2025-07-13

Kalau kau tahu apa kau buat, dengan lancarnya kau bercakap.

11 minit rupanya video aku menceceh pagi tadi. Patutlah ada yang mintak tips macamana nak konfiden cakap depan video.

Senang je nak konfiden bercakap, tak kiralah depan video, atau depan orang ramai, atau depan prospek. Iaitu, kena tahu apa kau buat. Kalau kau tahu apa kau buat, dengan lancarnya kau bercakap. Toksah katalah "Saya pemalu.." No. Takde istilah malu bercakap kecuali kau tak tahu apa benda nak dicakapkan.

Contoh paling senang, En Wan. Dia tu semalu-malu manusia pernah aku jumpa. Awal-awal kawen dulu, balik beraya di kampung dia, aku yang paling peramah. Dia kat tepi senyap and senyum. Sepatah orang tanya, sepatah dia jawab. Dengan aku jangan. Belum kau tanya, aku dah cerita dulu. Kahkahkah.

Dulu, kalau En Wan nak kena present projek, sampai tak boleh tido malam. Tu belum dengan pakej tak selera makan campur nak nangis, nak MC segala. Masa tu lah datang cirit-birit dia segala. Now look at him.



Setiap bulan ada invitation untuk bagi talk. Adhoc invitation pun jalan nowadays. Tak perlu practice dah. Pegang je mic dah tahu nak cakap apa. Because dia dah tahu apa dia buat. Dia dah kenal dengan kerja dia. Dia faham produk dia. Jadi mudah untuk dia bercakap. 

Bila kita takde product knowledge dan tak tahu apa kita buat, kita takkan boleh bercakap depan orang/video. It has nothing to do with being pemalu. It always has everything to do with how well you know what you are doing.

Kalau betul-betul faham kerja, faham produk, faham bisnes, atau faham servis yang kau buat, automatically kau akan tahu apa nak cakap, bila nak cakap, dan macam mana nak sampaikan. Rasa konfiden tu datang sebab ilmu ada dalam kepala. Bukan sebab extrovert, tapi sebab ada isi untuk disampaikan.

Let’s say kau jual suplemen. Bila orang tanya:

“Apa fungsi dia?”

“Macam mana nak makan?”

“Ada side effect tak?”

“Apa beza dengan produk lain?”


Kau tergagap. Atau “Err… saya tak pasti. Nanti saya tanya HQ”.

That’s not ready. Bila tak master info produk, macam mana orang nak yakin untuk beli? Takkan selamanya nak berharap pada personal branding saja. Sampai bilanak ride isu-isu mengarut dan bodoh untuk marketing?

Trust starts dengan how we speak. And how we speak starts dengan how much we actually know. Cuba tengok orang yang bercakap dengan konfiden depan kamera. Yang boleh go live tanpa skrip. Yang bila buat video nampak sangat relax. Rasa dia tak pernah nervous ke? Of course pernah. Tapi dia tahu apa nak disampaikan. Dia ada points. Ada logic. Dia faham isi. Itu beza orang yang bersedia, dengan tak. 

Tapi tak tahulah kalau zaman sekarang ramai beli dengan tak payah explain apa-apa. Panggil retis pegang produk 1 minit, berjujuk orang order. I don't know if this a trend now. Kalau aku, aku masih perlukan explanation.

Call me old school, but I still believe substance sells. Aku tak boleh telan konsep janji viral, janji trending, tapi isi kosong. For me, I need logic. I need facts. I need reason. A pretty face without explanation doesn’t convince me. Bukan nak kecam marketing cara influencer. Tapi let's be real. Tak semua benda sesuai dijual dengan hype. Especially things like supplements, skincare, services, or anything that affects health and money.

Kalau aku nak beli sesuatu produk, aku nak tahu macam mana dia berfungsi, kenapa dia selamat, siapa yang tak sesuai ambil, berapa lama nak nampak kesan, dan kenapa aku patut pilih produk ni over yang lain. Semua jawapan tu hanya datang bila orang yang explain tu tahu apa dia buat. 

Sebab tu aku selalu cakap product knowledge is not optional. Ia adalah senjata utama. Kalau kau harap orang beli sebab isu viral, trust me, yang datang pun jenis cepat hype dan cepat blah. Esok ada produk lagi viral, dia pindah ke produk tu pulak. But bila kau educate audience, kau tunjukkan yang kau tahu apa kau jual, kau tak tarik pembeli sementara. Kau sedang membina customer yang loyal.

And here's the truth not many want to admit. Bercakap dengan yakin bukan talent. It’s discipline. Disiplin untuk belajar, untuk faham, untuk practice, dan untuk sampaikan dengan jelas. Bukan semua orang suka bercakap depan kamera. Tapi kalau kau tahu itu akan bantu bisnes kau, kau kena push diri. Kalau malu sangat, practice. Kalau tak yakin, belajar. Jangan biar malu control your potential. We are not here to be cute. We are here to be clear. Understand?

So yes, maybe zaman sekarang orang beli ikut trend. Tapi aku percaya substance sells untuk orang berilmu takkan pernah expired. Because in the end, when the hype fades, truth, knowledge and credibility will always stay. If you want your product stays longer in the market, be the one who explains, not just entertains.

So macam mana nak ada keyakinan tu?

Start dengan satu benda paling basic iaitu tahu apa yang kau buat. Bila kau tahu apa kau jual, kenapa kau jual, siapa patut beli dan siapa tak patut beli, kau takkan teragak-agak bila bercakap. Kau tenang sebab kau bukan hafal skrip, tapi kau dah faham.

Step kedua, study your product. Don't just know the ingredients, kena tahu fungsinya. Kenapa bahan tu ada? Apa kaitan dengan hasil akhir? Ada interaksi tak dengan ubat lain? Siapa tak sesuai? Kenapa?

Step ketiga, fikir dari sudut customer. Kalau kau jadi customer, what logical questions will come up? Contoh:

“Berapa lama boleh nampak kesan?”
“Kalau saya ada gastrik boleh ambil?”
“Apa beza dengan produk lain?”


Sediakan jawapan dari sekarang.

Step seterusnya, percaya dengan apa yang kau buat. Bak kata En Wan dalam video tadi - BELIEVE. Bila kau percaya produk kau bagus, bila kau tahu produk kau ada value, automatik confidence tu keluar sendiri. 

Confidence bukan datang dari likes, bukan datang dari followers, tapi dari kesedaran dalaman you know you are not an empty seller. You educate. You help. You guide. Sampai bila nak ride isu-isu personal yang takde kaitan dengan bisnes untuk melakukan bisnes/servis? 

Aku sampai sekarang tak faham dan cannot picture macamana orang boleh gunakan isu peribadi untuk launch new produk, atau untuk dapat peluang berbisnes, atau untuk dapatkan endorsement. Entah. Maybe aku terlalu tua untuk faham how that works. Tapi melalui observation aku, those yang gunakan cara tu selalunya buat bisnes hit and run. Bila dah habis cerita dan musim, habislah bisnes. Bila dah tak ada isu nak dikorek, hilanglah "jualan simpati". Sebab apa? Sebab dari awal kau jual cerita, bukan jual value.

Yes, cerita peribadi boleh buat orang relate, kalau kena gaya dan niatnya betul. Tapi bila setiap kali nak launch produk baru, kena buka cerita peribadi, kena korek trauma sendiri, kena heret nama orang lain, that’s not branding. That’s emotional blackmail. 

Especially bila kau start bisnes dengan menjual atau memburukkan orang lain untuk dapatkan sokongan. That's not business integrity. Lama-lama orang penat. Orang beli bukan sebab produk bagus, tapi sebab kesian. Itu bukan sustainability, itu simpati sementara. Berbisnes dengan menjual air mata dan memburukkan orang lain, you don't build a brand, you build drama. Bila drama dah habis, kau nak jual apa lagi? Kau terpaksa create new drama.

Kalau kau bisnes owner, agen, dropship, freelancer atau offline sales person, communication skill bukan lagi optional. It’s a MUST. 

Orang tak kenal kau. Orang tak kenal brand kau. Kalau bukan kau yang bercakap, siapa lagi nak explain apa yang kau jual? Kalau bukan suara kau sendiri yang convince customer, siapa yang nak buat?

“Tak reti bercakap depan orang” boleh dilatih. Yang penting, content betul, dan niat jelas.

“I’m shy” is not a reason, it’s an excuse. Boleh malu dengan strangers, tapi dalam hal kerja, dalam hal rezeki, dalam hal ilmu, being shy can't be your shield forever. Kalau malu menjadi alasan untuk tak keluar dari comfort zone, then that’s a choice. 

Bukan semua orang lahir-lahir terus boleh bercakap depan orang. Tapi semua orang boleh BELAJAR, kalau betul-betul nak. Kalau kita explain based on what we know, itu dah cukup untuk tarik perhatian. Don’t worry pasal slang. Don’t worry pasal suara tak sedap. Don’t worry pasal grammar. Worry pasal satu je - samada kau faham tak apa yang kau buat.