2025-07-19

Atas permintaan followers yang dah terjebak dengan Johnny Huang Jingyu, yang minta aku cerita apa berlaku kat Weibo now.

Atas permintaan followers yang dah terjebak dengan Johnny Huang Jingyu, yang minta aku cerita apa berlaku kat Weibo now, baik. Aku cerita sikit.
 
Menjak 2-3 hari lepas, dah start beberapa orang mencuba nak bangkitkan balik segala isu-isu lama berkaitan Johnny. Ini sebenarnya adalah “upacara tahunan”. Everytime drama atau movie Johnny yang dijangka meletup akan keluar, netizen dan haters akan start punggah balik kisah-kisah lama Johnny untuk diburuk-burukkan supaya Hot Search Weibo trending kes-kes buruk saja dan cerita pasal drama akan tenggelam. 

Ini penting bagi mereka sebab semakin banyak cerita negative seseorang artis itu jadi trending, semakin rendah Heat Index dia, dan algorithm akan jatuh. So that cerita Johnny akan hilang dan dorang akan merasa secure sikit. Why? Because favourite artis dorang takde job. Dorang insecure. Jadi dorang terpaksa bekerja keras dari sekarang benamkan semua news baik-baik pasal Johnny so that dorang tak kekejangan bila drama baru Johnny release nanti. 

Dan sebab itulah setiap kali gossip-gossip bangang ni keluar, true fans Johny akan post banyakkkkkkk cerita positif pasal Johnny untuk naikkan balik Heat Index. Itu cara kami. 

Dari tahun 2022 aku bersemayam kat Weibo, BELUM PERNAH fans Johnny bercakap buruk pasal celebriti lain. We all fokus bercerita pasal projek-prjek Johnny saja. Tapi tak tahu apesal fans lain sebukkkk sangat hal Johnny. Padahal kita tak kacau pantat dorang pun. Kitorang hanya bercerita pasal drama, movie, reality program and behind the scene clips Johnny. Kitorang cuma meriakkan hal-hal Johnny je. Tak sebut nama aktor lain pun. Tapi tu lah, agaknya sebab dorang takde apa yang nak diriakkan, bitterlah hamatttt dengan Johnny. 

Aktiviti kerjaya Johnny punyalah banyak sampaikan kitorang takde masa lansung nak kelebet hal peribadi dia. Kalau hal peribadi favourite aktor kami pun kami takde masa nak kelebet, kau rasa kami ada masa nak bercerita dan ambik tahu hal celebriti idola kau yang sendu tu? Lambertttt lagi.

Takde lagi aku tengok fans Johnny ambil tahu pasal celebriti lain, termasuklah aku sendiri. Because Johnny sentiasa ada projek, NON-STOP. Tak menang tangan nak update pasal program-program ni. Like now, dia ada 2 program serentak tengah on-going shooting. Satu reality program, dan satu lagi new drama. Kau rasa kita ada masa nak kelebet hal orang lain? Everyday his management akan update new photos pasal aktiviti Johnny so we have a lot of materials to share to our crowd. We are so busy marketkan our Johnny. Tak macam kau. Actor kau menganggur banyak. Takde projek sebab tu kau banyak masa nak gossip pasal hal orang.

So kisahnya, now kat sana dah start memunggah gossip Johnny. Dorang slow-slow buka balik kisah dia konon ada relationship dengan Wang Ziqi (gay relationship). Pastu video-video dia dengan Jackson Wang (Korean idol) berpegangan tangan and berkepit berdua kat mall, and baru-baru ni video dia urut tangan and usap rambut Justin Huang pun diviralkan. Now dorang gelar Johnny “The Father of Public Chemistry” sebab sentiasa menunjukkan caring pada co-star lelaki secara terang-terangan katanya. Tu bukan apa tu, nak menenggelamkan gelaran “The King of Uniform” yang Johnny pegang selama ni. Dorang nak start dengan naratif baru supaya Johnny nampak sangat gay so that kerajaan akan ban Johnny terus dari industri. Jahat gila.



Entahlah aku tak faham apa benda yang dorang ni faham tentang gay relationship. Asal rapat je, gay. Asal mesra je, gay. Memang seorang lelaki tu kena macho tak boleh jadi gentle and caring towards kawan lelaki ke? Memang pelik sangat ke lelaki berkawan baik dengan lelaki? 

Aku bukan bias tau. Tapi dari pandangan mata aku, cara Johnny tu lebih kepada caring dengan kawan. Dia adalah warm person. Setakat Wang Ziqi hug dari belakang tu bagi dia, takde apa. Setakat dia allow Timmy landing kat dada dia masa tengah berehat dari shooting, apa yang gay-nya? Timmy pun nampak macam manja as adik saja. Pastu bila Jackson Wang ambil tangan Johnny nak pegang sebab gayat, Johnny tak kisah tangannya dipegang - itu bukan tanda dorang gay tapi dia care. Kawan gayat, apa salahnya kawan nak pegang tangan? Dia usap rambut Justin Huang pun aku tak nampak apa yang “special relationship” kat situ?

Apa yang aku nampak, dari tahun 2016 until now, Johnny sangat consistent caring, gentle and warm dengan kawan-kawan. Kalau dia baik dengan female lead kau kata dia ambil kesempatan nak menumpang populariti, tapi bila dia baik dengan male friends kau kata dia gay. Bingai.

Pastu dorang viralkan satu video ni. Video tu tunjuk Johnny refuse nak bagi autograph kat peminat. Video ni baru lagi, masa dia shooting drama Weight of Justice 3-4 hari lepas. Video tu went viral. Haters buat fitnah.

So there’s another customer yang kebetulan makan di situ ambil video ni sebagai bukti.



Perempuan ni kata Johnny datang makan kat kedai lamb grilled. Private room penuh. Bodyguard dia dalam 3-4 orang pakai all black hesitate nak makan kat luar tapi Johnny kata takpe. Luar pun luarlah sebab dia nak makan grilled lamb. Dorang makan until dark, later bila private room available baru pindah masuk dalam. 

Sebelum pindah masuk dalam, ada sorang peminat datang mintak signature on blank paper tapi Johnny politely menolak. Video itu yang jadi bahan fitnah konon Johnny very rude dan sombong taknak layan peminat. So this lady tunjukkan bukti takde pun Johnny rude. Owner restaurant pun kata peminat tu siap dapat bergambar cuma tak dapat autograph saja. 

Aku ada buat post kat Weibo pasal ni. Aku tulis logik kenapa Johnny tak nak sign autograph.

Look. Peminat tu mintak sign ON BLANK PAPER! Kau faham tak apa yang boleh dibuat on that blank paper nanti? Dibuatnya peminat tu tulis “Saya Johnny Huang mengaku telah mengandungkan si polan”, tak ke naya? Lainlah kalau mintak sign atas gambar. Benda macam tu pun takkan haters takleh pikir? Eh bengap nau kau.

Sebahagian haters lain start ungkit balik kes Johnny pukul ex dia dulu. Aku baca tepuk dahi. Kes tu berjaya dibuktikan hanyalah FITNAH. Dah menang kat court dah pun.

Johnny menang kes defamation and slander!
Defamation and slander!
Defamation and slander!

Kes pukul tu TAK PERNAH wujud! Takde satu bukti berjaya dikeluarkan oleh pihak yang membuat cerita. Kenapa kes yang dah menang mesti nak diungkut balik? Kalau kau ada bukti, bukaklah balik kes tu. Nak jugak aku tengok kot kau boleh menang. Masalahnya every year dorang ungkit balik hal ni tapi sorang pun takde bukti.

Haters ni fitrahnya dorang akan mencari sekecil-kecil perkara untuk diperbesarkan. Kalau dorang ada sikitttttt bukti pun pasti dorang akan tunjuk dan perbesarkan. Masalahnya bukti pun kau takde tapi kau menjaja cerita ni bertahun-tahun. Bawak keluar buktilah baru sedap sikit kita bertekak.

Semua orang tahu Johnny pernah kena blacklist (fengsha) disebabkan fitnah dari ex dia yang kononnya kena pukul tapi takde bukti pun! Johnny menang dalam kes saman ni. Kami tak suka bukak cerita lama. Setiap kali orang bukak balik kes ni, kami fans Johnny malasnak berdebat sebenarnya. Pertamanya, sebab kes tu dah menang. Dah settle. Kedua, kita tak nak bukak balik cerita tu bukan sebab kita lupa, tapi sebab sakit hati!

Sakit hati sangat macamana orang buat Johnny sampai kena blacklist sebelum dibicarakan. Industri menghukum dia sebelum kes masuk court. Now, kes dah menang tapi masih ada yang ungkit dan pusing fakta sesuka hati. Kisah 9 tahun lepas kot. Dah 9 tahun masih lagi tak move on? Memang takde gossip lain ke yang kau nak cerita samaikan cerita 9 tahun lepas kau bukak balik? Nampak sangat sepanjang 9 tahun ni Johnny clean sampaikan takde gossip nak diceritakan terpaksa bukak cerita lama nak bagi panas.

Kalau betul nak bandingkan celebriti korang dengan Johnny, dah tengok betul-betul ke apa yang Johnny dah lalui?

1. Dua program yang dah disiap rakam kena potong habis, walaupun dia dah pergi press conference semua.

2. Dah dapat watak, last minute kena ganti orang lain tanpa explanation.

3. Watak yang dia pergi audition, sekelip mata dibatalkan.

4. Lepas dia boom dengan drama Addicted, berebut orang nak berkawan. Masing-masing mengaku kawan. Bila drama kena banned, semua buat-buat tak nampak macam dia tak wujud. Job semua kena tarik because drama tu dibanned kerajaan. Dia contact “kawan-kawan” semua jauhkan diri.

5. Ada satu rancangan tu punyalah takut nak tunjuk nama Johnny, dorang letak gambar ikan paus kuning sebagai ganti.

6. Dalam game show lain, format pertandingan diubah serta-merta semasa Johnny tengah bertanding. Puncanya sebab Johnny sedang lead. Producer takut rancangan tu kena boikot. Terpinga-pinga Johnny bila dia kena penalti. Format berubah SEMASA game berlansung! That was so unfair! Padahal Johnny kalau dalam mana-mana game show, he just want to have fun. Tapi ada orang, join game show macam bertanding Olimpik Games. Beria nak jadi hero. Bladihel.

Year 2017 orang berkomplot buang Johnny. Tawaran berlakon takde. Endorsement ditarik serta-merta. Ada satu produksi tawarkan dia watak dalam filem Operation Red Sea. Bukan watak utama. Watak supporter saja. Watak as sniper bernama Gu Shun. Watak tu pun sebenarnya di-offer pada orang lain. Tapi takde orang accept sebab filem tu kena shooting kat Afrika selama 6 bulan. Takde orang nak tinggalkan dunia entertainment semata-mata untuk 1 filem dengan watak sampingan. Akhirnya dorang offer watak Gu Shun kepada Johnny. Kiranya Johnny ni saki-baki pilihan. Aku syak bayar pun murah.

Tahun tu dia bukan sekadar ‘menyepi’. Dia literally tanam diri kat padang pasir, makan debu, tidur atas tanah, berjemur kat bawah matahari Afrika sampai kulit jadi gelap sangat sampai mak ayah sendiri pun tak kenal anak masa balik ke China. Dia hilang dari spotlight lebih setengah tahun, semata-mata nak berlakon watak sampingan kat kawasan terpencil Afrika.

Dalam filem tu pun dia dianiya. Masa tu first time dia berlakon filem secara profesional, jadi dia tak tahu pun prosedure safety. Takde sorang crew bagitahu untuk watak bergasak dia boleh request padding. Johnny redah scene gaduh tanpa pakai safety pad. Sampai sekarang, belakang dia masih sakit walau dah hampir 10 tahun.

Tapi takdri menyebelahi dia. Watak Gu Shun sangat menyerlah. Dia tercalon as Best New Actor dalam Asia Film Festival dan MENANG! Asia, ya! Asia! And the rest is history. 

Selepas tu job dia tak pernah putus until now. Dia TAK PERNAH menganggur sejak hari tu. Offer drama and movie bersilih ganti sampaikan producer sanggup peram skrip bertahun-tahun untuk tunggu jadual dia free.

Director filem Operation Red Sea sendiri cakap, semua pelakon dalam filem tu boleh diganti, kecuali dia. Sebab tak ada siapa sanggup hilang dari dunia entertainment lebih setengah tahun untuk training dan shooting macam Johnny buat. Dia masuk real navy camp. Dia train jadi sniper dari real sniper. 6 bulan duduk Aftika hanya untuk 1 filem sahaja. Now you haters please enlighten me siapa sanggup buang semua benda dan mula balik dari bawah macam Johnny? 

Kalau nak tahu betapa meletop Johnny masa tu, cuba search nama dia with year 2016. Dari someone yang biasa, terus naik ke #1 dalam carta pelakon paling berpengaruh kat Sina (Weibo) atas semua bintang popular masa tu. Kepopularan dia dalam drama Addicted literally lumpuhkan airport Gimpo kat Korea sebab fans terlampau ramai sangat sampai dia tak boleh keluar dari pintu arrival. Polis terpaksa escort dari kawasan plane mendarat tu naik kereta keluar dari airport. Kau rasa?

Siapa yang sanggup dari badan sihat takde cedera takde parut, sampai patah a few joints hanya kerana buat stunt sendiri? One of his jari dah tak boleh lentur macam biasa, kena pakai alat sokongan sebab most of stunt dia buat sendiri. Lutut dia bengkak sampai jadi cyst. A few days ago masih pergi jumpa tukang urut tulang sebab sakit lagi. Tu semua effect banyak sangat berlakon action drama/movie.

Siapa sanggup tolak semua kemewahan jadi brand ambassador, berlakon watak cantik-cantik hensem mekap tebal semata-mata nak betul-betul rasa jatuh bangun, berguling dalam pasir, makan habuk, luka sana sini dalam action genre?

Kalau kau dah idola kau belum pernah rasa semua tu jangan berani nak banding dengan apa yang Johnny dah lalui. Kalau kau start membandingkan, bersedia kami pun akan keluarkan segala milestone Johnny and believ me, kau akan malu bila tengok perbandingannya dengan idola kau.

Jangan nak balik-balik ungkit cerita 9-10 tahun lepas yang dah settle lama. Nak bertekak hal Johnny kami perlukan fakta. Setakat hearsay-hearsay ni sorry, tolong cari fans yang bengap-bengap. Fans Johnny perlukan argument yang mencabar minda. Yang spesis akal terkepit kat lubang jubo ni kem salam.

Kalau nak tahu betapa menjadi kegilaan orang watak Gu Shun dalam Operation Red Sea, selepas movie tu meletop dan selepas Johnny menang Best New Actor Asia, terus dorang tarik Johnny berlakon drama My Dear Guardian. Dorang kekalkan gaya dan rambut Gu Shun dalam drama ni, tapi kali ni audience nak tengok camana Gu Shun kalau bercinta, and that’s how the character Captain Liang Muze came to life.



2025-07-18

Company takkan tolak buta-buta orang yang dah berusia kalau...


Tadi pagi aku nampak post ni kat Thread:

Benda ni memang menyakitkan, especially bila kau ada pengalaman bertahun-tahun, education pun bukan calang-calang. Tapi bila direject hanya sebab umur, memang terasa pasaran kerja kita tak appreciate pengalaman orang senior. Tapi kalau kita letak emosi tepi kejap, dan cuba tengok dari perspektif company, maybe boleh faham kenapa kebanyakan company prefer orang muda.

Company takkan tolak buta-buta orang yang dah berusia kalau:

(1) orang tu betul-betul bagus - skill dan pengalamannya sangat membantu company.
(2) gajinya masih berpatutan dengan budget company.

Company sebenarnya tak kisah umur, asalkan kualiti kerja bagus dan kos gaji masih berbaloi dengan contributionnya. Kalau staf senior mintak gaji terlalu tinggi tapi sumbangan tak setimpal, barulah jadi isu. Tapi kalau produktif, boleh multitask, dan mampu naikkan prestasi company, dan gaji yang diminta masih berbaloi, company masih boleh consider walaupun umur dah banyak.

Ramai je yang dah pencen di-offer pegang jawatan itu dan ini. Sambung kontrak mengajar. Jadi consultant. Bermakna, usia bukan penghalang.

Kebanyakan pekerja berusia ada expectation gaji yang tinggi, which is fair, sebab pengalaman dan knowledge dorang lebih banyak. Tapi untuk small company atau company yang baru nak hidup, dorang maybe belum mampu bayar gaji setaraf pengalaman tu. Kalau ambil juga, takut nanti jadi isu tak puas hati bila pekerja rasa underpaid. Akhirnya, tak kekal lama juga.

Jadi sebenarnya, both sides kena realistik dan terbuka. Pekerja senior kena faham kemampuan company especially kalau company baru nak berkembang. Kadang-kadang, instead of terus mintak gaji besar, boleh mula dengan middle range dulu. Tnjukkan your real value dalam kerja. Bila company nampak hasilnya, salary increase or a higher position can be discussed later.

Bab health selalu jadi consideration mana-mana company. Kerap nau mengandung pun ada company yang mengeluh, lagikan pekerja yang dah berumur. Benda ni sensitif, tapi kena cakap juga. Because some work requires fizikal atau long hours. Mana-mana company akan risau ambil staff yang mungkin ada isu kesihatan. Boleh ganggu komitmen kerja. Ini bukan diskriminasi, tapi lebih kepada risk management.

HR biasanya akan fikir jangka panjang. Kalau ambil pekerja umur 45, then in another 5 years, mungkin pekerja tu nak pencen awal. Company akan rugi dari segi pelaburan training dan masa. That's why dorang lebih prefer ambil orang muda yang boleh commit at least 10 tahun akan datang. 

Plus, onboarding and training costs are not cheap, ya. Bila company ambil pekerja baru, especially untuk position penting, company akan laburkan masa dan duit untuk latih orang tu ikut culture and sistem company. Kalau pekerja tu cuma stay sekejap, contohnya 3 ke 5 tahun sedangkan company perlukan someone yang boleh commit jangka panjang, that is considered as tak balik modal.

That's why HR kadang-kadang lebih cenderung ambik candidate muda sebab nak minimumkan risiko turnover. Orang muda, secara teorinya, boleh groom dari awal, lebih mudah 'diajar' sebab dorang masih dalam proses belajar banyak benda dan selalunya stay lebih lama especially kalau ada career path yang jelas. 

Bukan nak katalah, but some pekerja senior bila dah masuk kerja ada yang berasa dorang lebih tahu. Itu boleh jadi isu kendian hari. Some of them bawa mindset “dekat tempat lama dulu buat macam ni”. Bila terlalu rigid dengan cara lama, boleh ganggu flow kerja dalam team. Nak ditegur pun serba salah sebab ada gap yang besar dalam usia dan communication.

Company bukan sekadar cari pengalaman, tapi cari keserasian. Kalau pekerja senior boleh blend in, ada growth mindset, sudi belajar dari orang lebih muda, dan tak merendahkan pandangan junior, itu sebenarnya satu aset besar. So the real challenge is not about age. It’s about attitude. Kalau attitude humble, willing to adapt, dan tunjuk minat nak grow with team, umur bukan halangan langsung. Malah, kau akan lebih dihormati sebab ada best of both worlds.

Ada je yang umur 40-45 tapi masih aktif, rajin, dan masih nak belajar benda baru. Contohnya, Mr Annoying Wan Mohd Ridzuan. 

Dia masuk company sekarang at age 46! Agen-agen lain semua muda-muda. Ada gap yang besar kat situ. Orang muda nak berkawan dengan dia pun segan. Tapi alhamdulillah pak incik ni jenis sedar diri. Dia sanggup belajar benda baru and willing to grow dengan company. 

Masa mula-mula join, umur dah 46. Ada satu program di Prudential namanya PruVM. That program khas untuk golongan profesional yang quit kerja untuk menjadi agen. Prudential bagi insentif gaji tio these people. They can get the last gaji semasa dalam company terakhir, maximum RM10K. Tapi syaratnya, kena performlah. Yang ni biasalah, mana-mana kerja pun ada target kena hit.

Tapi had umur untuk program tu adalah 45 tahun sedangkan En Wan dah 46 masa tu. Bos En Wan (yang juga senior dia di Jepun) convincekan Prudential yang En Wan boleh perform. Di Prudential En Wan di-interview dengan Head of Department. Lulus. En Wan dapat masuk program tu.

Gaji En Wan yang terakhir lebih dari RM10K dah. Umur 46 dah, logiklah gaji lebih RM10K. Tapi disebabkan program tu offer maximum RM10K gaji saja, En Wan dapat max RM10K je lah. Selama 1 tahun dia dengan gaji tu dan dia buktikan tahun pertama terus MDRT. 

Maksudnya, umur bukan penghalang sekiranya our mindset masih proaktif dan adaptable. Bila pekerja senior boleh buktikan dia masih relevan, masih bersemangat, dan fleksibel, umur jadi nombor je.

Kadang-kadang, bila someone terlampau banyak pengalaman, dia jadi susah nak blend in dengan team yang lebih muda atau junior. Company risau akan ada clash dalam cara bekerja, atau ego yang susah nak dibentuk. Ini antara punca HR reject umur 40s. 

Tapi jangan give up easily. Sebab in reality, 40s and 50s sekarang tak sama macam 40s and 50s zaman boomers dulu. Kena ubah mindset. Jangan tunggu kerja, tapi create opportunity. Umur 40-an ni selalunya dah ada skillset yang solid. Tengok balik apa kau pandai buat. Convert skill tu jadi servis. Kalau pandai menulis, boleh jadi content writer atau ghostwriter. Kalau pandai mengajar, boleh bukak online class. Kalau ada pengalaman corporate, boleh jadi consultant. Ramai umur 40s revive career dengan jadi freelancer, bisnes kecil-kecilan atau ambil short-term project. Tak payah tunggu kerja tetap.

Kadang-kadang, bila terlampau terikat dengan title atau gaji lama, kita expect tinggi. Dalam dunia kerja sekarang, tak salah kalau nak turun pangkat untuk masuk semula dalam industri. Yang penting, bila dah masuk, perform gila-gila sampai orang nampak value kita. Banyak kes orang yang mula balik dari bawah tapi dalam masa setahun terus naik sebab company nampak potensi sebenar.

Aku always terpikir apesal orang yang mencari kerja yang kata dah submit 100 applications tapi takde respon, kenapa korang tak buat sales eh? Kerja sales BANYAK tau tak? Why tak nak cuba? Some of them, rela menganggur dan accept kerja yang takde growth, janji kerja tetap. Walaupun gaji tu tak cukup untuk komitmen dan terpaksa buat lagi tambahan 2-3 kerja lagi.

Menjadi seorang sales memang tak nampak profesional, tak nampak bijak dan tak nampak berwibawa SEKIRANYAkau carry yourself as founder produk timbang kilo! Kalau kau carry diri kau dengan wibawa, kau tetap nampak profesional walaupun takde title.

Ramai terlalu dimanjakan dengan mentaliti “asal ada kerja tetap, cukuplah”. Tak kisah gaji tak cukup, janji tak payah keluar dari comfort zone. Dah terbiasa disuap sistem gaji hujung bulan confirm, tak payah fikir target, tak payah fikir pressure. Tapi dalam diam, tercekik bayar hutang, pinjam orang sana-sini. 

Padahal kerja sales ni, kalau betul-betul buat dengan ilmu dan effort, boleh capai income 5 angka tanpa tunggu tahun-tahun nak naik gaji. Aku living proof. 4 tahun makan gaji as sales person di biotech company, aku makan komisyen SETIAP BULAN. 80% komisyen aku lebih tinggi dari basic salary. Paling tinggi komisyen aku RM13K. Lagi tinggi dari gaji En Wan as engineer masa tu.

Kerja sales memang gaji basic tak tinggi. Tahun 2003 basic aku RM1600. Tahun 2005, RM2200. Tahun 2007 RM5000 (masa ni aku dah HOD tapi masih ada komisyen scheme). Tahun 2002-2004 gaji aku RM1600 saja, tapi every month aku hit target. Mula-mula makan komisten RM1800. Pastu RM2000, pastu RM4000. 

Walaupun basic rendah tapi company dah bagi peluang. Company kata kalau hit target, dapat komisyen sekian-sekian banyak. Kejarlah! Yang kau tak nak kejar kenapa? Nak kerja rilek. Sanggup tadah diri hari-hari datang kerja dengan RM1600. Pastu mengeluh kata gaji rendah. Padahal kau yang tak nak rebut peluang tu.

Masa kitorang nak masuk rumah pertama, banyak pakai duit buat renovation semua. Aku teringin nak tukar daun pintu rumah. Nak pakai yang tempered glass. Sekeping je daun pintu tu. Harganya RM900. Masa tu RM900 pun rasa mahal dah sebab gaji baru RM1600. Disebabkan aku teringin, maka akulah kena pakai duit sendiri. Aku ada tulis ni kat FB:

Ini kedainya. 

Orang tak tahu menjadi seorang sales ni, kita jadi termotivasi untuk kerja lebih kuat. Sebab peluang tu ada, hanya perlu push diri. Now, mencari interns yang nak buat online sales pun payah! Padahal kau ambil course business and marketing tapi tak nak buat sales. Macamana kau nak faham business kalau sekadar hafal teori. Kenalah ada pengalaman buat sales baru boleh sembang bisnes dengan lebih baik. 

Masalahnya, online sales pun tak nak budak-budak ni. Tak tahulah kalau dak-dak ni kena buat offline sales macam aku dulu, ketuk dari satu pintu makmal ke satu pintu makmal, kena buat demo, kena buat presentation - mau 24 jam resign kot.

Next week En Wan lagi sekali dijemput bagi talk. Tajuknya JURUTERA TAKAFUL. Dia and bos bagi talk. Dua-dua grad Jepun and ex-engineer. Kali ni dia nak angkut aku and anak-anaknya sekali dengar. Meh dengar macamana bapak kau buat kerja. 

Redza tu dah nak ambil exam agen takaful. Bapak dia suruh dia belajar sesuatu di luar bidang. Tak jadi agen takpe, janji belajar dulu. Sit exam. Pakkal dak Korea tu sekolah lagi. Kalau tak, dengan dia-dia sekali kena ambil exam tu.

Ambil short course ni membantu sebenarnya. Dapatkan sijil. Tambah badge dekat profil. Tak kisah la online course pun. Benda-benda ni nampak kecik tapi bila orang tengok kita still learning, especially yang dah 40s, orang akan nampak kita ni hungry to grow. 

Jangan terlalu cepat salahkan negara. Kat negara-negara lain pun, masalah ageism ni wujud. Malah lebih teruk macam Jepun and Korea. Tapi yang survive adalah mereka yang tahu positionkan diri sendiri dengan bijak. Kita tak boleh tunggu negara ubah sistem. Kita kena jadi flexible ikut keadaan.

Di-reject hanya sebab umur memang sedih. Tapi dunia kerja bukan tempat untuk kita beremosi. Ini tempat untuk strategi. Kalau betul-betul nak kerja and contribute, kena cari jalan. Gunakan pengalaman untuk create peluang, bukan tunggu peluang. Jangan expect orang faham kita. Kita yang kena pandai adjust dan approach ikut realiti sekarang. Yang paling penting, jangan malu. Jangan rasa rendah diri. Umur 40-an adalah waktu terbaik untuk redefine siapa diri kita.


2025-07-17

GreenAard: Cleansing Gel sesuai ke tak untuk kulit berminyak?

Tadi siapa ya pagi-pagi tadi tanya aku kat DM Cleansing Gel sesuai ke tak untuk kulit berminyak?

Yes, sesuai.

Aku explain sebab apa sesuai. Sambil-sambil tu boleh masuk website GreenAard www.greenard.com. Klik pada Cleansing Gel, kat situ ada senarai bahan-bahan yang kita guna berserta fungsinya sekali.

Bahan-bahan dalam Cleansing Gel semuanya dari plant. 

BEBAS SLS. 
TAKDE PARABEN. 
TAKDE PEWANGI TIRUAN. 

Tiga perkara ni sangat penting untuk dipangkah dari list kalau korang ada kulit berminyak yang sensitif atau senang breakout. Sebab kulit berminyak perlukan cleanser yang tak terlalu kuat. Supaya tak strip minyak terus. 

Ok macam ni. Kulit kita secara semula jadi hasilkan minyak (sebum). Tujuannya untuk protect the skin dan melembapkan, serta jaga pH balance pada kulit. Walaupun excess oil boleh sumbat pori-pori, a little bit of oil is still needed to maintain healthy skin barrier. Kalau guna face cleanser yang ada strong ingredient like SLS (sodium lauryl sulfate), kulit akan jadi terlalu bersih dan ketat. Memanglah bersih, tapi minyak semula jadi pada muka pun hilang sekali.

Kulit kita ada sistem pertahanannya sendiri. Bila muka terlampau kering, kulit akan keluarkan lebih banyak minyak untuk replace minyak yang hilang. Akibatnya, kulit jadi makin berminyak. Imagine kulit macam sponge basah. Kalau sponge tu kau perah kuat sangat, air keluar dengan banyak, lama-lama sponge tu jadi keras dan kering. Tapi kalau picit/perah perlahan, air yang keluar cukup-cukup untuk basuh, jadi sponge kekal lembut dan tahan lama. Boleh faham analogi ni?

Jadi, untuk orang yang ada masalah kulit berminyak, you all perlukan cleanser yang lembut. Our Cleansing Gel tak pakai SLS. Kita pakai SLeS yang lebih lembut. Cleansing function our Cleansing Gel tak harsh, tapi cukup efektif untuk buang lebihan minyak pada kulit without rosakkan skin barrier.

Ramai orang salah faham. Dorang ingatkan kalau oily skin mesti pakai cleanser yang banyak buih so that muka jadi kurang berminyak. Padahal bila pakai cleanser yang banyak buih (yang biasanya ada SLS), kulit jadi makin kering. Bila kering, kulit jadi panik dan produce lebih banyak minyak. Cleansing Gel GreenAard kurang buih, tapi sangat efektif bersihkan kulit. This is important for oily skin sebab kulit jenis ni senang nak overreact.

Sebenarnya, not only for oily skin-lah. Cleansing Gel ni kita produce khusus untuk kulit bermasalah. Basically kulit berminyak, kulit kering, kulit sensitif, ekzema, acne yang teruk - insyallah boleh. Kita ada feedback pengguna. Nanti aku share gambar. 

Formulasi Cleansing Gel sangat gentle dan pH-balanced, lebih kurang pH kulit kita sendiri (around pH 5.5). Bila pH cleanser seimbang dengan kulit, dia tak ganggu lapisan skin barrier.

Dulu pernah ada orang tanya "Kalau muka berminyak pakai Cleansing Gel, kalau muka kering pun boleh pakai ini juga?"

Ya. Nampak macam kat mana logiknya muka berminyak dengan muka kering boleh pakai satu produk yang sama, kan?

Macam ni. Kulit kering needs cleanser yang tak mengeringkan. Kulit oily needs cleanser yang tak buat kulit rasa tegang. Kulit sensitif pula needs cleanser without bahan-bahan keras macam alkohol, SLS atau pewangi sintetik. Semua ni Cleansing Gel boleh help. Sebab jawapannya terletak pada formulasi yang seimbang dan lembut, bukan pada jenis kulit semata-mata. Macam air suam. Orang yang suka sejuk pun selesa, orang yang suka panas pun suka. Macam tu lah formula Cleansing Gel.

Fungsi utama pencuci muka bukan nak ubah kulit kita, tapi nak buang minyak berlebihan, buang kotor dan prepare kulit untuk skincare. All of this is possible if the cleanser is pH-balanced, bebas bahan keras, dan lembut untuk semua jenis kulit. That's why Cleansing Gel boleh digunakan oleh kulit kering, berminyak dan sensitif.

Kalau kau ada jerawat yang aktif, boleh sangat nak pakai Cleansing Gel ni. Sebab dalam ni takde bahan comedogenic (bahan yang sumbatkan pori), jadi takkan menambahkan jerawat baru. In fact, because it's not harsh, kulit yang tengah breakout tak akan rasa pedih atau makin kering bila cuci muka. Bila kulit tak stress, proses healing kulit akan berlaku lebih cepat. So kalau ada jerawat aktif, gunakan je. No problem. Tak caya tengok gambar ni:

Dari acne yang heavy dan aktif, slowly his skin got better. Tapi idok la pakai hari ni, 3 hari kulit dah cantik. Agak-agak lah. Tengok keadaan skin dia sekarang macamana. Semuanya perlukan proses. Yang penting, konsisten.

Semalam aku ada mention dalam video yang our Cleansing Gel tak banyak buih. Bukan takde buih. Ada, tapi sangat minimal. And that's not a weakness. Tat's an advantage. 

Kita dibesarkan dengan mindset “Kalau pencuci muka tak berbuih, maknanya tak bersih”. Sebab dari dulu lagi dalam mana-mana iklan face cleanser, dia punya buih selambak. Tapi hakikatnya, buih tak membersihkan. Air dan surfactant yang bersihkan. Buih tu lebih kepada kesan psikologi. 

Kita rasa "Eh bestnya banyak buih", padahal yang banyak buih tu biasanya datang daripada SLS. SLS memang bersihkan, tapi dia terlampau kuat. Memang dia efektif buang kotor, tapi dia strip minyak muka sekali. Cleansing Gel GreenAard tak guna SLS, sebab tu buih dia sikit. Tapi tetap mantap membersihkan. Bezanya, dia tak rosakkan skin barrier.

Lepas pakai Clenasing Gel muka rasa lembut sebab dalam ni ada bahan pelembap macam aloe vera, glycerin, dan plant-based extracts yang memang berfungsi untuk maintain skin moisture walaupun selepas cuci. Ibarat kita siram pokok. Air takkan buat pokok layu. Tapi kalau siram pokok dengan air sabun yang kuat, pokok boleh mati. Kulit kita pun macam tu. Jadi bila lepas cuci muka kulit rasa lembut dan tak tegang, itu tandanya kulit masih cukup lembap dan itu salah satu ciri good cleanser.

Boleh ke guna Cleansing Gel ni untuk remove makeup?

Ini soalan yang biasa GreenAard dapat.

Kalau kau pakai mekap tebal complete dengan foundation dan segala mak nenek waterproof, better pakai makeup remover. Sebab aku dah try pakai Cleansing Gel on heavy makeup, kurang jalan. Memang nak kena pakai makeup remover baru puas. Tapi kalau sekadar sunscreen, light powder, bolehlah. Tapi aku tetap prefer remove apa juga jenis mekap di muka dengan makeup remover.

Kalau kau pakai our makeup remover, no need second cleanse lagi. Our makeup remover dah cukup membersihkan. Tapi kalau kau pakai makeup remover yang oil-based, memang wajib second cleanse. Dulu masa aku pakai makeup remover Shu Uemura, bersih memang bersih tapi kena double cleanse sebab berminyak. So Cleansing Gel ni sesuai sebagai second cleanse.

Gunakan Cleansing Gel GreenAard dua kali sehari sahaja, jangan lebih. Pagi untuk buang excess oil and peluh waktu tidur. Malam untuk buang kotor, habuk, dan sisa kotor sepanjang hari. JANGAN cuci muka kerap sangat sebab nanti minyak semula jadi muka hilang. Lama-lama muka kau merekah-rekah kering. Walaupun our Cleansing Gel ni gentle, tetap jangan guna lebih dari dua kali sehari.

Cleansing Gel ni boleh digun as basic kepada semua skincare routine. Maknanya sebelum apply skincare, boleh prepare muka dengan Cleansing Gel dulu. Basuh muka dengan Cleansing Gel, then apply skin care. Dia tak ganggu bahan aktif lain dalam skin care korang. Tak menyebabkan tindak balas pelik-pelik bila korang apply serum atau krim lain. 

Contohnya, kalau kau guna retinol, vitamin C, atau niacinamide, face cleanser yang harsh buatkan skin kau irritate. Tapi Cleansing Gel, disebabkan dia neutral dan gentle, agak selamat kalau bergabung dengan apa-apa skincare.

Yes, lelaki pun boleh guna. Kau tak nampak testimoni tadi gambar lelaki?

Kulit lelaki dengan perempuan memang ada beza dari segi ketebalan dan jumlah minyak, tapi dari segi keperluan asas kulit, kulit kita semua perlu cleanser yang lembut, yang boleh membersihkan, pH seimbang dan takde kandungan yang harsh dalam cleanser. 

Ramai lelaki rasa cleanser kena “berangin” atau rasa ketat baru bersih, padahal itu petanda kulit kau mengering dan rosak.

Berapa lama boleh tahan sebotol?

Aku guna sebotol dengan En Wan sometimes 1 botol sebulan, sometimes sebulan lebih sikit. So kalau kau sorang je yang guna, 2 times a day, maybe sebotol boleh tahan lebih kurang 2 bulan, bergantung pada berapa banyak kau picit. We always pesan tak perlu picit banyak. Sebesar syiling 10 sen pun dah cukup untuk satu muka. Cleanser ni bukan macam shampoo kena picit banyak-banyak. Picit lebih bukan bermakna lebih bersih. So, dari segi value, sangat berbaloi.


2025-07-16

Parents dan student yang dapat biasiswa tak patut share offer letter kat social media.

2 hari lepas aku komen kat this lady punya post. Ingatkan aku je yang tak bersetuju dengan dia, rasanya 99% bash dia balik.

Ingat tak dulu aku pernah tulis pasal ni. Mula-mula streaming class mansuh sebab tak nak beza-bezakan budak pandai dengan yang kurang pandai. Kecik hati yang kurang pandai bila kena asing-asing gitu katanya. Pastu hari anugerah tak kasi buat, kecik hati yang tak naik pentas. Pastu pengumuman SPM naik stage semua tak boleh. Menjaga hati yang kurang berjaya. Eh now dah sampai ke tahap kemasukan universiti pun tak boleh share, ya! Adoilaaa mampus gini.

Sumpah aku tak sangka kita akan sampai ke era yang mana sesiapa berjaya ke universiti atau dapat scholarship pun tak boleh share kat media sosial. Kena simpan senyap. Tak best rupanya jadi success. Sebab kena banyak menjaga hati. Eloklah jadi bangang, jadi miskin, jadi pemalas, sebab ramai kesian.

Aku tak faham konsep ni. Kita tak bagi budak pandai merasa dia pandai. Kita tak bagi budak rajin merasa hasil rajin dia. Kita tak bagi parents raikan achievement anak sendiri. Tapi kita suruh rakyat jadi "cemerlang, gemilang, terbilang". Macam mana nak terbilang kalau semua benda kena sorok? Nak jadi hebat kena senyap?

Kalau kejayaan pun kena jaga hati orang, habis tu siapa nak jaga hati orang yang berusaha? Success doesn't come free. Ada yang tak tidur malam belajar. Ada yang tolak bersosial bertahun-tahun. Ada yang kerja part-time siang malam nak cukupkan duit belajar. Bila dia berjaya, dia layak merasa bangga. Kalau asyik nak jaga hati orang yang tak berjaya, sampai bila nak motivate generasi seterusnya berusaha lebih?

Parents dan student yang dapat biasiswa tak patut share offer letter kat social media. Nanti yang tak dapat tempat, yang tak dapat scholarship sedih. So, demi empati, semua orang patut diam-diam je. Apa benda sial? Kau nak suruh orang hide kegembiraan sebab kau tengah kecewa? 

Dunia ni TAK AKAN pernah seimbang. Hari ni kau dapat happy news, orang lain maybe tengah menangis sebab kehilangan. But does that mean you can't be happy at all? Kalau semua orang nak jaga hati, tak payah la post apa-apa pun kat media sosial.

Naik pangkat tak boleh share, nanti orang menganggur sedih.
Kahwin tak boleh share, nanti orang bujang merajuk.
Dapat anak tak boleh post gambar baby, nanti orang TTC (trying to conceive) terguris.
Beli rumah tak boleh share, nanti orang yang struggle bayar sewa stress.

Lama-lama, semua benda kita buat, nak tapis ikut perasaan orang lain. Eh letih weh!

Menjaga hati tu bagus, tapi sampai tahap orang lain tak boleh celebrate life? Serious?

Perkara macam dapat scholarship ni bukan datang bergolek. Ingat senang ke budak-budak ni nak secure scholarship? Berhempas pulas dari sekolah lagi. Tusyen sana sini. Tak cukup tidur nak mentelaah. Mak ayah berkorban masa dan duit. Bila dia dapat, of course la dia happy. Of course mak ayah nak share kegembiraan. Takkan la dapat benda besar macam ni nak duduk senyap dalam bilik je? Dapat biasiswa tu macam menang loteri untuk budak yang nak masuk universiti, tau tak? Takkan tak boleh rasa bangga?

Kita ni kalau artis kahwin, boleh pulak trending 3 hari. Tapi bila orang biasa-biasa share dapat scholarship, “Eh, jangan post, nanti yang tak dapat biasiswa sedih”. TAHI.

Media sosial adalah hak pemilik akaun. Ruang untuk dia menulis, berkongsi apa saja yang dia nak. Kalau kita yang menengok ni triggered, scroll je la sudah. Bukan susah pun. Orang share kat media sosial bukan semuanya riak. Ada yang share sebab nak rekod kenangan tu. Ada yang nak inspire orang lain. Ada yang just nak celebrate dengan circle dorang. Nobody is forcing you to consume benda tu. Kalau rasa diri tengah fragile, tengah down, please protect your own peace. Jaga diri sendiri dulu. Jangan expect semua orang akan ubah cara hidup dorang semata-mata emosi kau tak stabil hari tu.

Aku setuju bab empati. Empati tu penting. Tapi jangan salah faham konsep. 

Empati tu bukan maksud “aku happy tapi aku diam sebab takut kau terasa”. Empati tu lebih kepada “aku happy, tapi aku juga faham maybe kau tengah sedih, so aku doakan yang baik untuk kau jugak”. Faham tak beza dia?

Contoh, kau baru beli kereta. Member kau tengah struggle ke mana-mana naik motor buruk. Bila kau share kereta baru, tak bermaksud kau tak peduli pasal dia. Tapi kalau dia rasa sedih tengok, itu bukan salah kau. Kau tak pernah pun sindir. Kau just celebrate moment kau. Faham tak?

Kawan yang matang akan cakap, “Congrats bro. Doakan aku dapat beli kereta one day”. Tu baru betul.

Orang yang tahu raikan kejayaan orang lain, hati dia lapang. Dia tak rasa insecure tengok orang naik, sebab dia percaya rezeki masing-masing ada portion sendiri. Hidup ni bukan zero-sum game. Bila orang lain menang, tak bermakna kita kalah. Bila kita boleh tepuk tangan untuk orang lain, we are actually preparing a positive space in our lives. Itu pun satu bentuk energy yang tarik rezeki.

Bitter, tak puas hati, sakit hati, takkan bawa kita ke mana. Aku dah nampak macam-macam dah. Yang berkomplot memburukkan orang lain. Yang bergabung nak jatuhkan orang lain. Yang mengutuk belakang. Yang menfitnah sana-sini. Yang stalk orang lain semata-mata nak cari buruk dan salah. Dorang ni akhirnya melungkup. Buat bisnes, bisnes tak menjadi. Kawen pun jodoh tak panjang. Hubungan dia sesama keluarga pun tak baik. Kawan-kawan dia sendiri pun ada masalah dengan dia. Tak jadi apa. So kau tak payahlah sakit hati dengan orang, sebab effectnya akan dapat kau akhirnya.

Samalah macam gambar yang aku screenshot tu. Bunyinya jelas bitter. Macam tak puas hati. Mungkin anak-anak dia dulu tak lepas. Tapi instead of terima dan redha, dia marah orang yang celebrate. Itu bukan empati. That's just jealousy wrapped up in kononnya "perihatin”.

Dia macam ni lah. Kalau kita tengah sedih sebab tak berjaya, belajarlah terima. Take a moment. Menangis pun tak apa. Tapi jangan salahkan orang lain yang tengah happy. Dorang pun pernah lalui struggle yang kita tak tahu. Jangan sebab kita sedih, kita nak semua orang senyap. Jangan tarik orang lain jatuh sama hanya kerana kita tak boleh bangun.

Satu point yang aku rasa obvious nau bitternya bila dia kata “don’t think just because you got a scholarship, you’ll succeed in the future.”

Wow! Bitter sangat. Jelas sangat men-down-kan orang dengan ayat “tak semestinya kau berjaya nanti”.

Motif?

Of course semua orang tahu kejayaan hari ni tak jamin masa depan. Tapi takkan la sampai orang tak boleh happy langsung, makcik. Kalau semua benda nak "but that doesn't mean you'll be successful", then who’s gonna feel motivated to achieve anything?

Media sosial bukan tempat kita kawal emosi orang lain. Kita tak boleh paksa semua orang follow standard sensitivity kita. Hari ni kita rasa aku tak suka orang post pasal biasiswa. Esok orang lain pulak cakap aku tak suka orang post pasal kahwin. Lusa orang lain cakap aku triggered bila orang post pasal family. Lama-lama nak happy pun rasa bersalah. That’s toxic!

Instead of ajar orang suppress rasa happy, why not ajar anak-anak muda kekuatan dalaman. Bila gagal, jangan compare. Bila kecewa, jangan salahkan dunia. Bila belum berjaya, terus usaha.

Biarlah orang nak share their happiness. Itu hasil usaha dia. Tak ada siapa mintak kau puji pun. Kalau rasa belum kuat nak tengok, scroll. Mute. Jangan nak acah-acah nasihat tapi niat sebenar nak let out rasa tak puas hati. 

So to all students and parents yang bangga dengan achievement anak, share saja. Post saja. Tak payah rasa bersalah. Bukan semua orang akan suka, tapi yang betul-betul ikhlas, akan tumpang gembira dengan korang.

Kepada yang tak berjaya, awak hanya BELUM berjaya saja. Bukan tak berjaya. Your time will come.

Redza dulu permulaannya, UPSR only 3A3B. En Wan UPSR only 4A1B. Aku UPSR kemain lagi straight As. Tapi dorang dua yang akhirnya berjaya fly overseas. Aku over the sea saja. Tapi akhirnya aku berjaya. Berjaya mengorat student overseas. Kahkahkah.


2025-07-15

GreenAard: “Kak, takde ke sample Gloei? Nak try dulu tengok serasi ke tak”

Ok ini susulan dari video aku di IG and IGS tadi. Video takleh cerita panjang, penat. Menulis panjang-panjang takpe.

Tentang yang minta GreenAard keluarkan sample/trial pack untuk Gloei. Sebenarnya kita dah pernah keluarkan sample Gloei dulu, tahun 2018-2019. Sepaket ada 7 sachet. Kita keluarkan dalam 3-4 bulan saja. 

Yang ini kita keluarkan sebab tak nak orang terkejut dengan price Gloei. Masa tu produk GreenAard yang paling mahal is Gloei. Biasalah kalau tiba-tiba produk tu paling mahal antara yang lain, people tend to assume macam-macam. Dahlah takde kolagen pulak tu. Menjadi ke produk ni? Mahal takut tak menjadi. Maka kita keluarkan trial pack untuk bagi orang test keserasian dulu.

Ramai tak tahu, Gloei ni bukan produk kolagen biasa, sebab TAK ADA KOLAGEN di dalamnya. Kebanyakan produk untuk glowing skin ada kolagen. Biasanya ada kolagen haiwan. Minum hari-hari dengan harapan kolagen tu serap dan terus beri kesan kat kulit. Tapi Gloei bukan macam tu. Gloei takde langsung kolagen haiwan. 

Instead, Gloei stimulate badan untuk hasilkan kolagen sendiri secara semula jadi. In other words, Gloei doesn’t deliver instant results. Gloei helps our body untuk repair dari dalam secara berperingkat. Maka sebab itulah tak logik kalau orang nak cuba Gloei 3-4 hari, seminggu, atau 10 hari untuk tengok kesan.

Analoginya macam ni. Bayangkan kulit kita ni macam simen yang dah merekah. Kalau kita sapu air kat atas simen tu, nampak macam moist, berkilat. Tapi dalam masa 10 minit, dia kering balik, rekahan tetap ada. Kalau nak betulkan rekahan tu, kena isi simen baru, ratakan balik, bagi keras, polish, baru nampak licin. Macam tu lah Gloei. Not just giving the illusion of glowing skin, but actually nourishing it from within.

Kalau nak tahu tentang bahan-bahan yang kita guna dalam Gloei, boleh ke www.greenaard.com. Memang takde table sugar (sucrose) dan takde kolagen haiwan. Dari awal produce, masa aku propose formula ni kat kilang, food technologist dia tanya "Tak nak letak kolagen sikit ke?"

Tak nak.

Memang sengaja aku tak nak letak sebab aku tahu bahan aktif yang aku pilih boleh stimulate kolagen dalam badan sendiri. Actually badan kita memang boleh produce kolagen sepanjang hayat cuma makin meningkat usia, penghasilan kolagen jadi perlahan. Tambah pula dengan faktor macam stress, UV, food intake - semua ni buatkan kolagen rosak lebih cepat dari badan sempat ganti. Sebab tu aku pilih bahan yang boleh aktifkan semula sistem dalam badan untuk hasil yang lebih natural dan tahan lama. Bila kita rangsang badan hasilkan kolagen sendiri, dia lebih konsisten dan tak bergantung pada produk semata-mata.

Prinsip aku mudah. Kita bantu badan buat kerja dia sendiri. Tapi semua ni bukan proses yang boleh berlaku dalam masa seminggu dua. Kalau kulit kau asalnya tak ada masalah besar, mungkin akan mula nampak perubahan dalam 3-4 minggu. Itu pun hasil paling basic macam kulit rasa lebih lembap, jerawat kurang naik, atau kulit tak kering sangat. Kalau kulit kau memang bermasalah, macam banyak parut jerawat, kusam bertahun-tahun, tekstur kasar and berminyak tak tentu hala…maka kena bagi at least 3-4 bulan to see significant changes.

Tapi masalah orang sekarang adalah, TAK SABAR. Baru try seminggu, dah check cermin hari-hari.

“Kenapa tak glowing lagi ni?”

“Parut jerawat tak hilang pun!”

“Kulit kusam je lagi…”


Kulit kau dah teruk bertahun-tahun, pastu nak clean and clear dalam masa 10 hari? Kulit kita bukan boleh tukar macam tukar filter kat TikTok tu. Masalah kulit kau ambil masa bertahun nak timbul dek hormon, lifestyle, makanan, kurang tidur, stress….semua tu contribute. But when it comes to recovery, semua nak cepat.

Healing takes time, ya. Bila kau mula ambil Gloei, badan start repair dari dalam. Kolagen baru akan mula dirangsang. Sel baru akan mula regenerate. Ini tak berlaku overnight. Kalau seminggu dua belum nampak perubahan ketara, itu normal. Yang penting, konsisten. Sebab kulit yang cantik datang dari disiplin. Nak hasil luar biasa, usaha pun kena luar biasa. Sebab tu Green elakkan bagi sample. Sebab kalau kau try 5-10 hari, kau takkan puas hati. Nampak macam tak berkesan, padahal badan tu baru je nak respond. Akhirnya kau kata "Gloei ni scam je. Makan seminggu takde apa pun…”

Sedangkan logiknya, sistem tubuh perlukan masa. Macam ubat doktor pun kadang-kadang ambil masa seminggu dua untuk stabilize hormon atau darah tinggi. Ini pulak suplemen. Kesan dia lembut, tapi konsisten. Ini bukan shock therapy.

Nak trial pack 10 hari? Boleh. Insyallah kita akan usahakan. Tapi kalau lepas beberapa hari kau kata “Saya rasa takde beza…”… itu bukan salah produk. Itu salah expectation. Kita tak boleh ukur keberkesanan suplemen macam ukur ubat tahan sakit. Bukan makan pagi, malam terus lega. Gloei kerjanya membantu badan pulih perlahan-lahan dengan cara membagi support, bukan bagi shortcut.

Nak nampak beza? Tengok dalam 6 ke 8 minggu, itu pun dengan syarat kau kena konsisten. Kalau tak, tak kiralah kau makan suplemen apa pun hasilnya tetap perlahan. Semalam ada yang tanya kalau saya minum kopi everyday at the same makan Gloei, will it melambatkan proses skin glowing tu?

Jawapan, YA, BOLEH. Kopi is ok, tetapi kalau diambil berlebihan, boleh ganggu penyerapan nutrien. Sebab kafein ada kesan diuretik, maksudnya dia buat badan kau buang air lebih cepat. Jadi bila makan Gloei, dalam masa sama minum kopi banyak, nutrien tu mungkin belum sempat serap elok, dah dibuang. Tapi kalau tak boleh kurangkan kopi, please minum air banyak supaya balance dalam badan.

Nak trial pack? Boleh, tapi expectation kena logik dan betul. Gloei bukan untuk orang yang nak try-try. Ini untuk orang yang betul-betul faham kulit dia perlukan treatment dalaman. Kalau kau jenis penat tukar skincare atau dah cuba macam-macam tapi kulit tetap kusam atau dah tak percaya produk sapu-sapu atau nak repair kulit dari dalam….Gloei is for you.

“Kalau tak serasi macam mana?”

Well, apa maksud tak serasi tu sebenarnya? Kalau setakat lepas makan Gloei, jerawat naik sikit, atau badan rasa mengantuk, atau kulit rasa lain sikit tekstur dia - itu semua tanda badan tengah adjust. Bukan tak serasi. Sama macam kau start skincare baru. Kadang breakout sekejap sebab kulit tengah buang toksin. Gloei pun sama. Dia detox perlahan-lahan. Bukan semua orang akan lalui fasa ni, tapi kalau ada pun, itu petanda baik.

Kalau betul-betul nak treat skin, kena ada mindset jangka panjang. Sama macam jaga kesihatan dalaman. Nak repair hormon, nak turunkan berat badan, semua ni perlukan masa. Gloei bukan untuk semua orang. Gloei untuk yang sanggup konsisten, faham konsep ‘repair dari dalam’, tak harapkan kesan magik dalam 3 hari, dan nak kulit sihat, bukan sekadar glowing. Kalau kau termasuk dalam golongan ni, welcome to the world of Gloei. You will understand why many repeat every month 😊.


2025-07-14

Dah June 2025, Love Song in Winter masih unggul dalam ranking

Ramainya la hai bertanya aku pasal Rayyan and Redza lepas aku naikkan post bahan bacaan dorang malam tadi. Yang tanya since when dorang suka baca buku-buku macam tu - dari sekolah rendah lagi. 

Rayyan dari age 10 dah start baca buku-buku crime and misteri. Redza suka bacaan berfakta macam history. 

Aku pernah post kat FB dulu, esok nak exam dia boleh melingkar depan TV baca Guiness World Record Book. Kita ni seram-seram besok nak exam, dia boleh mentelaah buku lain. Bila ditanya, sardin je jawapan "Redza tengah baca sejarah".

Aku tak pernah encourage anak-anak aku membaca. Dorang sendiri yang nak. Maybe dari kecil nampak ammaknya asyik keluar masuk MPH and Popular beli buku, dorang terikut-ikut. Walaupun begitu Projek Nilam tak pernah penuh, let alone dapat anugerah, ya. Aku tak tahu apesal anak-anak aku tak pernah nak fill up Buku Nilam walaupun sebulan habiskan 4-5 buku. Segan kot sebab bahan bacaan dorang takde unsur-unsur ilmiah 😆.

Ada sorang ni cakap "Saya tak surprise anak-anak Kak D baca genre berat sebab IG story Kak D pun semua ilmiah".

Sampai ke IGS aku kau observe, ya.

Yang bertanya nak beli buku-buku Redza, minta maaf. Aku dah serahkan semuanya pada sebuah sekolah. Cikgu minta nak letak kat library. Untuk Projek Nilam katanya. Dalam this week katanya nak collect. Buku-buku aku pun pernah bagi kat cafe. Dia buat reading section. Yang takde buku En Wan je. Dia hanya baca newspaper saja dia kata.

Oh baideway, izinkan aku meriak.

Semalam, ranking Yunhe release rating drama cina as of June 2025.

Dari kesemua list ni, hanya Love Song in Winter sahaja drama yang release tahun 2024. The rest semua release tahun ni. Walaupun begitu, ranking Love Song in Winter di tempat kedua as of June 2025, gaisss!! Sekali lagi bersorak team Johnny di Weibo. Kalaulah Weibo tu boleh disimbah champaigne, aku rasa lecak dah Weibo semalam. Kahkahkah.

Korang tak tahu how happynya kitorang bila Yunhe keluarkan data ni. Last year masa Love Song in Winter released, press and netizen cuba nak benamkan drama ni. Dahlah drama ni released lambat. Lepas satu minggu ke satu minggu dia bertangguh. 

Pastu, baru release 1 hari, iQIYI dah keluarkan offer sesiapa yang nak tengok drama ni cepat boleh beli express VIP pass supaya boleh tengok terus 10 episod sehari. Kau tahu sebab apa dorang buat macam tu? Supaya drama ni cepat habis. Bila cepat habis, dorang can start dengan push marketing drama lain. Setan, kan?

Sepanjang Love Song in Winter disiarkan, TAK ADA lansung poster drama ni di homepage iQIYI. Selalunya, bila kita buka homepage iQIYI, mana-mana drama yang tengah disiarkan berada kat depan supaya easy access. Ni tak. Dari start episod 1 sampai final episod, lansung takde kat homepage! Aku syak management iQIYI ni ada haters Johnny.

Masuk hari ke-6 siaran, 2 orang blogger entertainment create isu kononnya Johnny and Dilreba dah break. Dilreba ada fandom yang besar. Bila berita ni timbul, ia jadi isu besar negara! *muntahhh*

Misi dorang sebenarnya nak tenggelamkan new drama Love Song in Winter. So that orang lebih tumpu pada isu Dilreba and Johnny. Dorang nak orang menyampah dengan Johnny. Padahal takde satu bukti pun Johnny and Dilreba pernah bercinta. 5 tahun digossipkan takkanlah sorang paparazzi kat China takleh tangkap gambar candid dorang berdua sebagai bukti. Takkan slow sangat paparazzi korang. Kalau kat Malaysia, takyah tunggu 5 tahun. 5 hari dah dapat gambar.

Masa drama tu on air, Johnny tengah shooting new drama. New drama tu pair dengan Wang Ziqi. Masa tu jugaklah netizen membuat cerita konon Johnny and Ziqi sedang bercinta (gay). Dengan harapan bila isu gay ni muncul, Love Song in Winter akan jatuh ranking sebab orang akan anggap no point siarkan drama cinta kalau pelakon lelaki sebenarnya gay. 

Kau nampak tak betapa gila saikonya netizen kat sana. No wonderlah celebriti sana senang nak bunuh diri. Pressure kuat sebab netizen rajin menfitnah.

Tapi fans Johnny always senyap and steady. Kita buat kerja kita sudah. Everyday, regardless apa pun isu yang dorang bangkitkan kat Weibo, kita tetap keep on updating audience dengan klip-klip video that drama, behind the scenes and meme. Tak kisahlah, walaupun small, semuanya bermakna. Keep sharing and keep writing good review. International fans macam aku ni akan share and review drama tu di international platform macam FB, IG and TT. We do our part.

Dalam kekecohan, in 8 days siaran saja drama tu berjaya hit 9,500 Heat Index. Indicator good drama di sana haruslah melepasi 6,000 Heat Index. But only in 8 days Love Song in Winter cecah 9,500. Bear in mind, Johnny BUKAN TRAFFIC ACTOR. Bermakna dengan takde sokongan press, takde official fanclub, tak beli hot search, tak beli trending, ditambah lagi dengan iQIYI yang tak sabar-sabar nak promote drama lain - Love Song in Winter masih ranking atas.

Cilaka tak cilakanya iQIYI, masa siaran Love Song in Winter, dia boleh letak drama-drama sendu kat homepage. Bila orang masuk homepage nak tengok Love Song in Winter, orang akan nampak poster-poster drama sendu ni dulu. In other words, iQIYI gunakan hype Love Song in Winter untuk bagi free marketing drama lain. Cibai kan?

But look now...dah June 2025, Love Song in Winter masih unggul dalam ranking. Hingga sekarang masih ada orang tengok this drama. Mungkin salah satu penyumbangnya adalah Diana Ishak. Kahkahkah.


2025-07-13

Kalau kau tahu apa kau buat, dengan lancarnya kau bercakap.

11 minit rupanya video aku menceceh pagi tadi. Patutlah ada yang mintak tips macamana nak konfiden cakap depan video.

Senang je nak konfiden bercakap, tak kiralah depan video, atau depan orang ramai, atau depan prospek. Iaitu, kena tahu apa kau buat. Kalau kau tahu apa kau buat, dengan lancarnya kau bercakap. Toksah katalah "Saya pemalu.." No. Takde istilah malu bercakap kecuali kau tak tahu apa benda nak dicakapkan.

Contoh paling senang, En Wan. Dia tu semalu-malu manusia pernah aku jumpa. Awal-awal kawen dulu, balik beraya di kampung dia, aku yang paling peramah. Dia kat tepi senyap and senyum. Sepatah orang tanya, sepatah dia jawab. Dengan aku jangan. Belum kau tanya, aku dah cerita dulu. Kahkahkah.

Dulu, kalau En Wan nak kena present projek, sampai tak boleh tido malam. Tu belum dengan pakej tak selera makan campur nak nangis, nak MC segala. Masa tu lah datang cirit-birit dia segala. Now look at him.



Setiap bulan ada invitation untuk bagi talk. Adhoc invitation pun jalan nowadays. Tak perlu practice dah. Pegang je mic dah tahu nak cakap apa. Because dia dah tahu apa dia buat. Dia dah kenal dengan kerja dia. Dia faham produk dia. Jadi mudah untuk dia bercakap. 

Bila kita takde product knowledge dan tak tahu apa kita buat, kita takkan boleh bercakap depan orang/video. It has nothing to do with being pemalu. It always has everything to do with how well you know what you are doing.

Kalau betul-betul faham kerja, faham produk, faham bisnes, atau faham servis yang kau buat, automatically kau akan tahu apa nak cakap, bila nak cakap, dan macam mana nak sampaikan. Rasa konfiden tu datang sebab ilmu ada dalam kepala. Bukan sebab extrovert, tapi sebab ada isi untuk disampaikan.

Let’s say kau jual suplemen. Bila orang tanya:

“Apa fungsi dia?”

“Macam mana nak makan?”

“Ada side effect tak?”

“Apa beza dengan produk lain?”


Kau tergagap. Atau “Err… saya tak pasti. Nanti saya tanya HQ”.

That’s not ready. Bila tak master info produk, macam mana orang nak yakin untuk beli? Takkan selamanya nak berharap pada personal branding saja. Sampai bilanak ride isu-isu mengarut dan bodoh untuk marketing?

Trust starts dengan how we speak. And how we speak starts dengan how much we actually know. Cuba tengok orang yang bercakap dengan konfiden depan kamera. Yang boleh go live tanpa skrip. Yang bila buat video nampak sangat relax. Rasa dia tak pernah nervous ke? Of course pernah. Tapi dia tahu apa nak disampaikan. Dia ada points. Ada logic. Dia faham isi. Itu beza orang yang bersedia, dengan tak. 

Tapi tak tahulah kalau zaman sekarang ramai beli dengan tak payah explain apa-apa. Panggil retis pegang produk 1 minit, berjujuk orang order. I don't know if this a trend now. Kalau aku, aku masih perlukan explanation.

Call me old school, but I still believe substance sells. Aku tak boleh telan konsep janji viral, janji trending, tapi isi kosong. For me, I need logic. I need facts. I need reason. A pretty face without explanation doesn’t convince me. Bukan nak kecam marketing cara influencer. Tapi let's be real. Tak semua benda sesuai dijual dengan hype. Especially things like supplements, skincare, services, or anything that affects health and money.

Kalau aku nak beli sesuatu produk, aku nak tahu macam mana dia berfungsi, kenapa dia selamat, siapa yang tak sesuai ambil, berapa lama nak nampak kesan, dan kenapa aku patut pilih produk ni over yang lain. Semua jawapan tu hanya datang bila orang yang explain tu tahu apa dia buat. 

Sebab tu aku selalu cakap product knowledge is not optional. Ia adalah senjata utama. Kalau kau harap orang beli sebab isu viral, trust me, yang datang pun jenis cepat hype dan cepat blah. Esok ada produk lagi viral, dia pindah ke produk tu pulak. But bila kau educate audience, kau tunjukkan yang kau tahu apa kau jual, kau tak tarik pembeli sementara. Kau sedang membina customer yang loyal.

And here's the truth not many want to admit. Bercakap dengan yakin bukan talent. It’s discipline. Disiplin untuk belajar, untuk faham, untuk practice, dan untuk sampaikan dengan jelas. Bukan semua orang suka bercakap depan kamera. Tapi kalau kau tahu itu akan bantu bisnes kau, kau kena push diri. Kalau malu sangat, practice. Kalau tak yakin, belajar. Jangan biar malu control your potential. We are not here to be cute. We are here to be clear. Understand?

So yes, maybe zaman sekarang orang beli ikut trend. Tapi aku percaya substance sells untuk orang berilmu takkan pernah expired. Because in the end, when the hype fades, truth, knowledge and credibility will always stay. If you want your product stays longer in the market, be the one who explains, not just entertains.

So macam mana nak ada keyakinan tu?

Start dengan satu benda paling basic iaitu tahu apa yang kau buat. Bila kau tahu apa kau jual, kenapa kau jual, siapa patut beli dan siapa tak patut beli, kau takkan teragak-agak bila bercakap. Kau tenang sebab kau bukan hafal skrip, tapi kau dah faham.

Step kedua, study your product. Don't just know the ingredients, kena tahu fungsinya. Kenapa bahan tu ada? Apa kaitan dengan hasil akhir? Ada interaksi tak dengan ubat lain? Siapa tak sesuai? Kenapa?

Step ketiga, fikir dari sudut customer. Kalau kau jadi customer, what logical questions will come up? Contoh:

“Berapa lama boleh nampak kesan?”
“Kalau saya ada gastrik boleh ambil?”
“Apa beza dengan produk lain?”


Sediakan jawapan dari sekarang.

Step seterusnya, percaya dengan apa yang kau buat. Bak kata En Wan dalam video tadi - BELIEVE. Bila kau percaya produk kau bagus, bila kau tahu produk kau ada value, automatik confidence tu keluar sendiri. 

Confidence bukan datang dari likes, bukan datang dari followers, tapi dari kesedaran dalaman you know you are not an empty seller. You educate. You help. You guide. Sampai bila nak ride isu-isu personal yang takde kaitan dengan bisnes untuk melakukan bisnes/servis? 

Aku sampai sekarang tak faham dan cannot picture macamana orang boleh gunakan isu peribadi untuk launch new produk, atau untuk dapat peluang berbisnes, atau untuk dapatkan endorsement. Entah. Maybe aku terlalu tua untuk faham how that works. Tapi melalui observation aku, those yang gunakan cara tu selalunya buat bisnes hit and run. Bila dah habis cerita dan musim, habislah bisnes. Bila dah tak ada isu nak dikorek, hilanglah "jualan simpati". Sebab apa? Sebab dari awal kau jual cerita, bukan jual value.

Yes, cerita peribadi boleh buat orang relate, kalau kena gaya dan niatnya betul. Tapi bila setiap kali nak launch produk baru, kena buka cerita peribadi, kena korek trauma sendiri, kena heret nama orang lain, that’s not branding. That’s emotional blackmail. 

Especially bila kau start bisnes dengan menjual atau memburukkan orang lain untuk dapatkan sokongan. That's not business integrity. Lama-lama orang penat. Orang beli bukan sebab produk bagus, tapi sebab kesian. Itu bukan sustainability, itu simpati sementara. Berbisnes dengan menjual air mata dan memburukkan orang lain, you don't build a brand, you build drama. Bila drama dah habis, kau nak jual apa lagi? Kau terpaksa create new drama.

Kalau kau bisnes owner, agen, dropship, freelancer atau offline sales person, communication skill bukan lagi optional. It’s a MUST. 

Orang tak kenal kau. Orang tak kenal brand kau. Kalau bukan kau yang bercakap, siapa lagi nak explain apa yang kau jual? Kalau bukan suara kau sendiri yang convince customer, siapa yang nak buat?

“Tak reti bercakap depan orang” boleh dilatih. Yang penting, content betul, dan niat jelas.

“I’m shy” is not a reason, it’s an excuse. Boleh malu dengan strangers, tapi dalam hal kerja, dalam hal rezeki, dalam hal ilmu, being shy can't be your shield forever. Kalau malu menjadi alasan untuk tak keluar dari comfort zone, then that’s a choice. 

Bukan semua orang lahir-lahir terus boleh bercakap depan orang. Tapi semua orang boleh BELAJAR, kalau betul-betul nak. Kalau kita explain based on what we know, itu dah cukup untuk tarik perhatian. Don’t worry pasal slang. Don’t worry pasal suara tak sedap. Don’t worry pasal grammar. Worry pasal satu je - samada kau faham tak apa yang kau buat.


2025-07-12

GreenAard: Nutrijuice boleh jadi ‘sidekick’

Nutrijuice produk GreenAard KHUSUS untuk menstabilkan kolesterol dalam darah. Kena faham yang kolesterol BUKAN penyakit. Tapi, ia penyebab penyakit. Jadi, kalau kolesterol tinggi, kita kena turunkan supaya tak menyebabkan penyakit.

Kolesterol ni macam ex kau yang toksik. Diam-diam dia bagi mudarat kat kau. Malangnya, kau tak sedar kau sedang mudarat. Tau-tau je kau dapat anxiety dan darah tinggi sebab stress dalam diam. Macam tu la dengan kolesterol. Tak semua orang sedar bila kolesterol dah naik. Tahu-tahu je, masa buat medical check-up, doktor kata kolesterol tinggi. Tau-tau je dah kena start ubat statin.

Kolesterol sebenarnya bagus untuk badan, but not too much. Terlampau rendah kolesterol pun tak bagus juga sebab kolesterol penting untuk produce hormon (estrogen, testosteron, cortisol) dan dia juga antara komponen utama dalam struktur sel. Sounds good, kan?

Tapi kenapa kita kena berjaga-jaga dengan kolesterol?

Sebabnya, kolesterol ada yang baik dan jahat. Yang jahat ni kalau banyak sangat, akan melekat kat dinding salur darah. Bila dah lama, dia jadi keras, iaitu jadi plak dan akan sempitkan salur darah. Inilah yang jadi punca heart attack dan strok.

Orang selalu salah faham. Orang ingat makan makanan berlemak saja punca kolesterol naik. Tapi hakikatnya, ada banyak faktor lain. 

Kalau parents ada sejarah kolesterol tinggi, potensi untuk kau dapat pun tinggi. Ini masalah keturunan. 

Kalau stress berpanjangan pun boleh buatkan kolesterol menaik, walaupun kau makan makanan sihat. Sebab bila stress, hormon kortisol menaik, lemak viseral menaik, kolesterol pun naik. 

Lagi satu, tidur yang tak cukup. Mana-mana yang rajin berjaga malam layan Korea dengan Cina, hati-hati. Kurang tido yang berkualiti bukan saja naikkan kolesterol tapi juga gula darah. Punca diabetis salah satunya sebab KURANG TIDUR.

So, makanan cuma salah satu faktor. Yang lebih penting adalah macamana badan memproses lemak & kolesterol tu. Kat sinilah datangnya Nutrijuice.

Nutrijuice BUKAN ubat. Ini adalah suplemen. Kandungannya daripada bahan semulajadi, yang disusun dengan LOGIK FUNGSI, bukan ikut trend.

Salah satu elemen penting dalam Nutrijuice adalah STEROL. Sterol ada dalam tumbuhan. Rupa dia mirip dengan kolesterol. 

Dalam Nutrijuice, our sterol adalah dari ekstrak buah delima, buah epal, habatussauda, kurma and saffron. Semua ni ada sterol yang bila masuk dalam badan, akan bersaing dengan kolesterol dalam usus untuk serapan. Bila usus ‘tertipu’ dengan sterol, maka kolesterol sebenar kurang diserap ke dalam darah. Kita panggil ni “competitive inhibition”. Umpama dua orang nak masuk rumah, sorang pakai kunci betul, sorang pakai kunci fake. Kunci fake masuk dulu. Yang betul tak dapat masuk. So logiknya, bila lebih banyak sterol tumbuhan masuk ke dalam darah, berkuranganlah kolesterol yang badan boleh serap.

"Kalau sterol boleh didapatkan dari buah-buahan ni, kenapa tak makan buah je? Kenapa kena makan Nutrijuice?"

Eh boleh je kalau kau nak makan buah. Takde siapa halang. Tapi aku nak bagitau realitinya. Ini aku bagitau based on sains ya, bukan buat-buat cerita.

Nak turunkan kolesterol secara signifikan, badan perlukan around 2 gram sterol sehari. Nak dapatkan 2 gram ni, kau kena makan lebih kurang:

55 biji epal, atau
30 biji delima, atau
500 g habbatussauda, atau
sebesen kurma dan saffron

Muntah belahak nak makan semua ni sehari. Because in reality, kita takkan makan sebanyak tu everyday. Maka sebab itu kita produce Nutrijuice. Kita dah susun semua bahan-bahan ni dengan formula yang fokus dan padat, so that badan dapat dos sterol yang konsisten everyday. Tak payah makan berpuluh biji buah. Jimat masa, tenaga, dan duit. 

Kalau kau makan berpuluh biji buah untuk dapatkan 2 gram sterol, silap-silap blood sugar kau yang naik sebab terlampau banyak fructose masuk dalam badan. Nutrijuice ni kita ekstrak sterol dari buah, masuk dalam botol. Tanpa tambahan gula, pewarna atau perisa tiruan. Gula yang ada pun dari buah, yang tak sampai 1 gram.

Dalam Nutrijuice juga ada extract polifenol, flavonoid, crocin (dari saffron) dan vitamin C (dari lemon). Ini semua antioksidan. Antioksidan ni macam bodyguard sel, yang prevent kolesterol jahat daripada teroksida. Kolesterol yang teroksida ni lah yang bahaya, sebab dia senang melekat kat salur darah dan menjadi plak. Bila banyak antioksidan dalam darah, risiko pembentukan plak berkurang, dan salur darah kekal bersih.

Lagi satu, kalau makan epal 10 biji everyday, belum tentu kita dapat pectin yang mencukupi. Dalam Nutrijuice kita ectract pectin dari epal supaya kandungannya optimum. Pectin akan serap kolesterol dan asid hempedu dalam usus, lalu dibuang keluar bersama najis. Bila asid hempedu hilang, hati kena guna kolesterol dalam darah untuk hasilkan asid hempedu baru. So kolesterol dalam darah pun makin berkurang.

Satu lagi perkara yang mungkin ramai tak tahu, bila blood sugar tak stabil, badan akan simpan lebihan gula menjadi lemak, termasuklah lemak dalam darah. Tujuan kita guna stevia dalam Nutrijuice supaya tak menaikkan gula darah. Jadi, tak membebankan pankreas dan insulin. Bila blood sugar stabil, badan tak paksa simpan tenaga sebagai lemak. Indirectly bantu turunkan kolesterol juga.

Dalam tempoh 8–12 minggu, kalau ambil Nutrijuice secara konsisten, sambil jaga makan, kesan pertama yang kau boleh nampak adalah:

• Kolesterol mula turun
• Kolesterol LDL makin turun
• Rasa lebih bertenaga (sebab salur darah tak tersumbat)
• Blood pressure lebih baik
• Penghadaman lebih lancar (lebih lawas ke tandas)

Kau jangan expect, after 8-12 weeks kolesterol dah normal. Sebab kena tengok kolesterol semasa juga. Kalau now kolesterol kau 7.0, ditambah dengan kau masih makana hari-hari, takkanlah dia turun mendadak ke paras normal. Tetapi, aku guarantee dia akan menurun dalam tempoh tu. 

Untuk promo Gempak 7-7 hari ini, Nutrijuice tak tersenarai dalam free gift item. Tapi kalau kau pengguna Nutrijuice, belilah Nutrijuice 3 botol, and pilih free gift GC Plus. Sebab gabungan kedua-dua ni boleh reduce lemak dalam badan and stabilize blood sugar.


2025-07-10

Makin dimudahkan cara untuk mintak kerja, makin AMBIL MUDAH pulak jadinya.

Nampak orang share screenshot whatsapp ni kat FB. Gelak je lah aku baca. Perasan tak makin ramai perangai dak-dak muda yang nak cari kerja, dengan cara ini. Makin dimudahkan cara untuk mintak kerja, makin AMBIL MUDAH pulak jadinya. 

Dulu, nak mohon kerja, kena hantar CV and resume kat email. Berbuih-buih cikgu BM ajar cara menulis surat rasmi. Masa ni lah apply dengan betul. Dah hantar email, call maklumkan email dah dihantar, minta tolong check kalau dah terima. Itu caranya orang yang bersungguh nak bekerja.

Now bila ada whatsapp sistem, dimudahkan untuk send resume ke whatsapp. Tapi resume pun macam taik. Cover letter takde, resume hauk. Ni ada pulak jenis yang mintak kerja macam nak beli makanan kat pasar malam. Ada yang bila dipanggil datang interview, melenggang bawak henbeg saja. Bila ditanya mana resume? Dia cakap "Kan dah whatsapp hari tu?" 

Ha'ah, memang dalam opis ni ada tukang print resume kau. Dia boleh melenggang datang interview dengan henbeg. Kau rasa?? 

Ini interview kerja, ya. Bukan open house raya. 

Bila ditanya kenapa berhenti kerja sebelum ni, jawabnya:

“Bos garang”

“Kerja banyak sangat tak setimpal gaji”

“Environment tak best”


Semua salah tempat lama. Tapi bila kita tanya apa sumbangan awak kat tempat lama tu, terus blur. Pastu tersipu-sipu bajet comel. Sebab tak tahu nak jawab apa. Why? Sebab kau sendiri tak memberi impak dalam company tu.

Ni bukan satu dua kes. Dah makin ramai. Kita majikan pun letih sebenarnya. Kita ni nak sangat bagi peluang, especially dekat budak-budak muda. Tapi bila yang datang tak bersedia, tak ada effort nak impress kita, takkan kita nak ambil pekerja semata-mata nak jaga hati? 

This thing has become the norm. Budaya 'asal boleh' is spreading more and more. Takde rasa malu datang kerja lambat, takde rasa tanggungjawab bila buat silap, takde rasa nak usaha lebih. Bila ditegur, kita ditanya toksik. Kena tekan sikit, terus quit. Pastu cerita tempat kerja tak ada work-life balance.

Hakikatnya, bila kita biasakan diri ambil mudah, kita bukan rosakkan peluang kita sendiri tapi rosakkan reputasi generasi. Seriously cakap, aku sendiri takut nak ambil generasi now bekerja. Yang betul-betul dedikasi ni tak ramai. Rare. Nowadays I tell you, most majikan bila dengar “budak sekarang”, rasa nak reject terus. Padahal bukan semua macam tu. Tapi sebab yang malas ni lebih lantang dan lebih ramai, yang elok pun terpalit sama.

Kalau betul nak kerja, tunjuklah effort. Jangan datang melenggang. Tunjuk kita serius. Jangan harap dihargai kalau attitude pun tak ada harga. Tu belum yang bila ditanya sikit pasal company pun tak tahu.

"Kerja apa ye sini?"

Kau dah duduk depan meja interview kot, baru nak tanya? Kau yang nak kerja sini, tapi tak buat homework langsung pasal tempat yang dimohon. Kalau diri sendiri tak bersungguh nak dapatkan kerja, macam mana majikan nak yakin kau akan bersungguh buat kerja nanti?

Kita ni dulu beria cari tahu asal company yang kita nak datang interview. Semak apa pengalaman yang kita ada yang boleh 'dijual' depan interviewer nanti. Seboleh mungkin nak cari kelebihan kita untuk 'diflexkan' time interview. Sebab kita betul-betul nak kerja. Tapi KEBANYAKAN budak-budak sekarang hanya nak kerja apa yang dorang tahu saja. Tak nak belajar benda baru, let alone buat benda yang dorang tak familiar.

Ni bukan nak berlagak, tapi sekadar nak bercerita pengalaman sendiri. 

Tahun 2002, sijil yang aku ada adalah Biotech and Food Science. Aku apply kerja as Medical Underwriter di Prudential yang mahukan graduate Medicine, Biomedic or any related Biology graduate. Kalau ikutkan, aku takde kelayakan pun tapi sebab aku pegang pada "biology-related", maka aku apply. 

Masa tu aku tahu, their preference mestilah medic and biomedic. Kalau tak, dia takkan highlite specific certificate, ye tak? Aku dapat panggilan interview. Terus prepare. Nak prepare apa? Kat rumah internet pun takde. Henfon pun aku takde masa ni. Apa yang nak di-preparekan?

Aku prepare cara menjawab dengan konfiden. 

Everyday aku practice self-introduction because first impression is important. Aku practice possible question yang dorang bakal tanya pasal company. En Wan masa ni dah jadi client Prudential, jadi dia banyak explain kat aku pasal medical card dan pasal insurans.

3-stage interview, aku lulus. Disebabkan aku bukan background bio-medic, aku beli buku Merck Manual Medical Information. Everyday baca buku tu and fahamkan jenis-jenis penyakit. Orang lain tak baca buku tu hari-hari, aku punya kulit buku tu dah naik lunyai sebab everyday mentelaah. Sebab aku tahu, aku tak setanding orang lain yang ada background bio-medic, jadi aku kena usaha lebih. 

Budak-budak now? Tak nak buat lebih. Nak kerja senang. Nak buat kerja yang ada kena-mengena dengan teori yang dia belajar dalam kelas saja. Nak kerja yang tak stress. Tak nak tambah ilmu. Tak nak buat benda baru. Dia rasa bila dah grad tu dah tahu semua. Dah pandai. Perasan!

Kita ni bila kerja, kalau boleh nak ada growth, nak create impact, nak contribute sesuatu yang significant. Bila diberi job scope, bukan bermaksud kalau comply dengan semua job scope tu kita dah cemerlang. Tak, sayang. Bukan macam tu. Job scope tu adalah MINIMUM REQUIREMENT yang kita kena buat.

Kalau job scope kata kena buat marketing material, it can be sekadar poster biasa yang cukup syarat, yang asal ada, asal siap. Tapi kalau betul-betul nak grow, kita akan fikir beyond that. Kita akan tanya, “Macam mana nak hasilkan material yang bukan je cantik, tapi mampu tarik perhatian dan convert jadi sale?” Kita akan kaji data, explore trend, test design, improve copywriting, sebab kita tahu kita bukan buat untuk cukup syarat, tapi untuk bagi hasil.

Kalau job scope kita adalah marketing and creative operation, it can be sekadar siapkan poster, update media sosial, atau susun kempen. Tapi kalau kita nak lebih dari sekadar “buat kerja”, kita akan fikir lebih jauh. Macam mana nak bagi kempen tu betul-betul impactful, macam mana nak naikkan engagement, macam mana nak bantu team sales close lebih banyak deal melalui material yang kita hasilkan. Kita kaji insights, faham target audience, test pendekatan baru, dan cari cara untuk improve dari satu kempen ke kempen yang lain. Bukan sekadar tunggu arahan dan buat, tapi buat dengan rasa ownership. Kalau kita sendiri tak challenge diri untuk perform beyond job scope, macam mana nak grow?

Excellence bukan datang dari ikut arahan semata. Excellence datang bila kita take ownership, buat dengan niat nak bagi nilai tambah, bukan cukup syarat. Compliance dengan job scope tu hanya baseline. Nak cemerlang? Kena ada inisiatif, kreativiti, dan mindset untuk sentiasa tambah nilai. Faham?

Aku suka staff datang kat aku "Kak, apa kata bulan ni kita buat macam ni...." - ini baru namanya buat lebih dari sekadar datang punch card. Setakat hadir ke tempat kerja, tunggu arahan baru nak buat, tak payah ada degree pun boleh buat. Sebab takde inisiatif. Tunggu arahan bos je hari-hari.

Aku nak cari intern pun pikir 10 kali sekarang. Sebab terlampau ramai intern yang datang untuk bersuka-suka, daripada yang nak belajar. Masih ramai yang ingat internship ni "kerja part time". Dorang nak treatment sama macam pekerja lain. Nak je aku herdik muka sorang-sorang "Hoih! Kau tu student, bukan pekerja. Datang sini belajar. Tak boleh monteng!" Tapi takleh. Sentap. Dia yang salah, dia yang sentap.

Tu belum lagi kalau mintak buat benda lain. Perasan macam course yang dia ambil tu gempak sangat sampai tak selayaknya buat kerja-kerja clerical. Mintak maaf aku cakap. Jenis ni esok dah kerja, TAKKAN KE MANA! 

Aku dah tengok macam-macam perangai. Jenis yang entitle macamkan course dia tu heybatttt sangat, selalunya paling hauk sekali kerjanya dan attitude-nya. Jenis yang willing to buat lebih dan ada inisiatif sendiri, ini yang akan pergi jauh dan cepat. Dari zaman aku makan gaji sampailah menjadi majikan, aku always witness orang yang ada effort lebih, mahu belajar dan ada inisiatif sendiri memang cepat naik.

Yes, sebab tu aku cakap majikan yang bagus adalah majikan yang "not a nice guy". Jadi majikan tak boleh nice tak bertempat sebab some pekerja jenis pijak kepala bila majikan terlalu bertolak ansur. Bila majikan terlalu lembut, semua benda nak disuap, kerja cincai, attitude teruk tapi tetap expect dipuji dan diberi peluang lebih dari orang lain - kau dah macam membela sorang lagi anak yang nak ditatang-tatang tapi tak boleh dimarah.

Majikan yang tegas, yang tak layan alasan, yang push pekerja untuk perform - itu yang sebenarnya yang sayangkan pekerja. Sebab dia nak orang dalam team tu grow, bukan statik dengan mentaliti asal boleh. Jadi “not a nice guy” bukan kejam, tapi sebab nak jaga standard dan integrity kerja. Kalau semua benda nak jaga hati sampai tak boleh ditegur, itu bukan leadership. Itu babysitting.

Bagi aku lah, kalau parents nak manjakan anak kat rumah, itu hal dorang. Kalau cikgu nak manjakan anak murid, let them. Kalau lecturers nak belai-belai student, that's your call. Tapi kalau kau masuk company aku, kau kena ikut cara aku kerja. Benda pertama sekali, cara kau apply kerja tu biar beradap. Kemudahan yang diberi (boleh apply kerja thru whatsapp) kena diseiringkan dengan attitude dan adab. Kalau tak, akan lahirlah generasi yang anggap kerja tu macam benda main-main. Sukatilah kau nak cakap "kereknya company tu", at least aku tak perlu hadap attitude macam ni tiap-tiap hari. Senang, dari awal lagi reject.

Hari ni ramai majikan pening sebab budak-budak baru kerja dua minggu dah demand nak cuti. Baru training seminggu dah tanya boleh tak kerja dari rumah. Entah siapa yang tanam idea kerja tu tak perlu susah, tak perlu stress ntah.

Bila kita kerja, kita dibayar sebab tenaga dan masa kita tu bernilai. Bukan sebab kita "cuba-cuba". Dan majikan bukan job trainer yang gajikan kita untuk datang belajar suka-suka. Majikan hari ni bukan cari staff yang tahu semuanya. Tapi yang kami nak ialah orang yang boleh diajar, boleh ditegur, boleh berdikari. Sebab attitude yang baik boleh kalahkan sijil kau yang konon-konon gempak tu. Tapi attitude yang teruk, walau pointer 4.0 pun, tetap menyusahkan.


2025-07-09

GreenAard: Kenapa orang yang ada pre-diabetes / insulin resistance / pcos selalu struggle dengan gula naik-turun, craving & cepat penat lepas makan?

Ni ada yang tanya kenapa orang diabetis selalu letih lepas makan?

Good question.

Sepatutnya lepas makan kita lebih bertenaga, kan? Tapi untuk yang yang ada masalah pre-diabetis, diabetis, insulin resistance, dan PCOS - ini adalah antara golongan yang cepat letih dan mudah mengantuk selepas makan. Kalau nak tahu if korang dah ada tanda-tanda nak dapat diabetis, adalah melalui cara ini. Lepas makan je letih, lepas makan je mengantuk - itu tanda-tanda insulin resistance.

Bila kita makan, especially makanan berkarbohidrat macam nasi, roti, kek, air manis - gula dalam darah naik. Serentak dengan tu badan keluarkan hormon insulin untuk tolong bukak pintu sel supaya gula dapat masuk ke dalam sel. Dalam sel nanti gula akan ditukar menjadi tenaga. Tapi untuk yang ada insulin resistance, insulin tu dah tak berkesan. Macam bagi kunci kat pintu, tapi pintu tak nak bukak. Gula tak boleh masuk sel, jadi dia berlegar dalam darah.

Walaupun dalam darah ada banyak gula, sebab gula tak boleh masuk sel, maka sel tak cukup tenaga. So otak pun bagi signal “Aku penatlah” dan “Aku nak makan lagi” dan "Aku craving benda manis!” - padahal gula dah tinggi dalam darah, tapi badan still rasa letih, lapar and craving. Why? Sebab sel-sel kita lapar tenaga.

Ramai yang salah faham, ingat orang craving tu sebab nafsu makan kuat. Kadang-kadang itu signal dari badan yang tengah struggle regulate gula. Bila gula tak stabil dan naik mendadak lepas makan (sebab makan karbohidrat tinggi), insulin akan dipump dengan banyak untuk turunkan gula. Sometimes terlebih pump akhirnya gula jatuh terlalu rendah pulak (hypoglycemia). Hasilnya? Badan menggeletar, kepala sakit, tiba-tiba lapar balik dan mulalah cari benda-benda manis.

Ini antara punca kenapa orang mengantuk lepas makan nasi lemak, especially kalau ada masalah insulin resistance atau pre-diabetes. Macam aku cakap dulu, diabetis ni dah bermula dalam badan lamaaaaaa sebelum simptom keluar. Antara tanda-tandanya inilah. Asal makan nasi lemak je, mengantuk. Food coma katanya.

Logiknya begini.

Nasi putih = karbohidrat. Bila makan nasi lemak, especially portion besar, gula darah naik mendadak. Bila gula naik, badan keluarkan insulin untuk turunkan gula tu. Tapi dalam kes insulin resistance, insulin terpaksa keluar dengan lebih banyak dari biasa sebab sel tak respon dengan baik. 

Bila insulin terlalu banyak atau sel lambat respon, gula boleh jatuh terlalu rendah. Maka terjadilah hypoglycemia. Bila hypoglycemia berlaku, badan mula tunjuk tanda-tanda mengantuk, letih, rasa macam "lembik" lepas makan dan kadang-kadang nak marah pun ada (mood swing sebab gula drop).

Salah satu respon badan bila gula drop ialah, badan slowkan semua aktiviti, termasuk otak. Sebab tenaga tak cukup sampai ke sel, especially otak. Otak jadi macam “Eh, low battery. Jom tidur kejap". So bila ada orang kata, “asal makan nasi je rasa nak tidur”, itu mungkin signal awal insulin resistance. Tapi ramai tak sedar, dan anggap itu normal.

Siapa sini ada PCOS? Besar kemungkinan ada insulin resistance juga. Sebab insulin yang tinggi lama-lama akan ganggu hormon lain. Period jadi tak teratur, jerawat mudah naik, berat susah turun, dan craving & energy crash akan jadi rutin. 

Insulin yang tinggi boleh ganggu hormon reproduktif, especially hormon ovulasi. Bila ovulasi terganggu, period jadi kucar-kacir. Ramai ingat insulin cuma kawal gula darah. Tapi sebenarnya insulin ada kesan pada hormon lain dalam badan, termasuk estrogen, progesteron dan testosterone. Bila badan ada insulin resistance, pankreas akan hasilkan insulin lebih banyak dari biasa. 

Insulin yang tinggi ni boleh stimulate ovari produce more androgen (hormon lelaki). Ini akan ganggu proses matang dan pecahnya telur (ovulasi). Bila tak ovulasi maka tak datang period atau period jadi tak teratur. Sebab tu perempuan yang ada PCOS selalunya period tak regular, atau jerawat mudah tumbuh, atau bulu tumbuh berlebihan pada badan, atau susah nak pregnant. All of this is caused by hormonal imbalance, and insulin resistance plays a big role.

Kalau everytime lepas makan (especially nasi) you struggle with craving, letih, atau cepat lapar semula, itu bukan sebab you malas. Sometimes, your bodies are asking for help.

GreenAard takde ubat untuk semua penyakit tadi - diabetis mahupun PCOS. Tapi we can help dari sudut lain. Contohnya, kita ada Herba Rahsia Rimba untuk women internal health. Siapa ada masalah period tak teratur, keputihan, senggugut atau simptom menopause - boleh ambil ini.

Kalau nak tolong stabilkan gula darah supaya jangan spike sangat bila makan karbohidrat, boleh ambil Maaltyd. Bila ambil Maaltyd sebelum makan, at least gula akan dilepaskan beransur-ansur. Dia tak naik mendadak. Supaya tidaklah merasa nak makan lagi dan lagi. Sebab itu kita kata Maaltyd boleh melambatkan rasa lapar dan memanjangkan rasa kenyang. Ini kerana fiber dalam Maaltyd helps to slow releasekan sugar. Dengan cara tak lansung, bila gula dilepaskan perlahan-lahan, insulin tak dibebaskan dengan banyak. 

Insulin bukan sekadar turunkan gula, tapi juga simpan gula berlebihan dalam bentuk lemak. Jadi bila kita makan karbohidrat tanpa kawalan, gula darah naik mendadak. Insulin naik tinggi dan badan simpan lebihan tu menjadi lemak terutamanya kat perut dan peha. Dan bila proses ni berulang setiap hari, lama-lama jadi susah nak turun berat, walaupun portion makan tak besar sangat.

Harap penjelasan ni clear.

2025-07-08

GreenAard: Tak ada sebarang produk, be it suplemen atau krim yang boleh tegangkan breast

Ok, ini penjelasan dalam bentuk tulisan pula supaya aku boleh explain lebih panjang dan korang lebih faham. Ini tentang Gloei boleh tegangkan breast atau tak.

Jawapan pendek: TIDAK.

Tak ada sebarang produk, be it suplemen atau krim yang boleh tegangkan breast apatah lagi menegakkan breast sama macam zaman anak dara. Ini fakta. This is SCIENCE.

Our breast bukan otot. Dalam breast ada tisu lemak, tisu kelenjar (untuk produce susu) dan tisu penghubung (ligamen Cooper). Ligamen Cooper ni yang sokong bentuk breast. 

Bila umur makin meningkat, ligamen Cooper meregang dan buatkan kulit sekitar breast kurang anjal. Maka, payudara jadi kendur. The sad news is, Ligamen Cooper TIDAK boleh ditegangkan semula. Bila komponen yang menegangkan breast tak boleh diperbaiki semula, so mana datang claim yang kata produknya boleh menegangkan breast? Memang takkanlah.

Ligamen Cooper bukan otot. Bukan kulit. Ia adalah sejenis tisu kolagen & elastin yang sokong tisu lemak dan kelenjar dalam breast. Kalau kita menyusukan anak (susu badan), atau badan turun mendadak, atau tak pakai good bra, atau banyak buat aktiviti without wearing good bra, ligamen ini boleh meregang dan rosak dan tak boleh kembali seperti asal.

The question now, wujud ke krim atau suplemen yang boleh angkat semula breast?

TAK ADA. Krim tak boleh menembusi jauh sampai ke tisu penghubung atau ligamen. Jangankan kata krim breast, krim muka sekalipun kalau claim ada kolagen di dalamnya, TAK AKAN boleH tembus kulit jauh sampai ke dalam sebab molekul kolagen is too big untuk skin. Kebanyakannya hanya bagi temporary effect macam melembapkan kulit sekitar breast. 

Some krim bagi rasa firm sekejap lepas sapu sebab ada bahan yang bagi sensasi tegang. Kulit nampak lebih licin dan sihat sebab krim melembutkan dan mencantikkan kulit breast, tapi penegangan breast tak berlaku.

No krim atau pun Gloei boleh reverse kerosakan ligamen atau naikkan semula kedudukan breast yang dah kendur. Nak angkat balik breast perlukan surgerry macam breast lift.

Kalau korang baca apa aku tulis tadi, perasan tak aku cakap "Ligamen Cooper adalah sejenis tisu kolagen & elastin...?"

Mesti ada yang nak tanya "Maknanya kalau makan Gloei, bolehlah perbaiki Ligamen Cooper ni sebab Gloei ransang badan hasilkan kolagen?"

Secara teori dan sains, ya boleh, tapi tak 100% pulih like asal especially kalau tisunya dah rosak teruk. 

Bila makan Gloei, badan akan hasilkan kolagennya sendiri. Ini boleh increase kekuatan dan ketahanan Ligamen Cooper. However, Ligamen Cooper yang dah regang atau rosak sepenuhnya dah susah nak direpair 100%. Umpama getah spender yang dah longgar sebab perut kau buncit. Getah tu meregang terlalu lama, ia takkan kembali ke bentuk asal.

Tapi kita boleh kuatkan struktur sedia ada. Bahan-bahan dalam Gloei ransang badan hasilkan kolagen. Tidak ada sebarang kolagen haiwan dalam Gloei. Semuanya dengan bantuan bahan aktif dari tumbuhan yang kita dah kenal pasti boleh stimulate badan hasilkan kolagen. Gloei takkan boleh treat Ligamen Cooper tapi boleh increase kelembapan kulit sekitar breast, and help kulit di kawasan tu nampak lebih plump.

Nak ambil Gloei untuk breast, boleh. Tapi dengan expectation yang realistik. Guna Gloei dengan konsisten so that kulit breast nampak lebih plump & licin. Bila kolagen bertambah dalam badan, somehow boleh kurangkan sagging ringan especially kalau kendur masih baru dan tak teruk. Tapi Gloei tetap:

Tak boleh tarik ligamen yang dah longgar
Tak boleh naikkan payudara yang dah turun


Jangan tertipu dengan mana-mana produk be it suplemen atau krim yang claim boleh angkat & tegangkan breast. That's just an illusion, not reality. 

Kepada yang ambil Gloei, kalau nak hasil jangka panjang, kena gabungkan dengan good bra and good body posture. Berat badan kena jaga. Jangan turun naik kerap sangat. Selalunya, breast mudah kendur bagi yang kerap bersalin sebab turun naik berat badan sepanjang mengandung. That's normal. Takleh nak buat apa. Tapi kalau kulit sekitar breast tu cantik, tebal dan sihat, insyallah boleh kemaskan bentuk breast tu in the long run. You can try Gloei kalau nak, dan guna dengan konsisten.

Harap explanation ni membantu. Last Day today untuk grab free half bottle Gloei dengan pembelian any produk GreenAard berjumlah RM180.