke?
Ok. Sape kata tak ok.
Boleh aje kalau ko nak invest kat korset Wacoal.
Aku sendiri pakai Wacoal je dulu. RM50 je.
Sama je fungsinya, untuk bagi shape. At the same time dia ketat, secara tak lansung ko jadi tak selera nak makan or makan pun seciput.

Cuma, selling point PB is korset tu selain dia claim ada FIR (dia kata), dia jugak datang dengan waist nipper.

So now, this PB not only bagi shape, membantu untuk kurus, tapi juga membetulkan postur.

Aku tak pasti dengan fungsi waist nipper. Kalau ikut sales PB, dia kata waist nipper ni untuk betulkan postur badan.
Bila aku pakai, yes, aku rasa bila aku pakai, badan aku jadi menegak.
Mendada pun ada gak.
Sebab somehow dia akan menyebabkan kau tak membongkok. So maybe eventually dia akan membentuk postur kita. Kalaupun bukan disebabkan waist nipper, setidak-tidaknya bila kita selalu pakai waist niper tu, kita melatih diri kita untuk tak membongkok. Lama-lama jadi kebiasaan.

Lojik?


3. Harga

Ok, aku rasa aku faham apa sebenarnya semua orang yang anti-MLM nak sampaikan.
Kalau korang baca entry-entry Bro Aidid, dia sebenarnya bukan mendebatkan keberkesanan produk MLM, tapi isu penipuan produk dari segi sains perubatan dan isu harga.

Terang-terang aku cakap bab sains perubatan ni aku memang tak berapa arif. Aku belajar pun biotech, subjek biomedic yang aku ambik pun cuma immunology. So, aku serahkan pada yang lebih arif.

Harga.
Memang betul harga semua produk MLM ni boleh dikategorikan dalam kategori melampau.
Macam tak lojik pun ada.
Harga ni lah yang sebenarnya jadi isu kenapa orang menyampah dengan MLM selain dari salesnya (most, not all) yang desperate nak komisyen.
Aku sendiri pernah cakap aku tak berminat nak beli barang MLM.

Tapi PB yang aku pakai ni, dan juga iklan-iklan MLM kat sidebar aku ni adelah kerana aku tolong orang. Kalau aku tak tepek the iklan pun, dorang boleh run the bisnes dah, tapi dah diorang tanya if boleh ke advertise kat blog aku, apa salahnya aku tepek. PB yang aku guna ni pun Syana yang bagi sebab dia mintak kalau aku boleh tolong promotekan and buat testimonial kat blog. So aku just being fair to them. Bak kata pepatah (aku sendiri buat pepatah ni), kau taknak beli barang MLM, tu hak kau. Tapi jangan halang orang nak buat bisnes.

Harga barang MLM ni ada sebab kenapa dia mahal.
Contohnya yang dikatakan korset PB boleh dibeli dengan bulk purchase at USD36 per set.

Katakan la 1000pcs.

(((USD36 x 1000 x 3.5)/0.9)+5000)/1000 = RM185

* 1000 = jumlah korset
* 3.5 = forex yang disengajakan ambik tinggi just to be safe kot2 esok lusa USD naik mencanak
* 0.1 = 90% profit margin
* 5000 = handling charges, shipping cost, custom tax, misc charges


Kalau ikut kan harga satu set korset cuma RM185.

Tapi perlu diingat ini adelah MLM.
Konsep MLM ni sendiri menjanjikan komisyen yang besar.
Nama pun MULTI LEVEL. Semua level tak kira CEO, DCM, intermediate level, beginner level semua merasa komisyen setiap kali korset tu dijual.
Kalau jual RM185 terus kepada kita, ko ingat setakat 90% margin tu boleh ke nak bagi komisyen kat semua level?

Jawapannya boleh.
Tapi tak boleh kaya sekejapan.

Konsep MLM adelah kau kaya sekelip mata.
Jadi how to kaya sekelip mata?
Haruslah dengan jual mahal.

Tu je. Simple.

Contohnya macam bisnes aku skarang ni.

Pengiraan yang sama macam kat atas.
Aku jual kat setiap end user (customer) dengan harga RM185.

Tapi kalau aku jual kat dealer, dealer akan jual kat customer at least 30% on top of harga yang aku bagi. So, customer beli RM264 instead of RM185.
Itu kalau sorang dealer.
Kalau dealer yang beli dari aku tu jual to another dealer? Ha, kira sendiri. Aku ni kalau dah panjang sangat pengiraan terus jadi blank.

Tu aku bagi contoh dari segi harga.


4. KOMISYEN

Dari segi komisyen pulak, MLM janjikan nilai yang besar.
Orang akan cakap CEO MLM goyang kaki tak buat apa.

Aku bagi contoh diri aku sendiri la.

Aku start run this bisnes dah nak masuk empat tahun.
Baru tahun lepas aku rasa selesa dan sedap makan profit.
Masa mula-mula start, perit gila.
Produk yang aku carry masih baru in the market, so aku kena buat banyak keje. Aku ketuk every potential lab utk promote produk aku, jumpa potential customer, buat workshop, seminar, travel sana sini just to make sure produk aku bertapak in the market.

After 3 years, alhamdulillah, aku dah boleh kurangkan travel. Sekali sekala je aku visit customer, selebihnya aku berkomunikasi dengan email and phone calls.

Insyallah siapa tau lagi 10 tahun akan datang, aku dah tak perlu masuk ofis lansung.
Sebab masa tu mungkin aku dah ada manager yang boleh runkan the bisnes and ada 30 pekerja yang boleh ke sana sini buat sales jual produk aku.
Selain dari makan gaji dengan aku, setiap sales yang dorang buat, aku bagi komisyen. Cuma komisyen aku tak besar la. Manager pun dapat komisyen sebab manager pun ada sales target. Dia hit the target dia dapat imbuhan.

(berangan.....)

Konsep yang sama diaplikasikan dalam MLM.
Memang nampak macam CEO dia mengangkang atas kerusi tak buat apa.
Tapi mana kau tau dia tak buat keje? Kalau doran tak buat keje, macamana produk ni dulu masuk dalam Malaysian market kalau bukan dari dorang?
Kita tak nampak how dulu diorang bekerja. Entah-entah sama macam aku. Travel sana sini untuk promote produk, meeting beberapa kali untuk nego price, bla bla bla.
Kalaupun dorang tak buat sales one to one dengan customer, still dorang kena train the pekerja (downline). Itu pun satu effort juga. Dah kalau dorang tak train, tak bagi talk, camana budak-budak tu nak buat sales?

Jadi, bila dah ramai pekerja yang boleh buatkan keje untuk dia, apehal nak suruh dia turun padang gak. Kalau aku pun esok dah ada 30 orang pekerja, aku just datang sekali sekala untuk monitor sikit lebih kurang, check akaun, sesekali bagi motivation talk ke apa ke. Hujung tahun aku kira profit. Dah itu bisnes aku, of cos la aku yang paling kaya antara 30 orang tu. Melainkan dorang pecah amanah la...oii selisih!

MLM is also doing the same cumaaaaaaaaaaaaaa komisyen dia besar.
Dah kalau komisyen pun dah besar, of cos la harga barang pun mahal.


5. Kenapa beli PB

Takde sape kata korset Wacoal tak bagus.
Aku pakai Wacoal. Ok je.
Setakat nak bagi shape takde masalah.
Nak kuruskan badan bukan keje selip mata baiii.
Makan bulan.

Boleh je kalau kau nak beli Wacoal.
Takde sape marah.

Tapi kenapa beli PB?

First : Kau ada duit.
Kalau kau ada duit, semua barang jadi murah.

Second : Kau desperate.
Bila kita berada dalam keadaan yang terdesak nak kuruskan badan, kita akan cuba selagi ada produk untuk kurus.

Third : Kau tak boleh elak.
Bukan tertipu ye, but tak boleh elak.
Ada sesetengah pembeli takleh nak elak and tak tau nak say NO lantas beli.

Fourth : Keselesaan.
Bagi pengguna Wacoal macam aku, kalau nak suruh aku compare antara Wacoal and PB, memang PB lagi selesa. Material dia kalaupun hanya kain biasa, tapi kalau compare dengan Wacoal, lagi selesa PB.
Tapi tak bermakna Wacoal tak bagus.
Ini pilihan untuk keselesaan. Kau rasa PB lagi selesa, kau beli. Kalau kau rasa tak selesa takyah beli. Simple.

Contohnya aircond.
Kenapa kau beli aircond sedangkan kau boleh beli kipas?

Sebab kau nakkan keselesaan.
Dan semestinya keselesaan itu bukan murah. You buy comfort.
Lagi selesa lagi mahal.
Lagi mahal lagi sedap.
Lagi sedap lagi hari-hari mau. Eh.


6. It's you call

MLM memang mahal.
Sebab tu aku cakap aku tak beli barang MLM. Tapi tak beli tak semestinya kita mesti buat dek ngan orang yang promote barang MLM. Selagi kau tak mendesak aku, aku layan. Once kau dah push-push, kau siappp.

Apa yang Bro Aidid dan anti MLM-ers concernkan ialah produk yang MLM offer ni juga boleh didapati di tempat lain dengan harga yang lebih murah. So their question is kenapa mesti beli yang mahal.

Bagi aku, it's your call.
Kau ada duit, kau nak beli kau beli.
Tapi kalau beli mahal-mahal tak mendatangkan hasil macam kau harapkan, jangan pulak ujung-ujung bukak cerita "I tertipu".

Hak membeli di tangan anda.
Dorang hanya boleh push kau beli je.
Kau ada hak untuk buat dek dan tak membeli.
Kau jugak ada hak untuk halau dorang dari rumah kau kalau dorang tak paham bahasa.
Dan kau jugak boleh angkat bontot dan blah kalau agak-agak taknak dengar apa yang dorang promotekan. Mudah.

Bab MLM yang dikatakan menipu.
Barang murah jual mahal.
Konsep simple tapi diputarbelitkan dengan formula kimia yang tak lojik.
Menggunakan hadith, ayat Quran untuk memancing perhatian dan simpati pembeli.

Well, kita boleh cakap ini semua strategi menipu.

But kalau betul la MLM ni semua menipu, maka dorang hanya boleh menipu.
Tapi sape suruh kau percaya?
Kau yang bangang.

Sehingga it is proven yang MLM ni memang stok-stok penipu, aku taknak cakap apa-apa. Yang aku boleh cakap is aku memang tak suka beli barang MLM. Haha.

Bagi aku la, semua ni terpulang pada kita.
HAK MEMBELI DI TANGAN ANDA.