2025-07-17

GreenAard: Cleansing Gel sesuai ke tak untuk kulit berminyak?

Tadi siapa ya pagi-pagi tadi tanya aku kat DM Cleansing Gel sesuai ke tak untuk kulit berminyak?

Yes, sesuai.

Aku explain sebab apa sesuai. Sambil-sambil tu boleh masuk website GreenAard www.greenard.com. Klik pada Cleansing Gel, kat situ ada senarai bahan-bahan yang kita guna berserta fungsinya sekali.

Bahan-bahan dalam Cleansing Gel semuanya dari plant. 

BEBAS SLS. 
TAKDE PARABEN. 
TAKDE PEWANGI TIRUAN. 

Tiga perkara ni sangat penting untuk dipangkah dari list kalau korang ada kulit berminyak yang sensitif atau senang breakout. Sebab kulit berminyak perlukan cleanser yang tak terlalu kuat. Supaya tak strip minyak terus. 

Ok macam ni. Kulit kita secara semula jadi hasilkan minyak (sebum). Tujuannya untuk protect the skin dan melembapkan, serta jaga pH balance pada kulit. Walaupun excess oil boleh sumbat pori-pori, a little bit of oil is still needed to maintain healthy skin barrier. Kalau guna face cleanser yang ada strong ingredient like SLS (sodium lauryl sulfate), kulit akan jadi terlalu bersih dan ketat. Memanglah bersih, tapi minyak semula jadi pada muka pun hilang sekali.

Kulit kita ada sistem pertahanannya sendiri. Bila muka terlampau kering, kulit akan keluarkan lebih banyak minyak untuk replace minyak yang hilang. Akibatnya, kulit jadi makin berminyak. Imagine kulit macam sponge basah. Kalau sponge tu kau perah kuat sangat, air keluar dengan banyak, lama-lama sponge tu jadi keras dan kering. Tapi kalau picit/perah perlahan, air yang keluar cukup-cukup untuk basuh, jadi sponge kekal lembut dan tahan lama. Boleh faham analogi ni?

Jadi, untuk orang yang ada masalah kulit berminyak, you all perlukan cleanser yang lembut. Our Cleansing Gel tak pakai SLS. Kita pakai SLeS yang lebih lembut. Cleansing function our Cleansing Gel tak harsh, tapi cukup efektif untuk buang lebihan minyak pada kulit without rosakkan skin barrier.

Ramai orang salah faham. Dorang ingatkan kalau oily skin mesti pakai cleanser yang banyak buih so that muka jadi kurang berminyak. Padahal bila pakai cleanser yang banyak buih (yang biasanya ada SLS), kulit jadi makin kering. Bila kering, kulit jadi panik dan produce lebih banyak minyak. Cleansing Gel GreenAard kurang buih, tapi sangat efektif bersihkan kulit. This is important for oily skin sebab kulit jenis ni senang nak overreact.

Sebenarnya, not only for oily skin-lah. Cleansing Gel ni kita produce khusus untuk kulit bermasalah. Basically kulit berminyak, kulit kering, kulit sensitif, ekzema, acne yang teruk - insyallah boleh. Kita ada feedback pengguna. Nanti aku share gambar. 

Formulasi Cleansing Gel sangat gentle dan pH-balanced, lebih kurang pH kulit kita sendiri (around pH 5.5). Bila pH cleanser seimbang dengan kulit, dia tak ganggu lapisan skin barrier.

Dulu pernah ada orang tanya "Kalau muka berminyak pakai Cleansing Gel, kalau muka kering pun boleh pakai ini juga?"

Ya. Nampak macam kat mana logiknya muka berminyak dengan muka kering boleh pakai satu produk yang sama, kan?

Macam ni. Kulit kering needs cleanser yang tak mengeringkan. Kulit oily needs cleanser yang tak buat kulit rasa tegang. Kulit sensitif pula needs cleanser without bahan-bahan keras macam alkohol, SLS atau pewangi sintetik. Semua ni Cleansing Gel boleh help. Sebab jawapannya terletak pada formulasi yang seimbang dan lembut, bukan pada jenis kulit semata-mata. Macam air suam. Orang yang suka sejuk pun selesa, orang yang suka panas pun suka. Macam tu lah formula Cleansing Gel.

Fungsi utama pencuci muka bukan nak ubah kulit kita, tapi nak buang minyak berlebihan, buang kotor dan prepare kulit untuk skincare. All of this is possible if the cleanser is pH-balanced, bebas bahan keras, dan lembut untuk semua jenis kulit. That's why Cleansing Gel boleh digunakan oleh kulit kering, berminyak dan sensitif.

Kalau kau ada jerawat yang aktif, boleh sangat nak pakai Cleansing Gel ni. Sebab dalam ni takde bahan comedogenic (bahan yang sumbatkan pori), jadi takkan menambahkan jerawat baru. In fact, because it's not harsh, kulit yang tengah breakout tak akan rasa pedih atau makin kering bila cuci muka. Bila kulit tak stress, proses healing kulit akan berlaku lebih cepat. So kalau ada jerawat aktif, gunakan je. No problem. Tak caya tengok gambar ni:

Dari acne yang heavy dan aktif, slowly his skin got better. Tapi idok la pakai hari ni, 3 hari kulit dah cantik. Agak-agak lah. Tengok keadaan skin dia sekarang macamana. Semuanya perlukan proses. Yang penting, konsisten.

Semalam aku ada mention dalam video yang our Cleansing Gel tak banyak buih. Bukan takde buih. Ada, tapi sangat minimal. And that's not a weakness. Tat's an advantage. 

Kita dibesarkan dengan mindset “Kalau pencuci muka tak berbuih, maknanya tak bersih”. Sebab dari dulu lagi dalam mana-mana iklan face cleanser, dia punya buih selambak. Tapi hakikatnya, buih tak membersihkan. Air dan surfactant yang bersihkan. Buih tu lebih kepada kesan psikologi. 

Kita rasa "Eh bestnya banyak buih", padahal yang banyak buih tu biasanya datang daripada SLS. SLS memang bersihkan, tapi dia terlampau kuat. Memang dia efektif buang kotor, tapi dia strip minyak muka sekali. Cleansing Gel GreenAard tak guna SLS, sebab tu buih dia sikit. Tapi tetap mantap membersihkan. Bezanya, dia tak rosakkan skin barrier.

Lepas pakai Clenasing Gel muka rasa lembut sebab dalam ni ada bahan pelembap macam aloe vera, glycerin, dan plant-based extracts yang memang berfungsi untuk maintain skin moisture walaupun selepas cuci. Ibarat kita siram pokok. Air takkan buat pokok layu. Tapi kalau siram pokok dengan air sabun yang kuat, pokok boleh mati. Kulit kita pun macam tu. Jadi bila lepas cuci muka kulit rasa lembut dan tak tegang, itu tandanya kulit masih cukup lembap dan itu salah satu ciri good cleanser.

Boleh ke guna Cleansing Gel ni untuk remove makeup?

Ini soalan yang biasa GreenAard dapat.

Kalau kau pakai mekap tebal complete dengan foundation dan segala mak nenek waterproof, better pakai makeup remover. Sebab aku dah try pakai Cleansing Gel on heavy makeup, kurang jalan. Memang nak kena pakai makeup remover baru puas. Tapi kalau sekadar sunscreen, light powder, bolehlah. Tapi aku tetap prefer remove apa juga jenis mekap di muka dengan makeup remover.

Kalau kau pakai our makeup remover, no need second cleanse lagi. Our makeup remover dah cukup membersihkan. Tapi kalau kau pakai makeup remover yang oil-based, memang wajib second cleanse. Dulu masa aku pakai makeup remover Shu Uemura, bersih memang bersih tapi kena double cleanse sebab berminyak. So Cleansing Gel ni sesuai sebagai second cleanse.

Gunakan Cleansing Gel GreenAard dua kali sehari sahaja, jangan lebih. Pagi untuk buang excess oil and peluh waktu tidur. Malam untuk buang kotor, habuk, dan sisa kotor sepanjang hari. JANGAN cuci muka kerap sangat sebab nanti minyak semula jadi muka hilang. Lama-lama muka kau merekah-rekah kering. Walaupun our Cleansing Gel ni gentle, tetap jangan guna lebih dari dua kali sehari.

Cleansing Gel ni boleh digun as basic kepada semua skincare routine. Maknanya sebelum apply skincare, boleh prepare muka dengan Cleansing Gel dulu. Basuh muka dengan Cleansing Gel, then apply skin care. Dia tak ganggu bahan aktif lain dalam skin care korang. Tak menyebabkan tindak balas pelik-pelik bila korang apply serum atau krim lain. 

Contohnya, kalau kau guna retinol, vitamin C, atau niacinamide, face cleanser yang harsh buatkan skin kau irritate. Tapi Cleansing Gel, disebabkan dia neutral dan gentle, agak selamat kalau bergabung dengan apa-apa skincare.

Yes, lelaki pun boleh guna. Kau tak nampak testimoni tadi gambar lelaki?

Kulit lelaki dengan perempuan memang ada beza dari segi ketebalan dan jumlah minyak, tapi dari segi keperluan asas kulit, kulit kita semua perlu cleanser yang lembut, yang boleh membersihkan, pH seimbang dan takde kandungan yang harsh dalam cleanser. 

Ramai lelaki rasa cleanser kena “berangin” atau rasa ketat baru bersih, padahal itu petanda kulit kau mengering dan rosak.

Berapa lama boleh tahan sebotol?

Aku guna sebotol dengan En Wan sometimes 1 botol sebulan, sometimes sebulan lebih sikit. So kalau kau sorang je yang guna, 2 times a day, maybe sebotol boleh tahan lebih kurang 2 bulan, bergantung pada berapa banyak kau picit. We always pesan tak perlu picit banyak. Sebesar syiling 10 sen pun dah cukup untuk satu muka. Cleanser ni bukan macam shampoo kena picit banyak-banyak. Picit lebih bukan bermakna lebih bersih. So, dari segi value, sangat berbaloi.