2025-07-15

GreenAard: “Kak, takde ke sample Gloei? Nak try dulu tengok serasi ke tak”

Ok ini susulan dari video aku di IG and IGS tadi. Video takleh cerita panjang, penat. Menulis panjang-panjang takpe.

Tentang yang minta GreenAard keluarkan sample/trial pack untuk Gloei. Sebenarnya kita dah pernah keluarkan sample Gloei dulu, tahun 2018-2019. Sepaket ada 7 sachet. Kita keluarkan dalam 3-4 bulan saja. 

Yang ini kita keluarkan sebab tak nak orang terkejut dengan price Gloei. Masa tu produk GreenAard yang paling mahal is Gloei. Biasalah kalau tiba-tiba produk tu paling mahal antara yang lain, people tend to assume macam-macam. Dahlah takde kolagen pulak tu. Menjadi ke produk ni? Mahal takut tak menjadi. Maka kita keluarkan trial pack untuk bagi orang test keserasian dulu.

Ramai tak tahu, Gloei ni bukan produk kolagen biasa, sebab TAK ADA KOLAGEN di dalamnya. Kebanyakan produk untuk glowing skin ada kolagen. Biasanya ada kolagen haiwan. Minum hari-hari dengan harapan kolagen tu serap dan terus beri kesan kat kulit. Tapi Gloei bukan macam tu. Gloei takde langsung kolagen haiwan. 

Instead, Gloei stimulate badan untuk hasilkan kolagen sendiri secara semula jadi. In other words, Gloei doesn’t deliver instant results. Gloei helps our body untuk repair dari dalam secara berperingkat. Maka sebab itulah tak logik kalau orang nak cuba Gloei 3-4 hari, seminggu, atau 10 hari untuk tengok kesan.

Analoginya macam ni. Bayangkan kulit kita ni macam simen yang dah merekah. Kalau kita sapu air kat atas simen tu, nampak macam moist, berkilat. Tapi dalam masa 10 minit, dia kering balik, rekahan tetap ada. Kalau nak betulkan rekahan tu, kena isi simen baru, ratakan balik, bagi keras, polish, baru nampak licin. Macam tu lah Gloei. Not just giving the illusion of glowing skin, but actually nourishing it from within.

Kalau nak tahu tentang bahan-bahan yang kita guna dalam Gloei, boleh ke www.greenaard.com. Memang takde table sugar (sucrose) dan takde kolagen haiwan. Dari awal produce, masa aku propose formula ni kat kilang, food technologist dia tanya "Tak nak letak kolagen sikit ke?"

Tak nak.

Memang sengaja aku tak nak letak sebab aku tahu bahan aktif yang aku pilih boleh stimulate kolagen dalam badan sendiri. Actually badan kita memang boleh produce kolagen sepanjang hayat cuma makin meningkat usia, penghasilan kolagen jadi perlahan. Tambah pula dengan faktor macam stress, UV, food intake - semua ni buatkan kolagen rosak lebih cepat dari badan sempat ganti. Sebab tu aku pilih bahan yang boleh aktifkan semula sistem dalam badan untuk hasil yang lebih natural dan tahan lama. Bila kita rangsang badan hasilkan kolagen sendiri, dia lebih konsisten dan tak bergantung pada produk semata-mata.

Prinsip aku mudah. Kita bantu badan buat kerja dia sendiri. Tapi semua ni bukan proses yang boleh berlaku dalam masa seminggu dua. Kalau kulit kau asalnya tak ada masalah besar, mungkin akan mula nampak perubahan dalam 3-4 minggu. Itu pun hasil paling basic macam kulit rasa lebih lembap, jerawat kurang naik, atau kulit tak kering sangat. Kalau kulit kau memang bermasalah, macam banyak parut jerawat, kusam bertahun-tahun, tekstur kasar and berminyak tak tentu hala…maka kena bagi at least 3-4 bulan to see significant changes.

Tapi masalah orang sekarang adalah, TAK SABAR. Baru try seminggu, dah check cermin hari-hari.

“Kenapa tak glowing lagi ni?”

“Parut jerawat tak hilang pun!”

“Kulit kusam je lagi…”


Kulit kau dah teruk bertahun-tahun, pastu nak clean and clear dalam masa 10 hari? Kulit kita bukan boleh tukar macam tukar filter kat TikTok tu. Masalah kulit kau ambil masa bertahun nak timbul dek hormon, lifestyle, makanan, kurang tidur, stress….semua tu contribute. But when it comes to recovery, semua nak cepat.

Healing takes time, ya. Bila kau mula ambil Gloei, badan start repair dari dalam. Kolagen baru akan mula dirangsang. Sel baru akan mula regenerate. Ini tak berlaku overnight. Kalau seminggu dua belum nampak perubahan ketara, itu normal. Yang penting, konsisten. Sebab kulit yang cantik datang dari disiplin. Nak hasil luar biasa, usaha pun kena luar biasa. Sebab tu Green elakkan bagi sample. Sebab kalau kau try 5-10 hari, kau takkan puas hati. Nampak macam tak berkesan, padahal badan tu baru je nak respond. Akhirnya kau kata "Gloei ni scam je. Makan seminggu takde apa pun…”

Sedangkan logiknya, sistem tubuh perlukan masa. Macam ubat doktor pun kadang-kadang ambil masa seminggu dua untuk stabilize hormon atau darah tinggi. Ini pulak suplemen. Kesan dia lembut, tapi konsisten. Ini bukan shock therapy.

Nak trial pack 10 hari? Boleh. Insyallah kita akan usahakan. Tapi kalau lepas beberapa hari kau kata “Saya rasa takde beza…”… itu bukan salah produk. Itu salah expectation. Kita tak boleh ukur keberkesanan suplemen macam ukur ubat tahan sakit. Bukan makan pagi, malam terus lega. Gloei kerjanya membantu badan pulih perlahan-lahan dengan cara membagi support, bukan bagi shortcut.

Nak nampak beza? Tengok dalam 6 ke 8 minggu, itu pun dengan syarat kau kena konsisten. Kalau tak, tak kiralah kau makan suplemen apa pun hasilnya tetap perlahan. Semalam ada yang tanya kalau saya minum kopi everyday at the same makan Gloei, will it melambatkan proses skin glowing tu?

Jawapan, YA, BOLEH. Kopi is ok, tetapi kalau diambil berlebihan, boleh ganggu penyerapan nutrien. Sebab kafein ada kesan diuretik, maksudnya dia buat badan kau buang air lebih cepat. Jadi bila makan Gloei, dalam masa sama minum kopi banyak, nutrien tu mungkin belum sempat serap elok, dah dibuang. Tapi kalau tak boleh kurangkan kopi, please minum air banyak supaya balance dalam badan.

Nak trial pack? Boleh, tapi expectation kena logik dan betul. Gloei bukan untuk orang yang nak try-try. Ini untuk orang yang betul-betul faham kulit dia perlukan treatment dalaman. Kalau kau jenis penat tukar skincare atau dah cuba macam-macam tapi kulit tetap kusam atau dah tak percaya produk sapu-sapu atau nak repair kulit dari dalam….Gloei is for you.

“Kalau tak serasi macam mana?”

Well, apa maksud tak serasi tu sebenarnya? Kalau setakat lepas makan Gloei, jerawat naik sikit, atau badan rasa mengantuk, atau kulit rasa lain sikit tekstur dia - itu semua tanda badan tengah adjust. Bukan tak serasi. Sama macam kau start skincare baru. Kadang breakout sekejap sebab kulit tengah buang toksin. Gloei pun sama. Dia detox perlahan-lahan. Bukan semua orang akan lalui fasa ni, tapi kalau ada pun, itu petanda baik.

Kalau betul-betul nak treat skin, kena ada mindset jangka panjang. Sama macam jaga kesihatan dalaman. Nak repair hormon, nak turunkan berat badan, semua ni perlukan masa. Gloei bukan untuk semua orang. Gloei untuk yang sanggup konsisten, faham konsep ‘repair dari dalam’, tak harapkan kesan magik dalam 3 hari, dan nak kulit sihat, bukan sekadar glowing. Kalau kau termasuk dalam golongan ni, welcome to the world of Gloei. You will understand why many repeat every month 😊.