walk on wings, tread in air: Persepsi <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Persepsi
2011-06-02



Tadi pagi aku ada keje kat Bangi, so singgah jap rumah Mak Aji makan saki-baki macaroni and spageti yang dia buatkan untuk orang. Konfemla ada lebih kan, takkan buat bajet-bajet kottt.

Sedap je kitorang anak-beranak bersembang terbahak-bahak sambil belasah spageti tetiba jiran sebelah call from ofis cakap boleh tak gi jenguk kejap kat rumah dia sebab bibik dia call rumah baru kena rompak.

Boleh??

Padahal kitorang ada kat rumah, and rumah yang kena rompak tu memang betul-betulllllllll sebelah je. Boleh sorang pun tak dengar bibik tu menjerit. Memang benarlah teori aku sebelum ni, suara aku je mewakili 10 orang! Padahal tadi kat rumah cuma aku, Mak Aji ngan Pak Aji je. Kalau nak kata hujan maka suara bibik tu kitorang tak dengar, sangatlah mustahil sebab hujan tak lebat pun. Petir pun takde. Kalau ada pun petir surrender dengan suara aku.

So Pak Aji bergegas pi jenguk rumah sebelah.
Ha kauuuu, tengok pisau-pisau semua dah bertabur atas lantai.

Bibik ni cakap, diorang (bibik, kakak tuan rumah and anak tuan rumah age 5) ada kat dapur. Bila hujan turun, si kakak tuan rumah ni pi angkat kain kat belakang. Elok je dia bukak pintu, pencuri ni melompat masuk ke rumah terus keluarkan pisau letak kat leher kakak ni tadi. Yang sorang lagi nak tarik budak umur 5 tahun ni tapi bibik sempat tarik tangan budak tu and masukkan dalam toilet.

Dah nama letak pisau kat leher, berani kau nak jerit?
Selamat la barang kemas kakak tu.
But bibik sempat ambik no plate moto pencuri 2 ekor tu.
Tapi kot moto tu moto dia.
Kalau moto curik?

Pak Aji ni jenis yang pagi-pagi dah menyapu lama, sampai laman rumah orang ngan dataran wakaf depan rumah pun dia sapu. Maklomlah orang takde kebun nak diusahakan.
Pak Aji ni perasan ada moto kejap-kejap lalu lalang depan rumah tapi dia takde la nak pikir apa-apa. Sekali kauuuuu.

Ni la jadinya kalau terlalu sangat "tak menjaga tepi kain orang".
Orang bandar kata, duduk bandar tak macam duduk kampung.
Orang kampung ni kepoh. Semua benda nak ambik tau.
Duduk town best, takde sape kisah apa kau nak buat.
Ha, jadi macam ni la. Terlampau tak ambik kisah sangat.

Kadang-kadang serba salah jadi masyarakat.
Susah.
Buat salah, tak buat salah.


Contoh 1.
Ada mat-mat motor lalu lalang depan rumah.
Kita yang kat dalam rumah ni terjenguk-jenguk tengok apa mat motor ni nak buat.

Fikiran kita :
Apa budak ni carik agaknya dari tadi terpusing-pusing. Ni mesti nak usha-usha rumah orang mana satu line clear.

Fikiran dia :
Amboii, mentang-mentang la aku bawak moto, serta-merta pikir yang buruk. Aku nak cari rumah kawan aku la.

Bila kita ambik tau, dia kata kita suspicious.
Bila tak ambik tau, tetiba je rumah jiran kena pecah masuk.


Contoh 2.

Budak-budak jantan melepak depan rumah.
Kita buat muka tak puas hati.

Fikiran kita :
Apesal budak-budak jantan ni berlonggok bawah pokok depan rumah aku? Ni mesti nak mengintai anak dara aku ni.

Fikiran dia :
Amende makcikkk. Gua prektis gitar je ni. Depan rumah gua takde bangku. Sape suruh makcik letak bangku bawah pokok ni. Memang jadik port leeeeeee.



Contoh 3.
Sepasang kekasih bergelak ketawa depan padang mainan depan rumah kita.

Fikiran kita :
Apa aje la budak-budak zaman sekarang, berkepit-kepit kat taman permainan. Anak-anak kecik ni semua tengok.

Fikiran dia :
Tapi kami tak berdating berdua-duaan. Kami tak duduk di tempat yang sunyi.

Fikiran kita :
Memang la berdating kat tempat ramai orangggggg. Tapi ini kan taman permainan. Tempat bermain. Bukan tempat berdating!

Fikiran dia :
Makcik tak nampak ke kami tengah naik jongkang-jongkit ni??
Fak yu la makcik (dan blah).


Susah jugak bila hidup bermasyarakat eh?
Memang kena sentiasa faham-memahami dan bertolak ansur.
Tapi tak semua nak beransur. Ramainya nak menolak je.

Dulu aku ngan kawan-kawan pernah kena sound ngan sorang pakcik sebab kitorang ramai-ramai melepak depan padang bola depan rumah dia. Dia ingat kitorang sengaja lepak situ sebab nak menggatal dengan mat-mat bola. Siap cakap 'Orang perempuan tak elok la duduk sini tengok orang jantan'.

Berbulu je aku ngan pakcik tu. I mean, it's ok ko nak preach tapi boleh tak pahamkan kedaan kenapa kitorang ada kat sini?

Aku lepak padang bola sebab aku takde duit nak lepak MekDi. Kalau tak, jangan harap aku nak bersidai kat sini tengok sekor-sekor main macam tiang gol. Lagipun ni je la tempat paling selamat. 10 minit dah sampai rumah.

Tak paham aku.
Kang melepak kat shopping kompleks, sah-sah kena cop kutu lepak.
Silap-silap kena angkut dengan Black Maria.
Bila melepak kat tepi padang kena cop menggatal pulak.
Takkan nak suruh aku melepak kat dapur.
Nak buat apa dowh?
Kopek ikan bilis?

posted by aveo757 @ 1:31 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER