walk on wings, tread in air: Kasih ibu <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Kasih ibu
2011-05-23

*gambar-gambar di sini adelah Green Apple sebelum berhijab*


Redza minggu ni exam week.
Sabtu lepas bapak dia buat pre-exam kat rumah.
Aku senyapkan diri gtaknak masuk campur. En Wan kalau dah start jadi cikgu, kalah cikgu disiplin.

Aku senyapkan diri duduk atas katil baca buku.

Masa ni En Wan tengah semak jawapan Redza.

Tetiba Redza kena marah...


En Wan : Apesal salah ni? Paham ke tak apa buku ni tanya? Baca balik Papa nak dengar.

Redza : Bulatkan objek yang paling berat.

En Wan : Ok, mana yang paling berat?

Dalam kertas jawapan tu ada gamba batu besar, buku tebal, kayu, kapas, bantal, pen and apa ntah lagi. Tapi memang untuk level Darjah Satu, gamba-gamba tu a bit confusing. So Redza bulatkan batu and kayu.

Redza : Ni dua (suara slowwwwwwwwwwwwwww gila)

En Wan : Mana?????

Redza : Yang ni dua (bertambah slow suara anak aku)

En Wan : PALING! PALING! Memang la ni dua berat tapi mana satu PALING??

Aku rasa Redza tau PALING tu apa, but gamba dalam buku tu memang confuse gila. Tu dah bagus la Redza bulatkan dua je. Kalau aku mau 4-5 bijik aku bulatkan.

En Wan : Tau tak PALING tu apa??

Redza : (senyap)

En Wan : Memang la yang ni berat. Tapi PALING berat tu maknanya yang sangat-sangat berat.

Redza : (senyap)

En Wan : Contohnya dalam rumah ni siapa yang hitam? Jawapan dia Redza and mama. Tapi yang paling hitam sape?

Redza : Mama.


Kuang hajarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!

Yang si bapak, aku yang dijadikkan contoh????
Yang si anak pulak konfiden je dengan jawapan.

Yang paling tak boleh blah, lepas Redza bagi jawapan, En Wan cakap 'Ha, pandai pun'.

Berbuluuuuuuuuuuu je aku.
Tu cara-cara aku ada dalam bilik yang sama.
Kalau aku takde aku tak tau la apa contoh lagi laki aku nak pakai.

Tapi takpelah, aku anggap je la pengorbanan aku ni tanda kasih ibu kepada anak.
Nak jadikan aku contoh pun tak kisah la. Janji anak aku faham.

Tapi En Wan, you watch outtttttttttttttttttttttttttt!




Oh yes, dah 2 minggu dah pun Mother's Day.
Aku memang jarang la nak bagi hadiah untuk Hari Ibu.
Kalau makan-makan tu ada la. Bankrupsi aku kalau semua benda nak bagi hadiah.

Dah la kitorang sefamili ni sangat memprektikkan celebration like :

Anniversary Mak Aji (konfem semua bagi hadiah)
Anniversary aku and Ima (konfem Mak Aji bagi, kalau ko nak hadiah best-best ko hint-hint je)
Besday cucu-cucu dan anak sedara (bagi jugak tapi selalunya aku delaykan)
Besday Mak Aji (bagi present)
Besday Pak Aji (bagi present)
Besday Ibal (belanja makan je, kalau nak buat dek pun boleh)
Besday Ima (selalunya aku abaikan. sape suruh kau duduk jauh?)
Besday aku (2 hari sebelum hari kejadian aku dah ingatkan semorang)

Kalau Hari Omak, Hari Apak semuo nak dibagi, kopak den.

Tahun ni masa mother's day, Ibal pi Johor jadi pengapit kawan dia. Dia ni aku rasa kalau bukak kedai baju Melayu dah buleh setanding ngan Den Wahab. Asal jadi pengapit je, dapat baju melayu sepasang. Dah la kejenya asik jadi pengapit je. Memandangkan dia takde, Ima lak sah-sah kat JB, aku je la yang mewakilkan kehadiran di Hari Ibu. Macam Ima, awal-awal lagi dia dah tempahkan spa treatment untuk Mak Aji. Dia takpela, dia jauh. Aku yang dekat ni takkan nak tempahkan spa gak. Nampak nau mengelatnya nak balik Bangi.

Memandangkan mak mertua ada sekali, so aku (aku je yang plan, anak laki dia hampeh tak penah ingat Hari Ibu) decided nak buat celebrate dua-dua serentak. Sian mak mertua aku, toksahkan nak merasa celebrate, tak penah tau pun ada Hari Ibu. Hamlau tak anak jantan dia?

**oh plis jgn nak tazkirah maders tak elok sambut. I have had enuff dengan komen-komen tak berkaliber like this. Aku ada alasan kenapa nak sambut. So u shadap**


Plan pun stok-stok adhoc.
So pepaham je la kan kalau semua benda last minit.


Ok abaikan muka aku yag macam dugong beranak lapan tu.
Masa ni kan kitorang duduk betenggek kat depan bank sebab nak monitor pintu Baskin n Robbin. Aku tau BnR ni mesti jadi tumpuan. Walaupun En wan kata, takyah gi awal sebab orang lain mesti dah booking kek awal-awal so mesti ada lebihan kek punya untuk anak-anak tak mengenang budi cam kitorang ni.



Sekali kauuuuu. Nampak tu kereta yang bersusun double park?
Tu semua stok-stok menggelupur carik eskrim kek untuk mak masing-masing.
En Wan suruh aku gi jenjalan tempat lain dulu la, apa la, konon yang duduk dalam keta tu semua tunggu parking.

Seb baik aku tak ikut cakap dia.

Elok je pintu BnR ni terbukak meluru semua kuar dari kereta.
You dun la saiko saiko me. I know la this people also like you. Always forgot-forgot mother's day.

Tetapi aku berjaya melayakkan diri ke depan pintu sebelum orang lain masuk.
The moment aku nampak adik BnR tu lap cermin pintu, aku dah tercegat kat depan pegang handle pintu siap-siap.


Bukti memang aku yang pertama. Kedai pun lengang lagi. Orang lain masuk kedai sibuk nak pilih kek mana satu kat flyer, aku masuk-masuk je main bukak pintu freezer. Siap En Wan kepung the pintu lagi punya la pendengki taknak orang ambik kek dulu.


Disebabkan kitorang taknak tunjuk kitorang beli kek, so mak mertua tinggal kat rumah. Kitorag beli kek, bunga and hadiah pastu sorok kat boot. Dari kedai balik rumah dulu ambik mak mertua, bibik and anak-anak, then gerak ke Bangi. Selalunya beg masukkan kat boot tapi kali ni En Wan tak kasi bukak, dia suruh letak beg kat tempat duduk je dengan alasan boot rosak takleh bukak. Hari Ibu dah menipu ibu kan?


Aksi biasa seorang camwhore.

Masa ni dalam kereta, belum simpan bunga kat boot lagi. Singgah kedai sebab En Wan turun gi carik hadiah untuk mak dia. Jadi aku kalau dah sensorang, memang tebiat dia satu macam sikit. Ada la 5-6 keping gamba macam ni dalam henfon aku.

Sampai-sampai je Bangi, dah sejam kek aku dalam boot. Asik menyinggah sana-sini. Benti beli hadiah la, benti isi minyak la, benti topup TnGo la.

Masuk-masuk je rumah terus bukak kek. Takut cair sebab BnR tak bagi coolbox pun this time, dia maijn lambakkan dry ice tu je kat tepi-tepi kek. Seb baik kek aku tak benyek.


Abaikan "rambut merah" Mak Aji.
Mak Aji dapat bunga je from aku. Takyah belikan hadiah sebab Ima dah bagi pakej spa.

Rayyan berkata 'Hmm..lazattttttt'


Bibik aku belikan bunga gak. Sian dia. Takkan tengok je. Dia pun omak gak.


En Wan bagi bunga dengan henfon kat mak dengan ucapan 'Prepaid mok beli sendiri'. Kuang ajar kan?


Orang lain bergasak-gasak nak buat entry mother;s day the next day, aku dah masuk 2 minggu baru nak buat.
Selambe eh?

Selambe wakluuuuuuuuu.


p/s : btw, sedih tak tajuk entry ni?
posted by aveo757 @ 2:29 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER