2011-05-30

Share




Untuk bacaan bersama.
Dari email yang dihantar kepada saya (wah, tetiba 'saya') :


Dulu sewaktu baru siapkan sebuah projek, dalam tempoh kecacatan ada tertulis satu kecacatan yang biasa kita jumpa:

"Aircond TIDAK sejuk"

Kita pun mengarahkan kontraktor dan membuat siasatan berhubung kecacatan itu, mungkin kena servis semula dan uji semula. Akhirnya selesai. Pihak pemilik bangunan pun diberitahu kecacatan sudah diperbaiki untuk di update dalam senarai kecacatan pada bulan hadapan.

Bila lihat senarai pada bulan hadapan, memang kecacatan itu sudah hilang, timbul kecacatan baru:

"Aircond TERLALU sejuk"

....

Manusia ni, comfort level kita berbeza. Ada orang dah terlalu sejuk siap berstokin dalam masa sama sorang lagi rilek saja tak pakai apa2, eh!

Tu satu bab, satu bab lagi ialah untuk memenuhi nafsu dan selera semua orang adalah mustahil.

Lazimnya, orang yang banyak peminat, banyak orang kenal maka dia banyak musuh juga.

Buatla apa pun kebaikan, kebajikan, tetap ada musuh membalas sinikal atau sakastikal.

Bagaimana baik pun orang itu, tetap ada orang tak suka.

Contoh artis perempuan, waktu jd artis muda belia, tidak pakai tudung, orang kata kat dia:

"Macam mana cari makan aurat terdedah macam tu?"

Kemudian bila terbuka hati atas sesuatu sebab, mula teringin memakai tudung, mula keluar dengan imej bertudung, orang kata juga juga, sebab pakai tudung pulak:

"Pakai tudung pun tak guna kalau masih jadi artis!"

Orang yang sama juga kata.

Kemudian bila si artis tadi dah tak keja sebagai artis sebaliknya mula meniaga:

"Ah nak meniaga apa modal semua datang daripada duit nyanyi tak bertudung dulu"

Ke situ pulak?

Kemudian bila berenti meniaga semua duk rumah jaga rumahtangga dikata pulak:

"Tu duk rumah pasal tak boleh buat apa la tu, kena bala la tu!"

Semua orang buat salah. Dia saja betul. Begini cara kita dengan saudara seagama kita?

Tambah kalau saudara kita tu seorang ustaz, tok guru, lagi besar ujiannya sekarang.

Kalau kita pun selalu kena uji begini, antara ubat penawarnya ialah menghayati sepotong doa yang ada dalam qunut setiap kali solat subuh, maksudnya;

"Tidak akan mulia orang yang Allah hina, tidak akan hina orang yang Allah mulia"

Nabi SAW sewaktu kecil dikenali sgt baik, sgt amanah, sgt jujur, tak pernah berbohong walau sekali, sgt berkaliber, sgt hebat akhlak dan peribadi. Baginda di gelar Al Amin.

Nabi SAW juga sgt cantik, kacak, elok perangai, sgt bertimbangrasa, sgt tolak ansur, sgt pemurah. Baginda disifatkan demikian oleh semua orang, termasuk Abu Lahab, Abu Jahal yang sangat menyayangi anak saudara mereka itu, ketika itu.

Dengan semua sifat dan kehebatan akhlak Nabi mulia ini, selepas sahaja Baginda menyeru kepada agama pada usia 40 tahun, Baginda mula dicaci, dihina, dituduh macam2, dipulau, dipukul, disakiti mental dan fizikal, dilempar najis, diancam dan dirancang bunuh! Abu Lahab dan Abu Jahal juga yang menjadi antara mastermindnya.

Sejak itu Baginda diperbuat demikian malah hingga sekarang, oleh segelintir anak didik Abu Lahab dan Abu Jahal yang masih hidup.

Mereka tiada hujah, mereka cuma membebel dan melepaskan marah dan anggapan. Kita minta satu sahajapun hujah, mereka takkan mampu bagi.

Sebab mereka memang tiada hujah!

Mereka tak akan dapat lari, kematian ada di depan mereka!

Nabi Muhammad itu tetap mulia dan berduyun-duyun orang memeluk agama mulia yang benar ini di seluruh dunia sehari-hari.

Allahhumma solli 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala ali Muhammad.

Wallahu'alam, wassalam.